Wednesday, March 13, 2013

KPN Akui Pakatan Rakyat Mungkin Tawan Putrajaya?

Ketua Polis Negara sendiri akui Pakatan Rakyat ada kemungkinan besar tawan Putrajaya, dedah Pengerusi Biro Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Manuty mendedahkan maklumat tersebut dalam ceramahnya ketika sesi Jelajah Merdeka Rakyat di Lumut, Perak kelmarin.

Katanya, Tan Sri Ismail Omar yang memegang jawatan Ketua Polis Negara sejak 2010, secara terbuka mengakui keupayaan Pakatan Rakyat menawan putrajaya.

Kenyataan Ismail itu dipetik dari ucapannya dalam Kursus Tarbiah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di hadapan 200 orang profesor senior kira-kira tiga minggu lalu.

“Kursus Tarbiah itu turut dihadiri Tun Mahathir, dia (Ismail) beritahu, Pakatan Rakyat ada potensi besar ke Putrajaya dan keadaan akan jadi huru hara.

“Beliau terlupa, bila kita (PR) kata kita nak tawan putrajaya, kita dah sediakan persediaan rapi, kita ada empat orang general terlatih sebagai penasihat keselamatan kita

“Isu huru-hara hanya dicipta untuk takutkan rakyat, tapi tak apalah, yang penting ketua polis sendiri akui kita mampu tawan putrajaya,” Katanya.

Kenyataan beliau dikuatkan lagi dengan kenyataan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid yang turut mendedahkan persiapan rapi telah di lakukan oleh tentera untuk menghadapi perubahan kerajaan.

“Pelan perancangan strategik telah dirancang oleh pihak polis.

Kalau Anwar jadi Perdana Menteri, macam mana polis nak bawa dia (Anwar) ke Istana Negara untuk angkat sumpah, itu pun sudah ditunjukkan pada saya,” katanya.

Ceramah yang turut dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Sri Anwar Ibrahim turut menyaksikan pemimpin rakyat itu berjalan di bawah sinaran cahaya lampu suluh untuk naik ke pentas.

Walaupun terpaksa bergelap, semua penyokong tetap bersama kontinjen Jelajah Merdeka Rakyat di Perak sehingga berakhir jam 2 pagi. -GB

105 comments:
Write comments
  1. Tahniah awal2 untuk PR...

    ReplyDelete
  2. Kenyataan pemimpin pembangkang bahawa mereka tidak mempunyai masalah berhubung siapakah yang bakal menjawat jawatan Perdana Menteri jika berjaya menawan Putrajaya adalah sekadar untuk menutup kemelut isu yang berkenaan yang masih belum ada pemutusnya.

    ReplyDelete
  3. Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Norhayati Onn berkata pemimpin pembangkang terpaksa membuat kenyataan sebegitu untuk menutup kemelut yang berlaku serta khuatir akan kehilangan sokongan jika menggumumkan mana-mana individu untuk jawatan berkenaan.

    ReplyDelete
  4. “Pembangkang terpaksa berbuat begitu kerana takut hilang sokongan sebab itu sehingga kini masih tiada pengumuman rasmi dari mereka berhubung jawatan berkenaan, pemilihan Anwar untuk jawatan berkenaan masih tidak dapat diterima oleh semua pihak terutama di kalangan penyokong Pas.

    ReplyDelete
  5. “Isu siapa bakal Perdana Menteri dibaratkan seperti `api dalam sekam’ walaupun pemimpinnya mengatakan mereka tiada masalah, tetapi hakikatnya pembangkang masih belum dapat duduk untuk menyelesaikan masalah yang kini menghantui mereka.

    ReplyDelete
  6. “Bukan sahaja rakyat, penyokong mereka pun sudah hilang keyakinan kepada Anwar, sebab itu mereka masih tidak boleh umumkan siapa Perdana Menteri, walaupun sebelum ini mereka mengatakan Anwar yang lawayk untuk jawatan berkenaan,” katanya

    ReplyDelete
  7. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pembangkang tidak mempunyai sebarang masalah dalam isu pemilihan siapa bakal menjadi Perdana Menteri jika menang PRU13.

    ReplyDelete
  8. Norhayati berkata, apa yangb berlaku itu menunjukkan pembangkang bukan sahaja bercelaru dalam menentukan isu berkenaan malah turut dilanda dengan pelbagai masalah dalam antara ketiga-tiga parti terbabit termasuk pembahagian jumlah kerusi yang akan dipertandingkan sama ada di peringkat DUN dan Parlimen.

    ReplyDelete
  9. Menurutnya, jika pembangkang tidak mempunyai masalah, mengapa sehingga kini masih terdapat suara-suara sumbang yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan pakatan pembangkang terutama membabitkan beberapa yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

    ReplyDelete
  10. Malaysians should realise that the oppositions have not shown any signs so far to assure the people that they are better than Barisan Nasional, said Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.


    ReplyDelete
  11. He said the opposition was willing to politicise any issues to gain public support even when it comes to national security and human lives.

    ReplyDelete
  12. Najib said only heartless people who lack humanitarian qualities such as compassion, empathy and mercy, could stoop so low to exploit these vital issues to promote their own causes.

    ReplyDelete
  13. He said the opposition revealed their own true colours with their willingness to mock the government of playing up the bloody incidents in Sauk, Perak, in 2000, and in Lahad Datu, Sabah where two police commandos were recently killed in a battle with the Sulu militants.

    ReplyDelete
  14. He shared his grief at witnessing the return of the flag-drapped coffins of the two police commandos who died in Lahad Datu and seeing the faces of their children and families.

    ReplyDelete
  15. "These fallen warriors and their sacrifices should be honoured and emulated, not mocked or belittled.

    ReplyDelete
  16. "Yet, some of the opposition leader gave them the gravest insult by claiming that the incident was orchestrated by Umno to create fear among Malaysians.

    ReplyDelete
  17. "Only people who are heartless and void of basic human values would do this," he said.

    ReplyDelete
  18. He said the government was not about to play games where lives are at stake and the sacrifices made by these fallen warriors who showed that they were willing to die to protect their country.

    ReplyDelete
  19. “We dont want our future to be filled with disappointment, uncertainty and political instability."

    ReplyDelete
  20. “We can’t place our hopes on a party which made a manifesto but did not even bother to get it registered."

    ReplyDelete
  21. “We can’t give confidence to a party which can’t even agree on whether they want Malaysia to be secular or Islam, while some only want to become PM,” he said when opening the Promises Fulfilled tour in Perlis this morning.

    ReplyDelete
  22. He said these revelations should be a good indication that there should be an end to these pointless political games and time for the people to make a decision.

    ReplyDelete
  23. "Enough with these political game. One vote to BN means we will carry out our national transformation policy."

    ReplyDelete
  24. "We will continue to protect and serve the people. What we promise, we deliver," he said.

    ReplyDelete
  25. Najib said unlike the Barisan Nasional government, the opposition parties had failed to fulfill their pledges made prior to the 2008 general election, particularly in states now controlled by them.

    ReplyDelete
  26. "Let us not be led by hypocrites whose characteristics as described by Prophet Mohammed, when they speak, they lied. When they were given responsibilities, they failed to carry them out and when they promised something, they did not fulfill it."

    ReplyDelete
  27. Najib also reminded the 45,000 crowd of the many promises made by the opposition parties enroute to winning an unprecedented electoral inroads in 2008 and questioned why these were not delivered.

    ReplyDelete
  28. "Where are their promises (of assistance) to the single mothers, housewives, senior citizens, lowering of rentals for shopkeepers and flat dwellers in states controlled by them?" Najib asked.

    ReplyDelete
  29. He then proceeded to ask the crowd what kind of promises had been made by the opposition parties and the deafening reply was "Janji Kosong!" (empty promises).

    ReplyDelete
  30. Asked again what type of promises made by the BN government, the crowd replied "Janji DiTepati!" (fulfilled promises).

    ReplyDelete
  31. Najib told the crowd that the Federal government would continue to assist Perlis, which is the smallest state in the country if it is returned to power.

    ReplyDelete
  32. He also announced that 10,000 units units of affordable PR1MA houses would be built in the state within the next five years.

    ReplyDelete
  33. YUP.. PAKATAN RAKYAT MEMPUNYAI PERSEDIAAN RAPI SEPERTI RANCANGAN MEWUJUDKAN ARAB SPRING DAN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU..

    ReplyDelete
  34. BELUM PUN BERTANDING, TAPI PEMIMPIN2NYA SUDAH MENGIKTIRAF KEMENANGAN.. BAGAIMANA DENGAN RASUAH PEMIMPIN2 PEMBANGKANG YANG MASIH BELUM TERJAWAB? BAGAIMANA DENGAN INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU YANG KONONNYA DIDALANGO OLEH ANWAR?

    ReplyDelete
  35. Hahahaa :D terlatih? Siapa-siapa orang mereka itu.

    ReplyDelete
  36. Rasanya ini hanya cara menarik sokongan. PR tidak ada hebatnya pun.

    ReplyDelete
  37. Pembangkang masih risau dengan kekuatan BN.

    ReplyDelete
  38. Sampaikan pelbagai dakwaan cuba direka oleh mereka ini.

    ReplyDelete
  39. Untuk menakutkan rakyat dengan mengatakan yang bukan-bukan kepada BN.

    ReplyDelete
  40. Teruskanlah kita menyokong kerajaan yang mampu memberikan yang terbaik kepada kita.

    ReplyDelete
  41. Buat apa kita mahu percaya dengan kata-kata mereka itu.

    ReplyDelete
  42. Lihat sendiri di negeri Selangor apa sudah jadi dengan manifesto mereka.

    ReplyDelete
  43. Semua hanya tinggal kenangan. Nampak bukan...

    ReplyDelete
  44. Percayalah kerajaan BN mampu terus memberikan sumbangan yang baik kepada negara.

    ReplyDelete
  45. PR hanya mampu berkata-kata dengan janji palsu.

    ReplyDelete
  46. Kita tidak perlukan kerajaan seperti itu.

    ReplyDelete
  47. Manifesto PR hanya untuk menipu

    BAGI Pakatan Rakyat, sesiapa sahaja yang menyokong mereka, daripada segi apapun latarbelakang orang itu, pasti dipuji, bagaikan malaikat, sebaliknya sesiapa sahaja yang menyokong Bn akan dicap sebagai individu yang rosak.

    Pemimpin Bn yang menyeberang kepada mereka akan dipuja sebagai hero seolah-olah seperti malaikat, sebaliknya pemimpin mereka yang menyeberang kepada Bn akan dicap sebagai pengkhianat, iblis dan individu yang rosak akhlak.

    ReplyDelete
  48. Manifesto PR hanya untuk menipu

    Cuba perhatikan bagaimana Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Chua Jui Meng, Lajim Ukin dan pemimpin Bn yang lain, samada daripada Umno atau MCA atau komponen Bn, sekelip mata akan terbersih semua dosa-dosa mereka sebelumnya. Masuk Pr seolah-olah tempat pembersihan diri. Kini, para pemimpin itu dipuja, bagaikan bayi yang baru lahir tanpa dosa.

    ReplyDelete
  49. Pemimpin Reject Boleh Bersinar semula kalau menyertai PR

    Menurut versi Pakatan, hanya yang menyokong mereka sahaja boleh dicap baik, malaikat dan tanpa kesilapan sebesar zarahpun.

    Dalam demokrasi, sebenarnya perlu ada kebebasan memilih. Namun, baki pakatan, hanya melalui sokongan kepada mereka sajalah, maka seseorang itu telah mengamalkan kebebasan memilih. selain itu menurut konotasi mereka, sesesiapa yang memilih pakatan, maka akan tergolong ahli politik yang bersih, bersifat malaikat, disebaliknya mereka yang memilih Bn adalah mereka yang terdiri daripada manusia-manusia kotor dan iblis.

    ReplyDelete
  50. Pemimpin Reject Boleh Bersinar semula kalau menyertai PR

    Fahaman pakatan ini, sebenarnya boleh menjahanamkan dan berbahaya untuk negara, kerana ianya boleh membantutkan perkembangan dan kemajuan negara terutama dalam segi politik. Di masa sama, pakatan bercerita soal-soal kebebasan, hak asasi manusia, demokrasi malahan sistem 2 parti, namun apa yang mereka lakukan tidak sesuai dengan apa yang mereka perjuangankan. Mereka seolah-olah memaksa rakyat bahawa tiada pilihan lain, melainkan menyokong pakatan. Dalam DAP misalnya, parti itu tidak mahu memberi kebebasan terhadap kaum cina memilih parti lain, melainkan hanya DAP.

    ReplyDelete
  51. Pemimpin Reject Boleh Bersinar semula kalau menyertai PR

    Apa yang sungguh bahaya lagi, dalam pakatan adalah taboo atau dilarang sama sekali menyuarakan atau mendedahkan sebarang salah laku dalam parti mahupun oleh pemimpin mereka. Jika ada yang berani bersuara, maka individu itu akan dicaci, dipulau dan mengecapnya dengan berbagai gelaran.

    ReplyDelete
  52. Pemimpin Reject Boleh Bersinar semula kalau menyertai PR

    Bagi Pakatan mereka menganggap semua jajaran pemimpin tidak mungkin melakukan kesilapan apalagi kesalahan, mereka menganggap apa sahaja perbuatan para pemimpin mereka benar belaka, disebaliknya apa sahaja perbuatan atau tindakan pemimpin Bn atau Bn semuanya salah dan tidak pernah benar. Bagi Pakatan, mereka tidak boleh menerima perbezaan pendapat atau polisi, kerana bagi mereka politik adalah satu cara untuk menanam kebencian dan membangkitkan emosi.

    ReplyDelete
  53. Kita mahukan kerajaan yang JANJI DITEPATI..

    ReplyDelete
  54. Jadi pilihan adalah kerajaan BN.

    ReplyDelete
  55. Pemimpin Reject Boleh Bersinar semula kalau menyertai PR

    Mengapa cara berpolitik seperti yang diamalkan Pakatan boleh berada di Malaysia? Apabila kita perhatikan kebanyakan Cyber Troopers mereka, bukan mengutarakan idea-idea akan tetapi lebih kepada hentaman peribadi yang umumnya berupa fitnah dan putar belit.

    Gaya dan tindakan mereka, seolah-olah seperti malaikat, sedangkan ramai yang tahu mereka adalah penulis upahan yang senantiasa akur dengan kehendak master pay mereka.

    ReplyDelete
  56. Pemimpin Reject Boleh Bersinar semula kalau menyertai PR

    Jikalah ditakdirkan Pakatan memerintah negara. Jika perlakuan dan tindakan mereka itu berterusan, maka boleh menjadikan mereka kerajaan yang zalim lebih teruk dibanding Hitler. Bn pada masa itu, tidak boleh menjadi check and balance, kerana mereka, akan meranapkan apa sahaja teguran.

    Keadaan ini yang perlu difikirkan rakyat sebelum membuat pilihan pada PRU-13 akan datang. Rakyat akan menjadi mangsa, kerana rakyat tidak akan mampu lagi mengetahui sebarang salah laku, kerana Pakatan telah mempatenkan, bahawa setiap tindakan mereka adalah bebas daripada kesilapan atau kesalahan, kerana mana ada malaikat yang membuat kesilapan apa lagi kesalahan.

    ReplyDelete
  57. Pemimpin Reject Boleh Bersinar semula kalau menyertai PR

    Contoh yang paling ketara-selama 5 tahun-apabila melihat cara mereka memerintah 4 negeri (Kedah, Pulau Pinang, selangor dan Kelantan), berbagai janji tidak dikotakan, rasuah sana sini, masalah, kelemahan dan sebagainya, namun mereka mencari 1001 alasan dan penyebab, dan malangnya kelemahan mereka itu kononnya disebabkan oleh barisan nasional.

    ReplyDelete
  58. Pemimpin Reject Boleh Bersinar semula kalau menyertai PR

    Paling malang lagi, apabila Sabah Under Attack oleh pengganas Sulu. Sungguh tega mereka menuduh semua itu sandiwara Umno. Nyawa perwira negara yang terkorban dipersendakan. Rakyat yang ketakutan, bukan dibela, akan tetapi diperlekeh.

    ReplyDelete
  59. Pemimpin Reject Boleh Bersinar semula kalau menyertai PR

    Juak-juak Pakatan, yang berjaya memerangkap para pesara tentera, sehingga para pesara ini sanggup memberi tomahan yang luar biasa, sehingga menggambarkan bahawa mereka yang masih berkhidmat tiada keupayaan langsung.

    ReplyDelete
  60. Pemimpin Reject Boleh Bersinar semula kalau menyertai PR


    Kepada rakyat yang masih dapat berfikiran waras dan tenang, sesiapa yang terlanjur menyokong pakatan, belum berlambat lagi, cuba berfikir sejenak, bermuhasabah diri, pasti akan ditemui kebenaran yang hakiki.


    ReplyDelete
  61. Manifesto PR hanya untuk menipu

    Manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang dilancarkan pada Isnin bukanlah satu janji yang menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat, sebaliknya semata-mata satu helah/menipu untuk meraih populariti di kalangan pengundi.

    ReplyDelete
  62. Manifesto PR hanya untuk menipu

    Sebagai contoh pada pilihan raya umum Mac 2008, parti pembangkang menabur pelbagai janji manis untuk meraih sokongan pengundi, bagaimanapun gagal melaksanakan janji populis itu walaupun berjaya menguasai beberapa negeri. Malah Menteri Besar Selangor pernah mengatakan bulan lalu, manifesto bukan lah janji yang perlu ditunaikan.

    ReplyDelete
  63. Manifesto PR hanya untuk menipu

    Sebaliknya mereka menyalahkan Barisan Nasional (BN) atas kegagalan untuk mengota janji itu, dan kini menjelang pilihan raya umum ke-13, sekali lagi gabungan DAP-PKR-PAS menabur janji manis untuk memancing undi.

    ReplyDelete
  64. Manifesto PR hanya untuk menipu

    Menelusuri manifesto pakatan tidak lebih sekadar menciplak apa yang telah, sedang dan bakal dilaksanakan kerajaan BN.

    Pakatan pembangkang hari ini melancarkan sepuluh manifesto menjelang PRU-13 antaranya pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading, kad keahlian DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang boleh diguna pakai di mana-mana plaza tol untuk mendapat tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

    ReplyDelete
  65. Manifesto PR hanya untuk menipu

    Salah satu yang diciplak oleh pakatan daripada program Bn adalah seperti menyediakan peluang pekerjaan baharu untuk rakyat sebenarnya telah dikenal pasti di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan BN sejak tahun 2010, dan kerajaan BN sememangnya sentiasa fokus untuk meningkatkan ekonomi negara serta menjaga kesejahteraan rakyat.

    ReplyDelete
  66. Manifesto PR hanya untuk menipu

    Manifesto pembangkang ini harus dilihat secara menyeluruh, kolektif dan komprehensif, kerana sehingga hari ini, mereka (pembangkang) tidak menyediakan cara-cara untuk melaksanakan janji-janji itu..

    Tiada ada isu baru yang dikemukan pakatan melalui manifesto mereka yang dilancarkan hari, yang ada hanya ciplakan dengan pendekatan yang berbeza. Manifesto Pakatan jelas menunjukkan kelemahan dan ketidakmampuan pembangkang untuk membuat kerja kerana tidak mampu menawarkan kepada rakyat lebih daripada apa yang dilakukan BN.

    ReplyDelete
  67. Manifesto PR hanya untuk menipu

    Pada umumnya apa yang diutarakan pembangkang kebanyakannya adalah hasil yang dilaksanakan kerajaan dan jika ada yang baharu pun ia sekadar dilihat dari persektif yang sangat kecil.

    Isu pendidikan yang dibangkitkan pembangkang seperti memartabatkan bahasa Melayu, menjamin hak bahasa ibunda dan mempertingkat bahasa Inggeris telah lama diperjuangkan kerajaan BN.

    ReplyDelete
  68. Manifesto PR hanya untuk menipu

    Secara keseluruhannya, jika manifesto pembangkang ini, dilaksanakan akan berakibat berantai, ke arah menjahanamkan negara, misalnya melalui kenaikan paras pembayar cukai, penghapusan tol, penghapusan PTPTN, menutup projek yang berdaya maju seperti Lynas dan Rapid, menurunkan cukai kereta import dan banyak lagi.

    ReplyDelete
  69. Pendek kata, darimana pembangkang mendapat sumber untuk pembangunan, membayar gaji kakitangan awam. Apa kah melalui pinjaman luar negara? atau mencetak wang?

    Manifesto pembangkang, lebih ke arah menipu rakyat, bukannya mensejahterakan rakyat atau kemajuan negara.

    ReplyDelete
  70. Why you have to be so sure?

    ReplyDelete
  71. I dont PR will stand a chance though after Tian Chua's bad behaviour

    ReplyDelete
  72. : A federation of 40 non-governmental organisations (NGOs) known as Jom Tolak Pakatan will hold a series of five debates featuring leaders of NGOs, Barisan Nasional and the opposition next month.

    ReplyDelete
  73. Secretariat representative Hamidzun Khairuddin said the programme known as ‘Debat Rakyat’ will provide an opportunity for leaders to face the people to explain issues in Selangor.

    ReplyDelete
  74. The waiting game for the election date will be over soon, with the current government calling for the Dewan Rakyat to be dissolved any time before 28 April 2013. Moreover, the Dewan Rakyat’s mandate expires on the same date.

    ReplyDelete
  75. Politicians on both sides of the divide will contest 222 Parliamentary seats and 505 state-assembly seats throughout the nation, except in Sarawak.

    ReplyDelete
  76. Wan Ahmad added that those who had contested previously and were yet to submit their election-expense returns were also blacklisted.

    ReplyDelete
  77. GE13 will be doing away with the objection period, in line with the amendments to regulation 9 of the Elections (Conduct of Elections) 1981 that came into effect on 27 April 2012.

    ReplyDelete
  78. Apa pun usahakan yang terbaik untuk BN.

    ReplyDelete
  79. Jentera kuat BN akan bertindak.

    ReplyDelete
  80. Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu sebanyak 1,000 unit di

    ReplyDelete
  81. Pelaksanaan projek itu merupakan satu rekod apabila dilaksanakan dalam tempoh 53 hari selepas dijanjikan oleh Perdana Menteri pada 20 Januari lalu, selain bukti kukuh kepada rakyat Kelantan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) menepati janji yang telah dibuat.

    ReplyDelete
  82. Pada majlis itu Perdana Menteri turut mengumumkan berita gembira buat warga Kota Bharu bahawa rumah terbabit berkeluasan 700 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air, yang dibina dengan kos kira-kira RM160,000 seunit, akan dijual pada harga hanya RM35,000 seunit selepas kerajaan memberi subsidi sebanyak RM125,000.

    ReplyDelete
  83. Pengumuman Perdana Menteri itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh ribuan penduduk Kota Bharu yang menghadiri majlis tersebut.

    ReplyDelete
  84. "Hari ini kita telah tunaikan janji kepada rakyat, hanya dalam tempoh 53 hari tak perlu tunggu 22 tahun. Ini bukan sandiwara, bukan janji lagi, jauh sekali 'belawok' (tipu), tapi sudah jadi realiti, janji telah ditunaikan.

    ReplyDelete
  85. Bagi penyokong UMNOBN Semua janji Pakatan Rakyat pancing undi, taburan janji dan bantuan kerajaan kepada Pemandu Teksi, Kakitangan Kerajaan, Guru, Nelayan, Pelajar Hanya pada Hampir PRU13 Bukan Pancing Undi. Jika mau cari kebenaran masa ini memang sukar, terlalu banyak tuduhan. Kita ambil satu cerita panjang dipendekan saja. Mahkamah Kerajaan Malaysia putuskan DS Anuar Ibrahim Tidak Bersalah, terbaru Bapa Saiful kata ada dalang di belakang tabir yang dia tahu tapi orang ramai tidak tahu. Terserah pada Pembaca mau percaya siapa, tetapi diantara Bapa Saiful dan Saiful mesti ada yang benar dan tidak benar. Bagi saya percaya pada yang zahir sahaja iaitu Mahkamah dan Bapa Saiful. Berdasrkan pada ini berapa banyak lagi pembohongan/tuduhan liar yang ada dalam Politik Malaysia.

    ReplyDelete
  86. belum tau lagi sapa akan tawan PJ, tunggu ja PRU

    ReplyDelete
  87. mengenai “Kabinet bayangan” pakatan pembangkang yang dikatakan masih kabur

    ReplyDelete
  88. Mereka mempunyai cita-cita untuk memerintah Malaysia. Justeru itu, mereka perlu bentuk apa yang dipanggil sebagai Kabinet bayangan tapi dia bayang sahajalah.

    ReplyDelete
  89. Mereka sukar untuk memilih pemimpin kerana masing-masing hendak jadi pemimpin. (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim ingat dia akan menjadi Perdana Menteri, tetapi orang lain pun ada cita-cita besar juga

    ReplyDelete
  90. dengan menjanjikan untuk mengadakan 10 hingga 15 jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet bayangan hanyalah sekadar umpan bagi parti pembangkang untuk bekerjasama.

    ReplyDelete
  91. kepentingan Anwar dalam Kabinet bayangan masih kabur

    ReplyDelete
  92. "Mengikut perkiraan" bajet bayangan 2013 Pakatan Rakyat (PR) mengelirukan, dan pasti akan menambah defisit fiskal dan hutang Malaysia berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) masing-masing kepada 7.2 peratus dan 57.8 peratus

    ReplyDelete
  93. dakwaan oleh pembangkang bahawa bajet cadangannya akan mengurangkan defisit fiskal kepada 3.5 peratus merupakan satu contoh "lemah matematik" yang baik.

    ReplyDelete
  94. Perbendaharaan meneliti kedua-dua bajet. Didapati bajet kerajaan menyeluruh dan jelas.

    ReplyDelete
  95. kerajaan tidak harus menunggu lebih lama lagi untuk tampil ke hadapan dan menjelaskan kepada rakyat Malaysia, yang manakah bajet yang serius dan bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  96. Bajet Pakatan tidak lengkap. Mereka tidak memasukkan kebanyakan daripada perbelanjaan kendalian dalam bajet mereka. Itulah sebabnya Pakatan boleh mencatatkan perbelanjaan mengurus yang lebih rendah

    ReplyDelete
  97. bajet cadangan PR akan memaksa kerajaan menanggung perbelanjaan mengurus sebanyak RM224.3 bilion, jauh lebih tinggi daripada RM185.3 bilion yang didakwa oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  98. Sama ada hilang atau lebih beryakin dengan pembangkang, PRU13 akan menjawabnya.

    ReplyDelete
  99. Kerajaan yang membuat janji manis yang tidak mungkin menjadi kebenaran haurs ditolak.

    ReplyDelete
  100. Terpulang kepada rakyat untuk menentukannya.

    ReplyDelete
  101. Banyak yang berkeyakinan dengan pimpinan BN. Adakah Anwar berjaya menambat hati dan berjaya menghala ke putrajaya?

    ReplyDelete
  102. Manifesto berjaya menambat hati? Transformasi?

    ReplyDelete
  103. Anwar hanya memberi janji kosong sahaja, kepimpinan BN tetap jadi kepercayaab rakyat.

    ReplyDelete
  104. Kerajaan sentiasa mengutamakan kan rakyat.

    ReplyDelete
  105. Pembangkang sanggup buat apa sahja asalkan impian mereka tercapai, namun rakyat tahu menilai.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.