Wednesday, March 20, 2013

VIDEO : Najib Didesak Jawab Video Keluarga Taib Mahmud

Pakatan Rakyat (PR) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab pendedahan sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, melalui video, yang mendakwa ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan rakannya berkenaan industri pembalakan di negeri itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dalam memimpin sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, adalah mustahil bagi Najib boleh berdiam diri dalam isu ini.

"Beliau mesti memberi ulasan mengapa perkara ini dibiarkan ataupun tidak mengambil beberapa tindakan segera.

"Kami berharap perdana menteri memberi respons segera mengenai perkara ini," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Anwar mendakwa, perkara itu adalah serius memandangkan badan antarabangsa telah meneliti akaun, beberapa penyalahgunaan kuasa dan jumlah dana yang dikumpulkan oleh Taib serta keluarganya.

"Najib tidak boleh diam diri selepas beliau banyak mendiamkan diri terutamanya selepas beliau mendiamkan diri berkaitan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pencerobohan di Lahad Datu.

"Ini adalah isu yang akan membuatkan pihak pembangkang akan terus ketengahkan," katanya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula membidas kerana Najib tidak mengotakan janji untuk menukar Ketua Menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri 2011.

"Kegagalan Najib berbuat demikian membuktikan beliau seorang pemimpin yang gagal mengotakan janji.

"Apa yang berlaku sekarang, menunjukkan Taib lebih berkuasa daripada perdana menteri termasuk bekas perdana menteri yang pernah perintah negara selama 22 tahun," katanya. -SH

53 comments:
Write comments
  1. Kaut kekayaan negeri tu satu hal, dibelanya mafia2 atau cina fu-chow utk kontrol habis2an kawasan balak di Srawak. Samseng tu kalau tak de green light dr org2 atasan,takkan berani punyer. Kalau dirisik khabar keadaan samseng di Sibu..kita jumpa fakta nih. Dan kalau kita risik khabar lebih mndalam halehwal pembalakan haram di Srwak, kita akan jumpa jugak hubungkait UMNO-KM-mafia2 fu-chow.

    ReplyDelete
  2. Hutan pembalakan gondol di negeri pembangkang telah disiarkan entah brapa hari di siaran perdana. Di sarawak hutan licin oleh aktiviti pembalakan di sana sini langsung xde masuk berita perdana. Untuk kemajuan negeri katanya...kemajuan poket CM adelah... entah bodoh ke ape org2 sarawak nie x nampak semua tu....balik2 undi lagi bn...terlalu ramai sangat pengundi tegar bn di sarawak yang mana telah di brainwash oleh media2 perdana....aku sebagai warga sarawak cukup sakit hati bila pribumi sarawak dijadikan penumpang di atas tanah sendiri dek perbuatan org yg berkuasa di sarawak. Bila kitaorg bagitau org2 tua, diaorg ckap bn bagus dah sediakan semua kemudahan. Fikirlah...selepas 50 thn tgok la beza pembangunan di sarawak dgn di semenanjung....jalan raya pun teruk sama macam pemimpin2 korup kat sarawak nie. Jalan biawak, lundu peruntukkan 29juta. Peruntukkan habis projek diambil alih oleh jkr. Mane pg duit tu? Yg tersiksa rakyat jugak...tp masih jugak mengundi parti Be End tu...isk!

    ReplyDelete
  3. MALU AKU PUNYA KETUA MENTERI MCM KAKEK MAT TAIB

    ReplyDelete
  4. Maklumat dr sorang Ahli Penal SPRM mnyatakan memang SPRM ada mnjalankan tugas sebagai Arahan jabatan mereka atau Pekeliling. Tetapi skop pndakwaan di Mahkamah,berada di bawah fungsi Peguam negara. Kes2 melibatkn VIP/pembesar negeri memang ada,tetapi pendakwaan tidak dijalankan oleh pihak Peguam Negara. Anda kenal sapa Peguam Negara tuh? Gani Petai yg asalnya dr Lahad Datu,seorg kaki kawtem. Jadi......,anda cari le jawapan sendiri.

    ReplyDelete
  5. BAGAIMANA PULA DENGAN RUMAH ANWAR YANG BERNILAI RM7 JUTA?? BELUM MASUK BAS MEWAH DAN JET MEWAH

    Kalau bab sembang tentang kekayaan sama rata, Anwar Ibrahimlah orangnya. Kononnya, para pemimpin UMNO kaya-raya belaka sebab mentekedaghah duit rakyat. Dihasutnya orang PAS untuk percaya dengan ceritanya, konon dalam UMNO tidak ada satu pun kebaikan. Orang PAS yang sebelum ini tak banyak tahu pun tentang UMNO, pakatla percaya habis-habisan.

    ReplyDelete
  6. BAGAIMANA PULA DENGAN RUMAH ANWAR YANG BERNILAI RM7 JUTA?? BELUM MASUK BAS MEWAH DAN JET MEWAH

    Suatu ketika dahulu, iaitu pada tahun 1998, Anwar Ibrahim adalah orang yang paling kuat temberang tentang jet peribadi yang kononnya dibeli oleh Tun Dr. Mahathir sebab nak berlagak menggunakan wang rakyat. Kemudian pecahlah cerita bila Tun Dr. Mahathir buka rahsia, orang yang order jet peribadi tersebut adalah Anwar Ibrahim dengan alasan, kesibukan Perdana Menteri memerlukan sebuah pengangkutan yang cekap.

    ReplyDelete
  7. BAGAIMANA PULA DENGAN RUMAH ANWAR YANG BERNILAI RM7 JUTA?? BELUM MASUK BAS MEWAH DAN JET MEWAH

    Yang dimaksudkan Perdana Menteri pada waktu itu adalah dirinya sendiri walaupun masa itu, Perdana Menterinya adalah Dr. Mahathir. Anwar Ibrahim beli jet itu dengan menggunakan kuasanya selaku Menteri Kewangan dan beranggapan waktunya untuk jadi Perdana Menteri sudah terlalu hampir.

    ReplyDelete
  8. BAGAIMANA PULA DENGAN RUMAH ANWAR YANG BERNILAI RM7 JUTA?? BELUM MASUK BAS MEWAH DAN JET MEWAH

    Namun kuasa Allah Taala mengatasi segala perancangan Anwar Ibrahim. Disebabkan dia telah dipecat daripada UMNO dan diterajang keluar dari Kabinet, Anwar Ibrahim pun terus cucuk dan cucuk dengan penipuan dan tipu perdaya yang gagal ditolak serta gagal ditafsirkan oleh orang-orang PAS.

    ReplyDelete
  9. BAGAIMANA PULA DENGAN RUMAH ANWAR YANG BERNILAI RM7 JUTA?? BELUM MASUK BAS MEWAH DAN JET MEWAH

    Persoalan dari mana Anwar dapat duit yang sangat banyak, tidak pernah dapat dijawab oleh Anwar Ibrahim sendiri apatah lagi konco-konconya. Kalaupun ada yang menjawab, kononnya Anwar ditaja oleh individu-individu tertentu pastinya, pertanyaan mengapa Anwar ditaja, tidak juga mengundang jawapan.

    ReplyDelete
  10. BAGAIMANA PULA DENGAN RUMAH ANWAR YANG BERNILAI RM7 JUTA?? BELUM MASUK BAS MEWAH DAN JET MEWAH

    Anwar Ibrahim mengarahkan para penceramah PAS bercerita tentang kemewahan yang dinikmati oleh Najib Abdul Razak, Rosmah Mansor dan Muhyiddin Yassin. Konco-konconya seperti Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, Tian Chua, Tony Pua dan sebagainya membangkitkan cerita tentang perbelanjaan Seri Perdana dan Seri Satria, walhal kedua-duanya adalah kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  11. BAGAIMANA PULA DENGAN RUMAH ANWAR YANG BERNILAI RM7 JUTA?? BELUM MASUK BAS MEWAH DAN JET MEWAH

    Bagaimana pula dengan kediaman peribadi Anwar Ibrahim yang nilainya lebih RM7 juta? Berbanding kediaman peribadi Perdana Menteri di Taman Duta yang nilainya jauh lebih rendah dan saiznya lebih kecil, Anwar Ibrahim perlu menjelaskan sumber kewangan yang membolehkan dia hidup serta memiliki hartanah sebegitu mewah.

    ReplyDelete
  12. BAGAIMANA PULA DENGAN RUMAH ANWAR YANG BERNILAI RM7 JUTA?? BELUM MASUK BAS MEWAH DAN JET MEWAH

    Bercakap pula berkenaan jet peribadi…

    Bukan lagi rahsia, Anwar sekarang ini menggunakan jet super mewah dari jenis N99088 untuk pergi ke sana ke mari. Dari manakah Anwar memperolehi wang yang sebegitu banyak untuk membeli jet super mewah ini? Atau siapakah yang membiayai jet berkenaan untuk Anwar Ibrahim? Apakah tujuan pembiayaan tersebut?

    ReplyDelete
  13. BAGAIMANA PULA DENGAN RUMAH ANWAR YANG BERNILAI RM7 JUTA?? BELUM MASUK BAS MEWAH DAN JET MEWAH

    Secara logik akal, kalau nak meminjam kereta dari kawan-kawan pun, kita terpaksa memujuk rayu dan membuat pelbagai akujanji, bagaimana pula dengan meminjam sebuah jet super mewah seperti yang digunakan oleh Anwar Ibrahim? Apa janji dan akujanji yang diberikan oleh Anwar Ibrahim kepada orang yang memberi pinjam jet super mewah itu kepadanya?

    ReplyDelete
  14. BAGAIMANA PULA DENGAN RUMAH ANWAR YANG BERNILAI RM7 JUTA?? BELUM MASUK BAS MEWAH DAN JET MEWAH

    Belum pun jadi Perdana Menteri lagi dan belum pun memegang kuasa besar, Anwar Ibrahim sudah menunjukkan belangnya. Justeru, ada kebenaran jugalah dakwaan berbelas-belas tahun dan masih tidak dapat dijawab oleh Anwar Ibrahim sampai sekarang, yang dia sebenarnya telah menggadaikan negara ini kepada Zionis dan kapitalis Eropah asalkan dia dibantu untuk memperolehi kuasa. Nak hidup mewah sebegitu rupa, pasti akan mewajarkan Anwar Ibrahim untuk berbuat apa-apa sahaja, asalkan hajatnya tercapai!

    ReplyDelete
  15. Saya ada terbaca penjelasan panjang lebar dari Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Noor tentang isu pembalakan di Pedu. Punyalah semangat dia bercerita, kononnya dengan penjelasan tu maka dia mampu “menghalalkan rompakan” balak secara besar-besaran PAS Kedah. Tulis punya tulis, Sanusi Setpol tidak sedar dia telah mendedahkan pekung yang cuba disembunyikan selama ini dari rakyat Kedah. Semuanya bila dia mula menulis tentang laporan EIA yang membabitkan kawasan hutan simpan kekal di Pedu itu…

    ReplyDelete
  16. Dalam kenyataan Sanusi itu, rupa-rupanya laporan EIA masih lagi dalam proses dan sedang disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Mungkin diatas arahan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) yang dikatakan dikuasai sepenuhnya oleh Sanusi, maka PKNK kini sedang bertungkus lumus menyiapkan laporan EIA itu…

    ReplyDelete
  17. Kasihan pada PKNK. Bukan mudah untuk sediakan laporan EIA. Dan kalau siap sekalipun, tidak semestinya diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar. Setakat “proposal” saja mungkin lepas, tapi kalau “approval” belum tentu diluluskan lagi… Walaupun sedar EIA belum siap dan masih dalam proses, Kerajaan PAS Kedah tidak teragak-agak untuk menarah balak di Pedu sehingga licin!

    ReplyDelete
  18. Pelik betul bila PAS Kedah fikir mereka boleh bertindak mengatasi undang-undang alam sekitar. PAS Kedah mungkin fikir hutan simpan kekal itu mereka yang punya dan mereka juga bebas untuk buat apa saja pada tanah-tanah di seluruh negeri Kedah. Saya tertanya-tanya, apakah ini yang dikatakan Menteri Besar Kedah, Azizan Razak, sebagai “buat kerja cara Islam”? Islam mengajar umatnya untuk tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan kerajaan?

    ReplyDelete
  19. EIA masih belum siap lagi tapi balak di Pedu dah gondol, licin dan botak “dibalun”. Kelulusan belum dapat, tapi PAS Kedah sudah tarah habis tanpa memikirkan masa depan dan kesan-kesan alam sekitar yang bakal dihadapi oleh rakyat Kedah selepas ini.

    ReplyDelete
  20. Saya faham bahawa Kerajaan PAS Kedah tidak pandai menjana pertumbuhan ekonomi di negeri itu. Saya juga faham PAS Kedah tidak bijak menarik pelabur masuk ke Kedah selain mengharapkan belas ehsan dari MITI dan MIDA saja untuk menarik pelaburan. Tapi, kalau benar pun tidak pandai jana pendapatan, janganlah sampai menzalimi bumi Kedah sehingga hampir menjadi “padang jarak padang tekukur”.

    ReplyDelete
  21. Lagipun, kesan yang bakal dihadapi akibat kerakusan itu bukannya boleh diselesaikan dalam tempoh setahun dua. Ia memerlukan sekurang-kurangnya puluhan tahun untuk menangani masalah yang ditimbulkan PAS Kedah itu.

    ReplyDelete
  22. Kalau Azizan berniat mahu melaksanakan projek agropelancongan di Pedu dengan menanam pokok anggur dan mahu menarik pelancong asing datang, alasan itu hanyalah boleh dipercaya oleh budak-budak tadika PASTI sahaja.

    ReplyDelete
  23. Pelancong asing sudah muak melihat pokok anggur di negara mereka dan mereka ke Malaysia sebenarnya mahu menyaksikan rimbunan hutan hujan tropika yang masih berjaya dikekalkan oleh Kerajaan BN.

    ReplyDelete
  24. Pada saya, “pokok anggur” itu hanyalah alasan bodoh yang digunakan untuk merasionalkan “rompakan balak” di kawasan “larangan” itu. Walaupun menyedari alasan itu tidak rasional langsung, PAS Kedah terpaksa gunakan alasan itu untuk menghalalkan “rompakan” mereka.

    ReplyDelete
  25. Begitulah PAS Kedah yang memerintah negeri Jelapang Padi selama tempoh 5 tahun. Tak tahu menjana pendapatan, tapi lebih gemar mengambil jalan mudah dengan “merompak” hasil bumi Kedah yang “seciput” itu tanpa memikirkan masa depan dan anak cucu generasi akan datang.

    ReplyDelete
  26. ANWAR JUGA PATUT JAWAB DAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP AZIZAN RAZAK KERANA MENGGONDOLKAN HUTAN KEDAH..

    ReplyDelete
  27. Ongoing investigations against Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud will continue following new leads that have emerged, the Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) said today.

    ReplyDelete
  28. This follows a 16-minute covert video revealed by Global Witness (GW) implicating Taib and his family with shady land deals, which surfaced in the media yesterday.

    ReplyDelete
  29. "The investigation has been ongoing. With the new evidence that has emerged the MACC will act accordingly," its Director of Investigation Datuk Mustafa Ali said.

    ReplyDelete
  30. The corruption watchdog had two years ago confirmed that they were investigating Taib over allegation of timber corruption.

    ReplyDelete
  31. Meanwhile, the Advocates Association of Sarawak (AAS) has indicated that they will investigate and act against the lawyer featured in the GW clip.

    ReplyDelete
  32. The Sarawak lawyer, identified as Alvin Chong, allegedly represented sisters Fatimah Abdul Rahman and Norlia Abdul Rahman who were recorded in the video describing potentially illegal deals. Both are daughters of former Chief Minister Tun Abdul Rahman Ya'akub and first cousins of Taib.

    ReplyDelete
  33. In a 16-minute video clip, GW investigators posing as foreign investors recorded snippets of their conversation with Taib's cousins and lawyers, made under the pretext of purchasing Sarawak land for hefty profit and which the environmental campaigner said would displace thousands of the indigenous people living there.

    ReplyDelete
  34. Taib had said that his cousins and others implicated in the video expose were promoting themselves to be his agents to solicit favours.

    ReplyDelete
  35. "OK I saw the so-called proof. Could it not be someone who tried to promote themselves to be an agent to get favours from me? It has nothing to do with me. I think it is a bit naughty of them. They are using their big powers to blacken my name," he said.

    ReplyDelete
  36. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has joined politicians from both sides of the divide in signing the Transparency International Malaysia (TI-M) Election Integrity Pledge, launched on March 17 last year.

    ReplyDelete
  37. The prime minister joins 20 others, including Deputy Minister of Higher Education Datuk Saifuddin Abdullah and PKR vice-president Nurul Izzah Anwar, who have declared their commitment to reject any form of bribery or money politics and maintain integrity in the upcoming general election.

    ReplyDelete
  38. Signatories to the pledge “irrevocably declare” that they will observe several principles during the electoral process which include not accepting bribes or getting involved in corrupt practices (such as money politics), upholding the interest of the rakyat, practising good governance and transparency, and complying with the country’s laws and regulations.

    ReplyDelete
  39. Najib wrote in the pledge that he became a signatory because as a Barisan Nasional (BN) leader he has to set a strong tone.

    ReplyDelete
  40. “Only a candidate who is deemed to have fought a clean and fair election will lead to a trustworthy government respected by the people,” he wrote.

    ReplyDelete
  41. Among those who witnessed the signing at Najib’s office were BN component party leaders, including MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, MIC president Datuk Seri G Palanivel, Upko president Tan Sri Bernard Dompok, PBB president Tan Sri Taib Mahmud, Umno deputy president and deputy prime minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and former Gerakan chief Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

    ReplyDelete
  42. TI-M president Datuk Paul Low said Malaysia is the first country within the TI community to implement such an initiative. Low said those who sign the pledge do so of their own accord and not as a party member or minister.

    ReplyDelete
  43. “By making a declaration the people can make a distinction. The people will also monitor the signatories, who will be encouraged to set up Facebook or Twitter accounts so the people can question them,” he said.

    Low said TI-M will also monitor the signatories if it finds that politicians leave many questions unanswered in the upcoming polls.

    ReplyDelete
  44. Low is hopeful that more politicians will come forward and sign the pledge, which can also be done online.

    About a month after its launch last year, out of the 222 representatives in the Dewan Rakyat, only four MPs — two from BN and two from Pakatan Rakyat (PR) — had signed the pact.

    ReplyDelete
  45. Many MPs declined to sign the pledge, saying it could be a sensitive issue, showing that they were being presumptuous over their candidacy for the next election.

    However, Low was reported as saying that “actually it is more a political pledge than a candidate’s pledge”.

    ReplyDelete
  46. moga hal ini akan diperjelaskan

    ReplyDelete
  47. Manifesto pembangkang tidak menjelaskan secara terperinci sumber kewangan dan kaedah pelaksanaan, sebaliknya disifatkan umpan merayu undi.

    ReplyDelete
  48. Malah, masih banyak janji manifesto Pilihan Raya Umum 2008 (PRU-12) tidak dilaksanakan pembangkang.

    ReplyDelete
  49. Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Amir Baharuddin, berkata manifesto itu tidak boleh diambil serius atau dipercayai kerana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri pernah mengakui 'manifesto bukan satu perjanjian'.

    ReplyDelete
  50. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan masyarakat Wilayah Persekutuan agar tidak tertipu dengan janji yang ditabur parti pembangkang melalui manifesto yang diumumkan baru-baru ini. Katanya, janji dibuat pembangkang semasa pilihan raya umum 2008 juga masih banyak yang tidak tertunai seperti pemberian bantuan ibu tunggal dan air percuma.

    ReplyDelete
  51. "Rakyat jangan tertipu dengan janji yang dibawa Pakatan Rakyat. Walaupun apa yang disebut itu menarik, tetapi apa yang dijanjikan pada pilihan raya umum 2008 pun tidak tertunai sehingga ada rakyat di Selangor bawa kes ke mahkamah.

    ReplyDelete
  52. "Bagi rakyat Malaysia yang sudah tahu kepentingan keamanan, keselamatan dan perpaduan, bukti telah ditunjukkan Barisan Nasional (BN). Hanya BN yang mampu teruskan perjuangan bantu rakyat menjadi negara maju pada tahun 2020," katanya.

    ReplyDelete
  53. Beliau turut mendapat maklum balas bahawa isi kandungan manifesto pembangkang tidak dipersetujui golongan profesional termasuk ahli perbankan. "Mereka kata jika inilah manifesto pembangkang, lebih baik sokong BN," katanya. Sementara itu, beliau menyeru jentera BN di Wilayah Persekutuan agar mempertingkat usaha untuk merampas semula kawasan di Parlimen itu yang 'terlepas' ke tangan pembangkang pada 2008.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.