Thursday, March 21, 2013

Mahkamah Tawau dikawal pasukan keselamatan

Mahkamah Tawau yang menempatkan Mahkamah Majistret, Sesyen dan Tinggi mula dikawal anggota pasukan keselamatan bersenjata.

Anggota polis tambahan mula memasuki perkarangan mahkamah bermula 7.30 pagi menaiki dua buah lori polis dan beberapa buah kereta.

Kira-kira 40 anggota lengkap bersenjata berada di sekitar kawasan yang telah ditutup kepada orang awam bermula 5.30 petang semalam.

Kawasan luar mahkamah juga disita dan dikawal. Pekerja mahkamah sahaja dibenarkan masuk sementara wartawan hanya dibenarkan berada di luar kawasan.

Prosiding pendakwaan terhadap lapan lelaki Filipina akan dijalankan di Tawau pagi ini setelah kes terhadap mereka dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di Tawau

Kesemua mereka yang berusia antara 17 hingga 66 tahun itu didakwa atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan pertuduhan kedua di bawah Seksyen 130KA kanun yang sama.

- Bernama

66 comments:
Write comments
  1. Bole ke Peguam Negara kendali kes ni. Dia pun adal dr Lahad Datu jugak...suspen aku.

    ReplyDelete
  2. The Tawau court complex, which houses the magistrate’s, Sessions and High courts, has been placed under tight surveillance with armed security personnel patrolling the compound since early this morning.

    ReplyDelete
  3. Additional policemen, who came in two lorries and several cars, began entering the court premises at 7.30am.

    ReplyDelete
  4. Some 40 armed policemen were already stationed in the area cordoned off to the public from 5.30pm yesterday.

    ReplyDelete
  5. The compound outside the courts was closed off and monitored, and only court workers were allowed to enter while journalists could only remain outside.

    ReplyDelete
  6. Attorney-General Tan Sri Gani Patail was seen entering the court at 8.23am.

    ReplyDelete
  7. The terrorists, aged between 17 and 66, were charged for waging war against the Yang di-Pertuan Agong.

    ReplyDelete
  8. For the first charge under section 121 of the Penal Code, they face the death penalty

    ReplyDelete
  9. While the second charge under section 130KA of the same code, they face life imprisonment and a fine upon conviction.

    ReplyDelete
  10. Yesterday, the men were charged at the magistrate’s court which was specially conducted at the Lahad Datu police headquarters and the case was subsequently transferred to the Tawau High Court.

    ReplyDelete
  11. The prosecution proceedings of the eight Filipino men will be conducted here this morning after their case was moved to the High Court here.

    ReplyDelete
  12. Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.

    ReplyDelete
  13. Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

    ReplyDelete
  14. Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.

    Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.

    Sejurus kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April nanti.

    ReplyDelete
  15. Ketika prosiding pagi ini, Hakim Ravinthran memberi peluang kepada setiap tertuduh untuk memberitahu mahkamah berhubung pertuduhan ke atas mereka dan jurubahasa perlu menjelaskan beban hukuman bagi setiap kesalahan.

    Tertuduh juga diterangkan tentang pembelaan mereka yang perlu diwakili peguam kerana tuduhan ke atas mereka membabitkan hukuman berat iaitu gantung dan penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

    ReplyDelete
  16. Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

    Dua tertuduh itu bersama empat yang lain turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua lagi didakwa cuba melindungi pengganas.

    ReplyDelete
  17. Ini merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agung dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000.

    Sementara itu Timhar Hadir, yang juga didakwa atas kesalahan sama (menjadi anggota pengganas) memberitahu bahawa dia datang ke Malaysia pada Febuari lepas menggunakan pasport antarabangsa.

    ReplyDelete
  18. Bagaimanapun Hakim Ravinthran meminta dia tidak menyatakan selanjutnya sebelum berbincang dengan pihak peguam.

    Seorang lagi tertuduh yang menghadapi tuduhan sama, Habil Suhaili merupakan tertuduh yang mengambil masa agak lama untuk memahami pertuduhan.

    ReplyDelete
  19. Dia yang kelihatan berusia lebih daripada 60 tahun tidak dipakaikan 'straight jacket' seperti tertuduh lain dan jurubahasa membacakan pertuduhan berulang kali dalam bahasa Suluk.

    Habil sempat menyatakan bahawa dia tidak melakukannya namun hakim menjelaskan pengakuan itu tidak akan direkod.

    ReplyDelete
  20. Tertuduh pertama Atik Hussin Abu Bakar yang didakwa atas tuduhan melancarkan perang dan menjadi anggota pengganas hanya memohon penjelasan hukuman yang akan dihadapinya.

    Atik Hussin yang berbahasa Bajau kelihatan bersahaja seperti tertuduh lain.

    Empat tertuduh lagi, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung dan Lating Tiong hanya menyatakan 'nothing to say' (tiada apa yang hendak dicakapkan).

    ReplyDelete
  21. Basad menghadapi dua pertuduhan yang sama seperti Atik Hussin manakala Lin hanya didakwa menjadi anggota pengganas dan Kadir serta Lating menghadapi tuduhan melindungi kumpulan pengganas.

    Kesemua terduduh hanya menundukkan kepala ketika berada di kerusi sebelum dibawa ke kandang tertuduh untuk dibaca pertuduhan.

    ReplyDelete
  22. Kesemua mereka tidak dibenarkan jamin.

    Sementara itu, wartawan dan jurugambar yang membuat liputan di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dikawal ketat oleh anggota polis lengkap bersenjata dan hanya seorang wartawan daripada setiap organisasi yang dibenar masuk.

    ReplyDelete
  23. Kesemua wartawan yang dibenar memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi hanya dibolehkan membawa buku nota dan pen manakala semua alat komunikasi dan peralatan lain tidak dibenarkan.

    Tiada wartawan asing hadir membuat liputan prosiding hari ini.

    Lapan tertuduh yang ditutup bahagian kepala dibawa menaiki lori polis kira-kira 10.10 pagi.

    ReplyDelete
  24. Agbimuddin yang ketakutan kerana bakal ditembak mati oleh pengikutnya sendiri kini menyembunyikan diri. Hai..tahu pulak takut. Masa kau ramai bolehlah eksyen. Sekarang pengikut Kiram ramai yang dah mampus dan selebihnya kena tawan, baru kau terkial-kial cari tempat bersembunyi. Macam tu ke sikap seorang gerila. Atau pun Agbimuddin hanya seekor gorila tua yang menunggu masa untuk dibunuh. Begitulah bodohnya pengikut Kiram III termasuklah Kiram dan keturunannya.

    ReplyDelete
  25. PRESIDEN Filipina, Benigno Aquino melihat pencerobohan di Sabah oleh pengikut Jamalul Kiram III adalah satu pengulangan sejarah, ketika bekas Presiden, Ferdinand Marcos melancarkan rancangan untuk menceroboh Sabah pada 1968, yang dikenali sebagai pembunuhan Jabidah.

    ReplyDelete
  26. Media Filipina melaporkan, Aquino menyamakan kedua-dua kejadian tersebut sebagai tindakan menggadaikan nyawa penduduk Islam bangsa Moro untuk kepentingan diri pihak tertentu, ketika orang yang menjadi dalang hidup dengan selesa.

    ReplyDelete
  27. "Tidakkah kita melihat pengulangan sejarah dalam kejadian di Sabah yang berlaku beberapa minggu lalu. Apa yang berlaku di Lahad Datu adalah satu tragedi seperti mana yang berlaku di Jabidah.

    ReplyDelete
  28. "Namun, tragedi yang lebih besar adalah kita tidak belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini, iaitu mematuhi dan menghormati undang-undang sebagai jalan terbaik menghadapi cabaran yang dihadapi," katanya ketika merasmikan ulang tahun Pembunuhan Jabidah ke-40 di sini

    ReplyDelete
  29. Pembunuhan Jabidah yang juga dikenali sebagai Pembunuhan Corregidor berlaku selepas Marcos melancarkan rancangan rahsia untuk menceroboh Sabah.

    ReplyDelete
  30. Apabila pelatih beragama Islam yang ditempatkan di Corregidor pada 3 Januari 1968 enggan mengambil bahagian dalam misi itu selepas mengetahui rahsia berkenaan, mereka dibunuh oleh pegawai mereka pada 18 Mac 1968.

    ReplyDelete
  31. Aquino turut mengkritik dalang utama dalam pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang menyaksikan Malaysia melancarkan serangan udara dan darat.

    ReplyDelete
  32. "Di sebalik memberitahu pengikut mereka supaya pulang kerana nyawa lebih penting, ketuanya (Jamalul Kiram III) terus mendesak dan membangkitkan kemarahan. Ini yang boleh saya katakan, jika orang lain menganggap nyawa penduduk Moro tidak penting, pandangan ini adalah salah.

    ReplyDelete
  33. "Atas alasan ini, saya meminta adik Jamalul Kiram, Azzumudie dan pengikutnya supaya berundur dan pulang kerana keganasan tidak membawa apa-apa hasil dan hanya perbincangan merupakan pendekatan lebih produktif," katanya.

    ReplyDelete
  34. Pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas ketika operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu pada kira-kira 1.30 tengah hari semalam, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut 63 orang.

    ReplyDelete
  35. Seorang militan wanita berusia lewat 40-an serta tidak bersenjata turut ditahan dalam operasi itu.

    ReplyDelete
  36. Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kejadian itu susulan daripada pertempuran yang tercetus pada 11.30 pagi yang menyebabkan seorang anggota tentera cedera di jari kiri akibat terkena serpihan peluru.

    ReplyDelete
  37. "Susulan itu, pasukan keselamatan terus menjejaki musuh dan berlaku pertempuran di mana pasukan kita telah membunuh seorang daripada mereka serta menahan seorang wanita.

    ReplyDelete
  38. "Anggota tentera yang tercedera dibawa ke hospital berdekatan dan selepas pembedahan, keadaannya stabil," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

    ReplyDelete
  39. One of the accused is alleged to be members of an invading terrorists today told Sabah Tawau High Court that he was told to and employed by a person who is not named.

    ReplyDelete
  40. Hooland Kalbi who spoke in Bajau from the dock revealed that the prosecution against eight individuals alleged to be members of a terrorist group, two of whom were accused of waging war against the Agong.

    ReplyDelete
  41. Hooland statement before Judge Ravinthran translated by a court interpreter. Hooland also stated that she is stupid for doing it. Immediately Hooland statement translated, Judge Ravinthran ask the interpreter to explain to the accused that he did not need to say so and all will be made after the admission by counsel on 12 April.

    ReplyDelete
  42. During the proceedings this morning, Judge Ravinthran provide an opportunity for each of the defendant to inform the court on charges against them and interpreters need to clarify the burden of punishment for each offense.

    ReplyDelete
  43. Eight Filipinos charged in Tawau High Court today, two of them will be facing the death penalty for allegedly waging war against the Yang di-King. The accused also described on their defense to be represented by counsel because the allegations against them involving heavy penalties of suspension and imprisonment for life, if convicted.

    ReplyDelete
  44. Pasti lepas ini akan lebih banyak hal di luar jangka berjaya dibongkar. Harap media dapat memaklumkan kepada dunia tetang perkara sebenar.

    ReplyDelete
  45. Dapatkan seberapa banyak maklumat penting dan pastikan fakta yang ditulis tepat bagi mengelakan kekeliruan.

    ReplyDelete
  46. Lahad Datu: Teacher, nabbed for allegedly insulting security forces, may be charged

    BATU PAHAT: A teacher arrested for allegedly insulting security forces over the Sulu terrorist intrusion in Sabah could face disciplinary, including the sack.

    Deputy Education Minister Dr Mohd Puad Zarkashi said the ministry's disciplinary board had carried out investigation on the alleged insult.

    “The teacher has been released on police bail and is expected to be charged in court soon according to the police because it is a sedition case.

    “He is suspended now and will face disciplinary action from the ministry next,” he said after attending groundbreaking ceremony of multipurpose hall and new school building of SJK (C) Chern Hwa in Bukit Pasir here on Friday.

    Dr Mohd Puad said under the disciplinary proceedings the teacher faced possible dismissal, suspension of duty or pay or emolument, demotion to a lower classification or warning.

    “Action taken will depend on the seriousness of the wrongdoings as well as court decision and punishment,” he said.

    The teacher, in his Facebook posting, had allegedly insulted the security forces' personnel by referring to them as dogs and claiming that they had died in vain.

    Eight policemen and a soldier were killed by the Sulu terrorists in villages in Lahad Datu and by Semporna, which prompted the government to launch an offensive on March 5 to flush out the enemy. One soldier died in a road accident.

    Dr Mohd Puad said the ministry would not compromise on such seditious behaviour because it would raise doubts among the parents against teachers, who supposed to teach children about patriotism.

    It is also against the ethics of the teaching profession and tarnish of the image of the profession, he added.

    ReplyDelete
  47. Semua orang doakan yang terbaik buat Sabah dan pasukan keselamatan yang bertugas. Tapi lain pula perangai mamat seekor ni.

    ReplyDelete
  48. Tidak sabar mahu tahu perkembangan lanjut tentang para pengganas yang kena didakwa di Mahkamah. Harap mereka akan dikenakna hukuman setimpal.

    ReplyDelete
  49. Highly needed security.

    ReplyDelete
  50. Beware of those who can mimicking the locals.

    ReplyDelete
  51. Mereka yang bersalah harus menerima akibatnya.

    ReplyDelete
  52. Tawau high court should be highly monitored by the people involved.

    ReplyDelete
  53. Dipantau setiap masa.

    ReplyDelete
  54. Tawau ini dikira berdekatan dengan sempadan Indonesia, manalah tau ada apa2 kejadian nanti.

    ReplyDelete
  55. Kawalan ketat harus sentiasa bersedia.

    ReplyDelete
  56. Marine forces are surveilling the place.

    ReplyDelete
  57. Maka usaha kerajaan untuk memerangi musuh memang terlaksana.

    ReplyDelete
  58. I put my 100% belief in them.

    ReplyDelete
  59. kawalan keselamatan perlu dipertingkatkan untuk memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini.

    ReplyDelete
  60. pastikan perbicaraan pengganas2 tersebut berjalan lancar

    ReplyDelete
  61. Pastikan mahkamah ni tidak diserang pihak pengganas.

    ReplyDelete
  62. Kawalan masih diperlukan buat jangka masa pendek ini sebab isu penceroboh ini masih aktif.

    ReplyDelete
  63. Semua tuduhan harus disamping dengan bukti yang sah.

    ReplyDelete
  64. Mereka yang terlibat harus dikenakan hukuman yang kuat.

    ReplyDelete
  65. Tuntutan boleh dibuat dengan cara yang lebih baik dan tidak perlu mengakibatkan kematian yang teruk.

    ReplyDelete
  66. Mereka tidak harus masuk dengan bersenjata. Mereka tidak langsung menghormati undang-undang negara.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.