Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) mendedahkan, ‘VVIP’ yang terlibat menjadi dalang di sebalik pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bala yang membuat pendedahan umum kali pertama malam tadi, sekembalinya ke tanah air Ahad lalu menceritakan kronologi pembunuhan Altantuya bermula beliau dipanggil bekerja oleh Abdul Razak Baginda.
Menurut Bala, Razak, sekutu rapat dan orang kepercayaan Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri mengarahkan supaya beliau melindungi rumah dan anaknya 24 jam selama 10 hari.
Beliau mendedahkan perbualan Razak bersama seorang individu ketika pertemuan mereka.
“Semasa (saya) bertemu Razak, dia menerima panggilan dari seseorang bernama ‘Tan’ yang mengugut akan mencederakan anak Razak jika beliau tidak membayar wang ‘wanita’ itu,” kata Bala, merujuk Altantuya.
“Kemudian saya tanya kenapa tak buat laporan polis? Razak jawab tak boleh, sebab ada VVIP yang terlibat. Saya tanya lagi kenapa tak halang saja dia (Altantuya) dari masuk negara ini? Razak kata tak boleh, Altantuya ada banyak pasport,” kata Bala di hadapan 3,000 hadirin pada forum ‘Pendedahan: Siapa Arah Bunuh Altantuya?’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH).
Menurut Bala lagi, Razak memberitahunya, Altantuya menuntut bayaran sebagai perantara dalam urusan pembelian kapal selam di Perancis sebanyak USD500 juta dan tiga tiket kapal terbang pulang ke Mongolia.
Kata Bala, kali terakhir dia melihat Altantuya pada 18 Oktober 2006 iaitu di hadapan rumah Razak.
“Sebelum itu Razak cakap, kalau Altantuya ada depan rumahnya, (saya perlu) mesej beliau (dahulu). Saya hantar SMS kepada Razak memberitahunya (tentang kehadiran Altantuya).
Kemudian Razak kata ‘lengahkan dia, tunggu sampai orang saya sampai’,” kata Bala.
“20 minit kemudian, sebuah kereta Proton Aeroback warna merah tiba dengan seorang wanita dan dua lelaki. Wanita itu adalah Lans Korporal Rohaniza, dan dua orang lelaki itu adalah Azilah Hadri dan Sirul Azhar (Umar). Mereka semua berpakaian biasa.
Azilah berjalan ke arah saya sementara dua yang lain menunggu dalam kereta,” jelas Bala.
“Azilah tanya saya dalam Bahasa Melayu: ‘inikah perempuan itu’, menyebabkan Altantuya tak faham apa yang kami cakap. Saya kata ‘ya’. Azilah pula berkata, mereka (tiga individu berkenaan) akan bawa Altantuya pergi. Saya beritahu Altantuya bahawa dia ditahan dan perlu mengikut mereka naik kereta tersebut.
Altantuya masuk dan duduk di belakang bersama Korporal Rohaniza, manakala Azilah dan Sirul berada di depan,” kata Bala.
Azilah dan Sirul – kedua-dua mereka adalah anggota polis yang ditugaskan menjaga keselamatan Najib. Mereka bersama-sama disabitkan kesalahan membunuh Altantuya di kawasan hutan di Shah Alam, hampir tujuh tahun lalu.
Sah Najib terlibat
Menurut Bala lagi, beliau hanya mengetahui kematian Altantuya selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) pada November 2006.
“Sewaktu (saya) bertemu Razak dan peguam Puvanendran, Razak menerima SMS dan menunjukkan kepada kami kandungan SMS itu – “Meeting IGP at 11am, be cool”. (Pada SMS itu) tertera nombor Datuk Seri Najib Razak. Maka terjawablah VVIP yang terlibat,” kata Bala disambut sorakan hadirin.
Mengesahkan lagi keterlibatan Najib, Bala memberitahu, adik Najib, Datuk Nazim Razak pernah berjumpanya, mengugut dan mengarahkan beliau menukar akuan bersumpah pertama.
“Saya dipanggil ke hotel untuk bertemu Nazim. Nazim tanya saya, kamu sayang keluarga kamukan? Saya jadi takut dengan soalan-soalan ugutan seperti itu dan memutuskan untuk membuat akuan bersumpah kedua,” jelas Bala yang meninggalkan Malaysia sejak 2009 disebabkan ugutan itu.
Forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tersebut dipengerusikan Presiden Kumpulan Anak Muda Independan (Kami), Khalid Ismath.
Panelis melibatkan kartunis politik, Zunar; Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel, manakala Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin selaku moderator.
Hadir sama di kalangan pemimpin politik Pakatan Rakyat antaranya, Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran, Ronnie Liu.
Kehadiran Bala disambut meriah penyokong pelbagai kaum yang melimpah hingga ke luar dewan.
Ekoran sambutan itu, penganjur memasang skrin di perkarangan dewan, supaya hadirin dapat sama mengikuti pendedahan yang dinanti-nantikan itu.
Turut sama mengambil peluang, para peniaga yang membuka gerai jualan seperti baju dan makanan.-KD
Friday, March 1, 2013
Video : PI Bala Dedah Najib Dalang Bunuh Altantuya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bukankah HANTU JEMBELANG yang dalangnya bukan Najib hehe
ReplyDeletekali ini haji logiut najib akan bersumpah laknat dlm tokong!!!
ReplyDeleteJgn kita SUU Dzon ( sangka jahat ) dgn Rosmah. Dia ikhlas mau bunoh Altantuya sebab mau hantar roh mangsa terus ke syurga.
ReplyDeleteBERAPA RM YANG PEMBANGKANG BAYAR UNTUK BALA BUAT PENGAKUAN SEPERTI INI?
ReplyDeleteSelepas lebih kurang 5 tahun penyiasat persendirian Balasubramaniam Perumal (PI Bala) menghilangkan diri bersembunyi di India, Ahad lepas bersamaan 24 Februari 2013, akhirnya PI Bala muncul di KLIA dengan sambutan hangat oleh kira-kira 50 penyokong PKR.
Sambutan yang diberikan oleh PKR terhadap PI Bala itu mengesahkan lagi wujudnya peranan parti itu dalam merencanakan komplot jahat mereka memanipulasi dan mensensasikan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya untuk dikaitkan dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Lagi pun bila mana perkara pertama yang dilakukan PI bala ialah bersumpah bersaksikan kitab Hindu Bhagavad Gita bahawa Akuan Bersumpah (SD) pertama yang mengaitkan Najib dalam pembunuhan Altantuya kononnya adalah benar, manakala SD 2 pula dilakukan secara terpaksa, tambah jelas lagi peranan PKR dalam kes ini.
Sepatutnya jika PI Bala berhasrat menafikan pula SD2, bukankah lebih elok dilakukan pula SD ketiga. Alang-alang sudah berkali-kali buat akuan bersumpah yang saling bercanggah, elok juga buat sampai SD10, tak gitu?Menarik untuk dilihat apa reaksi penerimaan orang Melayu Islam dalam PKR dengan sumpah PI Bala dengan kitab Hindu Bhagavad Gita itu, mungkin mereka teruja barangkali memandangkan Ketua Umum PKR sendiri sampai sekarang tak meyakini kebenaran sumpah laknat yang bersaksikan Allah s.w.t.
Semasa di temu bual oleh pihak media di KLIA itu juga PI Bala telah mengumumkan kesediaannya untuk membantu kempen Pakatan Rakyat (PR) dengan menjelajah ke seluruh negara konon bagi membongkar kebenaran di sebalik peristiwa tragis pembunuhan Altantuya Shariibuu.
Ia tidak pun mengejutkan khalayak, kerana umum tahu SD1 yang diikrarkan oleh PI Bala mempunyai kaitan rapat dengan pemimpin-pemimpin utama PKR yang sedari awal lagi mengharapkan manipulasi dan spekulasi mengenai kes pembunuhan Altantuya akan memalapkan sinar politik Najib.
Usaha PR gagal selepas SD2 oleh PI Bala menafikan pembabitan Najib, tambahan pula Raja Petra Kamaruddin yang pernah merekayasa fiksyen kisah Altantuya dengan memanipulasi kehebatan imaginasinya juga telah mengakui PM mahupun isterinya langsung tiada sangkut paut dalam kes tersebut.
Sebaliknya umum didedahkan pula dengan peranan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah terlibat berusaha memujuk suspek pembunuhan, Azilah dan Sirul supaya sengaja membabitkan nama Najib dalam kes sensasi itu.
Sebetulnya apa sahaja gerak geri PI Bala selepas ini ia tidak membantu pun PR dalam usaha mereka untuk memporak-perandakan kepercayaan rakyat kepada PM, kerana keraguan umum terhadap kredibiliti penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Razak Baginda teramat besar sekali.
Khalayak sebenarnya lebih tertarik untuk mengetahui kenapa PI Bala sanggup menggelapkan wang RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak Baginda yang sepatutnya diberikan kepada Altantuya dan jika PI Bala tidak bermaksud menyonglapnya, sekurang-kurangnya khalayak umum ingin tahu di mana wang itu sekarang.
Paling penting khalayak ingin tahu siapakah dalang utama yang menaja, menanggung dan menampung segala kos kehidupan PI Bala di luar negara sejak lebih kurang 5 tahun lalu?
Tidak sedikit kos tanggungan tersebut, dari hal upah tutup mulut, kos perumahan, makan minum dan kenderaan serta kos harian lain, jumlahnya besar, setakat RM50,000 yang disonglap oleh PI Bala dari Razak Baginda tentunya tidak mencukupi.
Tentu sahaja penajanya dari kalangan pemimpin utama PKR, kerana parti ini juga sebelum ini menaja kehidupan kekasih gelap Elizabeth Wong iaitu Helmi Malik di Indonesia dalam usaha mereka ‘menyejuk bekukan’ kisah hubungan sulit kedua-dua mereka dari terus menjadi perhatian umum.
ReplyDeletePersoalannya siapa nama pemimpin itu dan dari manakah sumber kewangan yang diperolehnya?
Selepas lebih kurang 5 tahun penyiasat persendirian Balasubramaniam Perumal (PI Bala) menghilangkan diri bersembunyi di India, Ahad lepas bersamaan 24 Februari 2013, akhirnya PI Bala muncul di KLIA dengan sambutan hangat oleh kira-kira 50 penyokong PKR.
Sambutan yang diberikan oleh PKR terhadap PI Bala itu mengesahkan lagi wujudnya peranan parti itu dalam merencanakan komplot jahat mereka memanipulasi dan mensensasikan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya untuk dikaitkan dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Lagi pun bila mana perkara pertama yang dilakukan PI bala ialah bersumpah bersaksikan kitab Hindu Bhagavad Gita bahawa Akuan Bersumpah (SD) pertama yang mengaitkan Najib dalam pembunuhan Altantuya kononnya adalah benar, manakala SD 2 pula dilakukan secara terpaksa, tambah jelas lagi peranan PKR dalam kes ini.
Sepatutnya jika PI Bala berhasrat menafikan pula SD2, bukankah lebih elok dilakukan pula SD ketiga. Alang-alang sudah berkali-kali buat akuan bersumpah yang saling bercanggah, elok juga buat sampai SD10, tak gitu?
Menarik untuk dilihat apa reaksi penerimaan orang Melayu Islam dalam PKR dengan sumpah PI Bala dengan kitab Hindu Bhagavad Gita itu, mungkin mereka teruja barangkali memandangkan Ketua Umum PKR sendiri sampai sekarang tak meyakini kebenaran sumpah laknat yang bersaksikan Allah s.w.t.
Semasa di temu bual oleh pihak media di KLIA itu juga PI Bala telah mengumumkan kesediaannya untuk membantu kempen Pakatan Rakyat (PR) dengan menjelajah ke seluruh negara konon bagi membongkar kebenaran di sebalik peristiwa tragis pembunuhan Altantuya Shariibuu.
Ia tidak pun mengejutkan khalayak, kerana umum tahu SD1 yang diikrarkan oleh PI Bala mempunyai kaitan rapat dengan pemimpin-pemimpin utama PKR yang sedari awal lagi mengharapkan manipulasi dan spekulasi mengenai kes pembunuhan Altantuya akan memalapkan sinar politik Najib.
Usaha PR gagal selepas SD2 oleh PI Bala menafikan pembabitan Najib, tambahan pula Raja Petra Kamaruddin yang pernah merekayasa fiksyen kisah Altantuya dengan memanipulasi kehebatan imaginasinya juga telah mengakui PM mahupun isterinya langsung tiada sangkut paut dalam kes tersebut.
ReplyDeleteSebaliknya umum didedahkan pula dengan peranan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah terlibat berusaha memujuk suspek pembunuhan, Azilah dan Sirul supaya sengaja membabitkan nama Najib dalam kes sensasi itu.
Sebetulnya apa sahaja gerak geri PI Bala selepas ini ia tidak membantu pun PR dalam usaha mereka untuk memporak-perandakan kepercayaan rakyat kepada PM, kerana keraguan umum terhadap kredibiliti penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Razak Baginda teramat besar sekali.
Khalayak sebenarnya lebih tertarik untuk mengetahui kenapa PI Bala sanggup menggelapkan wang RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak Baginda yang sepatutnya diberikan kepada Altantuya dan jika PI Bala tidak bermaksud menyonglapnya, sekurang-kurangnya khalayak umum ingin tahu di mana wang itu sekarang.
Paling penting khalayak ingin tahu siapakah dalang utama yang menaja, menanggung dan menampung segala kos kehidupan PI Bala di luar negara sejak lebih kurang 5 tahun lalu?
Tidak sedikit kos tanggungan tersebut, dari hal upah tutup mulut, kos perumahan, makan minum dan kenderaan serta kos harian lain, jumlahnya besar, setakat RM50,000 yang disonglap oleh PI Bala dari Razak Baginda tentunya tidak mencukupi.
Tentu sahaja penajanya dari kalangan pemimpin utama PKR, kerana parti ini juga sebelum ini menaja kehidupan kekasih gelap Elizabeth Wong iaitu Helmi Malik di Indonesia dalam usaha mereka ‘menyejuk bekukan’ kisah hubungan sulit kedua-dua mereka dari terus menjadi perhatian umum.
Persoalannya siapa nama pemimpin itu dan dari manakah sumber kewangan yang diperolehnya?
aku tak pandang si Bala bersumpah sambil menjunjung kitab Hindu Bhagavad Gita. Kau kena bersumpah depan al Quran walau kau Hindu.
ReplyDeletejika kau bersumpah di hadapan quran - sebut wallahi, watallahi, wabillahi.. baru aku percaya! tapi selepas itu kita perhatikan kuasa Allah. Allah maha besar!!!!!!
bayangkan DSAI pula macam tu?? nak bersumpah depan quran pun lagiiiilah tak berani.Pastu mengadu2 kat orang..sampai Zionis pun dicari & minta sponsor politik. Rakannya (ahli Parlimen Australia) yg Gay pun diadukan??!!! lupa mengadu pada Allah.
orang dah mati, biarlah dia mati.. yang hidup ni kita perlu tarbiyyahkan. termasuk DSAI. setiap kita pasti akan mati. cuma tak tau bila, bagaimana & di mana... dah nasib Altantuya mati macam ni..Allah dah takdirkan. kita terimalah. moga Allah sentiasa buka hidayah pada kita semua. Takbir!!!
Demi Allah, Islam sanggup menyelesaikan dengan mati seandainya ada orang Islam yg murtad!! so, kematian Altantuya ni apalah sangat...
**umat islam yg cintakan 100 pahala syahid
Bala dan peguamnya, kalau betul mereka merasakan berada di pihak yang benar, tak perlu takut atau gentar untuk disoal oleh SPRM.
ReplyDeleteBala merupakan penyiasat yang diupah oleh penganalisis politik, Abdul Razak Baginda selepas Altantunya didakwa mengganggu dia untuk tuntutan bayaran komisen selepas pembelian kapal selam.
ReplyDeletePuak-puak ni belitnya lagi teruk daripada ular sawa lagi. Jadi memang sangat wajarlah kalau SPRM tak pergi sebaliknya hanya hantar soalan melalui kurier.
ReplyDeletekes PI Bala yang telah hilang setelah membuat pengakuan sumpah palsu. PI Bala mula muncul pada umum dengan tiba-tiba di sisi Mahaliwat Anwar.
ReplyDeleteSoalannya kenapa dan bagaimanakah PI Bala boleh bertemu dengan Mahaliwat Anwar? Apa sebabkah PI Bala mengambil keputusan untuk muncul ke hadapan bersama Mahaliwat Anwar pula? Kenapa dia tidak membuat kenyataan akhbar sahaja, video recording sahaja atau membuat aduan Polis sahaja?
ReplyDeletePI Bala telah disogok wang oleh Mahaliwat Anwar untuk membuat pengakuan palsu.
ReplyDeleteMahaliwat Anwar faham sudah tentu PI Bala akan dipanggil oleh Polis untuk memberi penjelasan. Mahaliwat Anwar telah memberi arahan kepada PI Bala jika di panggil Polis, Bala mesti ”tukar haluan” seolah dia telah di paksa oleh Polis. Ini akan memalukan Polis dan juga Kerajaan. Dan itulah yang telah berlaku sama seperti di rancang oleh Mahaliwat Anwar.
ReplyDeleteKemudian Mahaliwat Anwar telah bayar duit kepada PI Bala untuk balik negeri ke India di mana PI Bala berada sekarang hidup selesa
ReplyDeleteP.I Balasubramaniam merupakan antara PELAKON dan WATAK PENTING yang berjaya dihangatkan oleh Anwar Ibrahim dalam usaha Ketua Pembangkang Malaysia itu untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak dan menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional yang dipilih oleh rakyat.
ReplyDeleteapabila Raja Petra Kamaruddin, orang yang bertanggungjawab mempopularkan pembunuhan Altantuya Shiiribu dengan pembabitan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor, sekali lagi mendedahkan bahawa P. Balasubramaniam sebenarnya adalah alatan fitnah Anwar Ibrahim, kebanyakan pecacai Pakatan Rakyat, khususnya yang berkiblatkan Anwar Ibrahim jadi tidak tentu arah.
ReplyDeleteAnwar bersama DAP dan PAS sememangnya tidak pernah berhenti mencipta fitnah terhadap DS Najib.
ReplyDeleteMari kita lihat pengakuan Zulkifli Nordin yang tidak mahu terlibat dalam memfitnah Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya walaupun didesak dengan hebat oleh Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteMaka pakatan haram mencipta tiga watak lain untuk memfitnah DS Najib.Transkrip desakan Anwar “membunuh” DS Najib dan DS Rosmah.
ReplyDelete“Isu Altantuya sekarang ni depa dok bawa ceghita Najib bunuh Altantuya. Puan-puan saya lawyer Altantuya……..Masa saya buat kes Altantuya, saya lawyer . Inspektor Azilah yang dikatakan bunuh Altantuya tu. Masa tu saya lawyer Anwar Ibrahim. Puan-puan ingat kalau Azilah cakap kat saya Najib terlibat.. saya tak guna masa tu… Saya lawyer Anwar Ibrahim masa tu..kalau keluar dari mulut Azilah..yang sirul Azhar anggota UTK yang bunuh Altantuya masa tu..saya lawyer mereka kata Najib terlibat…puan-puan ingat saya tak guna…saya lawyer Anwar Ibrahim masa tu…walaupun Anwar Ibrahim suruh saya..paksa saya..supaya dapatkan tu..dan istihar Najib terlibat.. saka kata saya tak gamak…Ini kes nak tuduh orang bunuh tau..saya tak dengar sendiri dari dia, malaha, malahan Azilah telah bersumpah ..dia kata tuan…Dato Sri Najib tak tau apa-apa..dia tak terlibat langsung..tak ada kena mengena sikit pun..saya ditekan lagi..dapatkan surat sumpah..suruh dia mengaku Najib terlibat..Rosmah pun terlibat…Rosmah yang pergi ke Puncak Alam..Rosmah yang pasang bom tu..Rosmah yang meletopkan..Rosmah yang bunuh Altantuya..Tuan-puan..nasib baik Allah masih jaga saya…suruh saya check..saya check..bila saya check..ya Allahuakbar..Dati Sri Rosmah 19 Nov berada di Tabung Haji…bukak puasa dengan anak yatim…Datin sri Rosmah sedang solat bersama dengan anak yatim di Tabung Haji..ada gambarnya.. ada bukti dia..saya kata macamana gamak saya nak tuduh Datin Sri Rosmah yang bunuhAltantuya..bukti jelas dia bersama anak yatim malam tu..bulan Ramadhan… Hai tak boleh hang buat jugak..cari jalan supaya Rosmah dan Najib dituduh bunuh Altantuya. Saya kata saya tak boleh terima ini..saya tarik diri..itu sebab saya tak buat…saya tarik diri..”
ReplyDeletetak perlu nak libatkan najib, dia tak terlibat
ReplyDeleteTambahan pula, setelah pakatan haram gagal memfitnah kononnya DS Rosmah yang memasang bom dan meletopkan Altantuya di Puncak Alam kerana waktu dan ketika kematian Altantuya DS Rosmah sedang menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Tabung Haji maka mereka cuba bermain wayang baru dengan membawa watak yang akan cuba membelit cerita Altantuya sehingga kita semua tercekik dengan pusingan u-turn gelekkan tarian samba dangdut dan sebagainya.
ReplyDeleteCuma apa yang pakatan haram gagal nampak atau pura-pura tak nampak adalah rakyat sudah semakin muak dan mual dengan permainan murahan fitnah mereka yang tiada sempadan.
ReplyDeleteDS Najib sudah bersumpah di tiga masjid bahawa beliau tidak mengenali Altantuya. Anwar ada berani bersumpah ke? Anwar sanggup bersekongkol dengan DAP dan PAS untuk menghancurkan Barisan Nasional yang menjadi tonggak negara.
ReplyDelete“Terdapat keperluan untuk berubah dan saya berharap Pakatan akan memerintah. Saya berharap untuk menjelajah ke seluruh membantu kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ini,” katanya.
ReplyDeleteSebaik saja terbongkar beliau menipu dalam kes pertuduhan bahawa PM Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, Balasundram terus lari ke luar negara, katanya lari ke London untuk selamatkan diri, kononnya takut kena bunuh oleh samseng upahan.
ReplyDeleteSegala kononnya sebenar hanya inginkan duit upahan berbohong dari pihak yang merancang dan bila kes penipuan terbarai maka Balasundram lari dari Malaysia.
ReplyDeletePersepsi kononnya beliau dalam bahaya mula melebar dalam dunia maya ciptaan penulis upahan pakatan haram, untuk menampakkan bahawa Balasundram bakal dibunuh kiranya beliau masih tinggal di Malaysia dan segala ‘rahsia’ pembunuhan Altantuya yang beliau simpan akan berkubur hangus bersama jasadnya yang dibakar diupacara pengkebumiannya kelak.
ReplyDeleteJika diperhatikan isu-isu yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang, kebanyakkannya adalah isu-isu yang tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihannya, malah ada sesetengahnya secara terang-terang merupakan satu fitnah dan pembohongan.
ReplyDeleteSetiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas puak-puak yang tidak bertanggungjawab khususnya pembangkang yang terus melontar fitnah kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) terutamanya dalam berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) 13.
ReplyDelete“Kita tahu bahawa mereka ini tidak ada isu dan mereka akan mencari perkara-perkara yang boleh dijadikan bahan untuk mengelirukan rakyat kerana mereka mahu meraih undi,” katanya
ReplyDeleteDalam hal ini beliau menyorot insiden baru-baru ini apabila pembangkang membuat cerita kononnya 300,000 orang India tidak mempunyai kad pengenalan dan sijil kelahiran yang sah sedangkan kerajaan telah menyediakan program bahawa sesiapa saja yang tidak mempunyai dokumen terbabit boleh membuat laporan atau memaklumkan kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
ReplyDelete“Hasil laporan sebenar hanyalah 9,000 orang shaja. Inilah masalah mereka ini yang membuat pembohongan, membuat janji dan akhirnya janji mereka tidak ditepati sebagaimana Kampung Buah Pala di Pulau Pinang. Mereka ini tidak bertanggungjawab,” tegasnya.
ReplyDeleteTohmahan dan fitnah pembangkang juga turut dilemparkan kepada isteri Perdana Menteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor apabila buku berkaitan biografi beliau dilancarkan.
ReplyDelete“Mereka sudah mula mecemuh dan mengata sedangkan biografi ini menjawab segala tohmahan-tohmahan yang dibuat.
ReplyDeleteMemang Bala lah juga Bala ini. Kalau benar bukti adakah?
ReplyDeleteKenapa sekarang baru Bala muncul? Kenapa tidak lepas Altantuya mati itu datang.
ReplyDeleteKan bagus datang dahulu lagi selepas Altantuya datang buat pendedahan. Tapi sekarang ini muncul secara tiba-tiba menjadi persoalan sekarang.
ReplyDeleteRamai yang tertanya-tanya siapa Bala ini. Kenapa tiba-tiba muncul? Adakah ini upahan pihak tertentu? dan sebagainya persoalan mula timbul.
ReplyDeleteKita tunggu saja apa cerita seterusnya dengan perkara ini. Nampak sangat yang mana ada pihak yang semakin terdesak.
ReplyDelete“Mereka ini akan mencari bermacam-macam helah untuk meraih sokongan dan saya berkeyakinan bahawa macam-macam lagi tuduhan yang akan keluar yang mana ia tak masuk dek akal pun.”
ReplyDeleteJusteru beliau mengajak rakyat agar tidak lupa bagaimana puak-puak tersebut menuduh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terlibat dalam kematian model Mongolia Altantuya Shaariibuu dan memaparkan gambar Perdana Menteri makan semeja dengannya tetapi akhirnya Naib Presiden PKR, Tian Chua sendiri telah mengaku bahawa ia terhasil daripada teknik superimpose .
ReplyDelete“Mereka sanggup berbuat demikian untuk memperlihatkan bahawa ia adalah benar sedangkan keadaan tersebut tidak pernah berlaku. Inilah masalah yang akan mereka bangkitkan dan akan terus dilaksanakan sedemikian iaitu melemparkan fitnah terhadap kita.
ReplyDelete“Kita lihat bagaimana tingkah mereka yang memasang bendera dimerata-rata tempat, dari tahun 2004, 2008, ketika kita masih berkerajaan di negeri-negeri tadbiran mereka sekarang pun kita tidak pernah membuat kerenah atau melempar onar namun apabila kita menaikkan bendera parti kita maka mereka turunkan bendera kita sesuka hati.
ReplyDelete“Mereka juga memasang poster-poster yang mengajak rakyat mengundi mereka sedangkan ia bukanlah dalam musim pilihan raya pun walhal sewajarnya apa yang mahu dilakukan agar berpaksikan kepada undang-undang kerana negara kita ada perundangan dan peraturan dan jangan lakukan sebaliknya.”
ReplyDeleteTegasnya lagi, macam-macam perkara telah diheret oleh pakatan pembangkang dalam kancah politik dengan dijadikan isu sebagaimana isu Lynas dan isu AES sedangkan ia adalah untuk memastikan rakyat berubah kepada keadaan lebih baik, berdisiplin dan ikut peraturan.
ReplyDelete“Mereka politikkan juga AES dengan pelbagai tuduhan sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk kebaikan. Kerajaan membawa perubahan untuk kebaikan jadi janganlah kita guna apa yang kerajaan laksanakan sebagai bahan politik dan dijadikan sebagai satu kesempatan.
ReplyDelete“Begitu juga keadaannya apabila kerajaan menetapkan untuk tidak membenarkan demonstrasi jalanan sebaliknya dibenarkan berkumpul atau menyuarakan pendapat ditempat-tempat tertentu tetapi pembangkang melakukan juga demonstrasi jalanan kerana mahu melihat keadaan kucar-kacir.”
ReplyDeleteUjarnya, tingkah pembangkang cuba mengikut negara-negara barat atau Timur Tengah dengan kononnya boleh menukar kerajaan melalui demonstrasi jalanan.
ReplyDelete“Kita ada cara, jika mahu mengambil alih kerajaan maka lakukanlah dengan pilihan raya. Tiap-tiap lima tahun kita ada pilihan raya tetapi mereka menuduh pula bahawa pilihan raya yang diadakan tidak telus.”
ReplyDeleteSoalnya, jika ianya benar tidak telus bagaimana Pas boleh berkerajaan di Kelantan selama 22 tahun, bagaimana boleh ada 82 orang wakil rakyat dari pakatan pembangkang di Parlimen, bagaimana pakatan pembangkang boleh menang di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor?
ReplyDelete“Kalau pilihan raya tidak telus maka sudah pastilah mereka tidak akan menang. Sekarang ini mereka buat helah lagi dengan menuding jari mengatakan bahawa mereka kalah bukan kerana rakyat tidak mahu dengan didakwanya berlaku penipuan. Yakinlah, BN tidak pernah menipu sesiapa. Yang menipu adalah mereka dan bukan kita.”
ReplyDeleteTambahnya lagi, taktik tersebut akan berlarutan dengan pelbagai perkara lagi akan dibuat. “Orang dah tahu pembohongan mereka dan mereka tidak dipercayai lantaran permainan politik yang tidak bertanggungjawab.
ReplyDelete“Ingatlah, undi mereka akan membawa bahana kepada negara kita sedangkan undi BN akan membawa kita ke hadapan. BN telah buat pelbagai perubahan, ISA dimansuhkan, perubahan kepada badan keselamatan dan pelbagai tindakan dibuat selaras dengan kehendak rakyat. Janji BN selalu ditepati dan tidak terbawa-bawa dengan kelakuan mereka sehinggakan mereka anggap manifesto bukan lagi janji,” tegasnya.
ReplyDeleteAnonymous March 1, 2013 at 3:17 PM, kau tau tak Anwar kena H.I.V??.....kerajaan Malaysia didakwanya suntik dia kira-kira 5 tahun dulu. tapi dia segar bugar pulak. hehehe.. dah tentula nak tarik simpati & perhatian. Anwar memang ada cita2 hingga mau jadi presiden di Malaysia! Terrorist Sulu` dia panggil untuk acah2 Malaysia. di mana salah satu syarat Terrorist Sulu` ialah bawa Anwar supaya berbincang dengan mereka. Tahniah Tian Chua..! Misi anda memang best. Misuari pun bahagia dgn plan ini.
ReplyDeleteTapi, Malaysia perang Terrorist Sulu` tu. Anwar akan reka & adu perkara ini ke PBB coz muslihatnya sebagai bapa perdamaian seluruh Asia Tenggara (Warshipful Master pihak Barat di rantau ini) ndak menjadi akibat peperangan ini!! Balasundram ini juga adalah sebahagian dari taktik anak mentri ni disanjung sbg wira terhebat. Ada sebab dia main isu nih.
sayangilah anak2 kita. jangan jadi macam Anwar, Karpal, Hadi & Nik Aziz..mereka ni anak2 yg TINGGI emosi, dendam & hasad..
Anonymous said...
ReplyDeleteMarch 1, 2013 at 3:11 PM
tak perlu nak libatkan najib, dia tak terlibat. BETUL ITU YANG TERLIBAT IALAH HANTU JEMBELANG!
Nua said...
ReplyDeleteMarch 1, 2013 at 1:54 PM
Jika si "NUA" ini anggap bala di bayar oleh pakatan buat pendedahan, suruhlah si najib tu saman sahaja bala sebab menjatuhkan maruah sebagai PM.... ha ha.... lagi cepat dia saman lagi bagus.... saya tunggu saat najib memfailkan samannnya.... dibantu oleh si nua buruk ini...
Jadi , siapa yang arahkan polis-polis tu bunuh Altantuya. Mereka bunuh atas kehendak sendiri ke? Lu pikir la sendiri.
ReplyDeleteya apa motif polis-polis itu nak bunuh si altantuya? polis-polis tu adalah pegawai keselamatan si najib... dan najib, razak dan altantuya ada kes i kapal selam. fikirkanlah?
ReplyDeleteWal fitnatu asyaddu minal khotr....Jgn kita barsama UMNO dlm mnyebar fitnah celaka, kelak kamu disambar api neraka.
ReplyDeleteBila membalas fakta, biarlah rasional sikit pecacai umno tegar, jgn biar org nmpk diri tu mcm tin kosong dan x waras!
ReplyDeletekalau pembongkaran skandal pemimpin parti sebelah sana semuanya mengarut..kalau fitnah untuk pimpimpin pembangkang menggunakan bontot dan DNAl yang tak boleh berkat-kata akan jadi gegak gempita - masuk beita tv dan menjadi tajuk muka depan akhbar perdana. Ada otak perlu fikir, jangan jadi ayam dan lembu yang makan dedak dan hampas kelapa.
ReplyDeleteIanya kena bermula dgn bercakap lepas itu baru pihak yg kena tuduh buat laporan polis seterusnya menyaman pihak yg bercakap, tapi malangnya sehingga kini pihak yg kena tuduh hilang maruah diri tidak mahu menyaman utk membersih diri, menjadi satu persoalan besar????????
ReplyDeleteDi Mana PM Malaysia Mr Najib Razak? Kenapa Dia Bergitu BACOL Tidak mengambil Tindakan di atas Pendedahan ini? Kenapa Najib ada Kuasa Tidak Mengarah PDRM menangkap Penyiasat PerSendirian PI Bala? Come On Najib Where Are you? Jangan Jadi Pengecut Hanya Berani di Hadapan TV sahaja?
ReplyDeletemereka di perbodohkan berita TV dan akhbar, sebab mereka tak ada pilihan untuk menonton TV selain dari TV kepunyaan UMNO dan tuan politik UMNO
ReplyDeleteYg bodoh dlm UMNO dan yg cerdik masuk PAS. Trbukti sudah,berduyung2 cerdikpandai masuk PAS. ALLAHU AKBAR 3X
ReplyDeleteISLAM akan menang di Malaysia. Hanya ALLAH akan menentukan ISLAM mana yang bolih mengikut Hukum-hukum dan undang-undang ISLAM. ISLAM umno ke atau ISLAM PAS. Secara terang-terang UMNO gagal melaksana apa yang terkandung dalam ALQURAN. Tak faham kenapa masih ada rakyat yang masih menyokong UMNO. Rasanya kalau IMAM MAHDI muncul di Malaysia masih juga sokong UMNO BN pimpinan Najib Rosmah kot.
ReplyDelete