Budaya samseng pula yang mula menular dengan cepat didalam UMNO sekarang. Kejadian mengganggu majlis-majlis anjuran Pakatan Rakyat kini selalu diganggu dan dicemari dengan kekacauan yang dilakukan oleh kumpulan samseng upahan untuk menggagalkan majlis anjuran Pakatan Rakyat. Dunia dan negara sekarang sudah masuk ke alaf baru dan manusia kini menuju kemajuan dengan etika dan cara kehidupan yang bertamaddun.
Seorang yang dididik dengan baik dari keluarga yang baik dia akan menjadi lebih berhemah jika bersalah-salahan pendapat dan pandangan dan akan sentiasa menghormati orang lain seperti yang dituntut oleh agama dan budaya, apatah lagi kita orang Melayu yang beragama Islam ini. Seseorang yang beriman dan halus jiwanya akan memujuk hati dan nafsunya sendiri untuk tidak berbuat apa yang tidak baik dan ditegah oleh adat dan agamanya.
Sebaliknya sebahagian dari kita orang-orang Melayu khususnya orang-orang kuat UMNO (OKU), bertindak diluar adat dan adab bangsanya serta agama mereka dengan membina budaya samseng dan budaya ini adalah budaya orang-orang zaman batu dahulu. Ini bertambah berluas-luasa akhir-akhir ini dengan mengganggu majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat.
OKU-OKU tempatan akan menggunakan cara yang amat biadab dengan mengganggu dan memukul orang lain semata-mata kerana tidak bersetuju dengan majlis yang dianjurkan oleh pihak yang kian hari kian mendapat sokongan ramai itu. Ada kalanya kumpulan OKU ini akan menyerbu didalam majlis ceramah anjuran PR dan mereka akan terus beramai-ramai kehadapan pentas untuk mengganggu majlis PR itu.
Apa semuanya ini? Kemana kah perginya adab dan tatasusila Melayu yang berhemah dan bertamaddun yang selama ini menjadi ‘attribute’ asas orang Melayu itu? Kenapa kah bangsa kita sudah sampai ketahap ini untuk mengekalkan kuasa? Kalaulah dari dulu kita tahu yang Melayu dan rakyat yang bersokongkol dengan pihak yang memerintah tidak dapat menerima demokrasi, kenapa dari dulu kita memulakan negara kita dengan sistem demokrasi.
Kenapakah ada pihak hanya menerima demokrasi jika dapat kemenangan dan memperkayakan budaya samseng apabila dirasakan yang kemenangan yang diperolehi selama ini tidak akan berulang lagi? Jika kuasa itu merupakan perjuangan yang ‘ultimate’ kenapa tidak menjaga mandat dan kepercayaan rakyat selama ini dengan jujur? Kenapa melakukan perkara-perkara yang tidak elok didepan mata rakyat tanpa segan silu? Kenapa begitu tamak dan berkehendakkan kepada semua perkara?
Jika benar UMNO dan pimpinan tidak mahu terlepas dari kuasa tentunya ia memerlukan pengorbanan. Pimpinan parti pemerintah ini wajib berkorban nafsu dan itu wajib. Pimpinan wajib melawan segala nafsu yang ada didalam diri masing-masing dan itu pun perjuangan yang perlu yang dituntut oleh agama kita. perjuangan menentang hawa nafsu kita itu merupakan perjuangan sepanjang hayat….dari lahir sehingga ke akhir kalam. Elakkan dari segala kemungkaran politik dan ekonomi serta perjuangan untuk diri sendiri yang keterlaluan.
Obsession UMNO untuk berkuasa tidak mengenal batas dan sempadan. Setelah tidak berjaya meyakinkan orang ramai untuk terus menyokongnya, UMNO sedang menggunakan tektik samseng dan ia sangat menjijikan orang ramai. Segala usaha dilakukan untuk mendapat sokongan tetapi sokongan tidak juga kembali. Maka menggunakan cara samsenglah yang tinggal untuk memaksa rakyat menyokong mereka.
Jika cara samseng ini masih tidak dapat meyakinkan rakyat untuk bersama UMNO lagi, cara apa pula yang akan diambil pula selepas itu? Jawabnya saya rasa, tidak ada lagi selain dari menerima kekalahan dan penolakan rakyat secara menyeluruh.
Kepimpinan yang merelakan budaya samseng ini tidak akan dibenarkan berterusan dilakukan. Rakyat tidak mahu melihat kepimpinan ala Robert Mugabe di Zimbabwe atau secara Idi Amin dari Uganda suatu ketika dahulu.
Oleh Aspan Alias (dd)
Friday, March 2, 2012
Kekuatan Samseng vs Kekuatan Pemikiran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UMNO dalam keadaan nazak sebab itu sanggup mengubah samseng jalanan untuk mengacau. Takqinkan terus UMNO pada PRU13
ReplyDeletesecara lahiriahnya bila pemerintah takut untuk menghadapi kekalahan oleh kebangkitan rakyat sesuatu perkara buruk mungkin dirancang secara rapi oleh UMNO menggunakan sumber yang wujud seperti mana kejadian 13 Mei sesuatu yang tidak mustahil akan BERLAKU semula...kejadian seperti sekarang adalah suatu bayangan bahawa tindakan luar jangka demi survival politik umno akan sahaja berlaku demi KUASA dan KEKAYAAN
ReplyDeletesdh lama di kerusi empuk/comfort zone n tiba2 menghadapi risiko diaibkan dlm GE13...memang la UNTHINKABLE kan???
ReplyDeleteJawatan Perdana Menteri dipilih oleh rakyat bukan dipilih oleh mana-mana parti. Contoh seperti Najib dipilih sebagai Perdana Menteri oleh UMNO dan jika Pakatan rakyat menang Anwar dipilih sebagai Perdana Menteri juga dipilih oleh parti bukan rakyat. Perdana Menteri bekerja untuk rakyat bukan untuk parti.
ReplyDeleteRakyat mahu keterbukaan debat antara tokoh pemimpin,penggunaan TV dan radio dalam menyebar maklumat mana-mana parti politik,kebebasan akhbar dan bersuara,dnbyk lgi...rakyat nak kali ni full swing 360 degree
ReplyDeleteapa yang aku mahu?
ReplyDelete1. Asal BUKAN UMporno/BN.
2. Tetapkan TARIKH the next PRU untuk parlimen mahupun DUN. SERAGAMKAN pilihanraya DUN Sabah dan Sarawak dengan DUN negeri semenanjung.
3. The most PM boleh bertakhta adalah 2 penggal atau 10 tahun or which ever come first.
4. Kerajaan yang lebih telus.
5. Equal media coverage di antara semua parti bertanding.
6. Siaran langsung khas untuk sidang parlimen dan juga DUN tanpa iklan di channel milik kerajaan! Kalau boleh ada channel khas untuk parlimen. Kerajaan dipilih oleh rakyat... dan rakyat mempunyai wakil... dan rakyat BERHAK untuk mengetahui apa yang WAKIL mereka bertindak di dalam parlimen.
7. Hapuskan undang undang himpun, AUKU, dan lain lain undang undang yang "kelakar lagi bodoh".
8. Pendidikan PERCUMA untuk rakyat. Pra-sekolah hingga ke Universiti (IPTA). Kalau Morocco boleh buat kenapa Malaysia tidak boleh? Miskin lagi Morocco berbanding dengan Malaysia.
9. Undi POS untuk SEMUA rakyat Malaysia yang berkelana di luar negara. Tempoh undian dibuat lebih awal dan terus di kira mengikut kawasan. Contoh: Ali dok New York bekerja restoran. Mengundi untuk kawasan Parlimen Pokok Sena dan mengundi untuk PAS... so kena announce "keputusan undian semasa" Parlimen Pokok Sena... katakan 1 on 1 antara PAS-BN. PAS kini berapa undi... BN berapa undi. Secara tidak langsung dapat hapuskan undi pos parlimen "ini" tetiba counted to parlimen "itu"...
10. Malaysia negara ZERO TOLL!
11. Tender terbuka
cukai turun, pendidikan dan kesihatan percuma, kebajikan kepada rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah, tiada alasan untuk mengatakan tidak mampu berbuat demikian kerana Malaysia merupakan salah satu negara yang sumbernya melipmpah ruah..contoh: petroleum, getah, kelapa sawit dan hasil bumi yang lain...Dan yang paling penting hapuskan PERASUAH ini yang tak pernah turun..
ReplyDeleteAku nak tgk calon2 semua pandai berdebat - berdepan 1-1. Barulah tahu kredibility masing2. Setakat jadi wakil rakyat takut nak berdebat baik x payah. X berani = kuat menipu namanya...
ReplyDeletesaya mahu kerajaan yang bebetul menumpukan perhatian kepada rakyat.....saya percaya...Malaysia nih..tak lah miskin macam somalia...tapi taklah kaya macam Brunai...tapi..kalau well manage....sekurang2nya..malaysia boelh menjadi seperti negara Brunai.....cukai pendapatan tak perlu nak bayar....dan yang hidup melarat..mungkin...mungkin kata saya..tiada.....kerana..penduduk kita tak ler ramai macam India....China....dan....negara kita tak lah besar mana pon..kalau harta negara memang diurus tadbir dengan baik..saya percaya...Rakyat Malaysia akan hidup senang....dan tiada yang dibawah paras miskin.....itu harapan saya..wallahualam...
ReplyDelete