Wednesday, March 20, 2013

Manila teruskan tuntutannya ke atas Sabah

Kerajaan Filipina sedang berbincang dengan sepasukan peguam bagi mengkaji tuntutan tersebut ke atas Sabah dalam masa sama pertempuran antara puak bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia, menurut akhbar Filipina hari ini.

The Philippine Star melaporkan seorang anggota senior dalam kerajaan Filipina berkata negara tersebut tidak melepaskan tuntutan ke atas wilayah yang kini menjadi sebahagian dari Malaysia selama berdekad lamanya.

“Mereka berguraukah bila mereka kata kita lepaskan tuntutan kita? Kita sudah bayar begitu bayar kepada peguam untuk mengkaji tuntutan tersebut,” kata Setiausaha Kabinet Jose Rene Almendras.

Tetapi beliau berkata sebarang tindakan negara tersebut akan dibawa mengikut undang-undang antarabangsa dan bukannya kekerasan, katanya yang menyahut pandangan Presiden Benigno Aquino III.

Akhbar tersebut melaporkan Aquino berkata semalam bahawa pentadbirannya akan menyediakan rancangan untuk menamatkan tuntutan Sabah secara aman.

Perdebatan tentang kerajaan Filipina dan Kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah timbul selepas pencerobohan timur Sabah oleh 200 pengikut bersenjata Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu lebih sebulan lalu.

Semalam, Jamalul mengarahkan pengikutnya di Sabah yang diketuai adiknya Agbimuddin Kiram untuk melancarkan perang gerila ke atas pasukan keselamatan Malaysia, walaupun laporan mengatakan lebih 60 orang pengikutnya dan 10 orang anggota keselamatan Malaysia terkorban.

Pada 2 Mac, Setiausaha Undang-Undang Leila de Lima dari Jabatan Undang-Undang Filipina berkata kerajaannya tidak menolak untuk mengambil tuntutan kumpulan dari Sulu terhadap Sabah kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), tetapi berhati-hati untuk tidak mengeruhkan hubungan yang akrab dengan Putrajaya.

Kesultanan Sulu menuntut Sabah, yang dikatakan menyewa Borneo Utara pada 1878 kepada Syarikat Borneo Utara British dengan bayaran 5,000 dolar Malaya ketika itu, yang kemudiannya dinaikkan kepada 5,300 dolar Malaya pada tahun 1903.

Sabah, bagaimanapun, menyertai Malaya, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia pada 1963, selepas Malaysia berterusan membayar RM5,300 kepada Sultan Sulu untuk negeri Borneo tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengatakan referendum 1962 Suruhanjaya Cobbold di Sabah dan Sarawak mengatakan dua pertiga rakyat menyokong untuk menyertai Malaysia.

Awal bulan ini, Majlis Peguam Malaysia berkata Sultan Sulu tidak mempunyai hak dari segi undang-undang ke atas Sabah, berkata ICJ telah mengiktiraf Malaysia mempunyai kedaulatan ke atas Sabah dan pulau sekelilingnya ketika menuntut wilayah yang bertindih pada 2002.

ICJ mengiktiraf tuntutan Malaysia dalam tuntutannya di antara Putrajaya dan Jakarta ke atas pulau Ligitan dan Sipadan yang berhampiran Sabah pada Disember 2002.

Filipina pada masa itu cuba mencelah dalam kes tersebut, tetapi permintaan mereka ditolak.

Putrajaya dan Manila adalah rakan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara, rakan politik dan ekonomi serantau, dan rakan penting dalam membentuk perjanjian damai di selatan Filipina. -Yahoo news

75 comments:
Write comments
  1. WAHAI PERDANA MENTERI KU MALAYSIA BERSUARALAH SIKIT TENTANG KES PENCEROBOHAN SULU INI.KENAPA BERDIAM DIRI.SAAT SAAT BEGINI TERINGAT AKU KETEGASAN BEKAS PM KITA TUN MAHATIR

    ReplyDelete
  2. SAYA ORANG SABAH TAK AKAN MAHU BERADA DIBAWAH PENTADBIRAN FILIPINA.... DAHLAH TAK BOLEH TADBIR NEGARA SENDIRI, MAHU LAGI SABAH! JANGAN HARAPLAH.... BAGUS AKU DALAM MALAYSIA SAHAJA YANG DI PERINTAH OLEH PKR... HE HE..

    ReplyDelete
  3. TERUSLAH BERSANDIWARA.....DUNIA BUKAN HAKIKI!!!

    ReplyDelete
  4. siapa yang mahu dlm kerjaan filipina terutama di bawah kesultanan sulu, tiada kawalan senjata, orgnya ganas2, selalu berperang diantara satu sama lain, siapa yang berani datang untuk majukan selatan filipina yang sarat senjata? tiada satu pun pelabur berani datang ke sana. kalau sabah jadi sebahagian sulu, alamat musnahlah kehidupan di sabah hari2 ada kematian, hari hari ada tembak menembak sbb merebut wilayah.

    pokoknya, tiada manusia yang bodoh rela dibawah sultan sulu. kalau mau maju, buang senjata tu dulu. jadi manusia yang tahu bermasyarakat jangan tahu membunuh saja.

    ReplyDelete
  5. Bg aku sama,berada bawah Kesultanan Sulu ke,bawah Filipin ke atau bawah UMNO ianya mmbawa kehancuran negara. Ini kalii lahhh!!

    ReplyDelete
  6. Dalam akta sewa; mana mungkin penyewa mahu miliki apa yang disewa kecuali sewa beli. Sering akta yang dipinda oleh kerajaan Malaysia terutama akta tanah akan sentiasa memerangkap yang empunya tanah. Ini jelas & kerap berlaku.

    Mereka yang tak pernah kena rampas tanah milik pusaka nenek moyang pasti tak rasa musibah akta tanah ini. Mainan akta tanah ini nampaknya kian mendapat balasan Ilahi. Para wirwan serta perajurit yang menjadi mangsa. Agar roh mereka yang gugur dikedua-dua pihak yang berbalah ini akan aman di sana. Insya-Allah "tangan ghaib" yang memulakan pergelutan ini selepas & sebelum merdeka akan mendapat balasan yang setimpal di dunia lagi; di akhirat nanti lagi nazak.

    ReplyDelete
  7. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    Rakyat Sabah berazam untuk terus mempertahankan kedaulatan dan hak tanah mereka di bumi Malaysia dari sebarang pencerobohan pihak dan kuasa asing dari negara luar termasuklah sebarang tuntutan sejarah kesultanan Sulu yang tidak lagi relevan kepada kedudukan geografi hari ini.

    ReplyDelete
  8. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    Malahan juga pungutan suara oleh Suruhanjaya Cobbold 1962 dengan jelas menunjukkan rakyat Sabah mahu berada di dalam Malaysia dan tidak lagi terikat kepada mana-mana sejarah kesultanan lama.

    ReplyDelete
  9. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    Perkara ini disuarakan oleh Persatuan Kebajikan Pekerja Anak-anak Sabah yang diketuai oleh Presidennya, Zulkarnain Mahdar ketika menghantar satu memorandum bantahan kepada Filipina atas tindakan Jamalul Kiram III yang membuat kekacauan ke atas kedaulatan Malaysia.

    ReplyDelete
  10. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    Zulkarnain yang menghantar memorandum tersebut sebagai mewakili 112 gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Sabah dan Sarawak turut menggesa keluarga Kiram bertindak bijak berundur daripada wilayah Malaysia.

    ReplyDelete
  11. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    Walaupun memorandum itu khususnya untuk diserahkan kepada Jamalul, Zulkarnain turut memberi peringatan kepada individu-individu yang menuduh insiden tembak-menembak di Lahad Datu adalah sandiwara..

    ReplyDelete
  12. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    Peringatan yang ingin diberikan itu adalah untuk Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan beberapa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang tidak segan menuduh insiden yang meragut sejumlah nyawa anggota keselamatan negara adalah sandiwara dan konspirasi UMNO.

    ReplyDelete
  13. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    “Tian Chua dan pemimpin pembangkang lain harus bertaubat dan mesti memohon maaf kepada rakyat kerana telah mengeluarkan kenyataan tersebut yang ternyata mengguris hati rakyat Malaysia. Kenyataan tidak bertanggungjawab pemimpin politik seperti Tian Chua bukan sahaja bersifat kurang ajar malah turut merobek hati keluarga mangsa yang terkorban sewaktu bertempur dengan pengganas,” kata Zulkarnain.

    ReplyDelete
  14. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    Naib Presiden PKR sebelum dilaporkan mendakwa kejadian di Lahad Datu merupakan sandiwara UMNO dan anggota keselamatan yang terkorban sebagai mati katak. “Penyerahan memorandum juga adalah satu mesej kepada mereka yang mendakwa krisis di Lahad Datu adalah satu sandiwara termasuklah Tian Chua.

    ReplyDelete
  15. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    Saya cabar, sekiranya dia masih ada kejantanan, ikut kami ke Lahad Datu, tengok keadaan di sana yang sebenar. Tian Chua duduk sini (Semenanjung) apa yang tahu. Tian Chua dan pemimpin mereka harus bertaubat! Minta maaf kepada rakyat dan juga kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dalam pertempuran,” tambah Zulkarnain.

    ReplyDelete
  16. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    Kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan pusat khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di atas beberapa tindakan segera dan langkah drastik untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan terutama di kawasan Pantai Timur dan Utara negeri Sabah.

    ReplyDelete
  17. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, antaranya mewujudkan Kawasan Keselamatan Khas (KKK) dari Kudat ke Tawau yang berpusat di Lahad Datu serta tambahan lima batalion Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menambah kekuatan sedia ada.

    ReplyDelete
  18. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    Katanya, langkah dan tindakan itu jelas membuktikan kesungguhan dan komitmen tinggi kerajaan dalam memastikan keselamatan, kedaulatan dan keamanan negeri dan rakyat dapat terus dipertahankan.

    ReplyDelete
  19. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    “Kita percaya bahawa dengan langkah dan kesungguhan kerajaan pusat disertai dengan sokongan padu dan jitu daripada kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah, ia dapat meningkatkan keyakinan rakyat, juga pihak luar khususnya para pelabur dan pelancong mengenai tahap keselamatan terutama di kawasan Pantai Timur negeri ini. “Kita juga berdiri teguh dan berikrar serta menyokong penuh penegasan Perdana Menteri mengenai kedudukan Sabah dalam Malaysia sebagai sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat, yang akan tetap kita pertahankan sampai bila-bila,” katanya.

    ReplyDelete
  20. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    Musa berkata, kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah juga amat menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang sanggup turun padang untuk meninjau keadaan pasukan keselamatan kita dan perkembangan Operasi Daulat. “Kepada semua anggota pasukan keselamatan kita yang meneruskan Operasi Daulat dan yang sedang berkhidmat di seluruh pelusuk negeri, kami sentiasa mendoakan keselamatan dan kejayaan pasukan keselamatan kita dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan negara,” katanya.

    ReplyDelete
  21. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    Sementara itu, Henrynus berkata PBS dan masyarakat Kadazandusun dan Murut turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan pusat yang telah mewujudkan kawasan keselamatan khas di Sabah. “Ini membuktikan kesungguhan kerajaan sedia ada dalam menitikberat serta mengutamakan keselamatan dan keharmonian rakyat negeri ini,” katanya.

    ReplyDelete
  22. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    Khoo berkata, MCA dan masyarakat Cina di Sabah juga turut merakamkan penghargaan yang sama kepada Perdana Menteri dan kerajaan pusat di atas pengwujudan kawasan keselamatan khas di negeri ini. “Langkah ini, sudah tentu akan memberi keyakinan kepada para peniaga yang majoritinya masyarakat Cina di bandar-bandar untuk menjalankan perniagaan seperti biasa.

    “Ia juga akan memberikan keyakinan kepada para pelancong untuk datang ke negeri ini,” katanya.

    ReplyDelete
  23. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    Sikap degil Jamalul ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan Presiden Filipina Benigno S. Aquino yang menyatakan bahawa “anda tidak akan berjaya” (dalam perjuangan mereka menuntut Sabah), yang dengan kedegilan beliau itu menyaksikan 10 anggota keselamatan Malaysia dan 62 militan terbunuh sehingga hari ini.

    ReplyDelete
  24. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    Kumpulan Jamalul juga tidak mengendahkan hakikat sejarah yang penduduk Sabah telah menentukan takdir Sabah (dahulunya North Borneo) sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia. Pendirian Kerajaan Filipina semasa pembentukan Persekutuan Malaysia dapat dilihat pada akhbar ‘Philippine Daily Inquirer’ yang telah menerbitkan ucapan terdahulu pemimpin kerajaan itu berhubung pendiriannya terhadap Sabah.

    ReplyDelete
  25. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    Akhbar itu memetik laporan akhbar Manila Times pada 25 Mac, 1963, yang memetik ucapan Senator Lorenzo Sumulong dalam ucapan ‘privilege’ berhubung tuntutan terhadap Sabah, (difailkan oleh President Diosdado Macapagal pada 22 Jun, 1962), menyatakan adalah lebih baik menyerahkan kepada rakyat di Sabah sama ada mereka mahu menyertai pembentukan Malaysia atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  26. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    “...Apa gunanya melibatkan diri di Borneo Utara, jika selepas semua, walaupun jika kita berjaya memperolehnya, kita komited kepada idea membenarkan rakyat Borneo Utara menentukan apa nasib mereka akan datang?

    “... tindakan yang lebih baik untuk diikuti adalah untuk kerajaan kita memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu apabila Rancangan Persekutuan Malaysia dikemukakan untuk pertimbangan PBB, bahawa kita secara sukarela melepaskan apa-apa tuntutan kedaulatan kita di mana-mana bahagian North Borneo dalam usaha mempercepatkan perubahan status wilayahnya daripada bukan pemerintahan sendiri kepada negeri pemerintahan sendiri atau bebas dan bahawa kita bersetuju dengan pungutan suara di bawah naungan PBB untuk memberi rakyat Borneo Utara peluang untuk menyatakan dengan bebas kehendak dan hasrat mereka ...”

    ReplyDelete
  27. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Shariff AK Omang berkata pencerobohan itu tidak akan berlaku sekiranya klausa dalam pungutan suara Suruhanjaya Cobbold difahami oleh kumpulan militan Filipina ini. Ketiadaan pengetahuan akan hasil pungutan suara Suruhanjaya Cobbold antara Filipina dan North Borneo berhubung pemilikan Sabah dalam kalangan kumpulan pengganas ini membolehkan mereka diperalatkan dan terkorban sia-sia.

    ReplyDelete
  28. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    Shariff berkata rakyat dan kerajaan haruslah sentiasa bersedia dan selaras dengan kenyataan Perdana Menteri pencerobohan ini adalah satu panggilan “wake-up call”, untuk meningkatkan perancangan dan strategi masa depan bagi menangani sebarang ancaman khususnya yang melibatkan kedaulatan negara.

    ReplyDelete
  29. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    Berikutan pencerobohan ini, UMS mewujudkan Pusat Kajian Strategik Sabah sebagai platform untuk memberi pandangan, nasihat dan maklumat tentang isu dan perancangan masa depan yang melibatkan isu keselamatan, ekonomi, sosial, sejarah, pendidikan, politik dan yang berkaitan isu domestik negara.

    ReplyDelete
  30. SULTAN PALSU SULU SEKADAR MAHU MENUNJUKKAN SIKAP LANUNNYA DENGAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIK BELIAU.. SUDAHLAH DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SULTAN TERMISKIN,. TIDAK PASAL2 DAPAT LAGI GELARAN SULTAN TERBODOH.

    “Kini kita berdepan dengan ancaman pencerobohan yang melibatkan keselamatan, kita tidak tahu masa depan mungkin kita akan menghadapi ancaman ekonomi dan sebagainya. Dan inilah UMS memainkan peranan dan wujudkan pusat ini,” katanya.

    Tetapi semua ini dan hakikat sejarah tidak cukup untuk meyakinkan Jamalul dan penyokongnya yang tindakan mereka itu umpama mencari sungai yang tiada berhulu.

    ReplyDelete
  31. I thought is Mindanao part and not Manila.

    ReplyDelete
  32. Jangan asyik nak katakan Sabah ni kau punya bah.

    ReplyDelete
  33. And now hire a lawyer?

    ReplyDelete
  34. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan tiga cabang perkhidmatannya — udara, laut dan darat – dalam Operasi Daulat bagi menggempur militan dari Sulu yang menceroboh negara ini.

    ReplyDelete
  35. Gerakan ofensif pasukan keselamatan pada 5 Mac itu dimulakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menggunakan jet penyerang F/A 18D Hornet disusuli pasawat Hawk yang menggugurkan bom.

    ReplyDelete
  36. F/A 18D Hornet yang merupakan pesawat pejuang penyerang moden mempunyai keupayaan melancarkan pengeboman dengan panduan laser ke atas sasaran yang telah ditanda di darat oleh komputer mudah alih yang dibawa unit-unit Pasukan Khas Udara (Paskau).

    ReplyDelete
  37. Serangan udara oleh TUDM itu diteruskan pasukan tentera darat dengan tembakan bertalu-talu daripada mortar 91mm ke atas kubu pengganas bertujuan melemahkan musuh dari segi kekuatan dan juga moral mereka.

    ReplyDelete
  38. Setelah menggempur melalui udara, pasukan darat mula bergerak ke kawasan kubu musuh bagi menjalankan operasi susulan dan penggeledahan untuk memburu saki-baki pengganas.

    ReplyDelete
  39. Dont buy it anyway.

    ReplyDelete
  40. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan hak dan keselamatan rakyat negeri ini dalam menyelesaikan secara baik insiden pencerobohan warga Filipina di perairan Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah.

    ReplyDelete
  41. Oleh itu, Hishammuddin mengingatkan orang ramai supaya tidak melihat insiden itu sebagai sesuatu yang boleh dipolemikkan atau dipolitikkan.

    ReplyDelete
  42. Kesultanan Sulu tidak boleh mengembalikan sejarah dengan menuntut Sabah, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim. Menurutnya jika keadaan itu digunapakai, maka Singapura harus dikembalikan kepada Johor dan Pulau Pinang kepada Kedah.

    ReplyDelete
  43. "Tuntutan mereka (Kesultanan Sulu) adalah sukar dipenuhi berdasarkan apa yang sudah dipersetujui sejak sekian lama...ia tidak boleh diubah. Malah jika perkara ini dibawa ke Mahkamah Antarabangsa, Malaysia mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang kerana Sabah telah menjadi sebahagian daripada negara ini untuk masa yang lama," katanya.

    ReplyDelete
  44. Selain itu menurut Khoo, walaupun pada asalnya Sabah adalah sebahagian daripada Sulu, namun Syarikat Borneo Utara British telah mengambil alih hak pengurusan Borneo Utara yang kini dikenali sebagai Sabah pada 1882. Bagaimanapun katanya, transmigrasi warga Filipina ke Sabah berlaku secara berterusan kerana mereka merasakan masih mempunyai hak di wilayah itu walaupun pihak berkuasa Malaysia menganggap mereka sebagai pendatang asing tanpa izin.

    ReplyDelete
  45. Selain itu itu Pengarah Institut Kajian Indonesia, Thailand dan Singapura, Prof Kamarulnizam Abdullah berkata Kesultanan Sulu perlu menghormati perjanjian terdahulu di mana mereka menyerahkan wilayah tersebut kepada kuasa penjajah.

    ReplyDelete
  46. Tuntutan? Kiram ini penakut habis.

    ReplyDelete
  47. The guerrilla tactics used by Sulu terrorists have failed to breach the country’s defence.

    ReplyDelete
  48. ATM’s tactics are constantly enhanced and streamlined with various training and additional assets to ensure that national sovereignty is protected.

    ReplyDelete
  49. Armed Forces chief Gen Tan Sri Mohd Zulkifeli Mohd Zin said security forces fired mortar and heavy artillery before entering the terrorist fortress.

    ReplyDelete
  50. Proof of Ops Daulat success was seen from the 107 people detained under the Safety Offences Act (Special Measures) 2012 (SOSMA) and 241 people detained for entering the red zone.

    ReplyDelete
  51. Under NBOS, security forces could mobilise the assets of various security agencies and help implementation of Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) which covers 1,400 km of Sabah east coast.

    ReplyDelete
  52. Ismail said the creation of ESSCOM announced by Najib on March 7 was to protect sovereignty and security in the districts of Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan and Lahad Datu.

    ReplyDelete
  53. Just by looking at the condition in Philippines is enough to scare us sabahan to be a part of Philippines. Sabah is better off under Malaysia.

    ReplyDelete
  54. A peaceful negotiation between Malaysia and Philippine is a must to avoid further bloodshed.

    ReplyDelete
  55. Sabah will not fall into the hands of the so called sultan sulu. Sabahans will unite to ensure such thing like that will not happen.

    ReplyDelete
  56. Sabah adalah milik Malaysia yang sah mengikut undang-undang antarabangsa dan tidak boleh dituntut pihak lain termasuk kumpulan pengganas yang mendakwa tentera Sultan Sulu.

    Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata hak ke atas Sabah yang dulu dikenali Borneo Utara, diperoleh Syarikat Overback pada 1880-an daripada Kesultanan Sulu.
    “Apabila Overback serahkan hak milik itu kepada Britain dan seterusnya diserahkan kepada Malaysia, maka segala hak mereka lupus mengikut undang-undang antarabangsa. Apa yang dibayar kepada kerabat Sultan Sulu, iaitu kira-kira RM5,000 setahun hanya wang ehsan atau sagu hati.

    “Ia dibayar kepada kerabat yang didaftarkan sebagai pewaris Sultan Sulu yang disahkan Sultan Brunei dulu, bukan pihak yang menceroboh Sabah ketika ini

    ReplyDelete
  57. Sambil meminta Wisma Putra membuat penjelasan mengenai perkara itu secara mendalam, beliau juga menjelaskan, Sabah menyertai Malaysia secara sah berdasarkan keputusan Suruhanjaya Cobbold pada 1963 yang mendapati semua pihak di negeri itu bersetuju.

    “Keputusan suruhanjaya itu menunjukkan rakyat Sabah mahu menyertai Malaysia. Jadi jelas, Sabah sah hak Malaysia dan tidak boleh dituntut mana-mana pihak atau negara lain,” katanya.

    Mengikut laman web Arkib Negara, pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak.

    Suruhanjaya itu dibentuk hasil rundingan di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Britain pada November 1961.

    Tujuan penubuhan suruhanjaya itu untuk meninjau pandangan penduduk di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak mengenai gagasan Malaysia.

    ReplyDelete
  58. Malaysia akan menang mudah dalam isu tuntutan ke atas Sabah jika kerajaan Filipina dan Malaysia bersetuju membawa perkara itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), kata seorang pakar sejarah terkemuka tanah air.

    ReplyDelete
  59. Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata ini berdasarkan rekod dan bukti sejarah yang jelas menunjukkan Sabah adalah milik Malaysia.

    ReplyDelete
  60. Khoo berkata jika sekalipun diadakan satu lagi pungutan suara mengenai hasrat rakyat Sabah, "semua rekod menyebelahi kita".

    ReplyDelete
  61. Jika kerajaan Filipina membawa isu tuntutan ke ICJ, mereka akan kalah, sama seperti mereka kalah dalam isu tuntutan Sipadan.

    ReplyDelete
  62. “Mereka telah tidak 'mengendali' pulau ini sejak 1873. Lebih penting, rakyat Sabah telah bersetuju menjadi sebahagian daripada Malaysia. Ini keputusan dicapai Suruhanjya Cobbold sebelum pembentukan Malaysia,” katanya.

    ReplyDelete
  63. Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Forum Kepimpinan Pusat Pengajian Kerajaan Razak (RSOG) berjudul “Multibudaya di Malaysia: Adakah suasana wujud seperti seharusnya?

    ReplyDelete
  64. Khoo diminta mengulas laporan bahawa kerajaan Filipina telah meminta sepasukan peguam kanan mengkaji tuntutan negara itu ke atas Sabah yang kini terhenti.

    ReplyDelete
  65. Debat mengenai tuntutan ke atas Sabah oleh kerajaan Filipina dan Kesultanan Sulu timbul kembali berikutan insiden pencerobohan di pantai timur Sabah baru-baru ini.

    ReplyDelete
  66. Bagaimanapun, Khoo berkata Kesultanan Sulu tidak boleh membawa kes itu ke ICJ kerana ia bukan sebuah negara berdaulat.

    ReplyDelete
  67. “Sulu sendiri tidak boleh berdepan dengan Malaysia...sukar untuk pergi ke ICJ kecuali Manila sedia membantu mereka.

    ReplyDelete
  68. “Saya tidak pasti Sulu dan Manila dapat bekerjasama (dalam isu tuntutan ke atas Sabah). Mereka tidak pernah bersepakat," kata beliau

    ReplyDelete
  69. There is no need for Malaysia to bring the issue of Sabah's rights to the International Court of Justice (ICJ) as historical and non-historical facts clearly show that it is a sovereign state of Malaysia, said historian Prof Emeritus Dr Ranjit Singh of Universiti Utara Malaysia.

    ReplyDelete
  70. He argued that apart from historical facts, the Sulu Sultanate and the Philippines had in fact lost their sovereignty rights of Sabah to Malaysia based on the principle of effectivity.

    ReplyDelete
  71. Despite being ruled by the Sulu sultanate, Sabah, which used to be known as North Borneo had been put under the administration of the British North Borneo Company in 1878 and later the British Empire, before being granted independence to form the Federation of Malaysia with Sarawak and Malaya.

    ReplyDelete
  72. "If you don't do anything to it, don't administer it, don't pass any law (in that area), you lost that title," he said.

    ReplyDelete
  73. Citing the Pulau Batu Puteh case, Ranjit Singh, who also led the Malaysian team pertaining to the sovereignty of Pulau Sipadan and Pulau Ligitan at ICJ in 2002, said Malaysia lost its rights over the island to Singapore because, despite being the title holder, it (Malaysia) had never administered or was present physically on the island.

    ReplyDelete
  74. Ranjit Singh, who specialises on Sabah and Sarawak history, also said that the issue was non-negotiable as the will of the Sabahans must be respected whom through the Cobbold Commission of 1962 had chosen to form Malaysia with Sarawak and Malaya.

    ReplyDelete
  75. Ranjit Singh also urged Malaysia to stop any future annual cess payment to the sultanate and bring to a close the issue by coming up with a strong policy to protect the sovereignty of Sabah.

    "The moment we negotiate, we compromise our sovereignty again," he said.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.