Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara.
“Ini kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien. Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas.
“Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.
“Fikir punya fikir, macam sandiwara,” katanya kepada Keadilan Daily.
Imran berkata, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.
“Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?” katanya.
Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.
Antara peralatan canggih ditempatkan sepanjang ‘laluan panas’ ialah 12 radar dengan kemampuan mengesan pergerakan kapal mahupun bot kecil pada jarak 100 kilometer.
Kawasan seliaan MAB meliputi 22 pulau dan 11 pesisiran pantai sepanjang 1,577 kilometer dari Tawau hingga Kudat.
Pandangan itu turut dipersetujui bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.
“Ikut senario, ia mungkin satu perancangan. Ada kemungkinan ia direka-reka. Walaupun tak boleh buat spekulasi, saya boleh beri jawapan jika ada di sana,” katanya.
Lebih 100 lelaki dari selatan Filipina berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu.
Polis pada 17 Februari membuat kenyataan untuk mengusir pulang ke negara asal penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Pada 23 Februari, Wisma Putra bersetuju dengan permohonan kerajaan Filipina yang meminta tangguhan proses masa pengusiran kumpulan penceroboh berkenaan.
Saturday, March 2, 2013
Pencerobohan Lahad Datu hanya sandiwara!!! – bekas Laksamana TLDM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sandiwara ka ini??? Sampai dua jiwa perajurit kita melayang???
ReplyDeleteselepas bersara dari jabatan kerajaan mudah saja cakap sandiwara. adakah masa bertugas dulu anda juga bersandiwara? kita sebagai rakyat Malaysia mesti bersatu menentang pencerobohan ini. kita mesti ingat pada masa akan datang, apa lagi akan berlaku? penceroboh ini tidak berpendidikan, tidak berperi kemanusiaan dan tidak mengamalkan agama dengan betul. pergi merompakpun mereka kata jihad.
ReplyDeletesandiwara aje. Inspektor Zulkifli Mamat,dan Koperal Sabarudin Daud masih hidup. diberi duit 5 juta seorang & ic baru. pindah di Indonesia oleh kerajaan Malaysia. jangan khuatirlah. ini semuanya penipu dari krj BN. cuba lihat..ATM x bekerja langsung, kan?
ReplyDeleteini kalilahh. PR adalah penyelamat kita!! percayalah pada pemimpin yg tidak korup & anti Kronism- DS Anwar Ibrahim
Ini penyokong DS Anwar..Nyawa melayang pn still sandiwara..xkn anak isteri dia bangang kot xknl laki..yg mati pn bkn org sabah..orang dr negeri lain..so tlng hormat la..dia mati sbb pertahankan sabah..klu tgu ko ada sgup nk p prthnkan???dok umh layan internet..dgr fitnah..tu ja tau.. ini Kalilah tu sapa yg nk tgk sabah jatuh..xpercaya tgu dan lihat ja...yg kt pndidikn sabah mundur, y kt sabah xmaju tu sapa??? Anwar jg..org sabah bijak..anguk kpla n setuju ja...ak dh mrntau abis dh..org sgpore pn sker amik wokers dr sbh sbb B.I dia power..Director tmpt ak kja pn akui org n guru2 dari sabah bagus dlm b.i..klu tgk sains pljar dia pn pndi jg..so jgn dendam org kita y jd kuda untuk dtgnng..n jnji y confirm xkn ditunaikn..pasti 200%.....
ReplyDelete-Sayangi Malaysia & Islam- Peace.
The three-week siege in Lahad Datu, Sabah, ended with 14 killed and three wounded after Malaysian security forces exchanged gunfire with the rebels.
ReplyDeleteI am very sad over the incident because what we had wanted to prevent, which is bloodshed, had actually happened,” Prime Minister Datuk Seri Najib Razak was quoted as saying.
ReplyDeleteTwelve Filipino gunmen and two Malaysian commandos were slain.
ReplyDeleteThree Malaysian policemen were injured too.
ReplyDeleteIt was the Filipino rebels who had opened fire on the Malaysian security forces. Said Hamza Taib.
ReplyDelete“Our men stumbled upon several of the intruders who fired at them, forcing our police to return fire,” said Hamza.
ReplyDeleteA son of rebel group leader Agbimuddin Kiram, however, said earlier today that it was the Malaysian authorities who had shot at them first.
ReplyDeleteThe number of those wounded among the Filipino group is unknown at press time.
ReplyDeleteToday’s death toll exceeded the 1985 shoot-out, where 11 people died when gunmen, believed to be from the southern Philippines, entered Lahad Datu and fired at random before robbing the local branch of Standard Chartered Bank.
ReplyDeleteAbout 180 Filipino rebels, including 30 gunmen, invaded Sabah on February 9 and had refused to leave before today’s fatal shootout, despite pleas from the Malaysian and Philippine governments.
ReplyDeletetak perlu nak tuduh bukan2.. yang penting jaga keamanan negara kta
ReplyDeleteklu sudah nama ahli PKR, ada saja benda diputar belit
ReplyDeletehttp://din.huluselangor.net/?p=27910
ReplyDeletetgk web ni and buat la penilain..kn buat byk rujukan..negara kt bukan mcm perjudian..perjudikan nasib utk jd lebih baik..bg ak..ak xnmpk kbaikan yg PKR buat..nk jg keamanan kn tolak org yg slalu memburukan malaysia di mata dunia..tu dh cukup jelas..
Tolong jangan politikkan isu di Lahad Datu ini.
ReplyDeleteSedap saja mulut mahu menuduh. Kalau hebat sangat, suruh la ahli2 politik tu turun berperang. Jangan harap nak berperang guna mulut saja. Skuad PDRM dan ATM bergadai nyawa di sana, sesetengah sibuk mahu politikkan isu ni pula.
ReplyDeleteKerajaan dan seluruh penduduk Sabah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam insiden berdarah di Kampung Tanduo, Lahad Datu dekat sini hari ini.
ReplyDeleteKetua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya bersedih, bersimpati dan amat menghargai jasa serta pengorbanan anggota keselamatan negara yang dengan sepenuh hati mempertahankan kedaulatan negara.
ReplyDelete"Suka saya menyatakan bahawa pihak berkuasa keselamatan sedang menangani krisis ini. Mereka mampu dan berupaya untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
ReplyDelete"Saya menasihatkan semua pihak supaya bertenang dan tidak sesekali mempercayai khabar angin dan sumber berita yang tidak sahih yang disebarkan menerusi media sosial berkaitan insiden ini," katanya.
ReplyDeleteTegas Musa, penyebaran sebarang maklumat tidak tepat bukannya membantu mengawal keadaan tetapi akan memburukkan lagi situasi.
ReplyDeleteSandiwara?isu mengenai keselamatan ni tidak boleh dibuat permainan.
ReplyDeleteKeadaan di Lahad Datu tidak sepatutnya dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik.
ReplyDeletesekarang ni masa untuk semua pihak bekerjasama untuk selesaikan isu ni dan bukannya mengeruhkan lagi keadaan.
ReplyDeleteDoakan keamanan dan keselamatan negara khususnya negeri Sabah.
ReplyDeleteBN biar-biar kan orang luar masuk, apabila orang-orang asing ini berada di Sabah supaya senanglah UMNO memilih mana-mana dikalangan mereka untuk manafaat kepada parti UMNO, lepas itu arah beri mycad............sifirnaya mudah - you help me, i help you. Ahhhhhh....ini Najib yang terang-terang kata, bukannya dibuat-buat. TIDAK BOLEH DHARAP SEBAGAI PEMERINTAH, INILAH KERJA SI MAHADIR.........
ReplyDeletepihak tentera jangan nak menuduh itu & ini. kegagalan yg anda buat menyebabkan semua pihak merasa azabnya! tentera harus bertanggungjawab. dah ada macam2 kelengkapan pun masih bangang menjaga kedaulatan negara.
ReplyDeletepastu, jeneral ni pandai2 menyatakan BN salah! SELAMATLAH LAGI ATM!!!?? yg jahil bertepuk tangan membetulkan kealpaan TLDM nih!
MALAS, CUAI, ANTI KERAJAAN mereka ini! bias betul.
Tapi kenapa TV 3 kata Anwar trlibat dlm peristiwa di Lahad Datu? Anwar ke yg jadi PM atau Najib? Layak jadi SUARA SYAITAN TV 3 tu sesuai dgn parti syaitan sebagai gelarannya.
ReplyDeleteTolong la UMNO, jgn jadikn sandiwaranya mnambah lagi angka korban tentera sulu.
ReplyDeleteTersilap letak kapal selam dio sepanggar tu
ReplyDeletemacam mana penceroboh Philipina boleh masuk Lahad Datu ?
ReplyDeleteATM tidur kah?
Bukan ATM tido. Kan dah kata permainan UMNO. Kalau ATM nak tahan penceroboh tu masuk sedangkn mereka diimport oleh Ketua UMNO Cawangan, mcm mana tu.?? Nak miang ketua pelatun. Askar sekarang bukan mcm zaman aku dulu, apa anak bauh buat,memang jenderal akan cover habis. Kena pukul kat luar kem, satu pelatun kena cari org tu utk dilanyak. Sekarang?? Tak nak komen lebih le sebab politik dah masuk campur. Kat Malaysia nij,politik akan masuk campur dlm segenap aspek trmasuk sukan. Sebab tu sukan kita hancusss.
ReplyDeleteJangan bagi keyataan yang tidak masuk akal.
ReplyDeleteIni bukan sandiwara.
ReplyDelete