Friday, March 1, 2013

Tembakan, kematian dilaporkan berlaku di Lahad Datu



Tembak-menembak dilaporkan berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh dari Filipina yang menduduki kawasan perkampungan berhampiran Lahad Datu, dan menyebabkan kematian, lapor media Filipina hari ini.

Laman web The Philippine Daily Inquirer melaporkan, dipetik stesen radio Sabah, mereka mendengar bunyi tembakan selepas jam 10 pagi hari ini, tanpa menamakan wartawan berkenaan.

Laman web tersebut turut memetik kenyataan beberapa penduduk kampung yang melihat ada beberapa mayat dipindahkan, dan menambah pihak berkuasa Malaysia juga menolak untuk memberikan sebarang kenyataan buat masa ini. -TMI

3 comments:
Write comments
  1. Ini lah yang kita dapat, kalaulah perairan negara tidak di lolos dengan mudah, mustahil pemberontak ini dapat masuk dengan begitu mudah, dengan jumlah begitu ramai dan lengkap dengan pakaian ala tentera serta senjata berat, 1 nyawa begitu berharga bagi seluruh rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  2. apa punya najip,apa lagi hisamuddin buat pergi ke lahad datu,nak berunding lagi,dah 2 nyawa melayang,sepatutnya pihak keselamatan dah gempur mereka sekarang.jangan biarkan penceroboh keluar dari bumi sabah hidup-hidup.

    ReplyDelete
  3. Dah melarat ke Simunul,Seporna pulak. Ayuh BN,bincang lagi dan jgn segan. Nanti merebak ke Tawau,bincang lagi deh. Akku mau ikut sama barbincang, mbah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.