Monday, March 11, 2013

Operasi Lahad Datu : Remaja ditembak mati

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang remaja ditembak mati ketika pasukan keselamatan sedang mengesan penceroboh berhampiran zon merah.



Katanya, kejadian itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang mengesan kumpulan pengganas pada kira-kira jam 9.45 pagi ini di Kampung Sungai Bilis.

Tiga lelaki dewasa dan dua wanita dewasa secara tiba-tiba muncul dari kawasan semak dan pasukan keselamatan dengan serta menahan dan memeriksa kumpulan tersebut.

Ketika pemeriksaan dibuat, pasukan keselamatan mendengar bunyi dari kawasan semak dan secara spontan melepaskan tembakan ke arah berkenaan, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat Residence, Lahad Datu petang ini.

Pemeriksaan selepas itu mendapati, tembakan itu mengenai dua individu.

Seorang remaja dianggarkan berusia antara 12 hingga 15 tahun ditembak mati manakan seorang lelaki dipercayai berusia dalam 30-an cedera di kaki.

Ismail berkata polis masih berusaha untuk memastikan identiti individu terbabit termasuk lima yang ditahan.

"Mereka tidak memiliki apa-apa dokumen jadi kita menyiasat dari mana mereka datang dan apa yang mereka buat di sana," katanya.

Kampung Sungai Bilis merupakan satu kampung yang terletak dekat Tanjung Batu.

Kesemua tujuh individu berkenaan, termasuk yang maut dan cedera dikeluarkan dari lokasi berkenaan oleh satu pasukan medik dengan kenderaan berperisai, katanya.

Kesemua yang ditahan tidak memiliki sebarang senjata, katanya.

Jumlah berkenaan menjadikan seramai 62 orang terbunuh sejak krisis itu bermula pada 12 Februari lalu – 53 di pihak penceroboh, lapan pegawai polis dan kini seorang remaja yang masih belum dikenalpasti.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail berkata polis turut menahan tiga orang di Kampung Perigi, Semporna pada pagi ini dan dua lagi di satu kawasan lapang di jalan menghubungkan Semporna dan Tawau.

Ismail berkata penahanan berkenaan berhubung kait dengan siasatan kejadian di Kampung Simunul, Semporna yang mengorbankan enam orang pegawai polis.

36 comments:
Write comments
  1. Kesah yg sama dgn tentera US melawan tentera Vietkong secara insurgensi yg mnyaksikn tumpasnya tentera US. Jgn sampai tragedi Perang US di Vietnam mcm ATM/PDRM lawan Tentera Sulu dah le. Sudah le tumpasnya US pd gerila Vietkong tapi mnjadi trauma pula pd tentera US apabila tamatnya Perang Vietkong.

    ReplyDelete
  2. Residents in Lahad Datu are today reminded to keep away from the area of operation or those which have been labelled the red zone by the authorities.

    ReplyDelete
  3. Sabah police commissioner Hamza Taib called for public cooperation as members of the security forces were still searching and mopping-up the affected areas to flush out the armed terrorists from the southern Philippines.

    ReplyDelete
  4. Those are hot areas. We request residents to not go near or enter the areas concerned. “Apart from that, if there were reports spread by any quarters, please verify the information with the police. “Let us together help the security forces to ensure the situation and peace in Sabah is restored,” he said

    ReplyDelete
  5. In another development, Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Ahmad Maslan said the Sulu terrorist group that invaded Kampung Tanduo is not fit to known as the royal army of the Sultanate of Sulu because of their violent action which threatened the livelihood of local residents, including Muslims.

    ReplyDelete
  6. Ahmad said people who terrorised others should not be likened to a respectable group like the army.

    ReplyDelete
  7. “Stop referring to that terrorist group as the royal army of the Sulu Sultanate and it is also inappropriate to link the Sulu community in Sabah with the group.

    ReplyDelete
  8. “Evil has nothing to do with race. One can be evil because of greed, power greedy, with shallow religious faith and possess animalistic character,” he said

    ReplyDelete
  9. Ahmad said the Suluk community in Sabah could succeed in life if they were hardworking.

    ReplyDelete
  10. Kekerasan harus dibalas mengikuti kekerasan juga.

    ReplyDelete
  11. Pihak kerajaan tidak harus bertolerat lagi. Harus bertindak agar isu ini diselesaikan dalam masa tersingkat.

    ReplyDelete
  12. Jangan membiarkan lebih banyak yang terkorban.

    ReplyDelete
  13. Tuntutan boleh dibuat dengan cara yang lebih positif.

    ReplyDelete
  14. Identiti remaja harus disiasat terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  15. Kita tidak mahu mereka terlepas daripada kepungan dan mahu pengganas sama ada dalam keadaan ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup

    ReplyDelete
  16. kerajaan mahu setiap pengganas ditangkap kerana tindakan dilakukan mereka sudah melampaui batas dan tidak berperikemanusiaan.

    ReplyDelete
  17. Mereka akan dibicarakan mengikut undang-undang negara ini.

    ReplyDelete
  18. Tiada sebarang kompromi untuk membawa mereka pulang ke Filipina dengan apa cara sekalipun kerana mereka sudah membunuh lapan anggota kita dengan cara paling kejam.

    ReplyDelete
  19. Tiada sebarang kompromi untuk membawa mereka pulang ke negara asal sebelum sebarang tindakan perundangan di ambil terhadap mereka

    ReplyDelete
  20. tiada undang-undang di mana-mana negara atau mana-mana dalam catatan Konvensyen Geneva yang membenarkan pengganas dalam peperangan boleh memenggal kepala, mencungkil mata dan memotong anggota badan.

    ReplyDelete
  21. pihaknya tidak menolak kemungkinan perbuatan kejam pengganas Sulu itu mungkin dipengaruhi dadah atau ilmu hitam menyebabkan rakyat Malaysia tidak dapat menerima perbuatan sadis dan tanpa belas kasihan itu.

    ReplyDelete
  22. Ahmad Zahid mencabar pemimpin pembangkang ke medan pertempuran tanpa diiringi pasukan keselamatan dan membuktikan situasi tegang di Lahad Datu itu sandiwara seperti dicanang mereka.

    ReplyDelete
  23. mencabar, menghina dan memperlekehkan Angkatan Tentera Malaysia dan polis. Jadi, mereka pergi sendiri Tanpa diiringi pasukan keselamatan

    ReplyDelete
  24. Ahmad Zahid turut menyerahkan kepada polis dan tentera untuk menganggap pengganas terbabit sebagai penjenayah atau tawanan perang.

    ReplyDelete
  25. Apa makna jihad kalau pengganas mati tiada penghormatan

    ReplyDelete
  26. Sudah jadi zon merah/larangan.sepatutnya tiada lagi orang yang suka2 masuk keluar tempat tu.

    ReplyDelete
  27. Tidak tersangka keadaan seperti ni boleh berlaku di Sabah.mudah-mudahan isu ni selesai dengan cepat.

    ReplyDelete
  28. remaja itu buat apa di semak, mgkin dia di pihak penggans

    ReplyDelete
  29. Itu sebab kawasan itu di namakan kawasan merah. Tidak di benarkan masuk.

    ReplyDelete
  30. Pihak keselamatan hanya menjalankan tugas mereka. harap ini tidak akan jadi bahan politik.

    ReplyDelete
  31. Dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109 tiba di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

    ReplyDelete
  32. Helikopter jenis peninjau dan pengangkut menggunakan enjin berkembar serta mampu memuatkan lapan penumpang itu diperlukan bagi mengukuhkan lagi kekuatan pasukan keselamatan dalam usaha menggempur pengganas sejak pencerobohan dikesan 12 Feb lepas

    ReplyDelete
  33. .

    Ia susulan pengumuman Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, semalam bahawa kekuatan dari segi aset dan anggota Operasi Daulat perlu ditambah untuk terus menggempur penceroboh militan khususnya di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk.

    ReplyDelete

  34. Zulkifeli berkata langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut atau di darat.

    ReplyDelete
  35. Selain helikopter itu, 12 kereta perisai berantai jenis Adnan dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia juga dijangka tiba di sini secara berperingkat.

    ReplyDelete


  36. Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh, manakala lapan anggota polis dan dua tentera gugur di pihak Malaysia

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.