Monday, March 5, 2012

Kemelut Kedah selesai, dua exco terima lantikan

Isu pergolakan kerajaan negeri Kedah selesai apabila Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh akan menyertai semula barisan Exco kerajaan negeri.

"Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula Exco," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.

Ketika ditanya, apa matlamat itu, Phahrolrazi berkata, beliau mahu pentadbiran negeri Kedah dijalankan secara berjamaah.

"Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri," kata beliau lagi.

Dr Ismail Salleh pula ketika dihubungi berkata, beliau juga menerima baik keputusan PAS Pusat dan akan menyertai semula exco sebagaimana yang diarahkan.

"Kami buat baru-baru ini macam kamikaze untuk meminta pimpinan memberikan perhatian kepada apa yang berlaku di Kedah ini. Sekarang semua dah beri perhatian dan mekanisma pentadbiran juga dibentuk melalui Jawatankuasa Pemandu, kami akan sertai semula exco selepas diarahkan," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau memberi jaminan akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperkuatkan PAS dan menjatuhkan Umno di negara ini.

"Kami tidak ada niat lain melainkan untuk kepentingan jamaah. Kami bukan nak jadi Hasan Ali. Tok Guru Haji Hadi tok guru kami, ustaz kami. Kami hormati mereka," kata Dr Ismail yang bersama Phahrolrazi tidak mengangkat sumpah exco baru-baru ini.

Kedua-dua mereka mengulas keputusan PAS Pusat yang menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk memantau semua kerajaan negeri yang ditadbir dan disertai PAS.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Alor Setar awal pagi semalam.

Meyuarat itu diadakan selepas pertemuan muhibbah PAS Pusat dan PAS Kedah yang diadakan sebelum itu iaitu mulai jam 10 malam Sabtu hingga jam 3.00 pagi semalam.

Pagi ini, di Kuala Lumpur, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengumumkan keputusan mesyuarat JK Pusat di Alor Setar semalam.

"Dalam mesyuarat tersebut kita telah memutuskan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar.

"Selain itu juga kedua-dua exco perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah.

"PAS akan menubuhkan satu JK Pemandu untuk membantu negeri-negeri yang PAS tadbir dan negeri yang PAS sertai," jelasnya ketika bercakap pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini. -HD

9 comments:
Write comments
  1. dah selesai tu bgslah, jgn timbul lagi masalah lepas ini.

    ReplyDelete
  2. Inilah Parti yang kununnya benar-benar baik. Krisis timbul hanya kerana KM Kedah memberikan projek kepada ahli BN.

    ReplyDelete
  3. Tidak bolehkah Kerajaan Negeri memberikan projek kepada parti lain?? Tidakkan mahu diberikan kepada kroni PAS saja.

    ReplyDelete
  4. takbir 3 x allahuakbar..ini lah parti yang berlandaskan islam sebenar..bukan gila jawatan tetapi menolak jawatan...bukan macam umno sanggup berbunuh sesama sendiri kerana nak jawatan....PAS UNTUK SEMUA..UNDILAH PAS DALAM PRU 13 NANTI......

    ReplyDelete
  5. Perbezaan antara PAS dgn parti yg satu lagi. PAS berkhidmat demi amanah dari Allah, bukan utk tujuan mengenyangkan perut sendiri & kroni. Smentara pihak yg satu lagi, x pyh la nak sebut sbb semua dah tau. Bila berkhidmat demi amanah Allah, x timbul soal nak berebut jawatan dsbnya. Tapi bila krn harta & pangkat, yg tu lah yg sbbkan pecah amanah, rasuah, ketirisan dll yg merosakkan sesuatu pemerintahan...

    ReplyDelete
  6. Tupai..
    Wikipedia..latest version update March 2012.
    Merujuk pada pemimpin UMNO, suka mencuri wang rakyat, pemimpinnya bersongkok hitam, dan memiliki hati yg hitam(penuh kejahatan), mengamalkan rasuah sebagai anutan..

    ReplyDelete
  7. Perjuangan PAS tidak seindah yang dikatakan.

    ReplyDelete
  8. terdapat khabar angin mengatakan punca kepada krisis itu dikatakan bermula daripada tindakan Azizan yang memberi kontrak membina jalanraya kepada syarikat yang pemiliknya bekas ahli UMNO.

    selepas itu terdapat pula khbar angin daripada pihak tertentu yang menyebarkan bahawa Phalrolrazi dikatakan menerima duit daripada seorang tauke cina. betul atau tidak perkara ini hanya mereka yang dapat memberi kenyataan.

    ReplyDelete
  9. Selamat kembali sebagai exco negeri kepada Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.