Pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan All England apabila terpaksa menarik diri dari meneruskan set kedua perlawanan akhir perseorangan lelaki di National Indoor Arena, Birmingham semalam.
Pemain nombor satu dunia itu mengalami kecederaan di bahu kanannya ketika menentang musuh tradisinya dari China, Lin Dan pada kedudukan 2-6.
Walaupun agak terganggu dengan kesakitan di bahunya, Chong Wei tetap memberikan tentangan sengit sebelum memberi laluan kepada Lin Dan untuk memenangi set pertama 21-19.
Penonton yang berada di National Indoor Arena itu nyata tidak putus-putus memberi sokongan padu dan sorakan semangat kepada pemain negara itu sehingga Chong Wei terpaksa akur dengan kecederaan yang dialaminya.
"Saya rasa kami bermain baik dan dia (Chong Wei) juga bermain baik. Tetapi dia tidak mahu kecederaannya menjejaskannya kerana saya tahu dia mahu bermain dan kami akan bertemu lagi di Sukan Olimpik,” kata Lin Dan ketika ditemu bual selepas perlawanan itu. – BERNAMA
Monday, March 12, 2012
Chong Wei gagal pertahan kejuaraan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap satu hari nanti Datuk Lee Chong Wei akan mampu menawan Lin Dan, berusahalah!
ReplyDeleteCuba lagi lain kali.
ReplyDeletetidak apa.. Chong Wei boleh cuba lagi. dia pasti dpt tewaskan Lin Dan.
ReplyDeleteYang penting Datuk telah memberikan tentangan yang hebat pada set pertama.
ReplyDeleteIt's okay Chong Wei, focus on the next and big match!
ReplyDeletebukan senang mau lawan Lin Dan. lebih2 lagi bila ada kecederaan.. anyway, syabas kerana beza mata kemenangan tidaklah jauh sangan.. teruskan usaha..
ReplyDeleteSemoga kecederaan Chong Wei akan segera sembuh. Dia pasti akan menebus perlawanan tersebut di masa akan datang.
ReplyDelete