PILIHAN Raya Umum Ke-13 (PRU13) bakal melibatkan ramai pengundi baru yang ternyata daripada golongan muda. Jadi hal ini memberi cabaran kepada setiap pertahanan parti terutamnya daripada pemudanya.
Bagi mengupas cabaran yang bakal dihadapi oleh pemimpin muda parti pada pilihan raya kali ini, SINAR HARIAN ONLINE berpeluang menebual SHAMSUL ISKANDAR MAT AKIN, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK). Selepas temu bual ini dikendalikan, Shamsul Iskandar, yang juga seorang peguam, diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Bukit Katil, Melaka.
SINAR HARIAN ONLINE: Boleh Encik Shamsul berkongsi dasar dan pendekatan perjuangan AMK selepas 14 tahun penubuhan PKR?
SHAMSUL ISKANDAR: Saya akan mulakan dengan pendekatan terlebih dahulu. Kita telah melalui beberapa fasa yang amat penting membabitkan dengan politik di mana pembabitan orang muda itu sangat signifikan.
Oleh kerana saya membesar dengan pemuda, kita mulakan dengan Pergerakan Pemuda Keadilan Nasional pada tahun 1999 kemudian bertukar nama kepada Pergerakan Parti Pemuda Rakyat setelah berlaku penggabungan parti.
Selepas itu, AMK tercipta setelah saya memimpin AMK, kita popularkan nama ini. Kita telah melalui beberapa fasa, pada peringkat awal kita kehadapan dengan melakukan aksi-aksi demonstrasi kerana kita fikir keadilan ini adalah satu perkataan yang seksi untuk orang muda. Pada tahun 1999, sokongan orang muda dirancakkan dengan demonstrasi ke jalanan, kita lalui proses itu agak lama.
Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk penjara dan sehingga keluar penjara, pendekatan kita sedikit berbeza. Kita lebih tertumpu kepada untuk memenangi pilihan raya, gerak kerja kita tertumpu ke situ dari segi bertemu pengundi, mengajak pengundi-pengundi muda yang sebahagian besarnya tak bersama kita pada reformasi dahulu. Jadi sudah tentulah kali ini pergerakkan kita terus kepada pengundi.
Selepas itu, sekarang kita berhadapn dengan fasa reformasi 3.0. Kita sediakan pimpinan muda ini mengambil alih kerajaan. Kita telah menggerakkan minda dan tenaga kita untuk mengambil alih kerajaan.
Selain itu, dengan pengumuman yang dibuat oleh Anwar, memberi peluang sebanyak 30 peratus kepada golongan muda pada PRU13, menjadikan kita sedikit berbeza dengan parti-parti lain.
Kita memberikan bukan sekadar ruang untuk bergiat aktif tetapi peluang. Ini juga parti masa depan, yang memberi peluang untuk golongan muda untuk menentukan masa depan mereka.
SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana dengan keanggotaan dalam AMK sekarang?
SHAMSUL ISKANDAR: Jumlah keanggotaan parti sekarang ini telah mencecah lebih kurang 800,000. Pada tahun 2012, jumlah anggota AMK yang berumur 35 hingga 40 tahun itu mencecah hampir 300,000.
Jadi, ini menunjukkan jumlah tersebut satu per tiga anggota parti merupakan orang muda yang menyertai AMK yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa termasuk Sabah dan Sarawak.
SINAR HARIAN ONLINE: Kalau kita imbas keputusan PRU12, sebahagian besar pengundi baru khususnya remaja memilih pembangkang, khasnya PKR. Apakah yang akan dilakukan oleh AMK untuk memastikan pengundi ini kekal bersama PKR?
SHAMSUL ISKANDAR: Kita telah lancarkan Dokumen Merah, yang berbentuk lima gagasan kepada orang muda seperti pendidikan, perumahan, peluang pekerjaan, menaik taraf pengangkutan awam yang lebih efisien dan penghapusan PTPTN.
SINAR HARIAN ONLINE: Apakah hala tuju dan matlamat AMK pada PRU13 ini?
SHAMSUL ISKANDAR: PRU13 ini, AMK akan memberi mesej dan isyarat kepada pemimpin senior bukan hanya pemimpin PR tetapi juga Barisan Nasional (BN). Golongan muda perlu mengambil peluang yang diberikan kepada AMK ini sebagai platform untuk terlibat di dalam politik. Kita ingin mengubah pemikiran orang muda bahawa politik ini bukan hanya untuk orang lebih senior tetapi politik adalah satu bidang yang sepatutnya digerakkan secara aktif oleh golongan muda.
Ini kerana golongan muda mempunyai kekuatan, ketidaksabaran dalam meneruskan perjuangan dan beberapa elemen yang saya lihat penting dalam menghadapi cabaran PRU13.
Golongan muda juga pencetus perubahan dalam dunia politik, ia tidak lagi bergantung kepada undi daripada golongan pertengahan tetapi golongan muda. Golongan muda juga sebagai satu kekuatan politik baru atau 'third force' yang akan memberi perubahan pada PRU13.
Pendekatan kempen sihat
SINAR HARIAN ONLINE: PKR adalah sebuah parti politik yang baru berbanding parti lain dan wujudnya disebabkan reformasi, jadi apakah reformasi yang AMK buat khususnya untuk menghadapi PRU13?
SHAMSUL ISKANDAR: Reformasi ini cukup luas, ia lebih sesuai diungkapkan dalam bentuk al-Islah, maknanya kita memperbaiki dan kita melakukan usaha reformasi ini sehebat mungkin.
Oleh yang demikian, kita cuba melantik seorang penyanyi sebagai duta untuk mempromosikan pilihan raya yang bersih dan berkempen secara sihat. Ini juga sebahagian daripada kita untuk melakukan reformasi secara berkempen.
Kita lihat pihak lawan jugak menggunakan pendekatan mereka yang melakukan tindakan yang begitu ekstrem, fitnah dan sebagainya. Ini kempen kotor dan tak sihat. Jadi kita gunakan pendekatan dan kempen secara sihat dengan bantuan artis.
Selain itu, kita juga boleh menggunakan pendekatan berhujah dengan fakta atau berdebat. Terutama antara Anwar dan Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam pentas politik, agar apabila tiba pilihan raya, kita boleh berkempen dengan cukup sihat.
Bukan hanya di peringkat antara calon perdana menteri tetapi di peringkat negeri.
Saya selari dengan pandangan atau dasar parti dalam soal reformasi seperti harga minyak, penurunan harga barang dan sebagainya. Kita juga berubah dari segi pemikiran dan sebagainya.
SINAR HARIAN ONLINE: Benarkah ada dakwaan yang mengatakan AMK terlibat secara langsung dengan aktivis mahasiswa yang menentang kerajaan? Sejauh mana kebenaran ini?
SHAMSUL ISKANDAR: Secara rasminya kita pendukung perjuangan mahasiswa untuk membebaskan mereka daripada Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku). Dalam Buku Merah, jika AMK diberi peluang untuk memimpin, Auku akan dihapuskan dan universiti akan diberi kuasa autonomi.
Saya juga memandang serius insiden yang berlaku terhadap mahasiswa yang turun ke Pekan untuk berkempen.
Dalam insiden serangan itu, kita syak ia dilakukan oleh pengikut BN. Pada saya mahasiswa yang berkempen dan menyampaikan mesej kepada rakyat dari segi perspektif mereka tidak perlu dihalang.
Saya mengambil satu prinsip. Jika ada mahasiswa yang memerlukan pertolongan atau seperti insiden di Pekan, dan bantuan keselamtan, jadi saya bersedia untuk mengerahkan tenaga untuk masuk campur, namun jika tiada permintaan, kita berpendirian untuk tidak masuk campur dalam urusan kempen mereka. Kita tak perlu ganggu.
Pada saya, mahasiswa perlu diberi peluang untuk mempelajari dan mereka juga sebagai pemimpin masa depan negara.
SINAR HARIAN ONLINE: Disebabkan PRU13 semakin hampir, adakah AMK meletakkan calon dalam pilihan raya kali ini? Kalau ya, bagaimana cara pemilihan calon tersebut? Siapa yang terlibat dengan pemilihan calon tersebut?
SHAMSUL ISKANDAR: Ya memang kita akan meletakkan calon. Proses pemilihan agak teliti untuk kita mengekalkan rekod. Contohnya, dari segi lompat parti seperti PRU lalu. Jadi pada tahun ini, calon AMK telah melalui proses yang lebih ketat, nama-nama yang dicalonkan oleh cabang, kemudian ke negeri, negeri membuat tapisan, dan negeri mencadang kepada kami di peringkat pusat.
Saya selaku Ketua AMK juga meminta beberapa pimpinan AMK untuk turun ke bawah dan semak semula senarai calon yang diserahkan kepada pusat. Kemudian AMK Pusat akan serahkan senarai nama calon kepada Ketua Umum PKR dan Presiden selepas melalui tiga tapisan. Tapisan pertama di peringkat Dun, kedua diperingkat Parlimen dan diperingkat calon simpanan.
Kita juga tentukan beberapa kriteria dari segi kesetiaan dan perjuangan mereka dalam parti. Kita ambil yang lama dan juga calon baru. Selain itu, kita juga tekankan kelayakkan akademik terutama di peringkat Parlimen. Mereka perlu pandai berhujah di Parlimen, Dun. Kita ambil semua kelayakan, ada yang bekerja biasa, namun disebabkan komitmen kita letakkan juga.
Ada juga golongan muda dari kaum Orang Asal, ini bermakna semua orang muda tanpa mengira kaum, agama, dan bangsa kita tonjolkan dan memberi ruang serta peluang kepada mereka.
Kita juga sasar seramai 100 calon daripada AMK yang akan dipertandingkan pada PRU13 termasuk di Dun dan Parlimen.
SINAR HARIAN ONLINE: Apa manifesto yang dibawa oleh AMK kepada rakyat berbanding BN yang dirasakan mampu menarik undi rakyat?
SHAMSUL ISKANDAR: Kita ada Dokumen Merah yang berkaitan pendidikan percuma, rumah mampu milik dan sebagainya. Kita juga akan mewujudkan dua yayasan khas terhadap orang muda seperti Yayasan Budaya dan Yayasan Sukan Anak Muda Malaysia. Kita harap kita mampu membantu anak muda di kampung dan akan merancakkan lagi kegiatan di sana. Gologan muda ini juga akan lebih mempunyai arah tujuan.
Jadi kita ada satu kaedah dan pendekatan yang lebih efektif untuk membantu golongan muda. Kita tak mahu kerajaan baru nanti menyalahgunakan duit peruntukan yang diberikan seperti BN lakukan.
SINAR HARIAN ONLINE: Sejauh mana kerjasama AMK dalam Pakatan Rakyat, khususnya bersama Pemuda Pas dan Pemuda DAP?
SHAMSUL ISKANDAR: Alhamdulillah, saya bersyukur kerana semangat muafakat yang wujud di antara kita sebelum tahun 2008. Malah bukan kita mengadakan mesyuarat secara formal, tetapi kita juga mengadakan aktiviti seperti yang terbaru Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112). Kita juga bersama-sama turun ke peringkat bawah untuk berkempen yang dinamakan 'Road to Kuala Lumpur'.
Kita juga membantu Pemuda Pas untuk mengedar tawaran pemuda parti itu yang diambil daripada buku ucapan Negara Berkebajikan. Jadi daripada aktiviti, mesyuarat dan muafakat kita itu, alhamdulillah kita lebih baik.
Kita juga menggunakan kemudahan teknologi seperti "wassapp" untuk berkongsi pandangan, berbincang dan sebagainya. Kita telah tubuhkan kumpulan wassapp ini pada tahun 2012 yang dinamakan Majlis Pemuda PR.
Isu-isu kontroversi
SINAR HARIAN ONLINE: Sejauh mana isu-isu kontroversi seperti hudud dan kalimah ALLAH boleh menggugat sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13?
SHAMSUL ISKANDAR: Saya melihat ada trend kurang baik terhadap kempen BN. Pada tahun 1999 kempen BN pada masa itu lebih kepada isu ketegangan kaum. Namun sekarang isu itu tidak lagi relvan, BN wujudkan pula isu agama, walaupun isu ini sudah diselesai diperingkat PR.
Dalam isu ini, saya juga nak tanya apa pendirian BN tentang isu kalimah ALLAH ini? Jangan heret semua PR, kita telah putuskan walaupun Majlis Syura ada keputusannya dan sedikit berbeza tetapi itu sihat. Kita hormat keputusan institusi yang wujud seperti Majlis Syura. Isu-isu ini juga tak akan mengganggu rakyat sehingga hilang arah.
Ini hanya mainan politik BN. Kita, Pemuda tak pernah masuk campur dalam isu ini.
Kita lebih bertoleransi antara satu sama lain dan perkara itulah yang sedang kita kempenkan kepada rakyat supaya tidak ada prejudis dan prasangka di kalangan rakyat.
SINAR HARIAN ONLINE: Bercakap mengenai sokongan golongan muda, BN khususnya Pemuda Umno juga mendakwa mereka ada sokongan kuat, sudah ada peralihan sokongan kepada mereka selepas PRU12. Apakah komen Encik Shamsul?
SHAMSUL ISKANDAR: Saya tidak bimbang dengan kenyataan BN yang mengatakan ada perubahan yang kuat kepada parti itu. Kalau betul seperti yang didakwa, mereka (BN) tidak akan memperkenalkan Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) untuk menarik sokongan orang muda.
Program itu baik, tetapi usaha terakhir BN untuk menarik golongan muda, namun membimbangkan Pemuda BN juga mengenai komitmen kerajaan dari segar dasar yang diumumkan tidak memberi manfaat kepada orang muda.
Berbagai-bagai program telah diberikan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Jika mereka cukup yakin golongan muda sokong, tak perlu untuk menabur wang kepada rakyat. Ini hanya 'one off', sepatutnya perlu mencari dasar yang boleh membantu rakyat dan meringankan beban.
Bagaimanapun AMK tidak begitu selesa walaupun dalam kajian ternyata orang muda masih lagi bersama PR. Oleh kerana itu, kita melancarakan beberapa program dan berkempen bertemu kelompok sasar. Ini bermakna kita bekerja bersungguh-sungguh untuk rakyat khususnya golongan muda.
SINAR HARIAN ONLINE: Apakah cabaran paling besar yang diduga dan dijangkakan oleh AMK pada PRU13, kali ini?
SHAMSUL ISKANDAR: Cabaran boleh dilihat dari segi dalaman dan luaran. Dari segi dalaman, untuk menggerakkan jentera AMK. Jentera AMK terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bangsa, pekerjaan dan sebagainya.
Mereka perlu memikirkan kerja-kerja mereka sebelum melibatkan diri dalam politik. Ini cabaran yang paling besar untuk menggerakkan dan mengaktifkan jentera itu seratsus peratus untuk membantu parti dengan penuh dedikasi. Dalam parti. kita tak galakkan dengan wang, semua kerja perlu dilakukan secara sukarela. Bagaimanapun saya positif.
Cabaran luaran, sebagai barisan hadapan muda parti kita prihatin terhadap usaha-usaha ke arah keganasan yang dilakukan oleh Pemuda BN khusunya ejen-ejen mereka. Kita juga berharap pihak berkuasa pandang serius isu ini, ada juga mendakwa kita akan membuat huru-hara jika kita kalah kali ini.
Itu tidak tepat kerana kita sudah kalah selama 12 kali tak pernah ada huru-hara yang timbul. Kita bimbang jika PR yang berjaya di peringkat Pusat, adakah BN akan menerima kenyataan ini. Jadi inilah cabaran kepada AMK dari segi luaran.
SINAR HARIAN ONLINE: Ramai bercakap mengenai peluang PR untuk menang PRU13 di peringkat pusat. Adakah Encik Shamsul sebagai ketua AMK juga yakin dengan kemungkinan itu?
SHAMSUL ISKANDAR: Insya-ALLAH yakin dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat.
SINAR HARIAN ONLINE: Jika begitu yakin, mengapa Encik Shamsul yakin. Apakah faktor-faktor yang membawa anda yakin sangat?
SHAMSUL ISKANDAR: Kita sering bertemu dengan masyarakat di kedai kopi, dan sebagainya. Saya juga memberi ceramah, kita tak ada protokol secara rasmi, kita lebih santai. Saya dapat melihat keyakinan yang diberikan lebih meyakinkan.
Dahulu kita tidak dapat menembusi pengundi pos, namun sekarang dengan komitmen daripada bekas tentera sendiri, merancakkan lagi kempen untuk kita orang muda bergerak menyasarkan kepada kelompok itu. Kita telah susun dari satu peringkat ke peringkat. Jadi Insya-ALLAH kita yakin kita dapat menawan Putrajaya pada PRU13 ini.
Keperluan Kuasa Tiga
SINAR HARIAN ONLINE: Kebelakangan ini, adalah satu gelombang 'Kuasa Ketiga' khususnya melibatkan NGO Islam. Bagaimana anda melihat perkara ini, perkembangan ini?
SHAMSUL ISKANDAR: Kuasa ketiga ini saya fikir sebahagiannya adalah BN, malah kita bergerak dua parti PR dan BN. Kuasa ketiga ini relevan apabila PR itu telah didaftarkan. Pada masa kini, PR belum didaftarkan kita bergabung dalam PR tetapi mewakili parti PKR, Pas dan DAP.
Jadi apabila wujud kelompok kecil ini menjadi "pengacau" kepada PR. Saya yakin sebahagian besarnya merupakan rekayasa dan inisiatif daripada BN untuk membuat kacau dalam undi. Mereka ini pula muncul sekarang, bukannya sejak awal, jadi sudah tentulah syak itu lagi kuat. Kenapa perlu ada kelompok ketiga setelah negara kita bergerak dalam dua sisitem parti.
Namun saya tidak terlalu bimbang dengan kewujudan ini, tetapi saya mahu berikan nasihat supaya tidak perlu membuat gangguan dalam usaha PR mengambil alih Putrajaya. Mereka boleh bergabung di kalangan tiga parti ini dan menyatakan sokongan serta bekerjasama. Apabila kita berjaya ambil alih Putrajaya nanti, sudah tentu keompok-kelompok ini untuk memberi khidmat mereka kepada yang memerlukan.
Jadi kuasa ketiga ini tidak perlu wujud pada waktu sekarang, tidak relevan kerana tidak ada perkara yang perlu disemak. Pada saya elok dihentikan dan membuat penggabungan dengan PR jika mereka mahu perubahan. Namun saya juga ingin tahu adakah mereka hanya "seronok" untuk menjadi calon atau mempunyai misi dan visi untuk mengubah Malaysia?
Lima tawaran AMK
SINAR HARIAN ONLINE: Tawaran anda sebagai pemimpin pergerakan muda kepada pengundi? Mengapa mereka harus mengundi PR khususnya PKR?
SHAMSUL ISKANDAR: Kita ingin tawarkan kepada orang muda satu platform politik yang dinamik, progresif dan mempunyai prinsip keadilan yang tegas. Keduanya AMK ini adalah satu platform untuk memberi peluang kepimpinan dalam aspek kepimpinan yang sebenar.
Bukan hanya kepimpinan dalam AMK tetapi sebagai wakil rakyat.
Ketiganya kita bagi perkenalkan dasar-dasar yang baik bersifat jangka panjang dan meningkatkan ekonomi khususnya kepada golongan muda. Yang keempat sudah tentunya kita menawarkan kerajaan yang jauh lebih bersih.
Kita bagi pembangunan yang seimbang dan sebagainya. Kelima adalah reformasi atau perubahan kepada negara yang buruk kepada negara lebih baik. Jadi melalui lima perkara inilah, rakyat perlu mengundi PR khususnya orang muda.
SINAR HARIAN ONLINE: Encik Shamsul selalu dilabel sebagai ketua gerakan demonstrasi. Sejauh mana label ini menguntungkan dan merugikan Encik Shamsul.
SHAMSUL ISKANDAR: Untungnya ialah saya rasa mempunyai kelebihan berbanding Pemuda BN. Saya lebih berani menghadapi risiko. Saya juga mahu dilikat mempunyai prinsip, jika betul kita berjuang menentang hatta ke jalan raya sekalipun.
Saya tahu berapa ramai orang kutuk saya apabila saya membuat demontrasi di dalam masjid, namun itu kerana ada perkara yang tidak harus dilakukan. Jadi saya pertahankan, tetapi jika perkara itu relevan saya tidak takut untuk melakukannya.
Ruginya, saya ingat orang mungkin merasa takut untuk bertemu dengan saya. Saya dikatakan garang, kadang-kadang bahasa yang saya gunakan sedikit terlampau, namun itu realiti yang terpaksa saya tempuh. Namun dengan sikap saya yang berani mengkritik, saya juga berani untuk terima kritikan. Jadi dari segi itu saya tidak ada masalah untuk menerima kritikan yang datang.
Tuesday, March 12, 2013
PRU13: 5 tawaran Pemuda PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lama jugalah Sam Ketot yang merupakan Ketua Pemuda Keadilan mendiamkan diri. Selepas beberapa kali kebodohannya didedahkan, Sam Ketot a.k.a Sam Lord Of The Ring versi takdak rambut, menyepikan diri. Kata orang, dia pi bertapa. Sesetengah orang pula kata, dia sibuk belajar perkara-perkara asas agama dan duk hafal beberapa baris ayat al Quran dan hadis-hadis yang akan digunakan untuk kempen PRU nanti. Dan ada sesetengah orang pula kata, mereka pernah ternampak Sam Ketot duk merangkak-rangkak mengeja jawi dari sebuah kitab lama yang disangkakannya kitab agama, sebaliknya ia hanyalah kitab petua di sebuah kedai kopi Cina.
ReplyDeleteTapi dalam bodoh-bodoh alang dia tu pun, pandai jugalah dia melihat siapa yang boleh tolong dia kalau namanya lekat sebagai calon PRU mewakili PKR nanti. Walaupun dia boleh angkat Anwar Ibrahim tetapi si bodoh alang, bebal dan bengap itu tidak menggunakan nama Anwar Ibrahim sebab dia juga tahu, Anwar Ibrahim dah kelihatan seperti bangkai biawak yang perut berterabur digelek tayar kereta. Nilai Anwar Ibrahim sudah berkurangan, bahkan sudah pupus.
ReplyDeleteYang banyak sangat melakukan onar dan mengancam keselamatan negara adalah puak-puak dia sendiri. Puak Pakatan Rakyatlah yang paling banyak melaga-lagakan rakyat negara ini agar bergaduh sesama sendiri.
ReplyDeleteTak cukup dibangkitkan isu bangsa, dibangkitkan pula isu agama. Tak cukup surau dan masjid diserang dan dibaling kepala babi, disuruh pula kaum Kristian menentang Kerajaan dan orang Islam.
ReplyDeleteSetiap isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat, semuanya menjurus ke arah kemusnahan. Belum ada satu pun seruan daripada para pemimpin Pakatan Rakyat agar rakyat di negara ini mengenepikan fahaman masing-masing dan bersatu padu, sebaliknya yang sering mereka lakukan ialah, menyokong Pakatan adalah bijak, manakala menyokong UMNO-BN adalah bodoh.
ReplyDeleteSemua institusi keselamatan diganggu oleh Pakatan Rakyat. Daripada keselamatan negara membabitkan ATM sehinggalah keselamatan dalam negeri membabitkan polis, bahkan institusi pendidikan juga tidak terlepas daripada gangguan mereka.
ReplyDeleteSemuanya dibangkitkan semata-mata agar kakitangan awam menyokong Pakatan Rakyat dengan cara, menimbulkan perasaan tidak puas hati dan ketakutan selain rasa bersalah di kalangan kakitangan awam sehingga akhirnya mereka menyokong Pakatan Rakyat.
Tidak ada perkara yang tidak dilanggar oleh para pemimpin Pakatan Rakyat. Tak dibagi berdemonstrasi, mereka berkalih mengatakan itu adalah hak rakyat untuk melakukan himpunan aman.
ReplyDeleteTak bagi berarak kerana menyusahkan jutaan pengguna yang lain, dikatakan pula negara ini mengamalkan rejim kukubesi yang teruk walhal pada masa yang sama, di Pulau Pinang, jangankan hendak berarak dan berdemonstrasi, datang ke pejabat Ketua Menteri untuk menyerahkan memorandum pun, Lim Guan Eng akan MENGARAHKAN DAN MEMERINTAHKAN ANGGOTA-ANGGOTA POLIS menghalau orang yang berkumpul di kaki KOMTAR.
ReplyDeleteKalaupun polis menggandakan usaha memantau dan mengekori para pemimpin Pakatan Rakyat, memang betul dan tepat pun. Para pemimpin Pakatan Rakyat sebenarnya jauh lebih merbahaya berbanding pengganas Sulu di Lahad Datu, mereka akan menyebabkan puluhan ribu kalau tidak pun ratusan ribu rakyat Malaysia akan kehilangan nyawa, sepertimana yang berlaku pada 13 Mei 1969!
ReplyDeleteboleh percaya ke tawaran ini
ReplyDeleteJanji-janji manifesto pembangkang bolehlah diibaratkan seperti “Janji Kasanova” yang pandai memikat gadis-gadis tetapi apabila sudat mendapat apa yang dihajati maka gadis-gadis itu akan dibiarkan merana kerena ditinggalkan, demikian pandangan Penyelaras Barisan Nasional (BN ) Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo.
ReplyDeleteJusteru beliau mempersoalkan untuk apa pembangkang membentangkan manifesto baru sedangkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai antara pemimpin kanan yang turut dipertanggungjawabkan menguruskan negeri Selangor mengatakan bahawa manifesto bukan janji.
ReplyDelete“Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengatakan bahawa manifesto itu bukan janji. Kalau manifesto bukan janji, jadi nak buat apa buat manifesto? Kini dah buat janji baru.
ReplyDelete“Mereka ini macam kasanova. Mereka hanya ingin menarik hati orang yang ingin mereka pengaruhi (kalau kasanova, dia nak menarik hati perempuan-perempuan yang mereka hendak miliki), tetapi apabila dah selesai, bila dia dah dapat semua, ia akan ditinggalkan begitu sahaja,” ujarnya
ReplyDeleteTambahnya, salah satu janji yang dibuat dalam manifesto pakatan pembangkang ini ialah memberikan Skim Bonus Warga Emas dengan memberi bonus RM1,000 setiap tahun kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas.
ReplyDelete“Di Selangor pada masa ini, ada lebih 300,000 orang yang berumur 60 tahun ke atas yang sepatutnya menerima caruman takaful dari kerajaan negeri yang dijanjikan PKR dan Pas Selangor dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang lalu.
ReplyDelete“Namun sehingga ke hari ini, kerajaan negeri langsung tidak berbuat apa-apa. Kita tak nafikan daripada hampir 30 janji yang ditaburkan pakatan di Selangor pada PRU12 yang lalu, hanya satu yang ditunaikan iaitu air percuma, itupun tidak sepenuhnya,”
ReplyDeleteTambahnya, dalam manifesto yang lalu, mereka berjanji akan memberi bantuan berbentuk caruman takaful kepada golongan warga emas, tetapi kerajaan negeri memberi pelbagai alasan dengan mengatakan warga emas dibantu dengan cara lain.
ReplyDeletePerkara ini sama sahaja dengan isu ibu tunggal, air percuma dan juga bantuan kanak-kanak tadika tetapi akhirnya mereka kata tidak pernah berjanji. Kerajaan negeri berterusan menipu rakyat demi agenda mereka untuk berkuasa.
ReplyDelete“Kalau benarlah mereka mampu menunaikan janji manifesto mereka, tunjukkan dulu pelaksanakaan dan menunaikan dulu janji-janji yang telah mereka taburkan di negeri Selangor ini dahulu. Saya nasihatkan kepada rakyat 1Malaysia khususnya di Selangor ini, jangan kita tertipu lagi buat kali yang kedua, sebaliknya terus memberikan sokongan dan undi kita kepada Barisan Nasional yang terbukti telah mendahulukan rakyat dan membela rakyat selama ini,” ujarnya lagi.
ReplyDeleteSepuluh tawaran awal dalam manifesto Pas Terengganu menjelang pilihan raya umum ke-13 merupakan antara janji yang gagal ditunaikan Pas semasa mentadbir negeri ini selama sepenggal bagi tempoh 1999-2004.
ReplyDeleteAnggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil Datuk Rosol Wahid berkata ketika Pas memerintah di Terengganu, parti itu juga gagal membawa perubahan kepada negeri ini walaupun mendapat mandat penuh daripada rakyat.
Pas tidak akan mampu melaksanakan janji dalam manifesto itu dan ini terbukti apabila gagal menunaikan janjinya ketika memerintah Terengganu dahulu, katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.
ReplyDeleteManifesto Pas itu antara lain menawarkan untuk menyediakan 17,000 peluang pekerjaan dalam tempoh masa tiga tahun memerintah, pengecualian cukai pintu, bekalan air percuma, menyerah balik tanah terbabit projek perumahan kerajaan, cuti bergaji 30 hari kepada kakitangan awam kematian suami, projek dan skim khas rakyat miskin.
The ambitious plans to im¬prove state-wide road links fit well with a strategy from the Sabah Economic Development and Investment Authority (Sedia) to upgrade public transportation the state capital. Sedia has put public transport plans at the centre of a strategy to modernise Kota Kinabalu.
ReplyDeleteThe authority plans to improve the condition of buses, increase their frequency and service, and even launch a study on a light-railway transit system in hopes that public transport would reach a target of 21 to 25 per cent modal share by 2020.
ReplyDeleteKota Kinabalu was also ex¬pected to benefit from its inclusion in a government plan to create an Urban Transformation Centre (UTC) in the capital, similar to others being built around the country.
ReplyDeleteUTCs were expected to provide a cluster of government and pri¬vate sector services associated with health, banking and finance, education and training, utilities, security, welfare, entrepreneur development and retail space
ReplyDeleteHowever, officials in more far-flung areas of the state com¬plained they were not seeing the benefit of state- and nation-wide initiatives.
ReplyDeleteManifesto pembangkang hanya sekadar janji untuk mengaburi mata rakyat.
ReplyDeleteKita lihat sahaja Negeri di bawah pemerintahan pembangkang, banyak janji yang di beri tidak di tunaikan.
ReplyDeleteRakyat bijak untuk menilai mana parti yang benar-benar dapat membantu rakyat.
ReplyDeleteMengikut kajian yang dilakukan, hampir keseluruhan manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) hanyalah janji kosong yang dijadikan umpan untuk memancing undi.
ReplyDeletePakatan pembangkang secara terang-terangan telah menipu rakyat demi meraih sokongan untuk memerintah di Selangor.
ReplyDelete"Banyak janji-janji PRU-12 tidak ditunaikan oleh pakatan pembangkang dan ia membuktikan mereka tidak mampu untuk menjadi pentadbir yang baik.
Manifesto yang dilancarkan oleh pakatan pembangkang juga nampaknya memakan diri mereka sendiri, mereka hanya memainkan cerita lapuk yang sama dengan sesi ceramah mereka.
ReplyDeleteMenurut Mohd. Zin, yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya Selangor, pakatan pembangkang tidak boleh menjadikan negeri ini sebagai contoh kejayaan mereka untuk mentadbir negara kerana sudah terbukti pentadbiran mereka di Selangor gagal.
ReplyDeleteUjar beliau, trend pelaburan kerajaan negeri mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2011 secara keseluruhannya menunjukkan dividen yang diterima dari 2007 hingga 2011 adalah berjumlah RM5.91 juta daripada kos pelaburan.
ReplyDelete"Kadar pulangan dividen berkenaan adalah sangat rendah dan sangat tidak memuaskan, namun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid menggunakan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebagai helah mahu menutup kelemahan pengurusan pelaburan di peringkat kerajaan negeri," katanya.
ReplyDeleteSelain itu kata beliau, terdapat perkara yang dimuatkan dalam manifesto tersebut yang sebenarnya tidak mampu dilaksanakan, sebagai contoh janji untuk melaksanakan pendidikan percuma.
ReplyDeleteJelas beliau lagi, BN juga pernah mendesak agar janji itu ditunaikan terlebih dahulu di institut pengajian tinggi yang terdapat di negeri tadbiran pakatan pembangkang.
ReplyDelete"Namun sebaliknya yang berlaku, di Selangor sendiri masalah IPT seperti Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) masih belum diselesaikan.
"Malahan Laporan Ketua Audit Negara 2011 turut mengkritik tatacara pengurusan Unisel yang dilihat tidak profesional dan membawa kepada kerugian," katanya.
ReplyDeleteSementara itu katanya, pakatan pembangkang juga berjanji dalam manifesto baharu mereka untuk memelihara 141,000 hektar tanah Orang Asli, namun sebaliknya berlaku di Selangor apabila kira-kira tujuh hektar tanah golongan berkenaan di Kuala Langat dipindah milik kepada orang lain.
ReplyDeleteMenurut Mohd. Zin, satu lagi janji dalam manifesto pakatan pembangkang ialah kononnya ingin menghapuskan monopoli dengan mewujudkan suruhanjaya antimonopoli.
ReplyDelete