Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan tampil ke hadapan hari ini mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah “konspirasi politik jahat” untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tersebut.
Azlan Mohd Lazim, 60, dalam satu sidang media tertutup juga mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri sejak awal pendedahan kes liwat kedua tersebut.
“Ini adalah konspirasi politik jahat untuk membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua,” kata Azlan.
“Saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.Beliau dan keluarganya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,” tambah beliau.
Azlan yang ditemani oleh dua rakannya juga menolak pengakuan yang dibuatnya hari ini adalah kerana desakan ataupun tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan dengan rela hati.
Apabila ditanya mengapa menunggu hingga hari ini baru tampil untuk membuat pengakuan, Azlan berkata ia adalah kerana selepas membuat penilaian sendiri dan menerusi maklumat yang disampaikan oleh orang terdekat, beliau mula dapat melihat kebenaran disebalik kes melibatkan anaknya tersebut. -TMI

Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya Azlan Mohd Lazim (gambar) sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.
“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.
Turut menemani beliau, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
Azlan berkata, kenyataan-kenyataan media sebelum ini melibatkan beliau dan anaknya dirancang dan disediakan oleh dua individu.
“Semua kenyataan akhbar anak saya dan saya sendiri dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus dan Khairul Annas Jusoh,” katanya.
Konspirasi untuk penjarakan Anwar Menurut Azlan, kes tersebut adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Anwar kali kedua.
“Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu niat jahat mereka. Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ia dilakukan dengan begitu terancang sekali.

“Saya tak mahu bersekongkol. Empat tahun saya ikuti perbicaraan bersama peguam. Sebagai bapa, saya rasa ada benda yang tidak kena. Ada dalang dalam kes ini,” kata Azlan.
Beliau juga bersedia ke mahkamah jika diperlukan berikutan kes rayuan Fitnah II akan dimulakan Jun ini.
“Saya ada hak untuk terangkan. Kalau diminta ke mahkamah, saya sanggup ulang semula (kenyataan ini),” kata Azlan.
Kenyataan yang dibacakan Azlan pada sidang media hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf kepada Anwar dan keluarga yang menderita akibat fitnah ini.
“Walaupun pada ketika perbicaraan berjalan, saya dilihat bersama anak saya. Ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anak yang tidak beribu,” katanya.
“Setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada dalam perbicaraan mahupun dikirim orang ramai, saya dapati kebenaran terserlah,” kata Azlan.
Sementara itu, Johari berkata, beliau dihubungi Azlan kurang sebulan lalu.
“Pada mula saya fikir ada kes terbaru. Tapi selepas Encik Azlan hubungi maklumkan mahu buat pendedahan, kita kena bantu.
“Sidang media ini pun dibuat secara tertutup kerana kita bimbang keselamatan Encik Azlan,” kata Johari.
Tanggal 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar bebas dari tuduhan Fitnah II yang mengaitkan beliau dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari. – NS/KD
Bapa saiFOOL tak cakap pun, 1Dunia dan tau. Bukan setakat 1Malaysia jer tau konspirasi UMNO. Hanya pencacai UMNO je yg percaya dan jgn terkejut jika ramai Ketua Pemuda UMNO Bahagian,ramai dah join PAS atas kebodohan UMNO itu.
ReplyDeleteRakyat perlu ingat banyak kenyataan Azlan sebelum iniyang jelas menunjukkan perasaan bencinya yang mendalam terhadap Anwar berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar dari dakwaan meliwat anaknya.
ReplyDeleteMalah Azlan juga yang mendesak Peguam Negara supaya menyegerakan petisyen rayuan ke atas keputusan Mahkamah Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar pada 9 Januari 2012.
ReplyDeleteMaka itu, persoalan yang menerpa di kepala setiap orang sekarang ialah, apakah yang mendesak Azlan sehingga membuat pusingan U begitu sekali? Ada dakwaan yang mengatakan Anwar telah membayar sejumlah wang kepada Azlan untuk membuat sidang media tersebut.
ReplyDeleteApa sebenarnya yang berlaku dalam keluarga ini masih lagi kabur dimata semua orang, Azlan kata Saiful dipergunakan, Saiful kata Azlan pula yang dipergunakan. Which and Which?
ReplyDeletePerlu diingat, dari segi persepsi masyarakat, kenyataan Saiful ada lebih kredebiliti dibanding dengan kenyataan bapanya, kerana yang mendakwa diliwat ialah dia, bukan Azlan.
ReplyDeleteApa pun masalah Azlan tindakan beliau menjual maruah anaknya sendiri merupakan rekod yang sukar dicabar oleh sejarah manusia Melayu dan Islam. Sehodoh-hodoh wajah Anwar pun beliau tidak menjual maruah anak dan isterinya. Sejarah akan mengingati Azlan Mohd Lazim sebagai Bapa Haruan versi moden.
ReplyDelete"Azlan Mohd Lazim Jenis Bapa Haruan?"
Hari ini negara digemparkan dengan kenyataan Azlan Mohd Lazim bahawa pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan merupakan satu konspirasi pegawai Datuk Seri Najib Tun Razak. Sungguhpun Azlan Mohd Lazim bapa kepada Saiful, saya tidak berniat menyebut Saiful sebagai anaknya. Bapa apakah yang “menjual” maruah anaknya?
Saiful Bukhari bukan seorang penjenayah, bukan seorang perogol dan bukan seorang peliwat. Beliau hanyalah mangsa liwat yang mahu mencari keadilan untuk dirinya. Beliau melakukan segala-galanya untuk mendapat keadilan bagi dirinya, daripada membuat laporan Polis, memohon bantuan perlindungan orang politik kerana peliwatnya seorang yang ternama dan berpengaruh, sehinggalah kepada melakukan sumpah laknat.
Apa pun masalah Azlan tindakan beliau menjual maruah anaknya sendiri merupakan rekod yang sukar dicabar oleh sejarah manusia Melayu dan Islam. Sehodoh-hodoh wajah Anwar pun beliau tidak menjual maruah anak dan isterinya. Sejarah akan mengingati Azlan Mohd Lazim sebagai Bapa Haruan versi moden.
ReplyDelete"Azlan Mohd Lazim Jenis Bapa Haruan?"
Bagi seorang Islam yang waras akal fikirnya, mendapat pendidikan agama secukupnya, melakukan sumpah laknat merupakan satu kemuncak kepada segala usaha mendapatkan keadilan bagi dirinya. Itulah yang terpaksa dilakukan oleh Saiful Bukhari untuk meyakinkan orang ramai bahawa dia bukan seorang pelingpur lara atau penipu. Ini bukan kes politik. Ini kes jenayah. Perdana Menteri, Polis dan Pendakwaraya boleh sahaja membutakan mata, memekakkan telinga dalam isu ini jika mereka mahu mengelakkan kontroversi seperti mana kes Anwar Ibrahim meliwat Azizan.
Namun kerajaan yang ada perlu berlaku adil kepada Saiful. Siapa lagi akan membela beliau jika kerajaan sedia ada tidak bersedia mempertahankan seorang yang mendakwa diri beliau mangsa liwat. Mungkin benar dakwaan Azlan bahawa banyak kenyataan kepada media beliau dan anaknya diuruskan oleh seseorang di pejabat Perdana Menteri dan peguamnya.
Apa pun masalah Azlan tindakan beliau menjual maruah anaknya sendiri merupakan rekod yang sukar dicabar oleh sejarah manusia Melayu dan Islam. Sehodoh-hodoh wajah Anwar pun beliau tidak menjual maruah anak dan isterinya. Sejarah akan mengingati Azlan Mohd Lazim sebagai Bapa Haruan versi moden.
ReplyDelete"Azlan Mohd Lazim Jenis Bapa Haruan?"
Mungkin pegawai Perdana Menteri tersebut mahu membantu atas dasar mencari untung politik ketuanya. Namun ia tidak menolak fakta bahawa Saiful menyatakan beliau telah diliwat oleh Anwar Ibrahim. Sudah tentu sebagai mangsa kepada seorang ahli politik terkenal Saiful perlu berhati-hati terhadap kata-katanya. Justeru pembabitan orang lain terutamanya peguam beliau dalam mnyaring dan menyediakan kenyataan akhbar adalah satu keperluan bagi mengelakkan kes beliau terjejas.
Saiful Bukhari tentu tidak percaya bahawa selepas menjadi mangsa Anwar Ibrahim beliau akhirnya menjadi mangsa kepada bapanya sendiri. Ramai mengatakan Azlan lebih mementingkan wang daripada Anwar. Saya tidak berani menyatakan sedemikian kerana tiada bukti. Cuma kalau tidak kerana wang pun, Azlan lebih mementingkaan persahabatan beliau dengan Anwar berbanding nasib dan maruah anak kandungnya sendiri. Bapa jenis apakah manusia bernama Azlan ini? Adakah suatu hari nanti anak perempuannya pun akan beliau lacurkan demi kepentingan peribadi?
Apa pun masalah Azlan tindakan beliau menjual maruah anaknya sendiri merupakan rekod yang sukar dicabar oleh sejarah manusia Melayu dan Islam. Sehodoh-hodoh wajah Anwar pun beliau tidak menjual maruah anak dan isterinya. Sejarah akan mengingati Azlan Mohd Lazim sebagai Bapa Haruan versi moden.
ReplyDelete"Azlan Mohd Lazim Jenis Bapa Haruan?"
Azlan mendakwa tuduhan Saiful Bukhari ke atas Anwar satu fitnah dan konspirasi. Namun membaca laporan-laporan media termasuk Malaysiakini.com, ternyata tiada satu bukti pun dikemukakan oleh Azlan yang boleh mengukuhkan teori bahawa Saiful mereka-rekakan kejadian liwat tersebut. Apa yang ada hanyalah andaian dan kononnya penyelidikan beliau sendiri yang mendapati tuduhan tersebut tidak benar.
Jika benar beliau mengambil mendapat pelbagai maklumat semasa perbicaraan ini mengapa Azlan beria-ia mendesak Peguam Negara melakukan rayuan ke atas pembebasan Anwar?
Apa pun masalah Azlan tindakan beliau menjual maruah anaknya sendiri merupakan rekod yang sukar dicabar oleh sejarah manusia Melayu dan Islam. Sehodoh-hodoh wajah Anwar pun beliau tidak menjual maruah anak dan isterinya. Sejarah akan mengingati Azlan Mohd Lazim sebagai Bapa Haruan versi moden.
ReplyDelete"Azlan Mohd Lazim Jenis Bapa Haruan?"
Apa pun masalah Azlan tindakan beliau menjual maruah anaknya sendiri merupakan rekod yang sukar dicabar oleh sejarah manusia Melayu dan Islam. Sehodoh-hodoh wajah Anwar pun beliau tidak menjual maruah anak dan isterinya. Sejarah akan mengingati Azlan Mohd Lazim sebagai Bapa Haruan versi moden.
Apa pun masalah Azlan tindakan beliau menjual maruah anaknya sendiri merupakan rekod yang sukar dicabar oleh sejarah manusia Melayu dan Islam. Sehodoh-hodoh wajah Anwar pun beliau tidak menjual maruah anak dan isterinya. Sejarah akan mengingati Azlan Mohd Lazim sebagai Bapa Haruan versi moden.
ReplyDelete"Azlan Mohd Lazim Jenis Bapa Haruan?"
Pemerhati politik tentu tidak dapat menolak fakta bahawa kemunculan Azlan Mohd Lazim melemparkan tuduhan ini sangat-sangat relevan kepada Anwar. Ketika ini Anwar sedang lemas berhadapan tuduhan-tuduhan ke atas beliau dan pemimpin Pakatan lain dalam isu Lahad Datu. Justeru ia memberi satu tanda tanya besar
ADAKAH AZLAN MOHD LAZIM DIGUNAKAN OLEH ANWAR IBRAHIM UNTUK MENUTUP ISU LAHAD DATU YANG MAKIN MENGHHIMPIT MEREKA?
ReplyDeleteHello SayFOOL,balik le kau kepangkal jalan. Jgn pula kau berpegang " Alang2 mnyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan." Balik kepangkal jalan,ok!! Nak duit banyak lagi kaedahnya.
ReplyDeleteTidak tahu mana yang betul, kita tunggu dan lihat sahaja.
ReplyDeleteSaiful telah membalas keyataan Azlan, mengatakan itu semua tidak benar.
ReplyDelete