Wednesday, March 13, 2013

Operasi Sulit Serang Sabah Terbongkar?



RM6 JUTA adalah sebahagian kos yang dibelanjakan oleh Suaram untuk membiayai pengganas Sulu yang menceroboh Sabah dan membunuh anggota keselamatan. Tanpa bantuan kewangan pengganas ini sudah pasti tidak akan mampu membeli senjata yang moden kerana harganya yang sangat mahal.

Petikan dari Mynewshub:

“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.

“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer),” lapor laman itu lagi.

Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.

Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17 Januari iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 20113.

Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef.

Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.

Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.



“Why were they even near Tubbataha? The Sulu Sea is so vast, and it takes 10 hours from Puerto Princesa to reach it. Why couldn’t they see it when they had all the state-of-the-art maps and navigation systems?”

Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina

“The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”

USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu tersebut, ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.

“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”

Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang.

Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.

Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.

Penglibatan Anwar, Tian Chua dan Sivarasa semakin hari semakin terdedah. Penafian dan diversi isu digarap dan dilemparkan seluas mungkin.

Matlamat Anwar hanya mahu mengkambing hitamkan pengganas Sulu semata-mata mahu membuktikan bahawa negara tidak selamat di bawah pemerintahan BN.

Terkini Wikileaks mendedahkan bahawa Nur Misuari telah merancang untuk menyerang Sabah seawal 2007, setelah mendapat bantahan daripada pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada ketika itu, Nur Misuari telah membatalkan hasrat beliau untuk menyerang Sabah.

Maklumat yang didedahkan oleh Wikileaks juga menyatakan Anwar mempunyai hubungan yang rapat dengan Nur Misuari. Malah turut mendedahkan Anwar beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Nur Misuari.wikipisau

Pisau kata ; ”Sabah mempunyai simpanan minyak dan gas yang menyamai Kuwait sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak 11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana 192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari.“

Sumber : WIKILEAKS

38 comments:
Write comments
  1. Serangan ini memang banyak menghairankan. Kenapa serangan dibuat semasa PRU semakin dekat?

    ReplyDelete
  2. Buatlah siasatan siapakah dikaitkan sebenarnya kes ini.

    ReplyDelete
  3. Maklumat yang didedahkan oleh Wikileaks juga menyatakan Anwar mempunyai hubungan yang rapat dengan Nur Misuari.

    Are they trying to linked these to Anwar? What kind of benefit for such attack to Anwar?

    ReplyDelete
  4. Tidak mungkin kemasukan mereka ini tidak dapat dikesan?

    ReplyDelete
  5. Kerajaan BN bertindak agak lembab sehingga berlakunya kematian anggota tentera kami.

    ReplyDelete
  6. PUNCA sebenar daripada krisis pencerobohan Lahad Datu adalah hasutan daripada pihak tertentu yang berpunca daripada terkeluarnya MNLF pimpinan Nur Misuari daripada perjanjian antara kerajaan Filipina dengan MILF pimpinan Jen, Murad Ibrahim pada 29 Otober 2012.

    ReplyDelete
  7. Selain itu, janji pembangkang yang memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika mereka mengalahkan kerajaan Bn dan menguasai Putrajaya, mendorong kepada isu tuntutan ke atas Sabah.

    ReplyDelete
  8. Ironinya, individu yang menuntut Sabah yakni Jamalul Kiram III, meskipun waris kepada Sultan Sulu, namun bukanlah pewaris yang layak, kerana beliau tidak termasuk dalam sembilan pewaris Sultan Sulu.

    ReplyDelete
  9. Pewaris yang termasuk sembilan itu adalah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.

    ReplyDelete
  10. Sultan Jamalul Kiram II yang mangkat pada tahun 1936, sebenarnya tidak meninggalkan waris takhta secara langsung, atas sebab itu padjakan dihentikan. Namun, atas permintaan sembilan pewris itu, maka satu keputusan dibuat pada tahun 1939, untuk penyambungan padjakan. Padjakan yang berjumlah mexcion gold 5,000 kemudian dilanjutkan oleh Malaysia sehingga kini, akan tetapi dalam ringgit malaysia.

    ReplyDelete
  11. Kesulitan hidup yang membayangi Jamalul kiram 76, yang masih mendapat rawatan dialisis buah pinggang dengan bantuan kerajaan Filipina, menyebabkan beliau menerima hasutan daripada pihak tertentu, untuk melakukan kekacuan di Sabah, terutama menjelang PRU-13 agar supaya mempercepat tuntutannya.

    ReplyDelete
  12. Tuntutan ke atas Sabah, hanya gimik untuk mendapatkan pampasan yang banyak, malah bekas Ketua Menteri Sabah, menyarankan RM200 juta untuk bayaran pampasan, untuk memuktamadkan tuntutan.

    ReplyDelete
  13. Menurut perkiraan yang menghasut Jamalul Kiram, beliau akan mendapat pampasan itu, kerana Malaysia terkenal dengan pendekatan yang lembut, dan tidak akan melakukan tindakan kekerasan terhadap mereka.

    ReplyDelete
  14. Nasihat ini dapat mempengaruhi Jamalul Kiram III, apatah lagi kos tindakan itu dibiayai oleh dalang tersebut.

    ReplyDelete
  15. Di lain pihak, dalang itu mempunyai niat politik, kerana jika tindakan kekerasan diambil terhadap penceroboh itu, maka mereka akan mendapat keuntungan politik.

    ReplyDelete
  16. Pertemuan Jamalul Kiram III dengan Datuk Amir Kahar Tun Mustapha hampir membuahkan hasil, dan dikhabarkan Jamalul Kiram III sudah bersetuju untuk menarik semua pencoroboh dari bumi Sabah.

    ReplyDelete
  17. Namun, matalamat dalang kepada pencerobohan ini, bukan lah secara damai, atas sebab itu, taktik kotor digunakan, agar supaya pasukan keselamatan negara melaksanakan operasi ketenteraan.

    ReplyDelete
  18. Pada pagi Jumaat 1 Mac, empat jam sebelum pertemuan antara Amir Kahar dengan Jamalul Kiram, satu taktik kotor dilakukan. pihak pencoroboh pura-pura mengangkat bendera putih tanda menyerah, tetapi sebaliknya menyerang anggota keselamatan sehingga mengorbankan dua anggota dan mencederakan tiga yang lain.

    ReplyDelete
  19. Pasukan keselamatan tiada pilihan, melainkan membalas tembakan dan berjaya membunuh 12 penceroboh.

    ReplyDelete
  20. Sebahagian daripada penceroboh yang berpecah kepada tiga kumpulan pada malam 12 Februari, lari ke Kg Sri Jaya Pulau Simunul, Semporna. Akibat kematian rakan-rakan mereka di Kg Tanduo pada 1 Mac, maka satu muslihat dilakukan mereka pada petang 2 Mac, sehingga mengorban enam anggota polis melalui serangan hendap.

    ReplyDelete
  21. Kerajaan Malaysia melalui Pasukan keselamatan dari awal-awal lagi tidak mahu melakukan kekerasaan terhadap penceroboh, atas sebab itu perundingan berlarutan sehingga 23 hari.

    ReplyDelete
  22. Disebabkan niat dalang kepada pencerobohan ini berniat jahat untuk kepentingan politik, maka penceroboh itu perlu dijadikan umpan dan perlu mati, agar supaya motif mereka tercapai.

    ReplyDelete
  23. Perancangan pencerobohan Lahad Datu ini, dirancang dengan rapi, melibatkan berbagai pihak diluar kawalan pasukan keselamatan negara.

    ReplyDelete
  24. Penceroboh mulai menyusup ke Sabah seawal bulan januari, sebaik sahaja kapal Perang Amerika USS Guardian terkandas di utara Pulau Pahlawan. Terkandasnya kapal itu, menyebabkan kapal tentera laut Filipina tertumpu di kawasan itu, sehingga di bahagian selatan, kawalannya longgar.

    ReplyDelete
  25. Penceroboh itu masuk disertai oleh orang-orang lanjut usia dan wanita untuk mengabui pihak keselamatan negara dan juga Filipina.

    ReplyDelete
  26. Mereka bertolak daripada Filipina tanpa senjata, namun di tengah laut mereka mendapat senjata moden seperti M16, M14 daripada sendikit penjual senjata haram, terutama daripada Pulau Basilan.

    ReplyDelete
  27. Menurut sumber bermula daripada 3 Februari, mereka mula berkumpul dan pada 7 Februari (wakil Anwar Ibrahim ke Manila kononnya untuk menemui double agent) satu arahan agar mereka menampakan diri sebagai kumpulan, dan hanya pada malam 12 Februari kehadiran mereka diketahui pihak keselamatan negara.

    ReplyDelete
  28. Selama 23 hari, pihak pasukan keselamatan negara memberi peluang, sehingga lanjutan demi lanjutan diberikan kepada penceroboh itu meninggalkan bumi Sabah. Pihak Polis Malaysia telah menamatkan rundingan pada 21 Februari, untuk itu, hanya menunggu arahan untuk bertindak.

    ReplyDelete
  29. Kini, krisis pencerobohan itu berlanjutan. Nyawa pasukan keselamatan negara 8 telah melayang. Malah pemimpin Pembangkang Tian Chua, menggambarkan kematian anggota pasukan keselamatan itu mati katak, kerana krisis Lahad Datu adalah mainan Umno.

    ReplyDelete
  30. Pembangkang menggunakan psiokologi songsang, agar rakyat tertipu, namun sebenarnya merekalah perancang kepada krisis Lahad Datu, seperti mana laporan prisik kerajaan Filipina seperti mana di laporkan oleh Manila Times dan The Inquire News.

    ReplyDelete
  31. apapu..cari je..hingga dapet..tak kira sapa yg terlibat penceroboh atau pembelok pemberi maklumat,, semua mengganggu rakyat sabah dn negara malaysia.dlm keadaan aman damai.tiba2 ngaku dia punya tanah..tak reti sejarah ke?..takziah pra jurit smg roh mereka berada dlm golongan yg janji Allah..bersbr lah keluarga..krn allah memilih anggota keluarga anda ada yg syahid...saya tak semampu mereka..yg berada di baris hadpn demi Negara.

    ReplyDelete
  32. Kalau tak tau fakta jgn kaitkn Anwar ke Nur Misuari ke. Handle pencerobohn ini. Nur Misuari tu pernah jadi tetamu agung negara pun atas dasar dia Gebenor Selatan Filipina. DS Anwar berjumpa atas dasar Nur Misuari seorg gabenor. Kenapa tak kaitkn pemberian ic palsu oleh Mahathir dgn kerjasama haris sallah malah zaman Tun Datu Mustapha pun,ramai mat pakistan dpt ic dan yg aku jumpa berselerak di seluruh Sabah sekarang pun. Bagaimana seorg pakistan jadi pemadnu teksi di KL dan bila sibuat temusiasat keatas satu aduan pemandu warga asing bawa teksi kita,selama jer 'taliban' tu tunjuk ic dan kad pemandu. Pakaian pun jelas spt Taliban lagi...so? Sekali lagi kalu tak tau fakta jgn bercerita hal2 yg lari dr tajuk pencerobohn spt UMNO nak alih isu ic projek yg mereka lakukan dulu dgn kaitkn Tian Chua atau Anwar Ibrahim atau mana2 pemimpin PR. Namapak le sikit cerdik.

    ReplyDelete
  33. harap penceroboh cepat diselesaikan sebelum PRU 13 tiba

    ReplyDelete
  34. dalam perkara ini harap jangan lah kita menunding jari pada orang lain/sepatut nya kita lehat kenapa kita harus membuat perjanjian dengan SYATAN SULU YANG BERHATI BUSUK/seharus nya kita kaji dan pahami.kalau setakat gambar bersalam tangan tak salah rasa nya sebagai umat ISLAM yang bersaudara

    ReplyDelete
  35. KENAPA SETIAP ADA MASAALAH NEGARA HARUS MENUDUH ENCIK ANWAR IBRAHIM SEBENAR NYA SAYA JUGA ADALAH PENGUNDI TEGAR BN.HANYA PANDAGAN SAYA RASA CUKUPLAH SUDAH APA YANG DI HADAPI OLEH ANWAR SEPANJANG HIDUP NYA HANYA KERNA POLITIK INGAT DIA JUGA SEAGAAMA KITA SEBANGSA KITA JADITAKKAH KITA BERDOSA PADA KELUARGA NYA BAYANGKAN KALAU KITA BERADA DI TEMPAT NYA.YA ALLAH YA TUHAN KU AMPUNKAN DOSA DOSA KAMI HAMBA MU INI

    ReplyDelete
  36. Saya juga penyokong tegar bn tapi apabila melihat suasana politik bn sekarang ini saya mulai sangsi. en.anwar ada lah segala-gala nya bagi umno. nampak nya setiap satu itu mesti umno nak kaitkan dengan anwar pada hal masalah pokok pemberian ic tidak langsung mendapat liputan dan siasatan. jangan la kerana gilakan kuasa dan harta benda hilang arah dan panduan perjuangan parti.

    ReplyDelete
  37. kami rakyat sabah tidak akan terpedaya dengan fitnah jahat puak zalim.. INI KALI LAH!!! UBAH!!

    ReplyDelete
  38. mengarut. klu btl minyak di sabah sama banyaknya dengan minyak di Quit, kenapa pula negeri sabah masih tersenarai antara negeri yang termiskin di malaysia? minyak dh setanding dengan Quit. belum termasuk lain2 pendapatan seperti export minyak sawit dan lain2. kalau dicampur semua bermakna negeri sabah jauh lebih kaya dari negara Quit. atau senang cakap, sabah adalah negeri yang terkaya di malaysia.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.