Tuesday, March 19, 2013

Pakar sejarah: Filipina perlu gugur tuntut Sabah

Isu Lahad Datu akan berterusan jika tidak dihentikan. Ia memerlukan rundingan pemimpin tertinggi Malaysia dan Filipina untuk menyelesaikannya. Rakyat perlu ingat Sulu memulakan penentangan pada 1521.

Bagaimana Tan Sri boleh menghafal fakta sejarah?

Sejarah perlukan perbincangan. Tidak perlu menghafal. Kalau hafal boleh cepat lupa. Ia akan jadi sebahagian daripada kehidupan kita. Apabila ada perbincangan dengan apa yang berlaku sekitar 50 tahun dahulu, saya terpaksa kembali ke zaman dulu dan jika menghafal dan tidak faham, ia akan menyulitkan keadaan.


Adakah sejarah sebenar negara ini terdapat dalam buku teks di peringkat sekolah?

Sejarah yang dibukukan (buku sekolah) tidak mencukupi. Biasanya yang menulis buku itu kurang faham apa sebenarnya telah berlaku. Seperti contoh, baru-baru ini, saya sedang berbincang mengenai sejarah yang berlaku sekitar lewat 1945 dan awal 1946 iaitu kekacauan dan konflik antara kaum Melayu dan Cina.

Secara umum, ia benar berlaku. Tapi, berdasarkan saya yang hidup sekitar tahun itu, pergaduhan sebenar adalah antara kaum Banjar dengan orang Cina yang menyokong gerakan komunis.

Tetapi, kaum bukan Cina tidak dapat membezakan antara orang Cina yang menyokong gerakan komunis dan bukan penyokong sedangkan gerakan anti-komunis juga ramai ketika itu. Di bandar juga tidak ada masalah kerana tidak ada orang Banjar dan tidak wujud pergaduhan. 


Adakah Sabah atau Borneo pernah berada dalam pemerintahan Sulu?


Ya, pernah. Bahagian Timur Sabah pernah berada di bawah pemerintahan Sulu. Tetapi pada 1885, Syarikat Borneo Utara telah mengambil alih Borneo Utara. Orang Sulu ini garang. Dari dulu mereka suka bergaduh.

Mereka tidak bersetuju apabila Amerika Syarikat memerintah Filipina dan mula bergaduh. Kemudian, apabila Amerika Syarikat membebaskan Filipina pada 1946 dan menjadi negara bebas, orang Sulu di Utara tidak berpuas hati dan tidak bekerjasama dengan Filipina.

Mereka mahu menubuhkan negara sendiri. Sehingga ke hari ini, Sulu dan Filipina bergaduh. Sulu juga pernah bergaduh dengan Sepanyol yang pernah menjajah Filipina. Penduduk di satu-satu kawasan itu berbeza.

Samalah juga dengan negara kita yang suatu ketika dahulu masyarakat dunia tidak faham mengapa negara kita ada sembilan raja berdaulat. Ramai orang Malaysia tidak tahu.

Tidak ada satu negara pun di dunia ada sembilan raja berdaulat. Kemudian digabungkan menjadi Persekutuan Tanah Melayu. Tapi, autonomi sembilan raja itu masih ada. Kalau bandingkan orang Kelantan dan Johor, tidak sama. Loghat Kelantan juga ramai yang tidak faham.


Adakah benar wujudnya janji atau tuntutan bahawa Sabah masih lagi kepunyaan Sultan Sulu dan Filipina?


Bagaimana Sulu mahu tuntut Sabah sedangkan Filipina sendiri tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu. Kalau dulu, ada yang cakap wujud keturunan Sultan Melaka. Apabila saya tanya, sultan mesti dipilih, kamu siapa yang tabal?

Orang itu tidak menjawab kerana tidak ada pertabalan untuk diri sendiri. Sekarang panggil sultan kurang tepat kerana ia hanya gelaran seperti Sultan Abdul Samad.

Gelaran yang betul adalah Yang Di-Pertuan Negeri Selangor dan segala jajahan takluknya. Mereka biasa gunakan kerajaan, tapi ia bukan goverment. Kalau ditafsirkan, sepatutnya monarki. Manakala goverment tidak perlu ada raja.


Adakah masih relevan tuntutan Sulu terhadap Sabah?

Pada 1962, Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk menyiasat sama ada Sabah dan Sarawak setuju dengan penubuhan Malaysia. Setelah selesai siasatan dan pengumuman penubuhan Malaysia dan perlembagaan diumumkan, tiada ada protes. Itu bermakna mereka setuju dan Sabah untuk penubuhan Malaysia. Jadi, tuntutan mereka itu tidak relevan lagi.


Ketika Sabah dan Sarawak sertai Semenanjung dalam membentuk Malaysia, adakah kaji selidik dibuat?

Suruhanjaya tersebut mengkaji dengan cara pertemuan dengan pemimpin di satu-satu kawasan. Berdasarkan pertemuan itu, rakyat Sabah memberi kata persetujuan secara majoriti, jika tidak, sudah pasti penubuhan Malaysia dibuat tanpa Sabah.


Adakah di Sabah sememangnya mempunyai etnik Sulu sejak sebelum zaman merdeka lagi?

Ya, pada zaman dahulu mereka sudah berada di Sabah. Kemudian mereka berpecah. Seperti Gugusan Kepulauan Melayu. British dan Belanda telah membahagikan Gugusan Melayu kepada dua bahagian menerusi perjanjian 1824.

Kawasan utara di bawah British dipanggil British Malaya. Kawasan lain pula adalah Hindia Timur Belanda. Pada Ogos 1945 ia diberi nama baru iaitu Indonesia. Di Utara, British Malaya tidak diterima orang Melayu. Kawasan itu dipanggil Tanah Melayu. Jika diperhatikan, ada parti-parti yang ditubuhkan menggunakan istilah Malaya seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Ia ditubuhkan oleh Mokhtaruddin Lasso di Ipoh, kawasan yang kebanyakan orang Cina.

PKMM tidak disokong oleh orang bukan Melayu. British tidak mengiktiraf PKMM sebagai parti yang ada hak berbincang masa depan orang Melayu. Sama juga parti Pas.

Dulu nama mereka Parti Islam se-Tanah Malaya. Sebelum Perang Dunia Kedua, hanya orang Melayu, lahir di Semenanjung Tanah Melayu dianggap sebagai rakyat beraja. Itu sangat penting, hanya yang mengkaji sejarah yang faham.


Apakah komen Tan Sri mengenai laporan negatif media Filipina terhadap anggota keselamatan kita?

Filipina juga sudah lama menuntut Sabah. Tetapi tulisan media Filipina tidak memberi impak negatif terhadap kita. Dunia sudah tahu perkara ini. Pendapat saya, secara umum, dunia masih pro Malaysia.

Dunia tidak faham. Kita sendiri tidak menulis buku untuk penjelasan kepada dunia. Malaysia begitu kompleks. Orang Bugis tubuhkan Kerajaan Negeri Selangor, Minangkabau wujudkan kerajaan Negeri Sembilan. Johor Lama dicipta oleh Britain. Apabila berlaku peristiwa Sultan Mahmud mangkat dijulang, bendahara pula menjadi raja.


Apakah harapan Tan Sri supaya isu di Lahad Datu dapat diselesaikan dengan segera?

Saya berharap supaya pemerintah Filipina bekerjasama dengan Malaysia. Jika kedua-dua pihak memberi kerjasama, Sulu tidak boleh berbuat apa-apa. Mereka (Sulu) tidak ada tentera. Kalau benar-benar nak lawan, mereka tidak akan menang. Kita ada tentera terlatih dan bermacam jenis senjata. Kita ada kapal terbang, mereka tidak ada.


Apa maksud Tan Sri kalau betul-betul mahu berperang, adakah ia berkait dengan politik?

Ya, tentu pemerintahan Filipina akan campur tangan. Kita perlu adakan persetujuan dengan mereka dahulu sebelum menggunakan kapal terbang untuk mengebom mereka (Sulu).


 Jika Sultan Sulu membawa isu ini ke mahkamah antarabangsa, adakah ini boleh memungkinkan Sabah beralih kuasa?

Ia sudah kalah. Mahkamah sini (Malaysia) pernah membuat keputusan Sulu tidak berdaulat. Kalau pergi ke mahkamah, Sulu akan kalah. Tidak mungkin berlaku peralihan kuasa kerana Sulu telah menyerahkan kawasan tersebut kepada Syarikat British pada 1886.

Selepas Perang Dunia Kedua, Britain pula mengambil alih kawasan itu. Jadi 1946 hingga penubuhan Malaysia, Sabah dan Sarawak hanyalah tanah jajahan British.


Adakah Malaysia perlu menghentikan pembayaran sagu hati kepada Sulu?

Mungkin mereka salah faham. Pembayaran perlu diteruskan seperti biasa. Mereka (Sulu) jangan garang dan RM5,000 apa sangat kerana kita membayar berjuta ringgit kepada rakyat di negara ini.


Adakah ada ‘udang di sebalik batu’ dalam pencerobohan ini?

Ya. Saya rasa Sulu mahu menuntut Sabah. Jika mereka berjaya mendapatkan Sabah, Sulu akan menubuhkan kerajaan yang berasingan. Sabah kaya, maju, ramai pelancong China, Korea dan Jepun.

Faktor lain adalah perdagangan di Sabah kerana mempunyai minyak. Dalam perdagangan, Asia Timur kini berada di tempat pertama di dunia, Amerika pun tidak sehebat Asia Timur.


Apa pandangan Tan Sri mengenai penghantaran polis sebelum Angkatan Tentera Malaysia ambil alih di Lahad Datu?

Kita mesti faham kerana Malaysia sebenarnya tiga bahagian iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Jadi, Sabah dan Sarawak tidak begitu menggalakkan tentera dari sini (Semenanjung) pergi ke sana.

Polis ok, Sabah dan Sarawak banyak hak istimewa. Mereka tidak boleh disamakan dengan negeri lain seperti Perak, Selangor dan Pahang. Mereka adalah satu pertiga daripada Malaysia sebab itu mereka tidak terima Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos. Mereka (Sabah dan Sarawak) menyatakan 31 Ogos mereka masih lagi di bawah jajahan British. Mereka mahu Hari Malaysia iaitu pada 16 September. Ini semua tidak ada dalam buku Sejarah. Orang yang menulis buku itu tidak faham.


Adakah Tan Sri berusaha mengumpulkan bahan sejarah untuk dibukukan?

Ada banyak tetapi untuk menerbitkan buku bukan senang. Banyak penerbit suka menipu. Saya ditipu beberapa kali.


Apakah pesanan Tan Sri kepada anggota keselamatan yang bertugas di Sabah?

Saya rasa masalah ini perlu diselesaikan oleh pemimpin kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Filipina. Dua pihak ini penting. Apabila Filipina bekerjasama dengan Malaysia, Sulu tidak boleh buat apa- apa.


Adakah sikap tidak campur tangan Filipina mengundang  masalah?

Ya, sebab dia (Sulu) belum lagi sanggup menghentikan tuntutan ke atas Sabah. Belum lagi menggugurkan.


Adakah jalan penyelesaiannya?

Kita jangan lupa, Sulu mula-mula menentang Sepanyol pada 1521, apabila Amerika mengambil alih pemerintahan Filipina pada  1898, dia (Sulu) menentang Amerika. Apabila Filipina menjadi bebas negara bangsa pada 1946, Sulu tidak bersetuju dengan Manila.

Sejak 1521 hingga sekarang, tak kan dengan begitu mudah hendak berhenti. Sulu terletak di Selatan Filipina dan tidak ramai tetapi mempunyai keazaman mereka luar biasa. Barat memanggil mereka Moro.


Adakah perlu kerajaan Malaysia perlu ketatkan pemberian kad pengenalan di Sabah?

Ini kita punya politiklah. Jangan bangkitkan perkara lain pula. Pada masa dahulu kerana mahu undi, kita memberi kad pengenalan kepada mereka. Rakyat Sulu ramai duduk di Kota Kinabalu dan ada yang tinggal di dalam kapal.

Rakyat Sulu menegaskan mereka bukan orang asing di sini (Malaysia), ini negara kami. Itu sikap mereka.


Apa pendapat Tan Sri dengan sesetengah pihak menganggap ada dalang dalam pencerobohan ini?

Saya tidak mahu sebut mengenai politik. Saya pun tidak tahu apa mereka buat, kita hanya membaca dalam akhbar. Saya tidak baca blog dan internet kerana banyak temberang.


Apakah kesimpulan yang Tan Sri boleh buat untuk menghentikan kemelut Sulu?

Filipina perlu berunding dengan Malaysia. Bersama-sama menyelesaikan isu ini. Jika perlu, kedua-dua pihak perlu membawa isu ini ke mahkamah antarabangsa. Pada zaman sekarang, semuanya mesti berasaskan undang-undang bukan senjata. Ini zaman moden.


Adakah isu Lahad Datu ini besar?

Di Semenanjung tidak ada tetapi penduduk Sabah banyak masalah. Terutamanya kepada mereka yang bukan berasal dari Sulu menghadapi banyak masalah, kasihan mereka.


Adakah Tan Sri bersedia tampil ke hadapan dan menerangkan sejarah?

Saya selalu memberikan ceramah, masa kes Mat Indera. Saya pergi untuk memberikan penjelasan kerana mereka menyatakan Mat Indera bukan komunis. Mana dapat senjata? Mereka takut kepada Britain yang membayar mereka.

Saya kata Britain tidak pernah bayar. Polis dan tentera kita bukan dibayar oleh Britain. Negara ini, negara kaya. Kita pula yang selalu hantar hasil ke Britain. Britain tidak bayar kepada kita, orang tidak tahu. Negara ini luar biasa. Banyak rakyat tidak tahu.

Tanah Melayu sangat istimewa. Jika mahu mengkaji sejarah moden Tanah Melayu tetapi tidak tahu sejarah China dan India, Indonesia dan Eropah, ia tidak boleh dilakukan. Ia saling berkait, banyak peristiwa yang berlaku di China dan India berlaku di negara ini. MIC ditubuhkan untuk memperjuangkan kemerdekaan India. Indonesia juga.

Kesatuan Melayu Muda (KMM) adalah nasionalis pertama. Saya kata 1939 buat kali pertama diadakan Kongres Melayu Se Tanah Melayu, KMM tidak dijemput kerana kebanyakan ahlinya orang Melayu Boyan.

Ia tidak sama. Rawang dipanggil kerana orang Rawa yang duduk di situ. Dulu Kuala Lumpur ada Sungai Lumpur dipindah nama menjadi Sungai Gombak sebab itu dipanggil Kuala Lumpur.


Apa nasihat Tan Sri kepada generasi muda yang tidak mahu mempelajari sejarah negara?

Tidak tahu mengenai sejarah, perlukan guru yang faham sejarah. Tidak guna ada sejarah sekiranya guru tidak faham. Guru mesti diberikan latihan dahulu. Saya pernah terlibat sejak dahulu lagi tubuhkan Persatuan Guru Sejarah dan mengeluarkan majalah Peninjau Sejarah pada 1960- an tetapi guru tidak beli.

Sejarah perlu perbincangan. Jika tidak faham, tidak boleh. Sejarah tidak boleh dikaji tanpa geografi. Contohnya orang tidak tahu di mana Sulu. Jika ditanya kepada generasi muda, kebanyakan mereka membenci sejarah. Tidak perlu menghafal. Kalau ada filem, ia membantu memberikan kefahaman. Jarang ada filem Melayu yang menceritakan mengenai sejarah. Apa sudah jadi?


Apa pendapat Tan Sri mengenai ahli politik yang bercakap tetapi tidak tahu sejarah?

Perkara dan peristiwa yang berlaku kadang-kadang mengelirukan. Saya tidak tahu apa yang sedang berlaku terutama ahli politik bergaduh. Saya tidak ada masa untuk itu. Politik zaman sekarang ahli politik suka menipu orang.

Naib Presiden PKR, Tian Chua, apa yang dia buat? Dulu gigit polis, orang macam itu. Dakwaan beliau tu, beliau perlu ditangkap dan dibuang dalam penjara. Tidak ada bukti boleh bercakap. Ahli politik, tidak ada bukti, bercakap. Jangan bercakap mengenai sejarah jika tak tahu sejarah. Saya sakit hati dengan tindakan Tian Chua.


Apakah makanan kegemaran dan aktiviti Tan Sri di waktu lapang?

Sejak kecil, saya sudah didedahkan dengan pelbagai budaya. Jadi, saya senang menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis makanan. Makanan Cina sendiri ada pelbagai loghat seperti Hokkien dan Kantonis. Jika saya makan laksa, saya sudah tahu dari mana,

Pulau Pinang atau bukan. Saya pernah makan mi jawa di Teluk Anson (Teluk Intan). Orang Jawa yang buat. Sangat sedap. Tapi, sekarang susah nak jumpa mi Jawa yang rasa macam tu lagi.

Mengenai aktiviti pula, saya suka menulis sebab itu saya boleh ingat. Banyak perkara yang perlu dijelaskan. Kalau tidak ramai yang akan bergaduh mengenai perkara yang bukan-bukan.

90 comments:
Write comments
  1. Kedudukan Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak. Ini kerana, 80 peratus rakyat negeri ini memilih untuk merdeka melalui pembentukan Malaysia pada 1963.

    ReplyDelete
  2. Mengimbas kembali peristiwa lebih 50 tahun lalu, Tun Haji Sakaran yang ketika itu bertugas sebagai ketua daerah Semporna diberi tanggungjawab untuk mengendalikan tugas-tugas Suruhanjaya Cobbold di Semporna.

    ReplyDelete
  3. Jelasnya, Suruhanjaya itu ditubuhkan bagi meninjau dan mendapatkan pandangan negeri-negeri Borneo Utara iaitu Sabah dan Sarawak mengenai cadangan penubuhan sebuah negara dikenali sebagai Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Beliau diwawancara pemberita RTM bagi mengulas pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas dari selatan Filipina yang kononnya ingin menuntut hak mereka terhadap Sabah.

    ReplyDelete
  5. Tun Sakaran yang juga bekas Ketua Menteri Sabah menambah, bagi rakyat negeri ini , penyertaan dalam pembentukan Malaysia merupakan langkah yang bijak, tepat dan menguntungkan.

    ReplyDelete
  6. Hasrat mana-mana individu atau kumpulan untuk menuntut Sabah hanya kerja sia-sia dan tidak akan mendatangkan apa-apa faedah, kata bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar.

    ReplyDelete
  7. Beliau berkata, perkembangan dan rentetan sejarah jelas menunjukkan Sultan Sulu terdahulu sudah melepaskan hak ke atas Sabah. Justeru, katanya tindakan kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Lahat Datu Sabah baru-baru ini tidak mendatangkan sebarang manfaat melainkan berhadapan dengan pihak keselamatan Malaysia dan didakwa di mahkamah.

    ReplyDelete
  8. Tambah Syed Hamid ketika beliau adalah Menteri Luar, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pernah menolak tuntutan Filipina ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di perairan Sabah dan menyifatkan tuntutan itu tidak ada asas ketika memutuskan kedua-dua pulau itu milik Malaysia pada Disember 2002.

    ReplyDelete
  9. Katanya, kedudukan Sabah dalam Malaysia tidak perlu dipersoal lagi dan bayaran wang penyerahan kira-kira RM5,300 setiap tahun kepada waris kesultanan Sulu sehingga ke hari ini bukanlah wang sewa.

    ReplyDelete
  10. Mengenai tanggapan banyak pihak kononnya jumlah masyarakat berketurunan Sulu yang banyak di Sabah akan menyebabkan isu pencerobohan itu sukar diselesaikan, Syed Hamid menolak tanggapan itu.

    ReplyDelete
  11. FILIPINA TIDAK FAHAM SEJARAH. TULAH MEREKA PATUT KE SEKOLAH DARIPADA MENCEROBOH!! BUANG MASA JEEEWWW!!!

    Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Shariff AK Omang berkata pencerobohan itu tidak akan berlaku sekiranya klausa dalam pungutan suara Suruhanjaya Cobbold difahami oleh kumpulan militan Filipina ini.

    Ketiadaan pengetahuan akan hasil pungutan suara Suruhanjaya Cobbold antara Filipina dan North Borneo berhubung pemilikan Sabah dalam kalangan kumpulan pengganas ini membolehkan mereka diperalatkan dan terkorban sia-sia.

    Shariff berkata rakyat dan kerajaan haruslah sentiasa bersedia dan selaras dengan kenyataan Perdana Menteri pencerobohan ini adalah satu panggilan “wake-up call”, untuk meningkatkan perancangan dan strategi masa depan bagi menangani sebarang ancaman khususnya yang melibatkan kedaulatan negara.

    Berikutan pencerobohan ini, UMS mewujudkan Pusat Kajian Strategik Sabah sebagai platform untuk memberi pandangan, nasihat dan maklumat tentang isu dan perancangan masa depan yang melibatkan isu keselamatan, ekonomi, sosial, sejarah, pendidikan, politik dan yang berkaitan isu domestik negara.

    “Kini kita berdepan dengan ancaman pencerobohan yang melibatkan keselamatan, kita tidak tahu masa depan mungkin kita akan menghadapi ancaman ekonomi dan sebagainya. Dan inilah UMS memainkan peranan dan wujudkan pusat ini,” katanya.

    Tetapi semua ini dan hakikat sejarah tidak cukup untuk meyakinkan Jamalul dan penyokongnya yang tindakan mereka itu umpama mencari sungai yang tiada berhulu.

    ReplyDelete
  12. TAK PAYLAH ENGKO SUSAH-SUSAH NAK PIKIR MASA DEPAN SABAH SEBAB ORANG SABAH SUDAH MENENTUKAN TAKDIR MEREKA! LOL

    Sikap degil Jamalul ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan Presiden Filipina Benigno S. Aquino yang menyatakan bahawa “anda tidak akan berjaya” (dalam perjuangan mereka menuntut Sabah), yang dengan kedegilan beliau itu menyaksikan 10 anggota keselamatan Malaysia dan 62 militan terbunuh sehingga hari ini.

    Kumpulan Jamalul juga tidak mengendahkan hakikat sejarah yang penduduk Sabah telah menentukan takdir Sabah (dahulunya North Borneo) sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.

    Pendirian Kerajaan Filipina semasa pembentukan Persekutuan Malaysia dapat dilihat pada akhbar ‘Philippine Daily Inquirer’ yang telah menerbitkan ucapan terdahulu pemimpin kerajaan itu berhubung pendiriannya terhadap Sabah.

    Akhbar itu memetik laporan akhbar Manila Times pada 25 Mac, 1963, yang memetik ucapan Senator Lorenzo Sumulong dalam ucapan ‘privilege’ berhubung tuntutan terhadap Sabah, (difailkan oleh President Diosdado Macapagal pada 22 Jun, 1962), menyatakan adalah lebih baik menyerahkan kepada rakyat di Sabah sama ada mereka mahu menyertai pembentukan Malaysia atau sebaliknya.

    “Apa gunanya melibatkan diri di Borneo Utara, jika selepas semua, walaupun jika kita berjaya memperolehnya, kita komited kepada idea membenarkan rakyat Borneo Utara menentukan apa nasib mereka akan datang?

    “... tindakan yang lebih baik untuk diikuti adalah untuk kerajaan kita memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu apabila Rancangan Persekutuan Malaysia dikemukakan untuk pertimbangan PBB, bahawa kita secara sukarela melepaskan apa-apa tuntutan kedaulatan kita di mana-mana bahagian North Borneo dalam usaha mempercepatkan perubahan status wilayahnya daripada bukan pemerintahan sendiri kepada negeri pemerintahan sendiri atau bebas dan bahawa kita bersetuju dengan pungutan suara di bawah naungan PBB untukmemberi rakyat Borneo Utara peluang untuk menyatakan dengan bebas kehendak dan hasrat mereka ...”

    ReplyDelete
  13. Signing agreement is already there, what other things they are searching for?

    ReplyDelete
  14. They are minorities and that is why they are struggling with their own identity.

    ReplyDelete
  15. Kesian juga kat kiram ni kan, takde hala tuju asyik nak rampas tanah orang je.

    ReplyDelete
  16. Mindanao dan Tawi Tawi ni selalu ja dikaitkan dengan militan. Kanapa ya?

    ReplyDelete
  17. Even Aquino is disagree with them.

    ReplyDelete
  18. Kita ikut apa kata pakar sejarah.

    ReplyDelete
  19. Mereka perlu peka.

    ReplyDelete
  20. Philippines should back off.

    ReplyDelete
  21. And no point to claim Sabah for their sake.

    ReplyDelete
  22. Insiden pencerobohan kumpulan militan di Lahad Datu, harus dijadikan iktibar kepada penduduk Sabah betapa mereka perlu menyiapkan diri menghadapi segala cabaran yang menimpa negeri ini dan betapa keamanan ialah sesuatu yang tidak ternilai harganya, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

    ReplyDelete
  23. Beliau berkata walaupun Sabah terhindar daripada ancaman pengganas komunis yang menimpa Semenanjung Malaysia dan Sarawak, namun pencerobohon di Lahad Datu merupakan ancaman kedua selepas serangan “peristiwa Kalabakan” Tawau, bahagian pantai timur pada tahun 1965.

    ReplyDelete
  24. “Sekiranya rakyat berpecah-belah maka sudah tentulah ia akan membuka ruang yang luas kepada sesiapa sahaja untuk mengeksploitasi kelemahan itu

    ReplyDelete
  25. “Dalam hal ini, rakyat tidak seharusnya terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang menggunakan pelbagai kaedah matlamat menghalalkan cara dan saya minta rakyat sentiasa berpegang teguh kepada prinsip asas kesederhanaan, kebijaksanaan dan kewarasan, dan bukan berlandaskan emosi,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada 70 orang penduduk di sini, pada Ahad.

    ReplyDelete
  26. Beliau turut mengingatkan rakyat supaya memberikan mandat besar kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memastikan agenda pelbagai transformasi yang dirancang dan sedang dilaksanakan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat berbilang kaum di negara ini.

    ReplyDelete
  27. 9 SEBAB SABAH BUKAN MILIK SULU:
    1. Waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

    2. Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986

    ReplyDelete
  28. 3. Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

    4. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah.

    ReplyDelete
  29. 5. Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

    6. Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

    ReplyDelete
  30. 7. Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah

    ReplyDelete
  31. 8. Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).

    9. Jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.

    ReplyDelete
  32. Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.

    ReplyDelete
  33. “Kestabilan, keamanan dan perpaduan rakyat ialah kunci kejayaan negara. Halkikatnya selama ini itulah hadiah yang tidak ternilai yang diberikan kerajaan BN kepada rakyat yang telah menjadikan Malaysia makmur dan berada sentiasa di hadapan dalam kalangan negara baru merdeka,” katanya.

    ReplyDelete
  34. Pendedahan dokumen perjanjian pajakan tanah Sabah di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British melalui laman sosial Facebook hari ini telah menguatkan lagi fakta bahawa Sabah milik sah Malaysia, kata pakar.

    ReplyDelete
  35. Pendedahan itu dibuat oleh anak perempuan ketua pengganas Sulu, Jacel Kiram hari ini.

    ReplyDelete
  36. Penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, perjanjian yang diterjemah daripada bahasa Arab ke bahasa Inggeris itu turut tertera perkataan 'pajakan kekal' tanah Sabah kepada syarikat tersebut yang membawa erti kesultanan Sulu tidak boleh menuntut kembali Sabah.

    ReplyDelete
  37. Katanya, pada zaman dahulu, perjanjian-perjanjian pajakan tanah dibuat oleh British menggunakan ayat-ayat yang merujuk kepada kekal atau selamanya termasuk penggunaan ayat selagi ada bulan dan bintang.

    ReplyDelete
  38. "Sejarah sendiri telah menunjukkan bahawa Sabah dan Malaysia kini bukan lagi di bawah jajahan dan pemerintahan British.

    ReplyDelete
  39. "Pada 1963, penduduk-penduduk Sabah dan Sarawak telah memilih untuk menyertai Malaysia melalui referendum di bawah Suruhanjaya Cobbold 1963 dan penubuhan Malaysia telah pun berlaku pada 1963 secara rasminya. Tidak ada sesiapa, mahu pun kerajaan lain yang boleh membuat tuntutan," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

    ReplyDelete
  40. Beliau diminta mengulas tindakan anak perempuan ketua pengganas Sulu, Jacel Kiram yang mendedahkan dokumen perjanjian di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British bertarikh 1878 melalui laman Facebook hari ini.

    ReplyDelete
  41. Perjanjian itu bertajuk Perjanjian Pajakan Sabah 1878 dengan isi kandungan utamanya: pemberian pajakan kekal oleh Sultan Sulu meliputi tanah dan wilayah Borneo bertarikh 22 Januari 1878.

    ReplyDelete
  42. Tambah Zainal Abidin, Jacel boleh mendedahkan seberapa banyak dokumen mengenai Sabah yang dikaitkan dengan kesultanan Sulu, namun tidak satu pun akan memihak kepada mereka.

    ReplyDelete
  43. Katanya, Sabah sudah rasmi hak negara ini sejak menyertai Malaysia pada 1963.

    ReplyDelete
  44. Sementara itu, Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Zaid Ahmad berpendapat, perjanjian yang termetera di antara Syarikat Borneo Utara British dengan Sultan Sulu mengenai pajakan kekal tanah Sabah sudah lama berlalu dan tidak boleh diguna pakai lagi setelah Sabah menyertai Malaysia pada 1963.

    ReplyDelete
  45. Katanya, mana-mana pihak kini tidak boleh mempertikai penyertaan Sabah dan Sarawak di dalam Malaysia.

    ReplyDelete
  46. Kesultanan Sulu sendiri tidak diiktiraf di negara mereka sendiri iaitu Filipina dan sekiranya di bawa ke Mahkamah Antarabangsa sekali pun, perkara ini tidak akan menjadi kes untuk dibicarakan.

    ReplyDelete
  47. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan bahawa Sabah adalah sebuah negeri dalam Malaysia dan tiada pihak yang patut mempertikai kedudukan mutlak itu.

    Menurut beliau, kedudukan Sabah di dalam Malaysia seharusnya tidak dipersoalkan lagi memandangkan ia merupakan perkara mutlak sebagaimana kedaulatan negeri ini yang telah diputuskan pada Suruhanjaya Cobbold 1963.

    ReplyDelete
  48. Jangan polemikkan lagi mengenai kedaulatan negeri Sabah kerana sampai bila-bilapun Sabah adalah milik Malaysia.

    “Sehubungan itu, kerajaan akan terus mempertahankan negeri Sabah dengan habis-habisan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau dan mendengar taklimat Op Daulat di Felda Sahabat 16, Felda Sahabat.

    ReplyDelete
  49. Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

    Najib turut menjelaskan bahawa Suruhanjaya Cobbold tahun 1963 secara jelas mendapati dua pertiga daripada rakyat Sabah pada ketika itu telah bersetuju wilayah Sabah berada dalam Malaysia.

    ReplyDelete
  50. “Isu ini juga telah diputuskan dan perundangan telah dimuktamadkan sejak 1978 lagi yang menyatakan Sabah memang sebahagian daripada Malaysia.

    “Malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mengiktiraf keputusan yang telah dilakukan oleh Suruhanjaya Cobbold.

    ReplyDelete
  51. Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengiktiraf dan menghormati keputusan rakyat Sabah menyertai Malaysia pada 1963 dan menurut Pengerusinya Muslimin Sema rakyat Sabah berhak menentukan masa depan mereka dengan menyertai Malaysia 50 tahun lalu dan hak ini tidak boleh dipertikai.

    “Kami (MNLF) akur dengan kehendak rakyat Sabah menentukan nasib mereka sendiri. Mereka membuat keputusan menyertai Malaysia dan kami menghormati keputusan mereka, itu pendirian kami,” katanya dalam temu bual melalui telefon dari Manila.

    ReplyDelete
  52. Muslimin, yang juga Naib Datuk Bandar Cotabato City di selatan Filipina berkata, dalam kunjungannya ke Sabah pada 1973, beliau melihat sendiri kebahagiaan dinikmati rakyat negeri itu setelah menyertai Malaysia. Muslimin menjelaskan beliau mempunyai ramai saudara-mara di Sabah yang setia kepada Malaysia dan hidup dengan penuh sejahtera.

    “Mereka hidup selesa dan makmur di Sabah, keadaan yang tidak mungkin dapat mereka nikmati sekiranya terus berada di selatan Filipina. Saya tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka berikutan apa yang berlaku sekarang,” katanya.

    ReplyDelete
  53. Position Sabah as part of Malaysia can not be doubted any party. This is because 80 percent of the people are opting for independence through the formation of Malaysia in 1963.

    ReplyDelete
  54. Clearly, the Commission was established to review and seek the views of North Borneo states of Sabah and Sarawak on the proposed establishment of a country called Malaysia.

    ReplyDelete
  55. Desire of any individual or group to claim Sabah only work in vain and will not bring any benefit, says former Foreign Minister, Tan Sri Syed Hamid Albar.

    ReplyDelete
  56. The newspaper quoted a newspaper report Manila Times on March 25, 1963, quoting Senator Lorenzo Sumulong speech in speech 'privileged' in relation to the claim on Sabah, (filed by President Diosdado Macapagal on June 22, 1962), says that it is better to submit to the people at Sabah whether they want to participate in the formation of Malaysia or otherwise.

    ReplyDelete
  57. Some people ignore the fact that history has determined the destiny of the people of Sabah Sabah (formerly North Borneo) as part of the Malaysian Federation.

    ReplyDelete
  58. Tindakan Jamalul Kiram III mengarahkan pengikutnya di Sabah menjalankan perang gerila jelas menunjukkan mereka semakin terdesak.

    ReplyDelete
  59. Veteran tentera, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, pengganas yang mendakwa diri mereka sebagai tentera Kerajaan Sulu kini menemui jalan buntu dan sanggup melakukan apa saja untuk selamatkan diri.

    ReplyDelete
  60. “Pengganas tiada jalan lain dan mereka terdesak. Sama ada mereka mati atau ditangkap, mereka lebih rela mati.

    ReplyDelete
  61. “Sebab itu, mereka lancar perang gerila. Kebiasaannya, mereka akan bergerak dalam kumpulan kecil dan menyamar untuk mengelakkan daripada dikesan,” katanya.

    ReplyDelete
  62. Muhammad berkata, rakyat tidak perlu risau kerana pasukan keselamatan mempunyai kemahiran untuk atasi serangan pengganas.

    ReplyDelete
  63. Para pengganas tidak sepatutnya buat hal dengan membuat tuntutan yang bukan-bukan.

    ReplyDelete
  64. Semoga perkara ini dapat diselesaikan secara aman. Masa kecil pun saya pernah dengar juga Filipina nak tuntut Sabah. Tak sangka bila dah besar berlaku pula insiden keganasan.

    ReplyDelete
  65. Respect betul prof khoo, sejarah sebelum merdeka dan pasca merdeka hanyalah finger tips dia je. Saya suka dengar pendapat dia yang totally elaborate fakta tanpa menyokong atau menyangkal isu politik, history is a facts, fact is the truth, truth is integrity. Kena faham sejarah

    ReplyDelete
  66. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has once again stressed that Sabah is forever, a part of the Malaysian Federation.

    ReplyDelete
  67. “We will not allow even an inch of Malaysian soil to be seized by anyone. This is the commitment of the government of today,” he said when tabling the Annual Report of the National Transformation Programme here today.

    He said, the violence in Lahad Datu was a reminder to the nation against taking it easy on security.

    ReplyDelete
  68. “Having enjoyed peace and stability for a long time should not be a reason for us not to be alert.

    “The tragedy in Sabah saw the deaths of 10 members of the national security forces. Eight comprised policemen and the rest were soldiers,” he said.

    ReplyDelete
  69. The prime minister said, the sacrifices of the national warriors were not small and should not be ridiculed. On the other hand, the results of their sacrifices, as during the era of the emergency and insurgency, had enabled the people to enjoy progress and peace until today.

    In this context, Najib reminded certain parties who tried to belittle the contributions of the members of the security forces to learn to be appreciative and thankful for the deeds of those who fought for the beloved nation.

    ReplyDelete
  70. “Think of the parents who go through their old age without them by their side, remember the wives who became widows and children who lost the sweet caress of their fathers.

    “To them, we promise that the nation will always honour their deeds and sacrifices,” he said.-

    ReplyDelete
  71. Kerajaan Filipina sedang berbincang dengan sepasukan peguam bagi mengkaji tuntutan tersebut ke atas Sabah dalam masa sama pertempuran antara puak bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia, menurut akhbar Filipina hari ini.

    ReplyDelete
  72. The Philippine Star melaporkan seorang anggota senior dalam kerajaan Filipina berkata negara tersebut tidak melepaskan tuntutan ke atas wilayah yang kini menjadi sebahagian dari Malaysia selama berdekad lamanya.

    “Mereka berguraukah bila mereka kata kita lepaskan tuntutan kita? Kita sudah bayar begitu bayar kepada peguam untuk mengkaji tuntutan tersebut,” kata Setiausaha Kabinet Jose Rene Almendras.

    ReplyDelete
  73. Tetapi beliau berkata sebarang tindakan negara tersebut akan dibawa mengikut undang-undang antarabangsa dan bukannya kekerasan, katanya yang menyahut pandangan Presiden Benigno Aquino III.

    Akhbar tersebut melaporkan Aquino berkata semalam bahawa pentadbirannya akan menyediakan rancangan untuk menamatkan tuntutan Sabah secara aman.

    ReplyDelete
  74. Perdebatan tentang kerajaan Filipina dan Kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah timbul selepas pencerobohan timur Sabah oleh 200 pengikut bersenjata Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu lebih sebulan lalu.

    Semalam, Jamalul mengarahkan pengikutnya di Sabah yang diketuai adiknya Agbimuddin Kiram untuk melancarkan perang gerila ke atas pasukan keselamatan Malaysia, walaupun laporan mengatakan lebih 60 orang pengikutnya dan 10 orang anggota keselamatan Malaysia terkorban.

    ReplyDelete
  75. Pada 2 Mac, Setiausaha Undang-Undang Leila de Lima dari Jabatan Undang-Undang Filipina berkata kerajaannya tidak menolak untuk mengambil tuntutan kumpulan dari Sulu terhadap Sabah kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), tetapi berhati-hati untuk tidak mengeruhkan hubungan yang akrab dengan Putrajaya.

    ReplyDelete
  76. Kesultanan Sulu menuntut Sabah, yang dikatakan menyewa Borneo Utara pada 1878 kepada Syarikat Borneo Utara British dengan bayaran 5,000 dolar Malaya ketika itu, yang kemudiannya dinaikkan kepada 5,300 dolar Malaya pada tahun 1903.

    ReplyDelete
  77. Sabah, bagaimanapun, menyertai Malaya, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia pada 1963, selepas Malaysia berterusan membayar RM5,300 kepada Sultan Sulu untuk negeri Borneo tersebut.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengatakan referendum 1962 Suruhanjaya Cobbold di Sabah dan Sarawak mengatakan dua pertiga rakyat menyokong untuk menyertai Malaysia.

    ReplyDelete
  78. Awal bulan ini, Majlis Peguam Malaysia berkata Sultan Sulu tidak mempunyai hak dari segi undang-undang ke atas Sabah, berkata ICJ telah mengiktiraf Malaysia mempunyai kedaulatan ke atas Sabah dan pulau sekelilingnya ketika menuntut wilayah yang bertindih pada 2002.

    ReplyDelete
  79. ICJ mengiktiraf tuntutan Malaysia dalam tuntutannya di antara Putrajaya dan Jakarta ke atas pulau Ligitan dan Sipadan yang berhampiran Sabah pada Disember 2002.

    Filipina pada masa itu cuba mencelah dalam kes tersebut, tetapi permintaan mereka ditolak.

    ReplyDelete
  80. Putrajaya dan Manila adalah rakan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara, rakan politik dan ekonomi serantau, dan rakan penting dalam membentuk perjanjian damai di selatan Filipina.

    ReplyDelete
  81. Kesultanan Sulu tidak mempunyai hak untuk menuntut Sabah kerana keputusan dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda memihak kepada Putrajaya apabila berlaku pertindihan tuntutan Pulau Sipadan dan Ligitan dengan Jakarta yang diputuskan pada tahun 2002.

    ReplyDelete
  82. Menurut naib presiden Majlis Peguam Christopher Leong, keputusan itu sekaligus mengiktiraf Sabah dan pulau-pulau disekitarnya sebagai sebahagian dari Malaysia.

    ReplyDelete
  83. Jika kita merujuk perkara sebelum ini, Kesultanan Sulu, dalam tindakannya dari 19 April 1851 hingga 26 Jun 1946 telah melepaskan hak, kepentingan dan penguasaannya terhadap Borneo Utara, atau kini dikenali sebagai Sabah," kata Leong dalam sidang media yang ditulis di laman web Majlis Peguam hari ini.

    ReplyDelete
  84. Menurut Leong, terdapat banyak perjanjian, di antaranya perjanjian antara Kesultanan Sulu dan Sepanyol pada 19 April 1851, dan disahkan oleh Protokol pada 22 Julai 1878 sebagai menjadi sebahagian dari jajahan Sepanyol.

    ReplyDelete
  85. Kemudian, British, Sepanyol dan Jerman telah menandatangani satu perjanjian menentukan sempadan masing-masing 7 Mac 1885, di mana Madrid melepaskan semua jajahannya di Borneo kepada London, yang bagaimanapun ditadbir Syarikat Borneo Utara British (SBUB).

    ReplyDelete
  86. Borneo Utara, yang kini sebagai Sabah merupakan sebahagian dari Kesultanan Sulu, yang kemudiannya dipajakkan kepada Baron von Overback dan Alfred Dent, yang membentuk SBUB, sehingga 26 Jun 1946, setahun selepas tamat perang dunia kedua, di mana syarikat tidak mampu untuk membangunkan semua prasarana dan diserahkan kepada kerajaan British.

    ReplyDelete
  87. British, pada 9 Julai 1963 menandatangani perjanjian dengan Persekutuan Tanah Melayu untuk menyerahkan Borneo Utara, Sarawak serta Singapura untuk menyertai Malaysia, selepas Suruhanjaya Cobbold mendapati penduduk di kawasan tersebut mahu menyertai Malaysia, yang kemudiannya dibentuk pada 16 September 1963.

    ReplyDelete
  88. Pulau Sipadan dan Ligitan adalah dua pulau bertindih di timur laut Sabah, di Laut Celebes yang hampir dengan sempadan Indonesia-Malaysia.

    ReplyDelete
  89. Dalam masa sama Leong juga mahu anggota keselamatan negara untuk menguruskan keselamatan di samping terus komited dengan hak asasi manusia dalam situasi di Lahad Datu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.