Wednesday, March 6, 2013

MNLF dakwa lebih ramai pejuang akan serang Sabah

Pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dari Filipina, menuju ke Sabah untuk mengukuhkan kedudukan pengikut Sultan Sulu yang berjuang menentang pasukan keselamatan Malaysia, dakwa seorang pemimpin mereka hari ini.

"Ramai telah meloloskan diri daripada pasukan keselamatan. Mereka sudah mahir dengan kawasan tersebut kerana mereka dilatih di sana pada masa lalu," kata Muhajab Hashim, pengerusi Majlis Perintah Islam MNLF.

"Kami menjangka lebih ramai daripada mereka akan menyertai (pertempuran) walaupun jika arahan rasmi kita adalah supaya mereka mengelak pergi ke sana," katanya.

NONEBeliau tidak pasti berapa ramai pejuang MNLF telah berjaya melepasi
kawalan tentera laut Filipina dan Malaysia, tetapi berkata sebelum ini, "ribuan" telah menyatakan hasrat mereka untuk menyertai kira-kira 200 pengikut kesultanan Sulu, yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram.

Majlis Perintah Islam MNLF menyelia semua pasukan tentera MNLF, untuk melucutkan senjata sebagai sebahagian daripada perjanjian damai 1996 tetapi tidak dipatuhi sepenuhnya.

Hashim berkata walaupun pemimpin MNLF tidak secara rasmi mengarahkan pengikut mereka belayar ke Malaysia, tetapi mereka menyokong penuh usaha Sultan Sulu menuntut Sabah.

"Pejuang MNLF taat kepada sultan, kita adalah pengikut. Jadi ia lebih daripada satu pakatan," katanya. "Kami menentang keras serangan terhadap saudara kami dari Sulu."

Pasukan keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan ofensif besar-besaran semalam selepas tiga minggu pengikut sultan Sulu Jamalul Kiram III berkubu di situ dan keganasan meletus minggu lalu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh.

Tetapi pembantu sultan berkata di Manila bahawa kumpulan Azzimudie terselamat daripada serangan, termasuk serangan udara.

MNLF diasaskan pada tahun 1960-an oleh Nur Misuari yang memperjuangkan untuk wilayah Islam di Mindanao dan pernah mendapat sokongan dari Malaysia. AFP

65 comments:
Write comments
  1. INILAH SEBAHAGIAN DARI KEJAYAAN ANWAR IBRAHIM YANG SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN IMPIAN BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI TERCAPAI

    “Pegawai perisikan berkata salah seorang ahli politik pembangkang Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim telah bertanding bagi jawatan di Sabah. “Rupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kiram. Beliau didakwa memberi sokongan kepada Kiram untuk menuntut negeri Sabah,”lapornya.

    ReplyDelete
  2. INILAH SEBAHAGIAN DARI KEJAYAAN ANWAR IBRAHIM YANG SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN IMPIAN BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI TERCAPAI

    Laporan itu turut disokong news.abnxcess.com yang melaporkan seorang ahli politik pembangkang Malaysia yang bersekutu dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai telah bertemu dengan Sultan Sulu akhir tahun lepas untuk memberi sokongan Pembangkang kepada tuntutan Kiram terhadap Sabah.

    ReplyDelete
  3. INILAH SEBAHAGIAN DARI KEJAYAAN ANWAR IBRAHIM YANG SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN IMPIAN BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI TERCAPAI

    Pada 15 Februari 2013, blog Mymassa membuat pendedahan tentang wujudnya ‘satu rundingan’ di antara Anwar dengan Nur Misuari kira-kira empat bulan lepas (sekitar November 2012).

    ReplyDelete
  4. INILAH SEBAHAGIAN DARI KEJAYAAN ANWAR IBRAHIM YANG SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN IMPIAN BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI TERCAPAI

    “Jika Datuk Seri Najib tak sanggup memujuk MNLF dan MILF (berdamai), kita hanya ada satu jalan iaitu mengutus Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Nur Misuari adalah sahabat kamcing Datuk Seri Anwar Ibrahim,” lapor blog itu yang memetik artikel dari blog Kesultanan Sulu bertajuk “Perhimpunan MNLF: Bolehkah MNLF dan MILF berkongsi kuasa.”

    ReplyDelete
  5. INILAH SEBAHAGIAN DARI KEJAYAAN ANWAR IBRAHIM YANG SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN IMPIAN BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI TERCAPAI

    Tian Chua, Naib Presiden PKR juga turut dihantar Anwar menemui Nur Misuari, dedah blog itu dalam artikel bertajuk “TOP SECRET! Apa Tian Chua Buat Dengan Nur Misuari 4 Bulan Lepas?”

    ReplyDelete
  6. INILAH SEBAHAGIAN DARI KEJAYAAN ANWAR IBRAHIM YANG SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN IMPIAN BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI TERCAPAI

    “Kejayaan DS Najib menjayakan Keamanan kepada Bangsa Moro di Selatan Filipina sangat-sangat menggeramkan Anwar tetapi sangat-sangat menyakiti hati Nur Misuari. Dendam Nur Misuari bermula apabila MILF mengambil alih peranan MNLF di Selatan Filipina.

    ReplyDelete
  7. INILAH SEBAHAGIAN DARI KEJAYAAN ANWAR IBRAHIM YANG SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN IMPIAN BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI TERCAPAI

    “Anwar telah menghantar beberapa utusan kepada Nur Misuari dan wakil Sultan Sulu di Sabah dan Anwar berjanji akan memberikan beberapa perkara kepada mereka sekiranya dia berkuasa. Putera Raja Kiram dari Kesultanan Sulu ada di Sabah. Beberapa individu Sulu di Sabah dan di Kesultanan Sulu telah mengambil kesempatan atas Tawaran Anwar kepada mereka,” dedah blog itu lagi dalam artikelnya, bertajuk “bertajuk “Rundingan Anwar-Nur Misuari terbongkar.”

    ReplyDelete
  8. INILAH SEBAHAGIAN DARI KEJAYAAN ANWAR IBRAHIM YANG SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN IMPIAN BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI TERCAPAI

    Blog mediapermatangpauh memberikan bukti-bukti foto yang menunjukkan perkaitan itu. “Ada maklumat mengatakan, Sultan Sulu tidak mempunyai pasukan askar sendiri. Kumpulan bersenjata yang datang ke Lahad Datu adalah merupakan askar pinjaman dari MNLF (pimpinan Misuari) bagi melaksanakan niat tersembunyi pihak-pihak tertentu.

    ReplyDelete
  9. INILAH SEBAHAGIAN DARI KEJAYAAN ANWAR IBRAHIM YANG SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN IMPIAN BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI TERCAPAI

    terfikirkah kita akan hakikat perkaitan Anwar Ibrahim dalam agenda ini? Dia dikatakan terbabit bertemu dengan puak yang menyokong Jamalul Kiram III dan secara tidak langsung dilihat cuba membantu pihak ini untuk menggulingkan Ismail Kiram II.

    ReplyDelete
  10. INILAH SEBAHAGIAN DARI KEJAYAAN ANWAR IBRAHIM YANG SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN IMPIAN BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI TERCAPAI

    Keterpaksaan Anwar dalam hal ini terlihat jelas setelah dia nampaknya terdesak untuk mendapatkan lebih banyak sokongan di Sabah dari kaum Bajau Suluk. Ini berlaku sejurus selepas dia dikritik hebat oleh segenap masyarakat Kadazandusun-Murud kerana penabalan dirinya sewenangnya akan gelaran tertinggi kaum tersebut, Huguan Siou tanpa adab.

    ReplyDelete
  11. INILAH SEBAHAGIAN DARI KEJAYAAN ANWAR IBRAHIM YANG SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN IMPIAN BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI TERCAPAI

    Dia dilihat terlalu bodoh kerana tidak mengerti budaya mereka, asal langgar ikut suka dan kemaruk kuasa yang kronik. Oleh kerana kaum Kadazandusun Murud merupakan 19% dari penduduk Sabah, pemimpin kemaruk ini cuma mencari jalan untuk menguasai kaum Suluk yang berjumlah 20% sedangkan kaum Suluk sendiri mempunyai wakil kuat dalam kerajaan seperti Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shapie Apdal dan secara institusi beraja tidak rasmi iaitu Sultan Ismail Kiram II.

    ReplyDelete
  12. INILAH SEBAHAGIAN DARI KEJAYAAN ANWAR IBRAHIM YANG SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN IMPIAN BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI TERCAPAI

    Anwar jelas dilihat mahu 'menabal' Kiram III dan menggulingkan Kiram II untuk menjadikan Kiram III sebagai pemimpin pro-Anwar di kalangan masyarakat Sulu di Sabah.

    ReplyDelete
  13. INILAH SEBAHAGIAN DARI KEJAYAAN ANWAR IBRAHIM YANG SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN IMPIAN BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI TERCAPAI

    Kiram III juga dilaporkan akrab dengan Joseph Estrada, bekas Presiden Filipina yang kini dihukum penjara kerana rasuah. Siapa tidak tahu pula hubungan Estrada dan Anwar? Sila flashback sendiri.

    ReplyDelete
  14. INILAH SEBAHAGIAN DARI KEJAYAAN ANWAR IBRAHIM YANG SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN IMPIAN BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI TERCAPAI

    Siapa kata Anwar tidak boleh diragui memainkan peranan mula dalam hal ini apabila kerajaan Filipina sendiri mendakwa macai bersenjata Jamalul Kiram III ini masuk setelah dijemput oleh pemimpin pembangkang Malaysia?

    ReplyDelete
  15. INILAH SEBAHAGIAN DARI KEJAYAAN ANWAR IBRAHIM YANG SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN IMPIAN BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI TERCAPAI

    Dan kini macai-macai Anwar , Bapa Pengkhianat Negara di dalam negara ini menuduh ini konspirasi UMNO sehingga dikecam hebat di laman sosial sehingga memungkinkan mereka kalah dalam pilihanraya yang semakin hampir. Adakah tindakan bodoh mereka oleh tangan sediri dengan menjerut leher sendiri itu salah UMNO? Maka merekalah kelompok paling bodoh dalam negara ini.

    ReplyDelete
  16. INILAH SEBAHAGIAN DARI KEJAYAAN ANWAR IBRAHIM YANG SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN IMPIAN BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI TERCAPAI

    ANWAR telah menggunakan hubungan lamanya dengan Nur Misuari, Pengerusi MNLF dan mantan Gabenor Mindanao yang dipecat oleh Kerajaan Filiphina kerana penyelewengan kuasa dan Rasuah. Anwar dan Nur Misuari memiliki banyak persamaan. Kedua-dua mereka pernah memegang jawatan tinggi di tempat masing-masing dan kedua-dua mereka dipecat kerana salah guna kuasa dan kes-kes lain.

    ReplyDelete
  17. INILAH SEBAHAGIAN DARI KEJAYAAN ANWAR IBRAHIM YANG SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN IMPIAN BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI TERCAPAI

    Kejayaan DS Najib menjayakan Keamanan kepada Bangsa Moro di Selatan Filipina sangat-sangat menggeramkan Anwar tetapi sangat-sangat menyakiti hati Nur Misuari. Dendam Nur Misuari bermula apabila MILF mengambil alih peranan MNLF di Selatan Filipina.

    ReplyDelete
  18. INILAH SEBAHAGIAN DARI KEJAYAAN ANWAR IBRAHIM YANG SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN IMPIAN BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI TERCAPAI

    Semasa Nur Misuari menjadi Gabenor Mindanao, dan Anwar menjadi TPM dan Menteri Kewangan, Anwar telah memberi wang belanja yang sangat banyak kepada Nur Misuari sehingga integriti Nur Misuari tercemar. Nur Misuari mula lupa daratan, bersosial, berglamour dan akhirnya dipecat oleh Kerajaan Filipina.

    ReplyDelete
  19. INILAH SEBAHAGIAN DARI KEJAYAAN ANWAR IBRAHIM YANG SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN IMPIAN BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI TERCAPAI

    Orang-Orang Sulu mempunyai ramai keluarga di Pantai Timur Sabah, di persisiran pantai di Tawau, Lahad Datu hingga ke Sandakan. Ramai di kalangan mereka dihantar ke Malaysia (Sabah) ketika perang di negara mereka (Selatan Filipina) dan mereka menjadi Pelarian Perang semasa zaman Marcos dan Estrada.

    ReplyDelete
  20. INILAH SEBAHAGIAN DARI KEJAYAAN ANWAR IBRAHIM YANG SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN IMPIAN BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI TERCAPAI

    Kedua-dua Presiden ini anti umat Islam di selatan Filipina. Walaupun Anwar pernah menjadi TPM dan bersahabat rapat dengan Presiden yang terkenal dengan kaki minum dan kaki rasuah ini, namun Anwar gagal menghalang Estrada daripada menghantar Tentera Filipina untuk menghapuskan pejuang-pejuang Islam di Selatan Filipina.

    ReplyDelete
  21. Tidak akan ada bantuan pasukan ke Sabah (untuk pengikut Sultan Sulu) dari Pulau Simunul di Tawi-Tawi. Menurut laporan portal ANC.ABS-CBN News pada Selasa 5 Mac 2013, keluarga mereka di Tawi-Tawi juga sudah bersedia menerima kenyataan bahawa mereka yang terkepung di Lahad Datu tidak akan pulang ke pangkuan mereka.

    ReplyDelete
  22. Wartawan ANC.ABS-CBN News, Jeff Canoy, yang berada di Pulau Simunul melaporkan bahawa terdapat beberapa orang lelaki di pulau itu yang bermaksud untuk turut menyertai pencerobohan ke Sabah tetapi telah ketinggalan bot.

    ReplyDelete
  23. Ditanya samada mereka akan menyertai rakan mereka di Lahad Datu, kumpulan lelaki berkenaan menjawab bahawa mereka tidak bercadang untuk berbuat demikian, melainkan ada arahan (dari ketua mereka).

    ReplyDelete
  24. Seorang pengikut Sultan Sulu, "Capt. Akhmad Ibnohasim" memberitahu dia telah dijanjikan oleh Kesultanan Sulu bahawa kehidupannya di Sabah akan lebih baik dan akan diangkat sebagai pegawai tentera yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  25. Pada Isnin 4 Mac 2013, pihak kerajaan Filipina juga telah melawat wilayah tersebut dalam usaha menghalang lebih ramai pengikut Sultan Sulu menyeberang ke Sabah.

    ReplyDelete
  26. Malaysia takkan gentar dgn MNLF, Sabah akan dpertahankan

    ReplyDelete
  27. Menyerang individu dengan pelbagai cakap/tulisan/tuduhan hanyalah meletakkan kita sebagai bahan gelak pihak musuh. HENTIKAN dan fokus soal TEGAK KEDAULATAN TANAHAIR!

    ReplyDelete
  28. HANCUR BANGSA/NEGARA itu bukan kerana pemikiran SATU INDIVIDU,
    HANCUR BANGSA/NEGARA itu hanya bila TIDAK BERSATU !

    ReplyDelete
  29. PESALAH itu TIDAK BERSALAH hanya dengan kata atau hujah,
    PESALAH itu SALAH bila TERBUKTI SALAH.

    Hentilah sikap TUDING JARI,
    BAIK FIKIR bantu HALAU SULU agar KAMI PENDUDUK yang jadi PELARIAN DI HALAMAN SENDIRI ini dapat kembali ke rumah dengan selamat dan dapat kembali menikmati KEHIDUPAN AMAN di TANAH SABAH yang MERDEKA dan BERDAULAT>

    ReplyDelete
  30. JIKA ANDA WIRA...
    APA YG ANDA LAKUKAN UNTUK HENTIKAN PENCEROBOHAN?

    ADAKAH TULISAN/KOMEN/HUJAH/TUDUHAN itu dapat menjamin keselamatan nyawa WIRA-WIRA yang berjuang di barisan hadapan?

    ReplyDelete
  31. TANAH AIR KITA SUDAH DICEROBOH dan HANYA PENCEROBOH yang sepatutnya KITA HUKUM supaya di masa hadapan tiada sesiapa lagi yang berani ganggu KEDAULATAN TANAHAIR KITA.

    ReplyDelete
  32. Rakyat negara ini terutama di Sabah diminta agar tidak mempercayai khabar angin bahawa keadaan keselamatan di negeri Sabah kini dalam keadaan tidak terkawal berikutan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dan kawasan berhampiran.

    ReplyDelete
  33. Kejadian tembakan susulan pencerobohan hanya berlaku di Lahad Datu, Semporna dan Kunak dan tidak berlaku di tempat-tempat lain.

    ReplyDelete
  34. Khabar yang tidak berasas dan tidak berpandukan hakikat sebenar tidak harus dipercayai. Rakyat terutamanya di Sabah jangan gementar dan takut kerana keadaan sentiasa dikawal oleh anggota keselamatan.

    ReplyDelete
  35. Beri peluang dan masa untuk anggota keselamatan lakukan tindakan dan operasi untuk tumpaskan kumpulan penceroboh itu.
    Najib sendiri berkata beliau yakin dan percaya akan kemampuan pasukan keselamatan negara. Jadi kita sama-samalah juga memberi sokongan.

    ReplyDelete
  36. Apa “Master Plan” Sebenar Pencerobohan Lahad Datu Oleh Tentera Sulu?

    Setelah sekian lama, beberapa hari kebelakangan ini adalah detik yang paling memilukan buat seluruh rakyat Malaysia. Tatkala perdamaian yang dihulurkan, mayat-mayat perwira negara pula menjadi “hadiah” buat sekelian rakyat. Paling penulis tidak boleh terima, hampir kesemuanya dibunuh atas taktik serang hendap sungguhpun salam dihulur atas dasar “hablum mina nas”. Itu sifat keji – sekeji-kejinya makhluk bernama manusia yang menceroboh.

    ReplyDelete
  37. Apa “Master Plan” Sebenar Pencerobohan Lahad Datu Oleh Tentera Sulu?

    Lebih keji, tentunya mereka-mereka yang menjadi dalang dan petualang kepada bumi bertuah ini.

    Apa motif sebenar si petualang membawa masuk kumpulan pengganas ini ke bumi berdaulat, Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku?

    Hujah kononnya Kesultanan Sulu punya hak terhadap Sabah adalah hujah yang amat dangkal. Hujah ini digunapakai oleh kebanyakkan pro Anwar Ibrahim yang cuba “menegakkan benang yang basah”. Hairan apabila rakyat Malaysia sendiri tidak setia kepada negara, bahkan cuba meremeh-temehkan anggota keselamatan yang menyabung nyawa untuk tidur yang lena buat sekalian rakyat.

    Bersikap seolah-olah Malaysia yang merampas tanah milik Kesultanan Sulu mendedahkan betapa sikap kebanyakkan penyokong pembangkang yang jumud, buta sejarah dan membabi buta.

    Apa motif sebenar kemasukan Tentera Sulu ke Sabah?

    Bolehkah kerajaan Filipina (yang berkuasa ke atas Kesultanan Sulu) menuntut Sabah berdasarkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa?

    ReplyDelete
  38. Apa “Master Plan” Sebenar Pencerobohan Lahad Datu Oleh Tentera Sulu?

    Jawapannya adalah hampir mustahil untuk Filipina menuntuk Sabah dari Malaysia atas beberapa sebab. Pertama, waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

    Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.

    Geran yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

    ReplyDelete
  39. Apa “Master Plan” Sebenar Pencerobohan Lahad Datu Oleh Tentera Sulu?

    Ketiga, geran yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:

    Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

    Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

    ReplyDelete
  40. Apa “Master Plan” Sebenar Pencerobohan Lahad Datu Oleh Tentera Sulu?

    Itu antara sebab-sebab bahawa hampir mustahil untuk Filipina menuntut Sabah dari Malaysia.

    Berbalik kepada persoalan asal, apa motif sebenar Tentera Sulu dijemput memasuki Sabah sungguhpun fakta membuktikan mereka tiada hak langsung ke atas Sabah? Siapa yang bertanggungjawab menghasut kononnya Tentera Sulu ini punya hak ke atas Sabah?

    Dalam keadaan peluang hampir mustahil ke atas tuntutan, mengapa mereka masih berdegil dan menceroboh tanah berdaulat Malaysia?

    Mengapa anggota keselamatan kita diserang hendap, sedangkan perdamaian yang kita hulurkan pada awalannya?

    Apa motif paling utama berdasarkan gerakan subversif ini?

    ReplyDelete
  41. Terpulang dengan mereka untuk menyerang Sabah. Kita tunggu dan lihat sendiri.

    ReplyDelete
  42. Tapi baru-baru ini kita dengar Sultan Palsu iaitu Jamalul Kiram III meminta gencatan senjata dibuat.

    ReplyDelete
  43. Baguslah kalau sudah sedar yang mana Sabah ini bukan lagi milik Sulu.

    ReplyDelete
  44. Jika kita lihat pun tidak pasti apa yang mereka mahukan sebenarnya untuk datang ke Sabah dengan berbekalkan senjata. Kalau datang tangan kosong mungkin boleh terima lagi.

    ReplyDelete
  45. Maka kita tidak akan menyerah kalah dan membiarkan Sabah diambil oleh Kesultanan Sulu seperti Jamalul Kiram III ini.

    ReplyDelete
  46. Semoga gencatan senjata ini diterima oleh penceroboh di Lahad Datu ini. Ini arahan dari sultan palsu itu.

    ReplyDelete
  47. Pertahanan kita tidak akan menyerah kalah.

    ReplyDelete
  48. Gencatan senjata perlu di buat tanpa syarat apa-apa.

    ReplyDelete
  49. UMNO dah meroyan..tak pasai2 dia cipta isu Tian Chua kutuk angg keselamtan di LDatu. Masalahnay kita tak dgr apa yg Tian Chua kata hanya TV 3 suku yg tolong cakap. Masalhnya,yg tak dicakap oleh Tian Chua, TV 3suku kata Tian Chua cakap. Dah tunggu masa kena saman dmahkamah.

    ReplyDelete
  50. Pihak berkuasa harus memastikan keselamatan dijamin.

    ReplyDelete
  51. Kawalan harus dipertingkatkan lagi.

    ReplyDelete
  52. Sabah sudah menjadi milikan Malaysia, tuntutan ini harus berhenti.

    ReplyDelete
  53. Semoga pencerobohan ini dapat diselesaikan dengan baik. Kekerasan seperti ini cuma merumitkan lagi keadaan.

    ReplyDelete
  54. The Suluk community here fully supports the Government's move to end the stand-off between security forces and followers of the self-proclaimed Sulu Sultan Jamalul Kiram III in Kampung Tanduo.

    ReplyDelete
  55. the community is known as Suluk while in Philippines, they are known as Tausug.

    ReplyDelete
  56. the actions of the intruders were not what a "true Suluk" was like, and none from the over 300,000 Suluks in Sabah should follow in their lead.

    ReplyDelete
  57. the community will not help them or support them in any way at all.

    ReplyDelete
  58. Tawau Suluk Bajau cultural association vice-president Abdul Ali Erilis, Sabah Suluk Ethnic clan association secretary Mohd Zaki Harry Susanto and Ruhil Sailajan representing the Suluks in Sabah came out in support of the Government's action Tuesday to forcibly end the nearly three week stand-off. the community assured the state government and the people of Sabah that they were not linked in any way with the intruders as claimed by many quarters.

    ReplyDelete
  59. all Suluks in Sabah should come forward and pledge their loyalty to the government.

    ReplyDelete
  60. ample time had been given to the intruders to leave to avoid bloodshed but they insisted on staying.

    ReplyDelete
  61. Ruhil, who is the president of the Kota Kinabalu handicraft association, hoped other Sabahans know that Malaysian Suluks have drawn the line and do not want to be associated in any way with the intruders.

    ReplyDelete
  62. All we want is for everything to return to normal as business is also affected from this incident

    ReplyDelete
  63. the Sabah government was fully behind the Federal government's move to evict the Sulu gunmen who intruded into Lahad Datu and other areas of the east coast. The assault in Lahad Datu is the first ever large scale joint-operation between the police and the armed Forces.

    ReplyDelete
  64. Salam kepada semua..kenyataan seperti di atas adalah tidak benar..ini pihak media nie pandai-pandai buat kenyataan untuk menakut nakutkan rakyat malaysia terutama rakyat sabah..maklumat seperti ini adalah maklumat yang tidak sahih sama sekali..apa yang berlaku di lahad datu dan di semporna isu pencerobohan askar di raja kesultanan sulu tiada kena mengena @ di kaitkan berunsurkan politik dengan ketua pembangkang (dato sri anwar ibrahim) mahu pun perdana menteri malaysia (dato sri najib tun abd razak)..apa yang di nyatakan oleh pihak media nur misuari mahu serang lahad datu @ sabah,tolonglah jangan buat kenyataan @ maklumat yang tidak sahih..ini sengaja pihak media buat kenyataan palsu untuk mengucar kacirkan rakyat sabah dan mengugatkan negara malaysia..di sini saya menegaskan,saya mohon kepada pihak yang berwajib sila ambil tindakan di atas siapa yang pandai-pandai membuat reka-reka cerita palsu ini dan membuat blogger yang begitu tidak berasas dan yang tidak boleh di percayai..semua yang berlaku ini,adalah dalang perancang utama jamalul kiram III yang inginkan hak-hak di kembalikan kepada keturunan sultan sulu di sabah..memang benar,sultan sulu sudah lama merancang untuk menuntut sabah dan inginkan pengiktirafan keturunan sulu (suluk) di sabah..memang selama ini sultan sulu juga pernah membuat kenyataan bahawa kononnya sabah adalah kepunyaan nenek moyang tempat peninggalan mereka pada waktu dahulu sebelum north borneo (british) mengambil ahli kerajaan sabah pada ketika itu..pada masa yang sama juga,kerajaan malaysia tidak memandang serius dalam hal ini dan hanya memandang remeh temeh sahaja..justeru apa yang berlaku di lahad datu dan semporna kerajaan malaysia baru sedar apa yang mereka inginkan adalah sangat serius di atas tuntutan sultan sulu..apa yang berlaku di lahad datu dan semporna serangan pencoroboh @ pengganas mengorbankan 8 anggota polis malaysia supaya dunia membuka mata mahu pun bangsa-bangsa bersatu (PBB) sedar di atas tuntutan bahawa sultan sulu menuntut sabah adalah kepunyaan mereka..dalam hal ini juga,sultan sulu mahu tuntutan mereka di bawa ke mahkamah keadilan dunia.. dan kerajaan malaysia pun sudah buat kenyataan bahawa sabah sudah merdeka,dan telah masuk malaysia..sedangkan bangsa-bangsa bersatu (PBB) sudah mengiktiraf sabah adalah kepunyaan malaysia..jadi apa yang berlaku,marilah kita sama-sama ambil iktibar..semoga sabah selamat daripada penceroboh @ pihak yang tidak bertanggungjawab..kita doakan semoga perwira-perwira kita yang bertugas di sabah dan mempertahankan kedaulatan negara selamat dalam ancaman pengganas..saya mengucapkan takziah buat keluarga perwira-perwira 8 anggota kita yang telah terkorban dalam ancaman musuh..dan sabah adalah milik malaysia selama lamanya..(P/S) ingat!jangan percaya 100% sekiranya pihak media buat kenyataan @ maklumat yang tidak sahih seperti di atas..dalam hal ini juga,pihak media sengaja buat kenyataan palsu supaya rakyat kucar kacir,tidak tenteram,dan dalam hal ini juga boleh menggugatkan kedaulatan negara..wassalam..PRAY FOR SABAH..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.