Tokoh agama terkenal, Dr Asri Zainul Abidin, yang diura-urakan bertanding atas tiket PKR, kemungkinan besar tidak jadi dicalonkan oleh parti tersebut.
Sumber-sumber PKR memberitahu Malaysiakini, Dr Asri dianggap tidak serius untuk bertanding selepas pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Najib Altantuya dua minggu lepas.
Pada masa yang sama, Dr Asri sendiri dikatakan sudah membuat keputusan muktamad dengan menolak tawaran itu walaupun dijanjikan kerusi timbalan ketua menteri Pulau Pinang.
Sumber-sumber PKR memberitahu, parti itu mahukan komitmen segera daripada bekas mufti Perlis itu kerana pembubaran Parlimen dijangka diumumkan penghujung bulan ini.
Difahamkan tawaran kerusi timbalan ketua menteri itu dibuat oleh Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dalam pertemuan empat matanya dengan ulama muda itu sebelum ini.
Dr Asri sendiri malam tadi mendedahkan dalam mesej di akaun Twitternya tentang pertemuan dengan perdana menteri.
Bagaimanapun butiran perbincangan di pertemuan kedua-duanya tidak dinyatakan dengan jelas sama ada berkaitan pencalonan dalam pilihan raya umum atau hal-hal lain.
"Dua minggu lepas, YAB PM jemput saya ke pejabat beliau sendirian. Saya beri pandangan-pandangan saya dan beliau dengar dengan teliti. Saya hargai sikap itu," kata Dr Asri dalam twitnya.
Surat-menyurat pertemuan
Menurut sumber PKR lagi, parti itu tidak selesa dengan sikap Dr Asri yang berhubung dengan Najib sewaktu rundingan kerusi dengan parti itu sedang berjalan.
Difahamkan surat-menyurat pertemuan Dr Asri dengan perdana menteri pernah ditunjukkan kepada beberapa pemimpin PKR.
Antaranya, surat pihak Najib itu menyebutkan pertemuan itu diatur di pejabat perdana menteri pada petang 28 Februari lalu oleh seorang pegawai pemimpin tersebut.
Namun, Dr Asri sendiri mempunyai sejarah hubungan dengan beberapa tokoh politik BN dan Pakatan Rakyat sejak bertahun-tahun lalu lagi.
Muncul melalui kegiatan PAS zaman mahasiswanya, beliau dilantik mufti Perlis sewaktu Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai menteri besar sebelum digugurkan selepas pilihan raya 2008.
Selain mengekalkan hubungan dengan tokoh Umno itu, Dr Asri juga dikatakan bertemu dengan pemimpin-pemimpin PAS dan DAP.
Kedua-dua parti Pakatan Rakyat ini berminat mencalonkan beliau.
Malaysiakini difahamkan, DAP berminat menyerahkan satu kerusi selamat di DUN di Pulau Pinang.
Sementara PKR pula ingin meletakkan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu di kerusi Penanti, bawah parlimen Permatang Pauh.
Dr Asri tolak jadi calon, kerusi TKM
Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi enggan mengulas berhubung perkara itu.
Bagaimanapun, difahamkan Dr Asri tidak berminat bertanding dalam pilihan raya kerana merasakan langkah itu "tidak sesuai".
Menurut sumber yang dekat dengannya, beliau juga merasakan masih boleh menyumbang sesuatu walaupun selepas pilihan raya dan tidak menjadi calon.
"Tunggulah era politik baru pasca-PRU13 nanti," kata sumber dalaman itu sambil menambah "Dr Asri akan ada dalam siri berikutnya".
Keputusan muktamad itu dibuat setelah berbulan-bulan PKR memujuk Dr Asri, termasuk menghantar pemimpin-pemimpin tertinggi mereka bagi bertemunya.
Malah, menurut sumber juga, setakat minggu lepas, Dr Asri masih dihubungi oleh seorang naib presiden PKR yang memintanya menimbang bertanding atas tiket PKR.
Selain Dr Asri, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik juga antara dua tokoh ulama muda yang sedang direkrut menyertai Pakatan dalam kempen menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Berbeza dengan Dr Asri, kedua-dua mereka dikatakan masih belum membuat sebarang keputusan muktamad walaupun pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Tuesday, March 19, 2013
Mungkinkah Dr.Asri & Dr. Juanda Bertanding Di Atas Tiket BN?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kepada pemimpin tertinggi pr cari lah calun yang setia dan berwawasan pada negara dan setia pada parti.kita tak suka dengan bila da menang lompat katak pula kan rugi
ReplyDeleteSokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Bagan terus meningkat walaupun ia kubu kuat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
ReplyDeletePenyelaras BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Dalam, M.Karuppanan berkata, sokongan masyarakat terutama di kalangan kaum India dan Melayu di Bagan yang terletak dalam kawasan Parlimen itu terhadap BN semakin meningkat.
ReplyDeleteMasyarakat di Bagan membuat perbandingan sumbangan dan program yang dilakukan BN dan pakatan pembangkang dan jelas mereka tak boleh tandingi BN
ReplyDeletepeningkatan sokongan masyarakat di Bagan terhadap BN adalah berdasarkan kepada lawatan rumah ke rumah dan kehadiran orang awam ke majlis anjuran BN.
ReplyDeleteSelepas BN tewas pada 2008, pada mulanya sokongan rakyat pada BN perlahan tetapi pelan transformasi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya menarik perhatian dan mendapat sokongan orang ramai.
ReplyDeleteApa yang rakyat harapkan semuanya berlaku seperti Rakyat Didahulukan dan pemberian RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat berpendapatan rendah
ReplyDeletekerajaan BN telah menunaikan janji yang ditaburkan dan bukan seperti pakatan pembangkang yang hanya pandai membuat janji kosong yang tidak realistik dan tidak boleh ditepati.
ReplyDeletepakatan pembangkang pernah berjanji untuk memansuhkan tol Jalan Siram di Butterworth pada 2008 tetapi sampai sekarang masih tidak ditunaikan dan kini mereka menyatakan itu adalah di bawah kuasa kerajaan pusat.
ReplyDeleteDengan memilih slogan ‘Janji Ditepati’ sebagai agenda utama, keprihatinan Barisan Nasional (BN) akhirnya menyentuh hati ramai rakyat Malaysia tanpa mengira umur, jantina, agama dan taraf hidup melalui usaha berterusan demi kebaikan semua.
ReplyDeleteDengan mengutamakan kebajikan rakyat, tiada siapa yang ketinggalan termasuk pelajar, wanita, warga emas, usahawan, penjawat awam dan belia di bawah kerajaan BN.
ReplyDeletePada awal 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, yang merasai kesusahan masyarakat nelayan telah menyalurkan bantuan antara RM5,000 dan RM10,000 kepada nelayan di seluruh negara bagi membaiki rumah mereka
ReplyDeleteBantuan itu adalah sebahagian daripada Tabung Khas Perumahan Nelayan bernilai RM300 juta, yang diumumkan beliau ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, tahun lepas.
ReplyDeleteBagi mengurangkan beban rakyat, kerajaan terus menerus membantu rakyat melalui program-program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Kedai Kain Rakyat 1Malaysia, Kedai Buku 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia), Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M).
ReplyDeleteHasilnya, keikhlasan BN bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, angin perubahan mula bertiup ke arah BN termasuk di negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang.
ReplyDeleteLaporan terbaharu menunjukkan kira-kira 400 anggota tegar PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri Semerak di Kelantan menyertai Umno, selepas merasai mereka terpedaya dengan “Amanat Haji Hadi”, yang mengkafirkan anggota dan penyokong Umno.
ReplyDeleteMalah, majoriti lebih 30,000 guru di negeri itu kini menyokong Umno, satu petanda baik bahawa BN mampu merampas semula Kelantan daripada pembangkang.
ReplyDeleteTimbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata mereka bersedia bekerja keras bagi memastikan BN kembali memegang kuasa selepas pilihan raya memandangkan kerajaan persekutuan pada masa ini member perhatian untuk memenuhi janji yang telah dibuat.
ReplyDeleteDi Pulau Pinang, ribuan penyokong tegar pembangkang menunjukkan minat mereka menyertai BN selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan DAP.
ReplyDeletePerkara ini telah menjadi kenyataan apabila hampir 350 bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bayan Baru, Bukit Gelugor dan Jelutong mengemukakan surat permohonan untuk menyertai semula Umno kepada Najib pada 8 Dis.
ReplyDeleteSambil menyifatkan Pulau Pinang sebagai kubu kuat Gerakan selama 40 tahun sebelum kalah kepada DAP pada pilihan raya umum 2008, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata parti itu memutuskan akan melakukan apa yang terbaik bagi rakyat Pulau Pinang dan meminta pengundi memberikan peluang kepada parti itu pada pilihan raya umum ke-13 untuk berkhidmat kepada mereka.
ReplyDeleteBegitu dekat di hati dan fikiran mereka, Gerakan dan rakyat Malaysia bersedih dengan kematian bekas Presiden Tun Dr Lim Keng Yaik, 73, seorang daripada gergasi politik dan menteri berketurunan Cina paling lama berkhidmat di Malaysia.
ReplyDeletePetanda positif juga kelihatan di Kedah dan Selangor melalui kaji selidik yang dijalankan beberapa ahli akademik pada pertengahan tahun.
ReplyDeleteProf Madya Dr Rohana Yusof dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata kaji selidik baru-baru ini menunjukkan 70 peratus daripada 10,800 responden di Kedah tidak yakin dengan kepimpinan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteMenurut laporan kaji selidik itu, kerajaan PAS di Kedah pada masa ini nampaknya semakin hilang populariti untuk terus memerintah negeri itu dan oleh itu kerajaan BN merupakan pilihan terbaik bagi pembangunan Kedah dan negara pada keseluruhannnya.
ReplyDeleteDi Selangor, satu kajian simulasi berdasarkan kepada pilihan raya umum ke- 11 dan ke-12 dan dengan profil pengundi berdaftar terkini menunjukkan bahawa BN boleh memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum akan datang.
ReplyDeleteDengan mengambilkira senario-senario ini, hasil pilihan raya umum ke-13 mungkin membawa keputusan yang tidak menyebelahi pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS bagi mengekalkan negeri-negeri yang diperintah terutama Selangor dengan peluang 50-50.
ReplyDeleteDengan menilai sokongan yang diberikan oleh semua etnik penduduk, masyarakat India adalah golongan paling besar beralih angin pada pilihan raya umum lepas tetapi akhirnya menarik sokongan mereka kepada pembangkang selepas tertipu dengan pelbagai janji kosong.
ReplyDeletesokongan masyarakat India terhadap BN meningkat kepada lebih 70 peratus berikutan bantuan kerajaan berjumlah RM415 juta yang diperuntukkan bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka.
ReplyDeleteSecara senyap-senyap sokongan bukan melayu iaitu kaum cina semakin meningkat.
ReplyDeleteSemua ini adalah hasil tranfomasi yang dibuat oleh PM kita yang memberikan sumbangan yang bermakna untuk rakyat.
ReplyDeleteApa yang dapat kita katakan sekarang ini ialah masyarakat Cina semakin berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan.
ReplyDeleteUMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan sebagai sesuatu yang bersejarah jika benar bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Perlis sekarang, Dr Juanda Jaya jadi bertanding dalam pilihanraya umum ke 13.
ReplyDelete“Ini adalah satu mesej yang amat mendalam sekali. Mereka yang selama ini terlibat dalam bidang keagamaan rasa terpanggil untuk menawarkan diri.
ReplyDelete"Mungkin kedua-dua tokoh ini serta beberapa tokoh lain masih lagi menunggu "wahyu” sebelum mereka buat keputusan sama ada nak bertanding atau tidak dan panji parti mana mereka nak bawa dalam pilihanraya nanti," katanya.
ReplyDelete"Kalau mereka nak bertanding untuk UMNO saya alu-alukan dan kalau nak bertanding untuk parti lawan pun kita terimalah sebab mereka bebas berbuat demikian,” kata Khairy.
ReplyDeleteKhairy berkata beliau kenal rapat dengan Dr Asri dan Dr Juanda serta mengakui ada menemui mereka baru-baru ini sebelum spekulasi mungkin mereka bertanding tersebar meluas di internet. Dr Asri dilaporkan mengakui telah menerima tawaran dan didekati wakil Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Pembangkang untuk bertanding dalam PRU akan datang.
ReplyDeleteDr Juanda pula dilaporkan oleh beberapa blog, telah menerima tawaran dan pelawaan daripada parti politik untuk bertanding namun tiada sebarang keputusan rasmi diumumkan hingga sekarang. Dr Asri dikhabarkan mungkin bertanding di Pulau Pinang sementara Dr Juanda yang berasal dari Sarawak akan bertanding di Perlis.
ReplyDeleteMengulas mengenai pengacara,Azwan Ali dan Gerakan Mahasiswa PRU13 yang mengumumkan mahu bertanding melawan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Pekan , Khairy menganggap ia bukan satu masalah dan tidak menggugat kredibiliti Perdana Menteri.
ReplyDelete“Saya melihat secara positif ini adalah hasil daripada dasar keterbukaan Perdana Menteri yang memberi kebebasan kepada mahasiswa dan juga rakyat untuk berpolitik. Bila kita ada kebebasan politik sudah pasti akan ada macam-macam usaha termasuk nak bertanding di kawasan PM.
ReplyDelete“Bagi saya, kalau ada apa-apa cabaran terhadap PM di Pekan, tak kira dari mahasiswa atau sesiapa, saya rasa tak ada masalah sebab rekod Datuk Seri Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan sudah lama. Saya rasa perkara ini tidak menggugat beliau.
ReplyDelete“Apa nak takut mahasiswa bertanding? Go Ahead. Ini demokrasi. Mahasiswa nak bertanding di Rembau pun tak ada masala,” katanya.
ReplyDeleteKhairy berkata sekiranya ada yang membuat andaian tindakan Azwan dan mahasiswa berkenaan adalah untuk mengacau kredibiliti PM, ia adalah salah.
ReplyDelete“Bagi saya andaiaian itu dah salah kerana benda ini tak menggugat kredibiliti PM langsung. Mungkin orang itu nak cari publisiti, atau mungkin ada sesiapa yang menjadi master-mind. Saya tak pasti, tetapi dalam demokrasi kita kena terima sesiapa nak bertanding lawan kita.
ReplyDelete“Selagi dia boleh bayar deposit dgn SPR, dia boleh bertanding. Tapi dia kena fikir dua-tiga kalilah. Jangan sampai hilang deposit. Bukan senang nak bertanding. Ini bukan pilihanraya kampus,” katanya lagi.
ReplyDeleteSOKONGLAH BN DALAM PRU INI!
ReplyDeleteTiada Sebab Kerajaan BN Ditukar
Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak wajar ditukar hanya kerana desakan, tohmahan dan fitnah pembangkang dan pihak tertentu yang sentiasa memburuk-burukkan kerajaan, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Beliau berkata kerajaan BN telah membuktikan kemampuannya membangunkan dan membawa negeri ini ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi.
SOKONGLAH BN DALAM PRU INI!
ReplyDeleteTiada Sebab Kerajaan BN Ditukar
"Lihat sahaja di kiri dan kanan, banyak pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajan Barisan Nasional, dan kita ada banyak lagi agenda untuk rakyat dan negeri Sabah.
"Jadi, tiada sebab kerajaan BN ditukar atau diganti. Kita tidak perlulah buang masa untuk melayan pelbagai fitnah dan tohmahan daripada pembangkang," katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Barisan 1Malaysia di Dewan Sa'adah. Wisma Muis, dekat sini pada Rabu.
SOKONGLAH BN DALAM PRU INI!
ReplyDeleteTiada Sebab Kerajaan BN Ditukar
Musa turut menyeru rakyat Sabah, terutama anggota pelbagai NGO atau persatuan, supaya memberi sokongan yang padu kepada BN pada pilihan raya akan datang.
Beliau berkata ini penting bagi merealisasikan segala dasar pembangunan dan program yang dirancang untuk dilaksanakan bagi faedah rakyat.
"Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu agar tiada yang akan terpinggir daripada pembangunan dan kemajuan yang dibawa Barisan Nasional," katanya.
SOKONGLAH BN DALAM PRU INI!
ReplyDeleteTiada Sebab Kerajaan BN Ditukar
Bercakap kepada pemberita kemudian, Musa yang juga pengerusi BN negeri berkata kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya membawa banyak perubahan dalam semua aspek kehidupan rakyat di negara ini.
"Kerajaan sedia ada bertanggungjawab, menunaikan janji dan memenuhi harapan rakyat melalui pelbagai program, dasar dan inisiatif," katanya.
jika mereka ingin dan layak bertanding, apa salahnya
ReplyDeleteKerajaan DAP Pulau Pinang seolah-olah mempersendakan manifesto mereka sendiri apabila projek terowong dasar laut yang ingin dibangunkan bakal dikenakan tol.
ReplyDeletePenyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tikus, Rowena Yam berkata, perkara itu menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat negeri itu kerana Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebelum ini lantang mahu memansuhkan tol sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.
ReplyDeleteTegasnya, jika benar pembangkang mahu memansuhkan tol di seluruh negara, mengapa tidak dimulakan di negeri itu melalui projek yang mereka sendiri lancarkan.
ReplyDelete"Selepas lima tahun mentadbir negeri ini, Tol Sungai Nyior sendiri masih tidak dimansuhkan, kini tampil pula terowong bertol.
ReplyDeleteRowena yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Bahagian Bukit Bendera berkata, pihaknya mengesan kewujudan pelbagai perkara meragukan dalam projek mega bernilai RM6.3 bilion yang mengandungi pembinaan tiga lebuh raya dan sebuah terowong dasar laut yang bakal menghubungkan Persiaran Gurney di sebelah pulau dan Bagan Ajam di Seberang Prai itu.
ReplyDelete