Bekas pemimpin PKR, Dr Chandra Muzaffar berkata Amerika Syarikat kini lebih cenderung menyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
lebanon forum 050906 chandra madChandra (foto) berkata, keadaan itu berlaku walaupun Najib telah berusaha memperbaiki imej Malaysia di kaca mata AS, malah turut menggunakan khidmat firma perhubungan awam Apco untuk tujuan itu.
"Hubungan peribadi Najib dengan Presiden AS, Barack Obama sepatutnya 'cemerlang', tapi amat sukar difahami apabila kuasa yang membentuk sikap Washington terhadap politik Malaysia dan pemimpin politiknya mungkin lebih menyukai Anwar berbanding Najib atas beberapa sebab," tulisan itu dipetik.
Dalam tulisannya di Malaysiakini hari ini, Chandra berkata salah satu sebab utama ialah "hubungan intim" Anwar dengan jaringan pelobi berpengaruh yang disifatkannya sebagai "deep state" dalam sistem negara AS.
Sedangkan, Najib mungkin hanya mempunyai hubungan secara formal dengan pemimpin dan negara itu, kata Chandra lagi dalam tulisan yang turut mempersoal tumpuan AS dalam "perubahan rejim."
Persoalan itu ditimbulkan dalam satu tulisan blog bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bimbang sekiranya Malaysia turut menjadi sasaran "perubahan rejim" AS, tulisnya.
Chandra juga menyebut, Calon AS untuk mengetuai rejim baru yang menyokong dasar AS itu tidak lain daripada Anwar.
Chandra turut mengaitkan Anwar dengan bekas timbalan setiausaha pertahanan AS, Paul Wolfowitz dan juga jawatan Anwar di Foundation for the Future – pertubuhan yang didakwa ditubuhkan untuk mengukuhkan hegemoni AS-Israel di rantau Asia Barat dan Afrika Utara.
Turut dikaitkannya ialah hubungan Anwar dengan bekas naib presiden negara itu, Al Gore yang antara lainnya turut menulis bersama Wolfowitz di akhbar The Washington Post untuk menuntut supaya kerajaan Malaysia bertindak dengan "cerdik" dalam kes Liwat II yang dihadapi Anwar.
-MK
Friday, March 2, 2012
Kenapa AS Suka Anwar Dari Najib?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Takkanlah Anwar sebodoh itu utk mengorbankan tanah airnya.Dia orang Melayu dan tentunya tiada keluarga beliau di kalangan org barat melainkan semuanya orang Melayu.Jadi utk apa Anwar mempertaruhkan Negaranya semata-mata nak jadi PM.Tuduhan2 sebegini adalah menutup ruang kesilapan di mata orang lain.Bukti2 kecil telahpun ada iaitu di mana Negeri PR,disitu hasilnya bertambah berbanding BN dahulu.
ReplyDeleteDulu Anwar pernah kata "masa zaman mahathir kalau gua biarkan saja diorang rasuah tanpa rasa bersalah sudah tentu sekarang ini Anwar lah PM di Malaysia" ada logiknya sebab Anwar ni anti rasuah hidupnya pun tak semewah menteri lain..cuma bila Anwar tersepit yang dulu menyokong Anwar lupa diri dek kemewahan yang diperolehi..tinggallah Anwar dengan penyokongnya rakyat biasa melakukan reformasi politik untuk Malaysia yang bebas rasuah..teruskan perjuanganmu Anwar kami tetap berdiri teguh menyokong tanpa belah bagi.
ReplyDeletebagus sungguh chandra nie....... bila dah kluaq PKR, dia dah mula berjinak jinak nak jadi tukang tilik UMNO/BN......periuk nasi tue chandra.... dok dlm PKR, marahkan mahathir, kluaq PKR marahkan anwar pulak.... ermmm pemimpin kangkong........last last ngaku jugak Najib ada hubungan dengan APCO.... statement tak boleh pakai......
ReplyDeleteSiapa yg nak menyokong pemimpin yg mewarisi korupsi dalam sejarah dunia:-
ReplyDelete1. MAS....Tajuddin selamat, Air Asia yg untung!
2. NFC.....Sharizat dan keluarga....Lembu yg terkorban!
3. FELDA.....FGVB yang akan tergadai macam MAS.
4. BERNAS......Senyap macam siput! Beras dah kn makan tikus.
5. PROTON....he! he! coming soon!
6. PKFZ....Ada ramai Kambing Hitam.
7. Iskandar Malaysia...panas panas....bukannya pisang!
8. PLUS.....ini cerita lama...kroni!
9. SYABAS....Ehemm..Bekas Bendahari Bahagian Zaman Mike Tyson.
10. ATM - SCORPENE - Penyelewengan
11. PETRONAS - Royalti? dll
masih ku ingat lg waktu dizaman reformasi bermula..diatas kerusi roda dr. ini terjerit2..mahathir diktator!!...diktator!!!...skrg dh kembali jilat & cium tangan mahathir...setakat jd pencacai aja...org yg xtahan diuji... setaraf ezam pencacai....
ReplyDeletexpayahlah babit America, dlm Mlsia pun dah cukup, orang bukan x suka BN tapi pemimpinnya yg terlalu kurap, sombong, racis, boros, penipu & pilikaseh. Mengaut kekayaan dgn cara rasuah dgn menggunakan kuasa. Anuar xlah baik sngt tepi dipercayai boleh mengubah keadaan.
ReplyDelete