Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang remaja ditembak mati ketika pasukan keselamatan sedang mengesan penceroboh berhampiran zon merah.
Katanya, kejadian itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang mengesan kumpulan pengganas pada kira-kira jam 9.45 pagi ini di Kampung Sungai Bilis.
Tiga lelaki dewasa dan dua wanita dewasa secara tiba-tiba muncul dari kawasan semak dan pasukan keselamatan dengan serta menahan dan memeriksa kumpulan tersebut.
Ketika pemeriksaan dibuat, pasukan keselamatan mendengar bunyi dari kawasan semak dan secara spontan melepaskan tembakan ke arah berkenaan, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat Residence, Lahad Datu petang ini.
Pemeriksaan selepas itu mendapati, tembakan itu mengenai dua individu.
Seorang remaja dianggarkan berusia antara 12 hingga 15 tahun ditembak mati manakan seorang lelaki dipercayai berusia dalam 30-an cedera di kaki.
Ismail berkata polis masih berusaha untuk memastikan identiti individu terbabit termasuk lima yang ditahan.
"Mereka tidak memiliki apa-apa dokumen jadi kita menyiasat dari mana mereka datang dan apa yang mereka buat di sana," katanya.
Kampung Sungai Bilis merupakan satu kampung yang terletak dekat Tanjung Batu.
Kesemua tujuh individu berkenaan, termasuk yang maut dan cedera dikeluarkan dari lokasi berkenaan oleh satu pasukan medik dengan kenderaan berperisai, katanya.
Kesemua yang ditahan tidak memiliki sebarang senjata, katanya.
Jumlah berkenaan menjadikan seramai 62 orang terbunuh sejak krisis itu bermula pada 12 Februari lalu – 53 di pihak penceroboh, lapan pegawai polis dan kini seorang remaja yang masih belum dikenalpasti.
Dalam perkembangan berkaitan, Ismail berkata polis turut menahan tiga orang di Kampung Perigi, Semporna pada pagi ini dan dua lagi di satu kawasan lapang di jalan menghubungkan Semporna dan Tawau.
Ismail berkata penahanan berkenaan berhubung kait dengan siasatan kejadian di Kampung Simunul, Semporna yang mengorbankan enam orang pegawai polis.
Monday, March 11, 2013
Operasi Lahad Datu : Remaja ditembak mati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Kesah yg sama dgn tentera US melawan tentera Vietkong secara insurgensi yg mnyaksikn tumpasnya tentera US. Jgn sampai tragedi Perang US di Vietnam mcm ATM/PDRM lawan Tentera Sulu dah le. Sudah le tumpasnya US pd gerila Vietkong tapi mnjadi trauma pula pd tentera US apabila tamatnya Perang Vietkong.
ReplyDeleteResidents in Lahad Datu are today reminded to keep away from the area of operation or those which have been labelled the red zone by the authorities.
ReplyDeleteSabah police commissioner Hamza Taib called for public cooperation as members of the security forces were still searching and mopping-up the affected areas to flush out the armed terrorists from the southern Philippines.
ReplyDeleteThose are hot areas. We request residents to not go near or enter the areas concerned. “Apart from that, if there were reports spread by any quarters, please verify the information with the police. “Let us together help the security forces to ensure the situation and peace in Sabah is restored,” he said
ReplyDeleteIn another development, Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Ahmad Maslan said the Sulu terrorist group that invaded Kampung Tanduo is not fit to known as the royal army of the Sultanate of Sulu because of their violent action which threatened the livelihood of local residents, including Muslims.
ReplyDeleteAhmad said people who terrorised others should not be likened to a respectable group like the army.
ReplyDelete“Stop referring to that terrorist group as the royal army of the Sulu Sultanate and it is also inappropriate to link the Sulu community in Sabah with the group.
ReplyDelete“Evil has nothing to do with race. One can be evil because of greed, power greedy, with shallow religious faith and possess animalistic character,” he said
ReplyDeleteAhmad said the Suluk community in Sabah could succeed in life if they were hardworking.
ReplyDeleteKekerasan harus dibalas mengikuti kekerasan juga.
ReplyDeletePihak kerajaan tidak harus bertolerat lagi. Harus bertindak agar isu ini diselesaikan dalam masa tersingkat.
ReplyDeleteJangan membiarkan lebih banyak yang terkorban.
ReplyDeleteTuntutan boleh dibuat dengan cara yang lebih positif.
ReplyDeleteIdentiti remaja harus disiasat terlebih dahulu.
ReplyDeleteKita tidak mahu mereka terlepas daripada kepungan dan mahu pengganas sama ada dalam keadaan ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup
ReplyDeletekerajaan mahu setiap pengganas ditangkap kerana tindakan dilakukan mereka sudah melampaui batas dan tidak berperikemanusiaan.
ReplyDeleteMereka akan dibicarakan mengikut undang-undang negara ini.
ReplyDeleteTiada sebarang kompromi untuk membawa mereka pulang ke Filipina dengan apa cara sekalipun kerana mereka sudah membunuh lapan anggota kita dengan cara paling kejam.
ReplyDeleteTiada sebarang kompromi untuk membawa mereka pulang ke negara asal sebelum sebarang tindakan perundangan di ambil terhadap mereka
ReplyDeletetiada undang-undang di mana-mana negara atau mana-mana dalam catatan Konvensyen Geneva yang membenarkan pengganas dalam peperangan boleh memenggal kepala, mencungkil mata dan memotong anggota badan.
ReplyDeletepihaknya tidak menolak kemungkinan perbuatan kejam pengganas Sulu itu mungkin dipengaruhi dadah atau ilmu hitam menyebabkan rakyat Malaysia tidak dapat menerima perbuatan sadis dan tanpa belas kasihan itu.
ReplyDeleteAhmad Zahid mencabar pemimpin pembangkang ke medan pertempuran tanpa diiringi pasukan keselamatan dan membuktikan situasi tegang di Lahad Datu itu sandiwara seperti dicanang mereka.
ReplyDeletemencabar, menghina dan memperlekehkan Angkatan Tentera Malaysia dan polis. Jadi, mereka pergi sendiri Tanpa diiringi pasukan keselamatan
ReplyDeleteAhmad Zahid turut menyerahkan kepada polis dan tentera untuk menganggap pengganas terbabit sebagai penjenayah atau tawanan perang.
ReplyDeleteApa makna jihad kalau pengganas mati tiada penghormatan
ReplyDeleteSudah jadi zon merah/larangan.sepatutnya tiada lagi orang yang suka2 masuk keluar tempat tu.
ReplyDeleteTidak tersangka keadaan seperti ni boleh berlaku di Sabah.mudah-mudahan isu ni selesai dengan cepat.
ReplyDeleteremaja itu buat apa di semak, mgkin dia di pihak penggans
ReplyDeleteItu sebab kawasan itu di namakan kawasan merah. Tidak di benarkan masuk.
ReplyDeletePihak keselamatan hanya menjalankan tugas mereka. harap ini tidak akan jadi bahan politik.
ReplyDeleteDua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109 tiba di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
ReplyDeleteHelikopter jenis peninjau dan pengangkut menggunakan enjin berkembar serta mampu memuatkan lapan penumpang itu diperlukan bagi mengukuhkan lagi kekuatan pasukan keselamatan dalam usaha menggempur pengganas sejak pencerobohan dikesan 12 Feb lepas
ReplyDelete.
ReplyDeleteIa susulan pengumuman Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, semalam bahawa kekuatan dari segi aset dan anggota Operasi Daulat perlu ditambah untuk terus menggempur penceroboh militan khususnya di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk.
ReplyDeleteZulkifeli berkata langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut atau di darat.
Selain helikopter itu, 12 kereta perisai berantai jenis Adnan dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia juga dijangka tiba di sini secara berperingkat.
ReplyDelete
ReplyDeleteSejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh, manakala lapan anggota polis dan dua tentera gugur di pihak Malaysia