LAHAD DATU - Kumpulan pengganas bersenjata Sulu dipercayai mencari seorang lelaki tempatan iaitu individu pertama yang membuat laporan polis, mendedahkan kehadiran mereka pada 9 Februari lalu di Kampung Tanduo.
Perkara itu didedahkan anak saudara lelaki berkenaan, Rano Julasi, 34, ketika ditemui di pusat perpindahan sementara Dewan Amara Budi, Felda Sahabat 17 di sini, semalam.
Menurut Rano, cerita itu dimaklumkan oleh sepupunya yang dapat melarikan diri selepas Kampung Tanjung Batu, 7 kilometer (km) dari Kampung Tanduo, ditawan penceroboh, 3 Mac lalu.
Rano berkata, sepupunya itu dapat melarikan diri selepas dipaksa keluar ke pekan membeli beras.
"Dia tidak pulang selepas diarahkan membeli beras. Dia berasa takut kerana penceroboh mencari bapanya untuk membalas dendam.
"Penceroboh juga mengacukan parang di lehernya selepas mengetahui dia adalah anak kepada individu yang mendedahkan pergerakan mereka kepada polis," katanya.
Katanya, bagaimanapun penceroboh tidak dapat mengesan bapa saudaranya kerana sewaktu kejadian lelaki itu keluar ke bandar.
Dalam pada itu, ketika ditanya keadaan selepas mengetahui penceroboh berada di Kampung Tanjung Batu, Rano berkata, dia bersama isteri dan tiga anak terus lari menyelamatkan diri.
"Kami keluar dari kampung Tanjung Labian sehelai sepinggang. Saya berasa takut kerana Kampung Tanjung Batu hanya sejauh 3 km dari rumah," katanya.
Rano berkata, dia bersyukur dapat menyelamatkan diri dan turut bersimpati dengan penduduk yang terperangkap di kampung berkenaan hampir seminggu.
Wednesday, March 13, 2013
Pengganas Sulu Kini Menjejaki Pembocor Rahsia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
We are closer to the truth?
ReplyDeletePeperangan ini cuma memuaskan hati golonagn yang tamakkan kuasa dan harta.
ReplyDeleteHarus bertindak dan menghalau penceroboh ini keluar dari tanah Sabah.
ReplyDeleteApakah tindkan kerajaan yang akan datang? Ancaman ini membawa masalah besar kepada rakyat di LD.
ReplyDeleteAdakah kerajaan mampu mengusir penceroboh ini keluar dari Malaysia?
ReplyDeletepara penceroboh penganas Sulu ini harus dihapuskan, mereka hnya bawa huru hara
ReplyDeleteTentera yg dhantar ke LDatu utk Ops Daulat ni sebenarnya tidak mndapat ARAHAN yg jelas mngenai MISI pperangan, Arahan Pelaksanaan, Bantuan Perkhidmatan dan Koordinasi Masa serta pasukan PDRM yg ada tu adakah sebagai Pasukan Sahabat atau mereka sebenarnya yg berkuasa? Sebab dalam situasi pperangan insurgensi..peranan askar adalah yg utama dan disitu bukan utk laksana/kuatkuasakan Undang2 Kanun Keseksaan, Kanun Acara Jenayah atau Akta Polis. Ia lebih kpd sebuah Counter Insurgency Warfare. Markas Tactical pun takde malah Military Command Post takde selain Resort Felda Sahabat tempat Press Conference. Ini bukan tempatnya utk brpress conference, ini adalah situasi perang melawan gerilla Sulu. Bila situasi perang,perkara pokok adalah MISI sesebuah pperangan iaitu spt " Bn 7 RAMD akan melaksanan OPERASI OFFENSIF MENCARI DAN MEMUSNAH MUSOH DI KG TANDOU" Maka perlaksanaan operasi akan dihuraikan dgn jelas oleh CO Batalion lpd Kump Perintah. Tembakan jet pejuang juga samar2 apa tujuannya dlm perang CIW itu. Bila tentera buat serangan..tau2 dah ada Moping-Up. Masalahnya saban hari2 ke Moping-Up? Baik minum Seven-Up,hilang dahaga jugak. Patut le sampai sekarang Ops Daulat gagal kecuali saban hari ada kematian pd askar kita. Mana pergi Military Intelligence Officer ( MIO ) dlm hal ini atau SB2 utk memantau keselamatan negara dbarisan hadapan???
ReplyDeleteSABAR KO ARAFAT AKU TAHU KO MARAH.BAGUS JUGA AKU TIDAK SALAHKAN PIHAK TENTERA DAN PIHAK POLIS TETAPI TANYA LAH SIAPA YAMG MENGAWAL TENTERA DAN POLIS APAKAH ARAHAN YANG DI BERIKAN PADA KEDUA DUA PASUKAN INI DI AWAL PENCEROBOHAN.AKU AMAT SEDIH DAN MENANGIS PADA PERWIRA YANG GUGUR KEPADA ISTERI ISTERI WIRA NEGARA KUATKAN SEMANGAT UNTUK MENERUSKAN HIDUP INI KERNA YG PERGI TETAP AKAN PERGI KITA YANG MASIH BERNYAWA INI TRUSKANLAH PENGHIDUPAN KITA YANG AMAT SINGKAT INI.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBetul Anonymous... Brother kita Arafat perlu sabar... awak menunjukkan tahu menahu operasi yg dlakukan oleh pasukan keselamatan kita. Kalau brother tahu sangat kenapa brother tak volunteer memberi nasihat/ arahan ke LD. Biar pasukan kita menjalankan tugas mereka dgn baik, kalau perlu buat moping berkali2 untuk keselamatan penduduk dan anggota yg bertugas kan baik... manalah tahu ada yg brsembunyi dalam tempayan/tajau haha... Sy tak fikir tembakan jet pejuang samar2 melaluan tembakan, apabila jet melepaskan tembakan arahan tepat harus di terima dgn betul. Ops Daulat tidak gagal melalukan operasi mereka... penjenayah dah di tangkap tinggal saki baki sj... Diplomasi harus digunakan di mana 2 buah negara terlibat... kena lah jaga hati brother... kita nak hidup aman damai bukan nak berperang.
ReplyDeleteINI LAH KESAN DARI PEMBERIAN IC PROJEK OLEH UMNO YNG BERCITA-CITA TINGGI UNTUK MENAWAN SABAH DARI PARTI POLITIK TEMPATAN SABAH SEHINGGA IC DIBERIKAN KEPADA YANG TIDAK LAYAK SEMATA MATA UNTUK MENANG DALAM PILIHAN RAYA...... INI KALILAH ORANG SABAH BANGKIT KITA TUKAR
ReplyDeleteJangan asyik fikir politik sahaja Anonymous, bukan semua perkara perlu di politikkan.
ReplyDelete