Tuesday, March 13, 2012

Bil majlis bertunang anak dibayar oleh Najib

Bil katering bagi majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib Abdul Razak dibiayai oleh perempuan Perdana Menteri dan bukannya oleh kerajaan persekutuan, kata Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

"Majlis ini berakhir pada 17 Jun dan bayaran penuh dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bukannya pada 30 Jun dan bukannya oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO)," katanya.

NONEMenjawab pertanyaan Malaysiakini, pengurusan hotel juga mengesahkan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' yang didedahkan oleh PKR adalah salinan yang sah.

Menurut dokumen itu, PMO dikenakan bayaran RM409,767 oleh Hotel Shangri-La untuk perkhidmatan katering, yang membekalkan udang karang dan daging lembu Wagyu, untuk kira-kira 900 tetamu.

Menurut hotel itu, pesanan untuk acara katering di Seri Perdana, Putrajaya, diterima pada 2 Jun 2011.

"Pesanan nombor 1,451 dikeluarkan pada 13 Jun, untuk majlis itu," katanya.

Pada bahagian bil itu, majlis berkenaan ditandakan sebagai 'majlis makan malam OCS' dan dibilkan kepada ‘Pejabat Perdana Menteri'.

Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevBernama sebelum ini melaporkan bahawa anak perempuan Najib, Nooryana Najwa dan warga Kazakh Daniar Nazarbayev, kedua-dua mereka 23, tberlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, pada 17 Jun tahun lalu.

PMO telah menafikan bahawa bil majlis pertunangan itu dibayar oleh pihak kerajaan tetapi sebaliknya ia dibiayai oleh oleh Najib dan keluarganya. -MK


NONE

NONE

7 comments:
Write comments
  1. Harap penjelasan daripada PM dan juga hotel Shangri-La mencukupi untuk mengurangkan salah faham daripada pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada tunang baru Nooryana Najwa dan Daniar Nazarbayev. Apakah agaknya bahasa rasmi negara Khazakstana?

    ReplyDelete
  3. nampaknya segala dakwaan sebelum ini tidak benar. jgnlah nak buat fitnah.

    ReplyDelete
  4. dgn pendapatan rasmi sbg PM, hj logiut najib perlu menabung selama 2 tahun utk kos majlis tersebut...sapi c shahlizard sj yg inda pandai kira2!!!

    ReplyDelete
  5. Lebih baik berbelanja sederhana.

    ReplyDelete
  6. Hotel Shangri-La atau PMO patut saman pihak yang melakukan pembohongan ini..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.