Meskipun pilihan raya negeri tidak semestinya diadakan serentak dengan  pilihan raya umum, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  penuh keyakinan bahawa Pakatan Rakyat  bukan sahaja mengekalkan kuasa  tetapi juga menambakan jumlah kerusi mereka"Bancian  yang kami terima menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat mampu menang lebih  banyak kerusi daripada apa yang kita ada sekarang, ini bermakna kita  boleh dapat majoriti dua pertiga," katanya kepada pemberita dalam satu  temu bual denganbeberapa media pilihan.
Menurut Abdul Khalid, (kanan)  jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu yakin BN akan menang  pada pilihan raya umum, beliau selaku pengerusi BN sudah pasti akan  membubarkan Dewan Rakyat pada November tahun lalu atau semasa Tahun Baru  Cina seperti yang dijangkakan senelum ini.
"Sudah tentu di Selangor terdapat penyokong tegar Umno, sekumpulan kecil penyokong MCA dan beberapa penyokong MIC,
"Tetapi  kaji selidik menunjukkan bahawa kami mendapat penarafan yang baik,  terutama di kalangan mereka dalam kumpulan umur 40 tahun dan ke bawah,"  katanya.
Menurut Abdul Khalid, Pakatan Selangor "cukup yakin"  mampu mengekalkan 30 kerusi, "mudah" untuk mendapatkan enam kerusi dan  "kemungkinan besar" merampas 10 lagi.Antara  satu kerusi yang Pakatan "kemungkinan besar" rampas itu, katanya adalah  Kuala Kubu Baru, yang kini dipegang oleh setiausaha jawatankuasa MCA  Selangor Wong Koon Mun.
Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak mahu  meneruskan perbincangan mengenai kerusi-kerusi yang mungkin dirampas  oleh Pakatan itu dan secara berseloroh berkata "ia akan memberikan orang  tertentu serangan jantung."
Pakatan kini menguasai 35 daripada  56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor , selepas ADUN  Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berpaling tadah daripada PKR dan  menjadi ADUN Bebas mesra BN pada 2009.
Gabungan itu memerlukan  sekurang-kurangnya 3 lagi kerusi, menjadikan jumlah mereka 38 bagi   mendapatkan majoriti dua pertiga untuk memberi mereka kuasa untuk  meminda perlembagaan negeri.
Selangor, menjadi fokus atau tumpuan  pemerhati politik sejak pilihan raya umum 2008 apabila BN dikatakan  banyak membelanjakan wang dan menggerakan pelbagai jenteranya bagi  merampas semula negeri terkaya di negara itu.Mengenai  jumlah hadirin dan penyokong yang didakwa semakin hari semakin ramai  pada majlis dan aktiviti anjuran BN, Abdul Khalid, berkata tidak perlu  dirisaukan kerana kebanyakan yang hadir adalah muka yang sama setiap  kali diangkut dengan bas dari tempat lain.
"Kami juga lakukan  beberapa kaji selidik terhadap orang ramai yang menghadiri majlis PM dan  fungsi TPM, dan mendapati hadirin itu kebanyakan mereka adalah orang  yang sama," katanya sambil tergelak. -MK
Sunday, March 4, 2012
MB yakin Selangor Tetep Milik Pakatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 




Salam Pembaca SABAHDAILY.
ReplyDelete1.Kerajaan PR mmg byk kekurangan ttpi lebih baik daripada BN sebelum ini.
2.Masalah.Mana2 kerajaan mesti ada masalah ttpi kepedulian kerajaan itu penting utk rakyat.
3.BN songlap dahsyat, PR tak berani songlap pasal SPRM ikut buntut saja.
4.Masalah kaum tiada masalah di Sgor...hihihihi hanya tk cukup ayam KFC saja.
5.Masalah sampah , itu tk dinafikan kerana msg2 nak dpt projek..nk idupkan sbb kos idup tinggi.
6.Seandainya BN dpt Sgor , pasti 5 tahun mereka akan sedut darah rakyat Sgor smpi pucat lesi. hihihihihi.
7.Jembalang2 UMNO skrg mmg tk cukup darah, mereka dahaga skrg ini.
8.Rakyat Sgor kena paham, kalau BN dpt Sgor rumah MB Sgor BN lepas PRU13 lagi besar dari MB Toyol.
Rakyat Selangor berdiri teguh di belakang PR. Dalam PRU ke-13, bukan sahaja Selangor yang dapat dipertahankan oleh PR, malah Puteranya akan ditawan dengan RASMINYA... 1.3 juta kakitangan Awam dikhianati....SBPA hanya untuk juak-juak omno, untuk kakitangan TERTINGGI sahaja diberi kenaikan yang tidak masuk AKAL. RM30,000 - RM60,000. Lu Fikirlah sendiri..
ReplyDelete