Wednesday, March 7, 2012

46,712 lulus, 12 calon dapat 5A STPM

http://2.bp.blogspot.com/-lWq7Z57hLf8/TVyAbxos7DI/AAAAAAAAD0Q/u0QN2XeOnXI/s400/Logo_Majlis_Peperiksaan_Malaysia.pngSeramai 46,712 atau 92.19 peratus calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 berbanding 46,795 (92.5) pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Dr Mohd Noh Dalimin, berkata 12 calon mencapai keputusan cemerlang Gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding lapan calon pada tahun sebelumnya.

"Pada umumnya, prestasi calon 2011 adalah sama dengan 2010, di mana Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) adalah sama, iaitu 2.22," katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2011 di sini hari ini.

Pada 2011, seramai 298 calon (0.59 peratus) mendapat PGNK 4.00 berbanding 343 calon (0.68) pada tahun sebelumnya.

Seramai 50,669 calon menduduki peperiksaan itu tahun lalu. - BERNAMA

8 comments:
Write comments
  1. Tahniah kepada semua pelajar kerana berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam STPM. Semoga mereka yang lemah tidak akan berputus asa, teruskan usaha.

    ReplyDelete
  2. tahniah pada mereka yang dpt keputusan cemerlang.

    ReplyDelete
  3. Walau pun yang mendapat 5A berkurangan yang penting dapat lulus dengan cemerlang.

    ReplyDelete
  4. Peningkatan menunjukkan petanda positif.

    ReplyDelete
  5. kepada yang lulus tahniah diucapkan, semoga boleh ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

    ReplyDelete
  6. tahniah kepada yang lulus dan yang lulus cemerlang.. beri tumpuan 100% kepada pelajaran dan elakkan dari mencontohi mahasiswa yang lebih suka melakukan provokasi berbanding dengan mengulang kaji pelajaran..

    ReplyDelete
  7. ada ka data yg tunjuk mahasiswa yg 'suka buat provokasi' tak serius belajar dan tak cemerlang? buat provokasi? no...they care about their nation. mean they aware on wat hapen around them...they'r not yes men type..we need this kind of person and not a person yg 'cemerlang' atas paper but dono anything....neji...think twice!!

    ReplyDelete
  8. kalau dia serius belajar, tidak payah turun ke jalanraya, tidak payah susah payah turunkan gambar Najib dan tidak payah b uat ugutan bunuh terhadap pemimpin negara.. adakah ini contoh pelajar cemerlang yang mengambil berat tentang negara dan situasi yang berlaku dalam negara?? apa gunanya pembangkang di negara ini jika pelajar2 masih terpaksa turun ke jalanraya memperjuangkan soal negara??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.