Saturday, March 2, 2013

Cerita Disebalik Pencerobohan Lahad Datu

APA yang menarik berhubung pencerobohan tentera sulu ke atas Lahad Datu, adalah Pasukan keselamatan kita masih malu bertindak, kerana mereka berhadapan dengan kumpulan yang bersenjata. Berlainan, jika mereka berhadapan dengan kumpulan atau perorangan, dengan ligat mengambil tindakan.

Tempoh yang mereka berikan terhadap penceroboh yang pernah dilanjut sehingga tiga kali, sudah berakhir tengah malam tadi, namun belum ada tanda-tanda penceroboh akan meninggalkan Kg Tanduo, 130 km daripada Pekan Lahad Datu.

Pada malam 12 Februari lalu, lebih 100 orang yang memanggil kumpulan mereka Tentera Sulu telah menceroboh Lahad Datu.

Sementera menunggu apa tindakan seterusnya daripada pihak keselamatan negara, kita teruskan mengetui cerita disebalik pencerobohan Lahad Datu.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap menafikan dakwaan sebagai dalang kepada pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah, walaupun akhbar Filipina, Manila Times, melaporkan beliau turut terlibat dalam perancangan tersebut .

Menurut Laporan Manila Times pada tarikh 16 Februari, Koresponden Mindanou, Jacinto, memberitahu, Sultan Muhammad Fuad Kiram I, mendakwa Malaysia menduduki Sabah secara haram dan Sabah merupakan milik Kesultanan Sulu hingga hari ini.

"Pencerobohan tersebut berlaku setelah bekas pemimpin Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan Sabah akan diberikan autonominya kepada pemerintahan kesultanan Sulu," kata Jacinto.

Laporan tersebut turut menjelaskan kerajaan Malaysia dan Filipina kini dalam tempoh rudingan secara aman bagi menyelesaikan kemelut yang melanda kedua-dua negara.

Sebelum ini, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor melalui media Selangorku mendakwa UMNO sengaja menunding jari ke atasnya dan mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail bersekongkol dengan UMNO bersama Keluarga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

"Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin) dan Menteri Pertahanan (Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi) begitu lambat sekali memberikan reaksi. Seolah-olah wilayah Lahad Datu atau Sabah boleh dikepung oleh orang asing dan kita tidak boleh berbuat apa-apa melainkan berunding.

Beliau turut mendakwa pihak UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sengaja mengalih pandangan kepadanya dan ianya merupakan 'momok' politik kerajaan pusat.

Dalam laporan lain, Bekas pimimpin Filipina Margarita Cojuangco dari wilayah Tarlac menafikan dakwaan beliau dan suaminya Jose Cojuangco menghasut Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram ke 3 supaya menakluk kembali Sabah.

Beliau bersama beberapa lagi pemimpin Moro National Liberation Front (MNLF) di dakwa menjadi penghasut Sultan Jamalul Kiram dalam hal itu.

50 comments:
Write comments
  1. Filipina pn ada sumber risikan dia..bukan sgja nk tulis kn..klu kt polimik politik UMNO..knp dorg dtg kat sabah ms najib trun sabah? xkn najib nak alih prhatian org sabah..tumpu lbh kat pemberontak dr khadiran beliau...???? Pikir tgk..and pemimpin dr pihak mn yg jumpa n ada kaitan dgn ketua pemberontak tu...renung2kn...jgn slap..nanti sabah lain jadinya..g satu sy nak tya...jujurnya..rakyat sabah syukur dgn Warga Malaysia atau trlalu ignkn jd Warga Filipina? so pertahankan tanah air kita....

    ReplyDelete
  2. Politik punya pasal. Nyawa melayang!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. sabah tanah air ku....dan ia tetap milik kita....tapi hairan jugak....cam mana...durang masuk ramai2 mcm tu..ahhh...halimunan ker...

    ReplyDelete
  4. Pasukan keselamatan bukan malu.cuma tiada arahan nak menyerang itu saja.Jd yg silap pihak atasan yg seolah2 tidak berani beri keputusan.

    ReplyDelete
  5. Fitnah kepada DS Anuar Ibrahim kononnya Sabah akan diberi autinomi kepada kesultanan sulu. Ini Statement Yang Bahaya kepada Rakyat Sabah, Polis dan Tentera kita, macam apa yang berlaku sekarang. Sepatutnya jangan main-main politik sehingga memberi semangat kepada waris kesultanan sulu dan penyokongnya, lebih-lebih lagi disiarkan di Akhbar Filipina juga melalui internet.

    ReplyDelete
  6. Lahad Datu: Penceroboh Bersenjata Mulakan Dahulu Serangan – PM


    PEKAN, 1 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah telah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini.

    Perdana menteri berkata beliau telah memberi mandat kepada ketua polis negara dan panglima angkatan tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi.

    Najib turut mengesahkan dua anggota keselamatan Malaysia terbunuh dan tiga lagi cedera manakala 10 hingga 12 anggota kumpulan penceroboh itu terbunuh.

    “Mereka (polis dan tentera) akan diberi kuasa sepenuhnya untuk bertindak dengan apa saja mengikut budi bicara mereka tetapi kumpulan ini mesti ditumpaskan dan mereka mestilah diambil tindakan yang sepatutnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian tembak-menembak antara pasukan keselamatan negara dengan kumpulan penceroboh yang diketuai adik Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram, yang telah berkubu di Felda Sahabat 17 di Tungku, Kampung Tanduo, daerah Lahad Datu sejak 9 Feb lepas.

    “Saya tidak lagi buat keputusan. Terserah kepada mereka (panglima ATM dan ketua polis negara) untuk ambil tindakan…mereka akan diberikan kuasa sepenuhnya.

    “(Kini) sama ada mereka (penceroboh) menyerah diri atau mereka terima apa jua kesan daripada tindakan mereka,” kata Najib.

    Perdana menteri berkata kumpulan itu kini dikepung sepenuhnya dan pasukan tentera laut negara telah meningkatkan tahap keselamatan di perairan bagi mengelakkan kumpulan itu melarikan diri.

    Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu kerana sepatutnya pertumpahan darah mahu dielak daripada berlaku, akibatnya kini negara kehilangan dua anggota keselamatan.

    Terdahulu Najib melancarkan jentera pilihan raya kawasan parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Pekan yang dihadiri kira-kira 5,000 orang.

    ReplyDelete
  7. Nk kt fitnah pn xtau la..tp langkah yg baik adalah cegah daripada ia jd betul...diorg keluarkn sbb ada risikan..berita reuters pn ada kluar..bkn internet ja..papper filipin pn kuar statement jg..so, klu kamu mmg yakin dan betul2 kenal diri pemimpin buat la pilihan..pilihan ada 3 ja..
    1. Pilih sedia ada, baiki pa yg lemah..xpuas hati trus jumpa n gtau..bkn sorok kt internet ja..
    2. silap pilih,negeri yg sedia ada trgadai
    3. Dok umh bersama anak bini...(mcm ak..tgu pmimpin yg betul2 jujur and berjuang demi bngsa dn negara br kluar m'undi)

    ReplyDelete
  8. Bukan halimunan, rumah yang lengkap dgn security yg cangih pn boleh kena rompak..tp perompak tu mst ada wat researh dan dapt sumber2 maklumat dari sekitar jg..harap bkan Warganegara Malaysia yg berkompot..klu btul biar org tu ditangkap and dijatuh kan hukuman yg setimpal...yg pelik, pemimpin dr PR(Txxx)awl2 ckp konspirasi BN..BN blum kluar sbrg kenyataan..jd siapa sebenarnya yg buat fitnah ni??? hurm..

    ReplyDelete
  9. Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina;

    9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

    ReplyDelete
  10. 11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

    ReplyDelete
  11. 12 Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

    ReplyDelete
  12. 14 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

    ReplyDelete

  13. 1 Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.

    Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

    Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

    ReplyDelete
  14. 14 Februari – Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

    ReplyDelete
  15. 16 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

    Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

    ReplyDelete
  16. 18 Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

    ReplyDelete
  17. 24 Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

    ReplyDelete
  18. 26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

    ReplyDelete
  19. 28 Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

    Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

    ReplyDelete
  20. 1 Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.

    Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh

    ReplyDelete
  21. The remains of two police commandos (VAT 69), who were killed in a gun battle with a group of armed intruders from southern Philippines in Lahad Datu, Sabah, today, are expected to arrive in Subang, near here, at about 9am tomorrow.

    ReplyDelete
  22. Their bodies were earlier scheduled to arrive at the Royal Malaysian Air Force (RMAF) base in Subang late tonight, the Inspector-General of Police Secretariat (public relations) assistant head, ACP Ramli Mohamed Yoosuf said.

    ReplyDelete
  23. The two commandos killed were Insp Zulkifli Mamat, 29, and Corporal Sabarudin Daud, 46. Both had served at the Hulu Kinta Police Commando Camp.

    ReplyDelete
  24. Zulkifli, from Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu leaves behind wife, Noraziah Noor and two sons, aged four and one year, while Sabarudin leaves behind wife, Nurunisa Abu Bakar, two sons and a daughter.

    ReplyDelete
  25. Sabarudin was from Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

    ReplyDelete
  26. The three police commandos injured in the incident are Corporal Mohd Tarmizi Hashim, 32, Corporal Azman Ampong, 39, and Constable Mohamad Qaiyum’aiqal Zolkifli, 22.

    ReplyDelete
  27. Ramli said Mohd Tarmizi who was wounded in the hands and feet, and Azman, wounded in the thigh and buttocks, were being treated at Lahad Datu Hospital.

    ReplyDelete
  28. Mohamad Qaiyum’aiqal, who was injured in his right shoulder and both legs, had been admitted to Sandakan Hospital, he added.

    ReplyDelete
  29. Hope that there will be no more further bloodshed.

    ReplyDelete
  30. Condolence to the police officers who was sacrificed during duty.

    ReplyDelete
  31. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetap menjalankan tugas untuk menjamin keselamatan orang ramai meskipun kehadiran mereka di Kampung Tanduo, Lahad Datu, sebagai barisan kedua.

    ReplyDelete
  32. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, ia merupakan tugas hakiki mereka dalam menjaga keselamatan orang ramai.

    ReplyDelete
  33. “Anggota ATM membantu polis dan setiap hari dimaklumkan mengenai perkembangan berkaitan kes pencerobohan tersebut,” katanya.

    ReplyDelete
  34. Abdul Latiff berkata taklimat itu wajar diberikan kepada anggota ATM setiap hari kerana mereka juga akan mendapat berita yang disebarkan oleh blog-blog yang tidak pasti kebenarannya.

    ReplyDelete
  35. Beliau menegaskan, kementeriannya tidak mahu anggota ATM memperoleh maklumat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu itu.

    ReplyDelete
  36. Ditanya mengenai manifesto pakatan pembangkang, Abdul Latiff mengingatkan rakyat agar bijak membezakan di antara polisi dan isu kerana pembangkang akan menjadikan apa juga yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai isu.

    ReplyDelete
  37. “Kerajaan BN membuat polisi yang menguntungkan rakyat, itu beza di antara kita dan pembangkang yang tahu cakap saja baru fikir, kita pula sebaliknya.

    ReplyDelete
  38. “Mereka tidak ada polisi khusus, kita (BN) ada, tapi bila mereka tak boleh buat dan BN boleh buat, dijadikan isu pula, seperti pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia yang bertujuan membantu meringankan beban rakyat berpendapatan rendah, warga emas dan belia.

    ReplyDelete
  39. “Di Selangor sampai sekarang kerajaan negeri tidak tunai janji. Tapi mereka tidak mengaku yang tidak dapat buat dan mengatakan manifesto itu bukan janji. Kalau kita pergi mana-mana negara maju, bila buat janji mesti ada komitmen untuk ditunaikan,” katanya.

    ReplyDelete
  40. Beberapa Majlis Perkahwinan, Kampung, Hospital dan Rumah Pesendirian di Afganistan & Pakistan di Bom sengaja atau tersilap hanya melalui Sumber Risikan. Risikan bukanlah kebenaran mutlak kerana pemberi maklumat risikan adalah manusia biasa yang boleh saja perpihak kepada siapa yang dia suka.

    ReplyDelete
  41. Kami yakin kpd PR, kami mau tumbangkan bn/umno yg kuat rasuah, fitnah, bohong etc... HIDUP PR

    ReplyDelete
  42. Jgn kita SUU DZON ( sangka jahat ) dgn UMNO. Dia panggil penceroboh dr Sulu masuk LDatu bukan apa,kan saudara seagama?

    ReplyDelete
  43. Kat Semporna tu kan ada kampung nama Kg simunul. Jadi aku tak rasa heran kalu mareka dtg ke LDatu lepas tu ke Semporna sebab ramai jugak kerabat2 mareka ,mbah. Kat Selatan Filipin pun ada Pulau Simunul,so tak heran le kat Semporna ramai kerabat Tentera Sulu. Belum dikira Bajau-Sulu' lagi. Itu dah mcm berkembangnya kaum Sulu kat Sabah. Angkara?? Anwar ke Mahathir tapi sah baruan UMNO ndak tau sapa yg perintah negara sebab tu mareka kata Anwar. BODOH !!!!

    ReplyDelete
  44. takziah kepada mereka yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh dari Filipina ini..

    ReplyDelete
  45. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan bahawa penceroboh yang menyerah diri kelak tetap akan diambil tindakan berdasarkan undang-undang Malaysia kerana kumpulan berkenaan sudah melakukan kesalahan yang amat serius di negara ini.

    ReplyDelete
  46. Pihak berkuasa Malaysia telah mengeluarkan amaran kepada kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa daripada Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Filipina supaya menyerah diri dan meletakkan senjata serta merta atau berdepan tindakan tegas dan drastik.

    ReplyDelete
  47. rakyat Sabah tahu polis sudah tidak mempunyai pilihan lain, selain menamatkan insiden itu secepat mungkin berikutan tindakan kumpulan penceroboh itu semalam.

    ReplyDelete
  48. diketahui bahawa situasi semasa adalah terkawal oleh anggota polis Sabah di LD.

    ReplyDelete
  49. "Pencerobohan tersebut berlaku setelah bekas pemimpin Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan Sabah akan diberikan autonominya kepada pemerintahan kesultanan Sulu," kata Jacinto.

    Pencerobohan ini akan menjadikan PRU13 tertangguh di Sabah & memudahkan PR mengurang majoriti BN kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kepakaran melempar isu dalam setiap pilihanraya.

    ReplyDelete
  50. ini lah kesan dari pemberian ic projek di sabah.... "sultan" sulu tidak akan berani menghantar pasukan pencoroboh di sabah sekiranya rakyat nya tidak ramai d sabah.... malangnya sekarang meraka suda ramai di sabah secara tidak langsung apa pun tindakan yg akan dibuat oleh 'sultan" suluk akan mendapat sokongan dari orang suluk yg mendapat ic projek d sabah... sekiranya hal ini di bawa ke mahkamah antarabangsa dan akan dibuat undian pada penduduk sabah mungkin tidak mustahil akan memihak kepada sulu memandangkan mereka suda mencecah ratusan ribu yang menetap di sabah...INI LAH KESILAPAN PEMIMPIN UMNO....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.