Selain sokongan rakyat yang masih tidak menentu terhadap UMNO dan BN, masalah lain yang turut memeningkan kepala Najib yang kini dianggap sedang memimpin sebuah kerajaan sementara kerana sudah melebihi tempoh lima tahun ialah kemungkinan berlakunya sabotaj daripada kalangan ahli dan pimpinan UMNO sendiri.
Jika unsur sabotaj berlaku di banyak kawasan Parlimen atau DUN dan menyebabkan beralihnya beberapa ratus undi, harapan BN untuk mengekalkan Putrajaya tentunya menjadi semakin tipis.
Walapun perbuatan sabotaj ini telah diperingatkan banyak kali, sama ada oleh Najib mahupun lain-lain pemimpin tetapi realitinya ia sangat sukar dibendung terutama di kalangan pemimpin yang sentiasa bernafsu tinggi sama ada untuk menjadi calon ataupun mahu kekal lagi bergelar Yang Berhormat.
Di beberapa negeri kini bukan saja terlihat keghairahan beberapa pemimpin yang sedang berusaha menonjolkan diri sebagai calon, bahkan sudah mulai kedengaran ungkapan-ungkapan kata yang berbaur ugutan terhadap parti jika mereka tidak terpilih sebagai calon.
Di WP di mana seorang Ketua UMNO Bahagian yang sedang ghairah mahu menonjolkan diri dan sedang bersaing dengan parti komponen lain untuk menjadi calon, kata-kata ugutan ini boleh didengar dengan jelas sekali. Ada yang menyatakan jika calon MCA juga yang terpilih, sebahagian besar ahli UMNO tidak akan turun mengundi kali ini.
Hujah yang digunakan ialah kerana kononnya UMNOlah yang berusaha keras mengadakan pelbagai program bertemu rakyat dan menggerakkan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan itu sejak lebih 4 tahun lalu.
Sementara di kalangan penyokong yang lebih fanatik pula berkata, jika Najib kekal juga menurunkan calon MCA kali ini, sebahagian jentera PDM tidak akan berfungsi sepenuhnya kerana mereka tidak mahu lagi bekerja untuk pilihanraya kali ini.
Di Selangor pula, terdapat seorang ADUN yang sudah pun memasang poster bergambarnya dengan lambang dacing di merata-rata kawasan seolah-olah beliau sudah pasti menjadi calon walaupun hakikatnya tarikh pilihanraya belum ditentukan dan pemilihan calon pula belum lagi dimuktamadkan.
Beberapa orang kanan ADUN berkenaan yang ditemui berkata, pemasangan poster itu adalah merupakan taktik ugutan halus ADUN berkenaan kepada pimpinan UMNO negeri dan Pusat bahawa beliau sudah bersedia sepenuhnya untuk dipilih semula dan telah mengeluarkan belanja yang besar bagi tujuan tersebut.
Ia juga mengandungi mesej tersirat bahawa sesuatu yang boleh memudaratkan masa depan UMNO akan berlaku jika beliau tidak terpilih semula memandangkan kemenangan yang diperolehinya dalam pilihanraya lalu adalah dengan majoriti yang kecil sahaja. Dan dalam pilihanraya kali ini, nama ADUN berkenaan sedang diheboh bakal digugurkan dan akan digantikan dengan calon lain yang mempunyai hubungan rapat dengan salah seorang pemimpin UMNO Selangor.
Di sebuah negeri di utara pula, seorang Ketua UMNO Bahagian bertindak lebih berani kerana secara terbuka mengatakan jika beliau tidak dipilih kali ini, di kawasan Parlimennya saja beliau boleh memastikan sekurang-kurangnya 1,000 penyokongnya sama ada tidak turun mengundi ataupun mengalihkan sokongan kepada calon PR.
Oleh kerana majoriti kemenangan calon PR di kawasan itu dalam pilihanraya lalu pula kurang daripada 1,000 undi, ugutan beliau itu tentunya menipiskan lagi peluang UMNO dan BN negeri itu untuk mencapai kemenangan kali ini.
Di sebuah negeri di utara juga, seorang Ketua UMNO Bahagian yang sudah dua penggal menjadi wakil rakyat, turut mennghebohkan kepada rakan-rakan rapatnya bahawa beliau akan bertanding Bebas jika digugurkan dalam pilihanraya ini.
Biar sama-sama putih mata, katanya lagi yang sesekali turut mengkritik pendekatan Najib yang dilihatnya terlalu ghairah mahu menonjolkan calon daripada luar kepimpinan UMNO Bahagian tanpa memikirkan pelbagai kesan yang mungkin timbul daripadanya.
Di beberapa negeri lain juga masalah yang sama sedang selama. Semua pemimpin UMNO bahagian dilihat sedang berlumba-lumba mahu menjadi calon tanpa memikirkan sama ada mereka "winnable" atau sebaliknya. Bagi mereka, sebagai pemimpin yang sedang memegang jawatan dan bekerja siang malam untuk UMNO selama ini, maka mereka sepatutnya diberi diutamakan dalam kriteria pemilihan calon pilihanraya oleh Najib.
Jika keghairahan menjadi calon ini tidak terbendung lagi dan akhirnya hasrat itu tidak dapat ditunaikan oleh pucuk pimpinan, mereka ini mungkin bertindak di luar pertimbangan demi memuaskan nafsu sendiri. Mereka mungkin melakukan sabotaj, tidak menggerakkan jentera pilihanraya, menghasut penyokong supaya tidak keluar mengundi, bertanding sebagai calon Bebas dan sebagainya lagi.
Oleh kerana Najib sudah mengingatkan berulangkali tentang perbuatan sabotaj ini, bahkan sudah pun melantik pemantau di setiap bahagian untuk tujuan itu, tidak dapat dielakkan bahawa selepas pilihanraya nanti akan menyaksikan ramai pemimpin dan ahli UMNO yang akan diambil tindakan, termasuk dipecat atau digantung keahlian mereka.
Sejauh mana sabotaj ini akan berlaku atau sebaliknya, bergantung kepada kebijaksanaan Najib dalam menentukan pemilihan calon nanti dan setakat mana kesan sabotaj itu memberi kesan kepada kemenangan atau kekalahan UMNO dan BN, sama-sama kita tunggu Najib membubarkan Parlimen yang kini sudah pun melewati tempoh lima tahun sebenarnya.
Oleh Shahbudin Husin (DD)
Wednesday, March 13, 2013
Ramai Pemimpin UMNO Bahagian Bakal Kena Pecat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ini kalilah...
ReplyDeleteProgram kbangkitan PR ke arah Putrajaya tentu lebih cerah jika senario 'duri dalam daging' atau 'api dalam sekam' mula merebak dlm UMNO ni. Perkara ini telah trjadi pun pd PRU yg lalu dimana ada pemimpin kanan UMNO seolah2 'bersyukur' dgn tewasnya musoh beliau dlm UMNO tempohari.
ReplyDeleteRakyat terutamanya golongan muda perlu diberi penjelasan seluasnya mengenai perjuangan UMNO yang telah banyak membela bangsa, agama dan negara.
ReplyDeleteKetua UMNO Bahagian Jerantut yang juga Anggota Parlimen kawasan itu, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar berkata pemimpin Umno sejak dahulu sehinggalah era Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang, telah melakukan banyak perkara untuk membela rakyat namun masih ramai dilihat tidak bersyukur atau berterima kasih.
ReplyDelete“Kita sepatutnya bersyukur kerana mempunyai kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat menyediakan pelbagai kemudahan dan mengekalkan keamanan serta keharmonian di negara ini,” katanya
ReplyDeleteTengku Azlan berkata kegagalan rakyat memahami perjuangan UMNO sejak sebelum merdeka sehingga kini menyebabkan terdapat sesetengah pihak memandang negative terhadap perjuangan parti itu.
ReplyDelete“Kejayaan kerajaan menangani isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah membuktikan bahawa kerajaan sentiasa berusaha membanteras musuh negara dan mengekalkan keamanan seperti yang dilakukan UMNO ketika menuntut kemerdekaan negara pada masa dahulu,” katanya.
ReplyDeleteMenurutnya sikap segelintir anggota UMNO yang tidak lagi berjuang mengikut landasan yang betul turut mempengaruhi masyarakat yang hilang kepercayaan terhadap parti itu.
ReplyDelete“Dulu orang UMNO sanggup mengadai nyawa dan harta benda untuk parti kerana darah UMNO mengalir dalam diri mereka, namun sesetengah pihak hari ini pula menjadikan UMNO untuk mendapat kepentingan peribadi,” katanya.
ReplyDeleteBeliau turut berasa terkilan kerana terdapat golongan belia yang tidak memahami perjuangan UMNO begitu mudah diperalatkan pihak pembangkang.
ReplyDelete“Kita mahu belia tahu apa itu UMNO dengan fahaman yang jelas dan aktiviti yang diadakan melibatkan golongan muda harus digunakan untuk memperjelaskan perjuangan UMNO dan bukannya sekadar berseronok,” katanya.
ReplyDeleteParti pembangkang yang dahagakan kuasa tidak akan mampu menembusi Sabah yang ditadbir dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, kata Exco Penerangan Sabah Datuk Sapawi Ahmad.
ReplyDeleteBN akan tetap menang di Sabah pada pilihan raya umum akan datang, sekaligus mengekalkan negeri itu sebagai kubu kuat parti gabungan itu.
ReplyDeleteBerdasarkan senario politik semasa dan tahap keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional, BN tetap menang di Sabah pada pilihan raya akan datang
ReplyDeletekerajaan BN banyak membawa pembangunan dan kemajuan di negeri ini, dan rakyat juga merasa selesa berada di bawah pemerintahan BN yang berjaya mewujudkan keamanan dan suasana politik yang stabil.
ReplyDeleteBegitu juga dengan kedudukan kewangan negeri. Sejak kerajaan BN mengambil alih tampuk pemerintahan di Sabah pada 1994, kedudukan kewangan Sabah bertambah kukuh terutama semasa pentadbiran Datuk Seri Musa Aman
ReplyDeleteUmno and BN will remain strong and the party will continue to implement the needful to maintain the status quo.
ReplyDeleteUmno and Sabah BN were no longer strong was just a political ploy of the opposition
ReplyDeleteBN component parties play an important role to ensure BN continues to remain strong
ReplyDeletedilihat Pakatan Rakyat yang banyak masalah sekarang ini. kerana mereka gagal menunaikan janji2 mereka pada PRU yang lalu.
ReplyDeletekerajaan banyak berusaha untuk membantu rakyat melalui pelbagai bentuk bantuan.
ReplyDeleteCalon yang diketengahkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bukan hanya dikenali kerana popularitinya tetapi juga mampu berkhidmat kepada rakyat yang diwakili.
ReplyDeletecalon yang diketengahkan mestilah sentiasa berusaha memastikan kawasannya mendapat perhatian daripada kerajaan negeri dan pusat selain mempunyai hubungan baik dengan para pemimpin.
ReplyDeleteHanya dengan cara sedemikian kerajaan dapat mengenali lebih dalam keperluan rakyat di semua kawasan di seluruh negeri.
ReplyDeleteJusteru, apa yang diungkapkan pembangkang selama ini tidak harus menjadi ukuran kepada kesungguhan mereka untuk menjadi pemerintah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim (ketua pembangkang) pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan namun ketika itu beliau gagal berbuat sesuatu yang mampu merubah nasib rakyat.
ReplyDeleteKeadaan itu jauh berbeza dengan corak kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sejak menjadi Perdana Menteri tiga tahun lalu.
ReplyDeleteBuktinya, sejumlah RM3.6 bilion daripada RM5 bilion telah diterima Sarawak untuk membangunkan projek yang diletakkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
ReplyDeleteMengenai calon, Najib berkata akan terdapat "campuran yang baik" antara penyandang masa kini dan muka-muka baru.
ReplyDeleteMenjelang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melantik kembali 222 pegawai pengurus pilihan raya pada 22 Mac, beberapa hari sebelum Parlimen diramalkan akan dibubarkan secara meluas.
ReplyDelete"Ini bagi memastikan persiapan kami berjalan lancar dan kita tidak terperangkap dalam keadaan ketiadaan pengawal apabila pembubaran dibuat.
ReplyDelete"Dengan lebih rakyat Malaysia di luar negara kini dibenarkan mengundi melalui pos, pegawai pengurus akan mempunyai lebih banyak tugas untuk dilaksanakan, jadi mereka memerlukan permulaan," katanya.
ReplyDeletemana2 pemimpin bermasalah mmg patut digugurkan
ReplyDeleteRamai yang masih bersyukur dengan BN juga.
ReplyDeleteAdakah masalah dengan undian melalui pos ini?
ReplyDeletePemimpin harus kerap turun padang dan mengambil berat dan mendengar suara rakyat. Kebajikan rakyat harus diutamakan.
ReplyDeleteParti komponen harus sebulat suara dan memberi kerjasama yang terbaik untuk memperjuangkan kedudukan yang baik di PRU akan datang.
ReplyDeleteOleh kerana majoriti kemenangan calon PR di kawasan itu dalam pilihanraya lalu pula kurang daripada 1,000 undi, ugutan beliau itu tentunya menipiskan lagi peluang UMNO dan BN negeri itu untuk mencapai kemenangan kali ini.
ReplyDeleteRasa-rasa UMNO menghadapi cabaran dan tekanan juga.
BN contribute a positive development to Malaysia. Such contribute should be able to gain more support.
ReplyDeleteyang tidak bertanggung jawab, tidak harus dijawat.
ReplyDeleteKerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.
ReplyDeleteNajib harus memberi laluan kepada calon muda untuk mengambil pengalaman.
ReplyDeleteParti komponen harus terus memberi sokongan dan memperjuangkan misi yang sama.
ReplyDeletePM pasti akan menurunkan calon-calon yang berpengalaman untuk mewakili rakyat.
ReplyDeleteKerajaan Bn telah berusaha untuk menbangunankan Negara dan keperluan rakyat sentiasa di utamakan.
ReplyDeletePeople must continue to support Barisan Nasional in the coming 13th general election to enable the government to bring more development in the future.
ReplyDelete