Friday, March 8, 2013

Manila mahu ‘layanan baik’ warga Filipina di penjara Sabah

Pemerintah Filipina telah meminta Malaysia untuk memastikan “layanan berperikemanusiaan” terhadap rakyat mereka yang ditahan berhubung dengan ketegangan dengan militan Sulu di Sabah.

Saluran ABS-CBN melaporkan dalam laman sesawangnya petang ini, permintaan tersebut telah disampaikan melalui Jabatan Hal Ehwal Antarabangsa (DFA) Filipina kepada Malaysia, selepas dilaporkan 79 individu telah ditahan sehingga kini.



Jabatan tersebut juga memohon, pasukan kemanusiaan Filipina di Lahad Datu diberikan “akses sepenuhnya” terhadap tahanan yang sekarang ini dilkawal ketat di Malaysia.

“Kami tahu terdapat lebih kurang 10 orang rakyat Filipina ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia.

“Dan DFA juga percaya rakyat Filipina akan diberikan layanan berperikemanusiaan oleh kerajaan Malaysia,” kata jurucakap presiden Edwin Lacierda dipetik dari ABS-CBN.

Lacierda juga mengulangi gesaan pentadbiran Aquino terhadap pemberontak bersenjata Sulu di Sabah untuk “meletakkan senjata”, menegaskan ini adalah satu-satunya cara untuk menghentikan pertumpahan darah.

“Presiden, DFA, pemerintah ini terus mengerahkan segala usaha untuk meneroka semua saluran ke arah penyelesaian damai. Sebagai satu kenyataan semalam yang disebut, gencatan senjata itu adalah salah satu daripada pilihan,” beliau dilaporkan berkata.

Pasukan keselamatan Malaysia masih dalam pertempuran bersenjata dengan kumpulan pemberontak Sulu yang diketuai oleh Agbimuddin Kiram, adik kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram III.

Lelaki, berjumlah lebih 200 orang telah mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 9 Februari, dengan rancangan untuk mengulangi tuntutan terhadap pemilikan mereka ke atas wilayah Borneo utara memetik rekod sejarah pada abad ke-17.

Pihak berkuasa Malaysia berkata semalam 52 militan Sulu telah ditembak mati sejak pertempuran bermula Jumaat lepas.

Seramai lapan anggota polis Malaysia terbunuh di Lahad Datu dan Semporna semasa pertempuran hujung minggu, yang menyebabkan angka kematian meningkat kepada 60 orang.

Malaysia menolak seruan Jamalul untuk gencatan senjata semalam, menuntut sebaliknya “sultan” memerintahkan orang-orangnya untuk meletakkan senjata secara aman dan tanpa syarat.

Puak Kiram sebelum ini telah dipanggil untuk gencatan senjata tetapi berkeras untuk tinggal di Sabah. -TMI

41 comments:
Write comments
  1. Itulah yang kita harapkan bersama. Semoga mereka yang ditahan menerima “layanan berperikemanusiaan” didalam penjara.

    ReplyDelete
  2. Rasanya kita mempuntai etika dalam penjara. Maka kita harap perkara itu akan dipatuhi.

    ReplyDelete
  3. Tindakan pencerobohan ini telah pun memburukan lagi keadaan.

    ReplyDelete
  4. Apa puh hubungan antara kedua-dua kerajaan tidak terjejas dengan pencerobohan tersebut.

    ReplyDelete
  5. Setakat ini ops daulat masih lagi dilakukan.

    ReplyDelete
  6. Ini bagi mencari mereka-mereka yang lain. Ini kerana Jamalul Kiram telah meminta gencatan senjata dibuat tapi sayangnya penceroboh yang berada di Lahad Datu tidak menyerah diri dan sebagainya.

    ReplyDelete
  7. Tak pyah minta layanan baik,memang baik. Yg layanan mcm haiwan hanya utk ustaz2 dr PAS atau DS Anwar atau tahanan ISA. Mereka tu bukan musoh negara tapi musoh UMNO,sebab tu layanan mcm haiwan. PATI dr Pulau Jolo atau Kepulauan Sulu tu jgn risau le. Tambahan kalu dah jadi ahli UMngok seumor idup.

    ReplyDelete
  8. Saya tidak setujuh jika malaysia tunduk dan menurut agar militan yang di tahanan di sini diberikan layanan yg"special"selepas MENCOROBOH DAN MENEMBAK TENTERA MALAYSIA DI LAHAD DATU,SABAH.MEREKA ADALAH PENGANAS SULTAN SULU

    ReplyDelete
  9. "Lacierda juga mengulangi gesaan pentadbiran Aquino terhadap pemberontak bersenjata Sulu di Sabah untuk “meletakkan senjata”, menegaskan ini adalah satu-satunya cara untuk menghentikan pertumpahan darah."

    semoga para pemberontak bersenjata Sulu ini dengar nasihat di atas..

    ReplyDelete
  10. "...gencatan senjata itu adalah salah satu daripada pilihan" -- bukan 'pilihan' tapi 'kemestian'

    ReplyDelete
  11. "Pasukan keselamatan Malaysia masih dalam pertempuran bersenjata dengan kumpulan pemberontak Sulu yang diketuai oleh Agbimuddin Kiram, adik kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram III." --- semoga mereka yang terlibat akan pulang dengan selamatnya bila isu Kiram ini tamat...

    ReplyDelete
  12. "Seramai lapan anggota polis Malaysia terbunuh di Lahad Datu dan Semporna semasa pertempuran hujung minggu..." -- ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

    ReplyDelete
  13. "Malaysia menolak seruan Jamalul untuk gencatan senjata semalam, menuntut sebaliknya “sultan” memerintahkan orang-orangnya untuk meletakkan senjata secara aman dan tanpa syarat."

    Malaysia tidak patut berlembut lagi dengan kehendak 'penceroboh-penceroboh' ini

    ReplyDelete
  14. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Semakin lama, jejak Anwar Ibrahim dalam kemelut serangan lanun-lanun Sulu ke atas Sabah, semakin ketara. Dan ianya semakin tidak mampu dijawab oleh para pecacai Anwar Ibrahim sekalipun mereka cuba juga menimbulkan pelbagai persepsi termasuklah kematian anggota-anggota pasukan keselamatan sebagai satu sandiwara, bahkan cuba mempertikaikan gambar-gambar mayat atau lebih tepat lagi bangkai lanun-lanun Sulu.

    ReplyDelete
  15. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Kali pertama, pendalangan Anwar Ibrahim dalam kemelut serangan lanun-lanun berkenaan, telah didedahkan oleh Reuters. Anwar Ibrahim kelam-kabut cuba menafikan sekalipun pada masa yang sama, jawapan yang diberikan amat mencurigakan.

    ReplyDelete
  16. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Dia cuba menyatakan bahawa REUTERS mendapat maklumat dari UMNO dan Barisan Nasional. Malah pada satu peringkat, cuba menggambarkan kononnya REUTERS telah dibeli dan diupah oleh UMNO-BN untuk mengeluarkan berita berkenaan.

    ReplyDelete
  17. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Kemudian muncul pula INQUIRER NEWS dan MANILA POST yang memetik dari sumber-sumber perisikan Filipina yang menyatakan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat merupakan satu daripada dua kumpulan yang menjadi dalang kepada serangan dan pencerobohan lanun-lanun Sulu itu.

    ReplyDelete
  18. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Dan sekali lagi Anwar Ibrahim mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab atau membuat penafian terutama sekali apabila butiran pertemuannya dengan Nur Misuari dan Jamalul Kiram III bersama-sama Tian Chua dan Sivarasa, telah didedahkan selain gambar-gambar pertemuan tersebut, disiarkan oleh semua media.

    ReplyDelete
  19. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Apabila dua orang anggota pasukan keselamatan dibunuh oleh lanun-lanun Sulu dalam serangan hendap, barulah Anwar Ibrahim kelihatan kelam-kabut. Pun begitu, Anwar tidak terus menjawab sebaliknya dia menggunakan Tian Chua untuk mengalihkan perhatian.

    ReplyDelete
  20. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Tian Chua mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan kematian dua orang anggota keselamatan tersebut sebagai SANDIWARA UMNO-BN. Sebelum itu, Penasihat Seumur Hidup DAP, merangkap pencetus tragedi 13 Mei 1969, Lim Kit Siang awal-awal lagi telah memperlekehkan pasukan keselamatan terutama sekali PDRM yang disifatkannya sebagai terlalu lemah walaupun telah diberikan peruntukan yang sangat besar.

    ReplyDelete
  21. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tian Chua ternyata menarik perhatian sekaligus mengalihkan perhatian. Anwar mendapat sedikit ruang untuk mencari-cari helah dan jawapan kepada tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

    ReplyDelete
  22. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Kemudian, muncul pula kenyataan daripada Wan Azizah dan Nurul Izzah, isteri dan anaknya bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mengaitkan Anwar Ibrahim dengan Jamalul Kiram III, Nur Misuari dan lanun-lanun Sulu.

    ReplyDelete
  23. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Ternyata, usaha-usaha yang dilakukan dengan menggunakan anak isteri serta konco utama, gagal menutup mulut. Sebaliknya, lebih banyak pendedahan terutama sekali yang melibatkan kemelut jawatan Sultan Sulu itu sendiri, semakin terdedah selain motif sebenar lanun-lanun Sulu itu melakukan serangan.

    ReplyDelete
  24. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Desakan demi desakan kepada Anwar Ibrahim agar menjawab tentang tuduhan yang dilemparkan kepadanya, akhirnya membolehkan mulut Anwar Ibrahim terbuka. Bagaimanapun, sama seperti reaksinya apabila dia berada dalam tekanan, Anwar Ibrahim sangat mudah melenting. Ketika ditanya wartawan tentang pembabitannya dalam serangan terhadap Sabah menggunakan lanun-lanun Sulu, jawapan Anwar Ibrahim cukup mudah tetapi sangat bangang, 'U ULANG TANYA, I SAMAN YOU.'

    ReplyDelete
  25. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Serangan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan terhadap kedudukan lanun-lanun Sulu yang masih enggan menyerah kalah dan menyerah diri, akhirnya memaksa Jamalul Kiram III, kepala lanun yang mengaku dirinya Sultan Sulu, membuat kenyataan tengah hari tadi.

    ReplyDelete
  26. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Jamalul Kiram III yang besar kemungkinan akan diekstradisi ke Malaysia untuk dibicarakan, mengarahkan agar lanun-lanunnya melakukan gencatan senjata sebelah pihak dan berharap Malaysia juga akan melakukan gencatan senjata.

    ReplyDelete
  27. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Pada masa yang sama, kepala lanun itu cuba mendapatkan bantuan daripada Amerika Syarikat dan meminta agar tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu masuk ke Sabah bagi memastikan lanun-lanunnya terselamat daripada dibunuh atau dicederakan mahupun ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia.

    ReplyDelete
  28. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Taktik gencatan senjata atau menyerah diri merupakan pencetus kepada serangan oleh pasukan keselamatan Malaysia terhadap lanun-lanun tersebut. Pada Jumaat 1 Mac 2013, terpedaya dengan taktik bendera putih yang dikibarkan oleh lanun-lanun Sulu di Kampung Tandou, dua orang anggota pasukan keselamatan Malaysia telah ditembak sehingga mati.

    ReplyDelete
  29. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Begitu juga dengan kes pada Sabtu 2 Mac 2013, terpedaya dengan maklumat kononnya lanun-lanun Sulu mahu berunding di sebuah rumah di Semporna, enam orang anggota polis dibunuh menerusi serangan hendap.

    ReplyDelete
  30. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Lanun-lanun Sulu itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengerahkan 10,000 lanun dari kepulauan Sulu yang merupakan pengikut Jamalul Kiram untuk melakukan serangan terhadap Malaysia.

    ReplyDelete
  31. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Agak menarik apabila jurucakap Jamalul Kiram III mengeluarkan kenyataan kononnya, mereka ingin melakukan gencatan senjata dan berharap Malaysia juga melakukan perkara yang sama. Kononnya untuk mengelak daripada pertumpahan darah yang lebih besar.

    ReplyDelete
  32. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Berdasarkan kepada tipu perdaya mereka sebelum ini, sewajarnya pihak berkuasa Malaysia tidak melayan sebarang tuntutan daripada penceroboh-penceroboh tersebut. Mereka perlu dibantai habis-habisan.

    ReplyDelete
  33. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Pada masa yang sama, sempadan negara juga perlu diperkemaskan kawalannya. Sekarang ini pun, lanun-lanun Sulu mula menanggalkan pakaian di tubuh mereka dan menyembunyikan senjata untuk menyamar sebagai penduduk tempatan.

    ReplyDelete
  34. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Kementerian Dalam Negeri menerusi agensi-agensinya seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Imigresen seharusnya sudah memulakan operasi membersihkan saki baki lanun berkenaan. Kebanyakan daripada mereka cukup gah dan cukup megah dengan kad pengenalan Kesultanan Sulu. Sebahagian besar pula yang berada di tanah besar Sabah, langsung tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

    ReplyDelete
  35. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Kalau selama ini penguatkuasaan terlalu kurang dan longgar, sekaranglah masanya untuk membuktikan keberkesanan pelbagai agensi di dalam Kementerian Dalam Negeri untuk mengawalselia keselamatan rakyat dan negara ini.

    ReplyDelete
  36. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Sesuatu yang sangat pasti ialah, permintaan gencatan senjata oleh Jamalul Kiram III sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu taktik untuk melengah-lengahkan tindakan terhadap lanun-lanunnya yang masih bertaburan di Sabah!

    ReplyDelete
  37. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN APA SAJA PERMINTAAN SULTAN KIRAM DAN KERABATNYA.. MANUSIA JIJIK SEPERTI KIRAM TIDAK AKAN BERHENTI MENGGUNAKAN CARA JIJIK UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN JIJIK BELIAU

    Dan taktik sebegitu sebenarnya sudah boleh diagak siapa yang menjadi dalangnya… Jamalul Kiram III tidak mempunyai cukup otak untuk membuat tipu perdaya sebegitu rupa. Dalangnya sudah pasti seseorang yang pernah melakukan tipu perdaya itu dengan berkesan seperti ANWAR IBRAHIM!

    ReplyDelete
  38. Kalau pengganas sulu ni patuh arahan, sepatutnya tidak akan terkorban lebih ramai nyawa.

    ReplyDelete
  39. Kepentingan politik jangan didahulukan. keselamatan rakyat lebih penting.

    ReplyDelete
  40. Diharapkan hubungan antara Malaysia dan Philipina tidak akan terjejas.

    ReplyDelete
  41. Malaysia tidak akan berlembut dengan penceroboh ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.