Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.
Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.
Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya. -hm
Friday, March 9, 2012
Buang ibu di hotel bajet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Duhai anak yang meningalkan ibu malang ini terimalah pembalasan untukmu di akhirat kelak!
ReplyDeleteSad to see such a thing happening, hopefully the women will be taken care by the State welfare department.
ReplyDeleteI'm sure karma will turn around and reach the son who treated his mother in such ways.
ReplyDeleteSedihnya membaca kisah ibu malang ini! Anak jenis apa yang tinggalkan ibu sendiri begitu?! Tidak berkatlah hidupmu itu.
ReplyDeletesaya harap akan sampai masanya dimana anak itu sendiri akan datang mencari ibunya..
ReplyDeleteAnak yang tidak mengenang budi ibu.
ReplyDeletejgnlah kita jadi anak seperti ini, kita harus hargai ibu kita.
ReplyDeleteThis is very heartbreaking to read. After all the years she raised this ungrateful bastard only to be left behind just like that.
ReplyDeleteInikah balasan anak terhadap ibunya. Ini tidak patut..
ReplyDeleteorang kata, seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.
ReplyDelete