Bapa Saiful Bukhari, Azlan Md Lazim mengumumkan menyertai KEADILAN pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, di sini.
Borang keahlian diserah kepada Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan disaksikan Ahli Parlimen (MP) Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; MP Kuala Langat, Abdullah Sani dan MP Shah Alam, Khalid Samad.
“Saya dah lama menyokong perjuangan KEADILAN, sejak 1998. Tetapi sebagai penyokong akar umbi.
“Saya mengikuti dengan penuh minat perjuangan KEADILAN. Saya menyokong penuh dan mengumumkan sebagai ahli KEADILAN.
“Saya juga mendoakan semoga ahli dan parti komponen Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti,” katanya kepada pemberita. -KD
Monday, March 11, 2013
VIDEO : Bapa Saiful Sertai PKR
Similar Posts
About sabahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat menyertai PKR diucapkan pd ayah saiful bukhari. Akan ada ramai lagi org ramai akan meyertai parti komponen PR dlm masa terdekat. Bn is running out of time, they'r losing support of the rakyat hari demi hari. Tahniah krn melambatkan PRU13, Pakatan jugak yg untung. Pd bn, kamu sedang menghitung hari2 terakhir, samada kamu sedar atau pun x. x ada sesiapa yg dpt melawan ketentuan Yg Maha Berkuasa, no matter how hard they try. Hayatilah firman Allah, "apabila telah dtg nusrah (pertolongan) Allah & kemenangan. & kamu melihat (dikala itu) manusia berbondong2 masuk kedlm agama Allah/pasukan kebenaran. Maka bertasbihlah dgn puji2an terhadap Tuhanmu & memohon keampunanNya. Sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat & kema'afan" al-Nasr.
ReplyDeletePenyertaan En Azlan ke dalam PKR sudah tentu akan dipergunakan oleh parti tersebut berhabis-habisan. Beliau akan diheret ke tepi dan ke tengah menjelang dan semasa kempen pilihanraya untuk memberitahu rakyat bahawa Anwar Ibrahim bersih daripada segala tuduhan salah laku seks terutamanya liwat yang melibatkan anak beliau, Saiful Bukhari.
ReplyDeleteHari ini bapa Saiful Bukhari, En Azlan Mohd Lazim sekali lagi mengadakan sidang akhbar. Sidang akhbar tersebut dihadiri oleh wakil-wakil pimpinan PKR dan PAS. Muka wakil pimpinan DAP tidak kelihatan.
ReplyDeleteLaporan yang dibuat oleh laman media menyatakan bahawa sidang media dibuat secara tergesa-gesa dan pemberita yang hadir tidak digalak mengemukakan soalan kepada En Azlan. Namun soalan yang bertubi-tubi terus dikemukakan kepada beliau. Pengamal media yang hadir begitu kecewa kerana soalan-soalan itu tidak di layan sebaliknya En Azlan hanya membacakan kenyataan pendek penyertaannya sebagai ahli PKR.
ReplyDeleteSeperti yang saya nyatakan dalam posting pertama waktu mengulas kenyataan “U-turn” En Azlan bahawa telahan yang saya buat nampaknya semakin menjadi kenyataan. En Azlan menyertai PKR dan menyatakan sokongan terbuka kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
ReplyDeletePenyertaan En Azlan ke dalam PKR sudah tentu akan dipergunakan oleh parti tersebut berhabis-habisan. Beliau akan diheret ke tepi dan ke tengah menjelang dan semasa kempen pilihanraya untuk memberitahu rakyat bahawa Anwar Ibrahim bersih daripada segala tuduhan salah laku seks terutamanya liwat yang melibatkan anak beliau, Saiful Bukhari.
ReplyDeleteBagi ahli dan penyokong PAS kenyataan Mursyidul Am Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang mengalu-alukan kenyataan En Azlan mengenai salah laku seks Anwar Ibrahim itu tidak banyak memberi kesan kepada penyokong dan ahli parti itu.
ReplyDeleteWalau apapapun, bagi PAS penolakan untuk menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat yang dikatakan telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama tidak mungkin dapat di olah semula termasuk Mursyidul Am sendiri yang mengetuai Majlis Syura Ulama itu.
ReplyDeletePerlu diketahui bahawa sebarang keputusan Majlis Syura Ulama tidak dibuat atas konsiderasi politik atau kehendak mana-mana individu, tetapi sudah tentu merujuk kepada berbagai sumber hukum termasuk (sekiranya ada) untuk menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat.
ReplyDeleteSaya meramalkan En Azlan yang begitu diperlukan untuk membina imej bersih Anwar Ibrahim akan mengundang kekecohan. Saya tidak nampak En Azlan mempunyai daya ketahanan politik untuk menghadapi berbagai ragam dan laku manusia apa lagi beliau berada dikancah isu yang menjadi liabiliti kepada Anwar Ibrahim dan PKR serta Pakatan Rakyat amnya.
ReplyDeleteBagi Saiful Bukhari pula kemunculannya ditunggu-tunggu kerana dialah orangnya yang mengaku menjadi mangsa kebuasan seks Anwar Ibrahim. Beliaulah yang mengaku menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim yang setakat ini manusia yang dilabel sebagai peliwat itu tidak pernah mengenal erti penyesalan dengan apa yang telah dilakukan oleh beliau.
ReplyDeleteMasyarakat sudah tentu tidak dapat membuang daripada minda masing-masing mengenai gambar Saiful Bukhari dan disebelahnya En Azlan yang menyaksikan acara sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful terhadap pengakuan bahawa beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteApakah sumpah laknat ini yang berlaku di depan mata En Azlan memungkinkan dia membuat “U-turn”? Adakah baginya tidak ada alam akhirat untuk menerima pembalasan akhir walaupun ada kemungkinan mahkamah dunia tidak mensabitkan kesalahan orang yang kini disokong dan cuba dibersihkannya iaitu Anwar Ibrahim?
ReplyDeleteAtau adakah hubungan darah ayah dan anak tidak membawa erti apa-apa hatta dari sudut kemanusiaan hingga seorang ayah tergamak merelakan anak kandung sendiri dihimpit keaiban sepanjang hidupnya sementara menunggu hukuman Allah di alam azali nanti?
Akhirnya tindakan En Azlan jelas membawa angkara kepada dirinya dan angkara kepada Pakatan Rakyat itu sendiri. Menggunakan En Azlan sebagai umpan membersihkan Anwar Ibrahim bagi setengah pihak merupakan tindakan terdesak dan sia-sia.
ReplyDeleteRakyat khasnya para pengundi bukan ingin melihat kelicikan En Azlan tetapi rakyat Malaysia selama ini menunggu-nunggu sumpah laknat Anwar Ibrahim sendiri. Bukankah lebih mudah bersumpah laknat daripada menggunakan pelakon yang mungkin berbayar yang mempunyai latarbelakang yang boleh menimbulkan banyak persoalan seperti En Azlan? Adakah episod En Azlan ini akan menjadi salah satu penyebab kepada kecundangnya Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti?
ReplyDeletebiarlah dia nak sertai PKR
ReplyDeletePenyokong pembangkang bukan main seronok bila bapak Saiful Bukhari, Azlan Lazim hari ini mengadakan sidang media mendakwa kes liwat membabitkan anaknya dan Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi.
ReplyDeleteSehingga mereka terlupa, yang kena liwat bukan bapaknya, tapi anaknya. Kita cakap macam tu sajalah senang. Lagipun, bukan kita tak tahu bapak Saiful dah dibeli Anwar, biasalah Anwar, bekas pendakwaraya kes dia tu pun dia boleh beli, apa sangat bapak si Saiful ni.
ReplyDeleteBenda ni pun (kejadian liwat) bukan UMNO yang bangkit, tapi lanjutan dari laporan polis anak dia juga. So, dia nak kata konspirasi atau apa, dia kena buktikanlah dimana? Saved
ReplyDeleteSeperti biasa, yang ada hany
Benda ni pun (kejadian liwat) bukan UMNO yang bangkit, tapi lanjutan dari laporan polis anak dia juga. So, dia nak kata konspirasi atau apa, dia kena buktikanlah dimana? Nak saved air muka ler tu..
ReplyDeleteSeperti biasa, yang ada hanya kenyataan media yang dibacakan Azlan, kita percaya disediakan juga oleh peguam Anwar untuk memenuhkan aspirasi politiknya.
ReplyDeleteDari cara ia disebut, konspirasi pun kita dah tahu Anwar menjadi dalang dibelakang. Dari kes liwat 1 sampai yang ke 2 inipun, takdak satu bukti mahupun saksi yang mengatakan ini adalah konspirasi.
ReplyDeletePenulis dah sebutkan satu ketika dahulu, macam mana besar konspirasi sekalipun, tidak ada satu jenis konspirasi yang mampu meletakkan DNA dari air mani Anwar ke dalam dubor Saiful. Melainkanlah Azlan main peranan, ambik air mani Anwar, calit masuk dalam dubor anak dia.
ReplyDeleteSebaliknya, sidang media Azlan sebentar tadi itulah konspirasi sebenar. Banyak persoalan yang Azlan perlu jawab, kenapa sekarang, selepas 5 tahun baru nak kata ini konspirasi. Apa yang mengubah keadaan tersebut? Ini anak engkau kita cerita ni, bukan anak orang lain.
ReplyDeleteSeperti dinyatakan di atas, tidak ada penjelasan lain kenapa Azlan berubah fikiran sekarang, melainkan sebab dia dibayar Anwar. Kalau tidak, dia tidak akan tunggu sehingga hampir 5 tahun baru nak berubah fikiran. Begitu juga Azlan berada di sebelah Saiful semasa sumpah laknat dibuat, kalau dia tau konspirasi, maknanya dia juga akan dilaknat kerana bersubahat dengan anaknya.
ReplyDeleteCakap tentang semua ini pun sudah nampak ada yang tidak kena. Anwar tengah terdesak sekarang ni. Macam-macam yang menunggu dan satu persatu tembelangnya pecah. Nak menutup semua tu, dia guna fund pilihanraya yang dah masuk tu untuk cipta macam-macam konspirasi terhadap kerajaan dan UMNO. Peliknya tu, dia sendiri terlibat konspirasi, lepas tu dia pulak kata orang lain guna anak dia untuk berkonspirasi.
ReplyDeletePolitik Anwar tahu sajalah. Bala, Deepak dan sekarang Azlan pulak, semua ini bukti konspirasi Anwar untuk jatuhkan Perdana Menteri, mana ada cerita lain.
ReplyDeleteNampaknya banyak kelemahan sepanjang lima tahun kerajaan pakatan pembangkang memerintah Selangor?
ReplyDeletePakatan pembangkang ini, dia hanya tahu berpolitik dan hendak menunjukkan kuasa. Mereka juga menyalahgunakan kuasa yang ada kerana politik dan akhirnya rakyat yang menderita, rugilah.
ReplyDeletecontoh yang pertama, isu pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah. Pembinaan kampus ini duit daripada Kerajaan Pusat, peruntukan lebih kurang RM400 juta. Tanah pun bukan tanah kerajaan negeri, itu tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).
ReplyDeleteErtinya kerajaan negeri hanya diminta kuasanya untuk meluluskan ?development order? sahaja. Tetapi apa yang kita tengok, kuasa yang ada itu disalahgunakan apabila dia menolak penubuhan UiTM. Akhirnya yang rugi rakyat Selangor. Kalau hari itu dia lebih mementingkan rakyat Selangor, hari ini universiti itu saya ingat dekat 80 peratus hendak siap.
ReplyDeletekerajaan Selangor mahu tunjuk kuasa ialah isu air. Pada 16 tahun dahulu, kerajaan BN dah nampak tahun 2014 ini akan ada krisis air, sebab itu kita dah merancang untuk membina loji Langat 2. Kita tak minta duit daripada kerajaan negeri, apa yang kita minta kepada kerajaan negeri hanya untuk membenarkan kita buat loji, itu sahaja kuasa dia, tapi dia salah guna kuasa apabila tidak meluluskan projek ini.
ReplyDeleteKesannya Selangor akan menghadapi krisis air kerana peratus simpanan air sekarang hanya satu peratus berbanding sepatutnya 20 peratus.
ReplyDelete420 projek baru tidak boleh dilaksanakan termasuklah projek pembinaan rumah, kilang, industri, sekolah, rumah ibadat, hotel dan pusat beli-belah kerana air tak cukup. Jadi ini menunjukkan kalau kita biarkan kerajaan pakatan terus memerintah, Selangor akan menjadi mundur.
ReplyDeleteuniversiti swasta dengan kerjasama Sekolah Perubatan University Johns Hopkins hendak membina Universiti Perdana di tanah Mardi di Serdang. Kita sanggup berkorban dengan menjual tanah pertanian, demi Kerajaan Pusat dan untuk pendidikan masa depan kerana kita tahu perubatan dan kesihatan kita cukup penting.
ReplyDeleteKita mohon kuasa kerajaan Selangor ini untuk membenarkan tanah pertanian ditukar syarat kepada institusi. Itu pun dia tak sokong, macam mana Selangor nak membangun. Itu yang saya kata, dia salah guna kuasa, sehingga rakyat rugi.
ReplyDeleteBanyak lagi isu lain dalam bidang pendidikan yang umpama tikus membaiki labu seperti Yayasan Selangor dan Universiti Selangor (Unisel).
ReplyDeletePapar was considered a key link for Kota Kinabalu, the capital of Sabah, as well as Brunei Darus-salam and Sarawak.
ReplyDeleteIn late 2012 Najib also pledged to build an RM800 million (US$257.72 million) coastal road linking Tu¬aran, Kota Marudu and Kudat, a development that was welcomed by local officials.
ReplyDeleteAccording to Datuk Seri Max¬imus Ongkili, the member of parliament for Kota Marudu, the proposed road would bring economic transformation and de¬velopment to northern Sabah.
ReplyDeleteEarlier, in July 2012, the na¬tional government also revealed that a planned upgrade of the 2,330-km Pan Borneo Highway would see Sabah and Sarawak connected with a four-lane dual carriageway.
ReplyDeleteThe highway was expected to cost some RM16 billion (US$5.15 billion). Additional projects could be announced in the run-up to the Malaysian general election, expected to be held in June.
ReplyDeleteMainan politik pembangkang.
ReplyDeleteTerpulang kepada beliau lah, jangan lepas ni lompat lagi.
ReplyDeleteAnwar ada agenda sendiri.
ReplyDeleteMemang sudah dijangka dia akan masuk PKR.ini semua sebab sudah termakan dengan janji manis Anwar.
ReplyDeleteBerapa banyak habuan yang Anwar bagi ni??
ReplyDeleteInilah permainan politik bila PRU makin dekat. ramai yang beralih arah.
ReplyDelete