Wednesday, March 13, 2013

RAHSIA : Kesahihan Angkat Sumpah Najib Dipersoalkan

Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Datuk Mat Zain Ibrahim meggesa Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa menjelaskan tiga perkara yang menyebabkan beliau menyoal sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Dalam sepucuk surat terbuka kepada Ali, Mat Zain menjelaskan tiga perkara tersebut iaitu kesahihan sumpah jawatan Najib sebagai Perdana Menteri yang dibuat secara rahsia, nama Najib yang berlainan dan status kerajaan yang memerintah selepas 8 Mac 2013.

“Najib telah mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan sumpah simpan rahsia menggunakan bentuk sumpah yang lain daripada yang ditetapkan dalam Jadual Ke-6 Perlembagaan.

“Di sini lah timbul persoalan sama ada Najib layak menjalankan fungsi-fungsi jawatan Perdana Menteri memandangkan sumpah beliau tidak mengikut perlembagaan.

“Jika dalam lain-lain perkara, Najib bertegas untuk mengikut perlembagaan, mengapakah pula dalam perkara penting, iaitu mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia beliau enggan mengikut bentuk sumpah yang telah ditetapkan semenjak wujudnya perlembagaan itu?

“Jika semua Menteri dan Timbalan Menteri boleh lakukan,mengapa tidak beliau?

“Secara peribadi saya menyatakan bahawa sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia yang diikrarkan oleh Najib pada April 2009 tidak memenuhi ketetapan perlembagaan. Oleh demikian beliau tidak layak atau berkuasa menjalankan apa-apa fungsi jawatan Perdana Menteri atau melaksanakan kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan undang-undang lain kepada seorang Perdana Menteri,” kata Mat Zain dalam surat tersebut.

Najib ada 3 nama

Mat Zain turut menyoal kewujudan tiga nama Perdana Menteri ekoran tindakan Najib yang menggunakan nama Muhammad di hadapan namanya.

“Ketika mengangkat sumpah jawatan sebagai PM ke-6 pada April 2009,dengan lafaz Wallahi,Wabillahi,Watallahi, beliau menyebutkan nama beliau dengan terang dan jelas sebagai Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

“Semasa mengikrarkan affidavit-affidavit pada September 2011, beliau menegaskan nama beliau sebagai Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan menggugurkan nama Muhammad dari nama beliau.

“Sementara ketika menandatangani Ikrar Integriti PRU-13 pada Februari 2013 pula,beliau memberikan nama beliau sebagai Najib Razak sahaja, dengan menggugurkan nama “Muhammad” dari nama beliau dan nama “Abdul”dari nama allahyarham bapa beliau.

“Isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor pula, mengikrarkan dalam affidavit berasingan pada 21 September 2011, bahawa nama suami beliau ialah, Najib bin Tun Hj.Abdul Razak. Dengan demikian itu mengesahkan nama suami beliau tidak ada nama Muhammad atau Mohd.

Mat Zain turut menyoal status kerajaan persekutuan yang dibentuk pasca pilihan raya umum Mac 8, 2008 kerana tempoh lima tahun kerajaan telah tamat minggu lepas.

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana pilihan raya diadakan dalam tempoh lima tahun selepas mandat. -FMT

40 comments:
Write comments
  1. Pelbagai taktik dan manipulasi yang dilakukan oleh pakatan pembangkang termasuklah memburuk-burukkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebagai cara untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk membubarkan Parlimen bagi diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 , kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temenggor, Datuk Hasbullah Osman.

    ReplyDelete
  2. Terbaru, provokasi pakatan pembangkang tersebar bahawa tarikh PRU pada Jumaat lalu ditangguhkan berikutan berkait dengan kepulangan penyiasat persendirian P Balasubramaniam. Jika mengikut jadual asal, Parlimen akan dibubarkan pada 22.2.2013 seperti yang dimaklumkan kepada beberapa pihak berkaitan tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.

    ReplyDelete
  3. “Siapa yang akan percaya pada Balasubramaniam lagi setelah apa yang dilakukannya malah buat akuan bersumpah pun masih boleh menipu inikan pula cakap-cakap yang banyak dipengaruhi oleh agenda politik pihak tertentu,” katanya

    ReplyDelete
  4. Tegasnya, apa sahaja tindakan dan provokasi pakatan pembangkang sejak kebelakangan ini adalah menjurus kepada hasrat untuk mengubah persepsi rakyat terhadap BN.

    ReplyDelete
  5. “BN telah melaksanakan banyak tanggungjawab dan menghulurkan pelbagai bantuan kepada rakyat malah apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sangat memberi kesan kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  6. “Pembangkang terpaksa menggunakan pelbagai taktik setelah terbukti mereka gagal memperbaiki nasib rakyat di negeri-negeri tadbiran mereka dan cara yang ada sekarang hanyalah fitnah dan tipu helah yang dalam ayat politik ia disebut sebagai manipulasi agar rakyat keliru dan tidak bertumpu kepada agenda utama BN.”

    ReplyDelete
  7. Tambahnya, pakatan pembangkang mahu mengalihkan isu rakyat kepada perkara negatif dan Balasubramaniam adalah antara tumpuan mereka sekarang ini.

    ReplyDelete
  8. Balasubramaniam menjadi saksi dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu di Shah Alam, Selangor dan pernah membuat akuan bersumpah sebanyak dua kali yang mana kedua-dua akuan sumpah tersebut adalah bertentangan dan terbaru telah bersumpah bahawa akuan sumpah yang kedua tidak benar.

    ReplyDelete
  9. “Apabila seseorang itu sudah acapkali melakukan penipuan sehinga bersumpah pun sanggup menipu jadi apa lagi yang boleh dipercaya.

    ReplyDelete
  10. Kali pertama bersumpah dia telah menipu dan kemudiannya bersumpah untuk kali kedua mengatakan sumpah sebelumnya adalah satu penipuan dan sekarang bersumpah lagi mengatakan sumpah kali kedua adalah pembohongan jadi yang mana satu rakyat mahu percaya… dah banyak kali menipu maka akan terus menipulah.”

    ReplyDelete
  11. Ujarnya, Balasubramaniam telah diperalatkan oleh pakatan pembangkang sebagai bahan manipulasi dan provokasi dalam hasrat meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap BN.

    ReplyDelete
  12. “Persoalannya kenapa dia balik sekarang… sebelum ini lari ke luar negara sebab takut kena tangkap dan sekarang apabila dekat dengan PRU dia balik sebab tahu kalau ditangkap akan dijadikan sebagai isu politik oleh pakatan pembangkang. Tentunya ada skrip yang telah dirancang untuk manipulasi negatif terhadap kerajaan melalui orang upahan.”

    ReplyDelete
  13. Bidasnya, rakyat tahu membuat penilaian dan tidak akan mudah terpengaruh dengan golongan yang gemar menipu

    ReplyDelete
  14. Kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua bahawa parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menggunakan simbol masing-masing walaupun kewujudan pakatan itu diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan adalah pertanda bahawa Pakatan Rakyat TIDAK sepakat dalam erti kata sebenarnya.

    ReplyDelete
  15. Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, seolah-olah telah setuju dengan kenyataan Tian Chua. Apa tidaknya. PAS sudah pasti akan kehilangan sokongan jika lambang keramat PAS "bulan penuh diketepikan" Ketua Penerangan PAS itu pernah menegaskan bahawa pihak pembangkang tidak akan menggunakan lambang yang sama pada PRU13.

    ReplyDelete
  16. Keadaan yang dapat dilihat sebagai pelik ialah bilaman PAS sudah mengiktiraf sikap DAP yang cauvisist dan konservatif perkaumananya.

    ReplyDelete
  17. Tuan Ibrahim, DAP tentunya tidak mahu imej cauvinisme Cinanya hilang jika logo roket tidak digunakan dalam pilihan raya. Apakah PAS sudah menelan dasar CHAUVINISM DAP dan menganggapnya sebagai kawan setia dan rakan kongsi yang baik dalam Pakatan Rakyat?

    ReplyDelete
  18. Nampaknya PKR sahajalah parti yang bersungguh-sungguh menggunakan Lambang Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  19. Umum tahu bahawa menggunakan lambang yang sama menguntungkannya kerana sememangnya selama ini, PKR lebih kelihatan menumpang populariti yang ada pada Pas dan DAP.

    ReplyDelete
  20. Keadaan ini, pengggunaan lambang parti masing-masing, sudah pasti dilihat bahawa PR tidak sepakat.

    ReplyDelete
  21. Lambat laun mereka akan menegakkan identiti masing-masing dan akan sendirinya melupakan PR.

    ReplyDelete
  22. Selepas PRU 13, kesepakatan ini akan teruji.

    ReplyDelete
  23. Ujian yang paling getir ialah penegakkan terhadap ideologi parti masing-masing yang menjurus kepada perpecahan PR.

    ReplyDelete
  24. Pemuda Barisan Nasional (BN) 15 Mac melancarkan Gerakan Menolak Penipuan Pembangkang (GEMPAK) dalam usaha mengingatkan rakyat terhadap segala pembohongan dan fitnah pembangkang menjelangnya pilihan raya umum ke-13 nanti.

    ReplyDelete
  25. Pengerusinya Khairy Jamaluddin berkata pihaknya jangkakan bahan kempen pembangkang adalah bahan kempen yang menjurus kepada fitnah, negatif kempen serta kempen yang cuba membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin BN dengan menggunakan cerita dan tuduhan yang tidak berasas, fitnah, pembohongan dan juga dengan menggunakan bukti yang tidak sahih.

    ReplyDelete
  26. Menurut beliau kempen berkenaan adalah untuk mengingatkan rakyat bahawa pembangkang sudah ada ‘track record’ dalam melaksanakan kempen fitnah sedemikian rupa sebelum ini dan segala pembohongan mereka terkandung di dalam GEMPAK.

    ReplyDelete
  27. “Kita telah kumpulkan bahan dan fakta berdasarkan kepada kajian kita yang ambil beberapa kes pembohongan serta fitnah yang dilakukan oleh pembangkang sebagai contoh bahawa inilah antara contoh bagaimana mereka akan menjaja fitnah dalam pilihan raya kali ini.

    ReplyDelete
  28. “Kita kumpulkan dalam GEMPAK ini semua fitnah yang telah dibuat oleh pembangkang. Kita akan buat dalam bentuk flyers, dalam bentuk cd dan juga dalam bentuk ‘content’ yang akan kita muat naik dalam facebook dan juga tweeter supaya rakyat tahu dan waspada tuduhan yang datang daripada pembangkang.

    “Justeru Pemuda BN akan bergerak di setiap kawasan menerusi komponen kita untuk ingatkan rakyat sikap pembohongan dan fitnah yang telah diamalkan pembangkang selama ini,” katanya.

    ReplyDelete
  29. Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO turut menunjukkan kepada pihak media antara contoh pembohongan serta fitnah yang dibuat oleh pembangkang sebelum ini.

    Antaranya pemalsuan surat oleh pembangkang, poster lebuhraya tanpa tol di Thailand sedangkana ada tol di lebuhraya berkenaan, pembohongan kos perkhwinan anak PM, felda ada urus niaga di israel, manipulasi imej dan sebagainya.

    ReplyDelete
  30. “Keduanya adalah mengenai pembohongan pembangkang mengenai janji-janji. Ada dua kategori. Satu kategori adalah fitnah dan satu lagi janji-janji 2008 yang tak tertunai. Kita kena ingatkan rakyat bahawa janji mereka dalam manifesto mereka kali ini tidak boleh dipakai disebabkan majoriti janji 2008 baik diperingkat negeri pun tidak tertunai.

    ReplyDelete
  31. “Ketiganya melalui Pentas Pemuda, mahasiswa, selain BN Youth Volunterss (BNYV) untuk golongan profesional dan Utusan Pemuda iaitu jentera baru yang kita tubuhkan untuk edar bahan seperti flyers di kawasan tumpuan awam dan sebagainya,” Katanya.

    ReplyDelete
  32. yang pasti najib benar2 dah bersumpah.. nk pertikai apa lagi..

    ReplyDelete
  33. Masing-masing menilaikannya.

    ReplyDelete
  34. Ada agenda yang tidak diketahui. Kini, beliau sudah meninggal dunia, tiada bukti lagi.

    ReplyDelete
  35. Rekaan cerita yang cuba menarik perhatian dan divert attention harus dielakkan.

    ReplyDelete
  36. Najib harus mengumumkan tarik PRU13.

    ReplyDelete
  37. Banyak juag agenda politik yang rakyat tidak tahu kebenarannya. Cuma mereka yang tahu.

    ReplyDelete
  38. Pembangkang sanggup mengunakan isu lapuk untuk kepentingan politik mereka.

    ReplyDelete
  39. Rakyat tau menilai mana yang benar atau tidak.

    ReplyDelete
  40. Pembangkang hanya tau memanaskan isu yang tiada bukti, hanya cakap kososng sahaja.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.