Berita yang kami terima, Pengganas Azumudie yang mengepalai lebih kurang 250 pengganas Kiram dilaporkan telah terbunuh. Ianya sesuatu yang sukar dipercayai apabila kematiannya bukan disebabkan oleh tembakan pasukan Perajurit Negara kita, sebaliknya kematian Pengganas Azumudie kerana ditembak oleh salah seorang pengawalnya sendiri.
Tidak ramai yang tahu, Pengganas Azumudie yang menggunakan Tangkal bersaiz besar di lehernya dikelilingi oleh kira-kira 60 pengawal peribadinya yang lengkap berpakaian tentera dan bersenjata. Tiada siapa boleh mendekatinya.
Kepungan oleh pasukan Perajurit Negara telah membunuh semangat mereka. Semangat pengawal elit Azumudie jatuh menjunam kerana perancangan awal mereka semuanya tidak menjadi.
Sebelum kematian Azumudie, diberitakan kepada kami bahawa pengawal elit Azumudie terlebih dahulu menembak mati anggota-anggota mereka yang belot dan ingin menyerah diri.
Terdapat banyak kubur-kubur besar dan sederhana besar dipenuhi mayat-mayat mereka, sama ada mati semasa pertempuran atau mati kerana dibunuh oleh mereka sendiri.
Segala Mitos kononnya Azumudie boleh berjalan di atas air laut menyeberangi lautan ke pulau-pulau di selatan Filipina hanya kepercayaan kurafat. Semuanya tidak menjadi.
Sehingga kini tiada siapa tahu di mana mayat Azumudie. Sama ada dia telah ditanam di mana-mana kawasan hanya diketahui oleh 60 pengawal elitnya yang kini berpecah-pecah menjadi kumpulan kecil 10 dan 15 orang.
Jika sumber kami ini benar, maknanya Perang ke atas pengganas Kiram sudah sampai ke kemuncaknya. Perjuangan mereka sia-sia sahaja.
-apple-biru.blogspot.com
Wednesday, March 20, 2013
Pengganas Kiram Azumudie Dibunuh Pengikut Sendiri?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Betul ke mamat ketua pengganas ni pernah jadi penjawat awam di sabah sebagai penolong pegawai daerah?? Kalau betul, ada yang tak kena ni! kalau betul, atas alasan apa dia bole diterima memegang jawatan penting tersebut?? Kepada siapakah soalan ini harus aku tujukan?? Perlukah aku menyalahkan anwar sekali lagi?
ReplyDeleteAyoooo, dah mati ke? Tapi abang dia kata, dia tengah minom kopi?
ReplyDeleteilmu hitam ke..apa ke...semua x boleh atasi kuasa Allah
ReplyDeleteMemang Ajimuddie pernah jadi Penolong Pegawai Daerah kudat pada taun 70an. Masa tu Ketua Menteri Sabah adalah Datu Mustapha, seorang berbangsa Suluk. Saya rasa KM tu dulu pun bercita2 jadi sultan, dah bina kubu pun di Kudat
ReplyDeletekah.. kah.. kah.. macam hoax je.. lgi minum kopi tu. btull.. btull..
ReplyDeletekenapa asal ada masaalah negara AKAN ADA TANGAN TANGAN HITAM menundimg jari kepada pembangkang.kita terima hakikat bahawa kaum pendatang ini dah naik kepala.pergi lah kemana mana di negeri sabah ini terutama di kawasan bandar.PENJUAL IKAN ,KERETA SAPU ,PENJUAL ROKOK,PENJUAL TELUR PENYU.PERAIH IKAN KE LADANG LADANG ,PENJUAL TELEPON CINA.SEBAB APA.APA LAGI RUMAH SETINGGAN TAK PAYAH KATA LAH DAN YANG PALING MENYAKITKAN/ PENGEDARAN DADAH,dan rumah setinggan macam sampah.jadi sama sama lah kita fikir jgn asik bergaduh sesama kita.KALAU NAK UNDI bn SILAKAN/KALAU NAK UNDI PR JUGA SILAKAN
ReplyDeleteKesian kat Najib kena basuh taik ygmahathir dn harris salleh/tun mustapha tinggalkn.
ReplyDeletehingga kini masih belum dpt dikenal pasti dimana Azzimudin
ReplyDeletesamada dia hidup atau mati, kena diketahui kedudukan dia sebenar
ReplyDeletePerlu nampak mayat dia dulu baru terbukti dia dah mati.kalau sekadar cakap2 dari mulut ke mulut, tak boleh dipercayai sangat.
ReplyDeleteHari tu kata dah mati.entah mana yang betul..
ReplyDeleteKadang2 ini hanya taktik musuh saja supaya Azumudie ni tak diburu lagi.kena hati2 ni.
ReplyDeleteHarap-haraplah segera ditangkap kalau masih hidup.kalau dah mati,biar nampak mayatnya untuk kepastian.
ReplyDeleteTIDAK LAMA LAGI MAKA, BERAKHIRLAH SERANGAN PENGGANAS SULU INI...
ReplyDeleteKERANA UP TO DATE HANYA 50 LAGI PENGGANAS DI TANJUNG BATU.. TERIMA KASIH PASUKAN KESELAMATAN
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan percaya jumlah militan yang berkubu di Kampung Tanjung Batu kini kurang daripada 50 orang.
TIDAK LAMA LAGI MAKA, BERAKHIRLAH SERANGAN PENGGANAS SULU INI...
ReplyDeleteKERANA UP TO DATE HANYA 50 LAGI PENGGANAS DI TANJUNG BATU.. TERIMA KASIH PASUKAN KESELAMATAN
Beliau berkata pasukan keselamatan juga tidak menghiraukan pengumuman Jamalul Kiram yang disiar media Filipina bahawa kumpulan pengganas itu akan melancarkan perang gerila ke atas Malaysia.
TIDAK LAMA LAGI MAKA, BERAKHIRLAH SERANGAN PENGGANAS SULU INI...
ReplyDeleteKERANA UP TO DATE HANYA 50 LAGI PENGGANAS DI TANJUNG BATU.. TERIMA KASIH PASUKAN KESELAMATAN
"Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka habis-habisan," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Malaysia dan Filipina harus tegas dan meneruskan perjanjian damai dan tidak membenarkan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, menggagalkan proses damai di selatan Filipina, kata Profesor Madya Dr Farish A. Noor dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) Universiti Teknologi Nanyang.
ReplyDelete“Kesan daripada apa yang berlaku ketika ini, jika proses damai gagal dan mereka kembali bertempur secara gerila di selatan Filipina, bahagian itu akan ketinggalan ketika negara lain di Asean berintegrasi, apakah itu yang anda inginkan?” katanya kepada Bernama selepas seminar disini.
ReplyDeleteTIDAK LAMA LAGI MAKA, BERAKHIRLAH SERANGAN PENGGANAS SULU INI...
ReplyDeleteKERANA UP TO DATE HANYA 50 LAGI PENGGANAS DI TANJUNG BATU.. TERIMA KASIH PASUKAN KESELAMATAN
Hamza berkata dua pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas pada hari ke-14 Operasi Daulat iaitu pada 8.05 pagi dan 9.45 pagi.
Menjawab pertanyaan wartawan stesen televisyen Filipina GMA 7 mengenai pasukan keselamatan mengambil kesempatan ke atas pengganas setelah Jamalul Kiram mengumumkan gencatan senjata, Hamza berkata pengganas terlebih dahulu menyerang dan membunuh dua anggota polis serta mencederakan tiga lagi dalam pertempuran di Kampung Tanduo, dekat sini 1 Mac lepas.
Paling utama, beliau berkata penduduk Mindanao mahukan kedamaian itu. “Anda tidak harus membenarkan satu aktor ini menggagalkan proses damai yang bakal memberi kesan terhadap jutaan orang pada generasi berikutnya,” katanya.
ReplyDeleteTIDAK LAMA LAGI MAKA, BERAKHIRLAH SERANGAN PENGGANAS SULU INI...
ReplyDeleteKERANA UP TO DATE HANYA 50 LAGI PENGGANAS DI TANJUNG BATU.. TERIMA KASIH PASUKAN KESELAMATAN
"Kami tidak akan hormati kata Jamalul Kiram kerana pengikutnya menembak mati dua anggota polis, sedangkan sehari sebelum itu beliau umum gencatan senjata," katanya.
Hamza turut memberitahu bahawa Malaysia dan Filipina sedang berunding berhubung tuntutan mayat 28 pengganas yang ditembak mati dalam insiden pencerobohan itu.
Sekumpulan lelaki bersenjata yang menggelar diri sebagai pasukan keselamatan diraja Kesultanan Sulu dihantar Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai pewaris kesultanan itu, ke pesisir pantai Lahad Datu pada Februari lepas.
ReplyDeleteFarish berkata semua rakyat di selatan Filipina sudah cukup menderita kerana sejak 1970-an, kawasan itu menjadi zon perang.
ReplyDeleteTIDAK LAMA LAGI MAKA, BERAKHIRLAH SERANGAN PENGGANAS SULU INI...
ReplyDeleteKERANA UP TO DATE HANYA 50 LAGI PENGGANAS DI TANJUNG BATU.. TERIMA KASIH PASUKAN KESELAMATAN
Sementara itu, Ahmad Zaki berkata 12 kereta kebal berantai jenis Adnan milik tentera darat tiba di Felda Sahabat untuk membantu mengukuhkan pertahanan dan membanteras pengganas di Kampung Tanjung Batu.
"Kereta perisai itu juga bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih efektif kepada pasukan keselamatan dalam menggeledah kawasan dan mendominasi kawasan," katanya.
TIDAK LAMA LAGI MAKA, BERAKHIRLAH SERANGAN PENGGANAS SULU INI...
ReplyDeleteKERANA UP TO DATE HANYA 50 LAGI PENGGANAS DI TANJUNG BATU.. TERIMA KASIH PASUKAN KESELAMATAN
Di KUALA LUMPUR, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pasukan keselamatan yakin operasi pembersihan di Kampung Tanjung Batu akan selesai dalam masa dua atau tiga hari lagi sebelum penduduk dibenar pulang ke rumah masing-masing.
"Operasi di Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo telah selesai dan kini dalam peringkat menentukan kerosakan yang dialami penduduk kampung," katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Mengenai tempoh Operasi Daulat, Zulkifeli berkata pasukan keselamatan tidak dapat memberi jangka waktu bila operasi itu akan berakhir.
Beliau berkata kebanyakan negara anggota Asean sudah maju dengan pembangunan infrastruktur, pendidikan dan penjagaan kesihatan untuk ratusan juta warganya.
ReplyDelete“Namun zon selatan Filipina di Mindanao tidak mendapat faedah kerana menjadi medan perang sejak 1970-an,” kata Farish.
ReplyDeleteFilipina pun brminat dgn tuntutan keatas Sabah Timur ni atad alasan prnah jadi wilayah Sulu....nah, mmpos le Umno nak handle. Cuci le kamurang taik harris salleh serta mahathir dulu.
ReplyDelete“Adalah penting rakyat negara itu diberi peluang hidup dalam keadaan aman damai. Ini yang MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro) inginkan.”
ReplyDeleteFarish berkata presiden Filipina juga dilihat komited menamatkan konflik itu kerana tidak mahu rakyat negaranya terus menderita.
ReplyDelete“Pergi ke kedai atau sekolah adalah sesuatu yang mereka hanya dapat bayangkan... paling utama, tindakan Kiram merugikan bangsanya sendiri,” katanya.
ReplyDelete“Dengan melengah-lengahkan proses damai, bukan penduduk di utara Filipina yang menderita, juga bukan penduduk di negara Asean lain menderita, sebaliknya mereka yang menderita adalah orang-orang kamu sendiri.”
ReplyDeletePasukan keselamtan akan terus setia membenteras kejahatan dan keganasan ini.. Pasukan keselamatan Malaysia begitu setia dalam berkhidmat kepada negara sehingga kehabisan darah yg terakhir. Terima Kasih Malaysia!
ReplyDeletewalau pun tiada yang menuntut mayat2 itu..kerajaan mesti mencari jalan supaya mayat2 di hantar ke sulu (tanah kelahiran mereka)...kita tidak mahu satu hari nanti pengganas kembali dan menuntut tanah2 kawasan perkuburan sudara pula..
ReplyDeleteTahniah buat Pasukan Keselamatan Malaysia, Bersihkan Negeri Sabah dari diduduki oleh penceroboh yang telah cuba menceroboh Sabah.
ReplyDeleteTak payah hantar mayat ke filipina... buang ja ke laut... selagi tak nampak mayat izamudi... tak percaya....
ReplyDeleteAllah yg Maha Kuasa nak tunjukkan KuasaNYA. Kita tunggu dan lihat. Tahun 2013 adalah Tahun Yobel bagi negara Malaysia. Ini Tahun pembebasan. Semua hak2 kita sebagai rakyat Sabah dan Malaysia Amnya akan dikembalikan. Tanah2 telah terjual atau tergadai kita akan dapat semula. Amin
ReplyDeletewalau macam mana pun lawan tetap lawan, hoiii,, rakyat sabah mari bah bangun kita undi PAKATAN RAKYAT, hanya untuk rakyat bukan untuk kroni-kroni umno dan bn bumi sabah ini,
ReplyDeletebumi sabah ini bapak kitaurg punya bukan umno Dan bukan juga BN.......
BAYUMURNI........
Pengesahan akhir ke?
ReplyDeleteKeganasan ini cuam merugikan sendiri sahaja.
ReplyDeleteHarus berasa syukur sebab usaha tentera dan polis unutk menjamin ketenteraman negara.
ReplyDeleteKeganasan ini harus diselesaikan dalam amsa tersingkat. Saki baki harus teruskan buruan terhadapnya.
ReplyDeleteTuntutan melalui keganasan sudah tentu satu kesalahan.
ReplyDeleteBunuh atau tidak, tetap beliau akan dihukum jika kena tangkap.
ReplyDeleteTeruskan usaha mempertahankan hak milik negara.
ReplyDeleteBukankah baik Sabah dipimpin oleh Malaysia>?
ReplyDeleteKami harus berterima kasih kepada tentera yang terkorbab untuk mempertahankan harta kami.
ReplyDeletePerundingan tidak perlu diteruskan lagi.
ReplyDelete