Sunday, March 4, 2012

Pecat Hasan, PAS akan tumbang

Bekas Pesuruhjaya PAS Datuk Hasan Ali hari ini mendakwa pemecatannya sebagai anggota PAS akan menjadi sebahagian daripada faktor yang menyebabkan kekalahan parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

hasan ali, jati president pc at his house, klKatanya, faktor pemecatannya masih relevan dan akan menyebabkan "kekalahan teruk" PAS di samping pendirian Pakatan Rakyat terhadap isu-isu lain seperti Palestin-Israel dan masalah Kristianisasi.

"Dan isu-isu lain, termasuk pemecatan Hasan Ali masih relevan dan saya nampak ribuan tanya saya, yang disampaikan dengan begitu baik," katanya.

Isu-isu lain, kata bekas exco agama kerajaan negeri Selangor itu, berkaitan kenyataan seorang anggota jawatankuasa pusat PAS tentang kesediaan parti itu menerima bukan Islam sebagai pemimpin parti.

Bercakap pada sidang media di rumahnya dekat Kuala Lumpur hari ini, Hasan yang secara tidak langsung mendakwa dirinya mempunyai sokongan akar umbi yang kukuh berkata program jelajahnya mendapat sambutan baik apabila ribuan yang hadir.

NONEDi Kota Baru semalam, tambahnya, ceramah Jalur Tiga (JATI) yang kini dipimpinya mencatat kehadiran hampir 8,000 orang.

Manakala di Pendang pula, tiga hari sebelum itu, katanya, kira-kira 15,000 orang hadir.

"Menurut orang tempatan, tak pernah sambutan sebegitu baik program PAS atau BN di kawasan itu," katanya lagi.

Bagaiamapun jumlah yang hadir itu tidak dapat disahkan kerana Malaysiakini tidak mempunyai wartawan di lokasi berkenaan ataupun menghantar wartawan dari Kuala Lumpur bagi membuat luputan tersebut. -MK

3 comments:
Write comments
  1. hassan ali; brp botol c mahathir kc minum kau 'send me girl'???

    1 lg pornografi UncivilizedMoNkeyO!!!

    ReplyDelete
  2. Hebat betul Hasan Ali ini mengalahkan kuasa Tuhan yang boleh meramalkan PAS akan tumbang kerana menyingkirannya!

    ReplyDelete
  3. Astaghfirullaaaal'aziim!! Siapa awk utk berkata bahawa PAS akan tumbang disbbkan pemecatan awk? Awk nak berlagak sbagai Tuhan ke hasan?? Istighfar byk2 hasan. Meh saya nak habaq (khabar), pemecatan awk adalah teramat relevan bagi pihak PAS, krn tanpa pemecatan awk, ianya akan menjadi duri dlm daging pd PAS itu sendiri. Justeru, keberadaan awk dlm PAS akan menyebabkan kerosakan sedikit sebanyak, & mungkin juga akan sbbkan prestasi PAS merosot dlm PRU13. Maka, pemecatan awk itu adalah langkah yg tepat & kena pd masanya. Krn awk lah yg sbnarnya PARASIT dlm PAS, sperti mana yg awk warwarkan sblom ini. Parasit kenalah dimusnahkan/dikeluarkan dari parti sblom ianya merosakkan parti lebih teruk sikit demi sedikit dari dlm. Awk lah yg perlu muhasabah, jgn nak menuding jari pd org lain. Sepatutnya awk telah insaf dari pmecatan itu & x berlagak angkuh/sombong. Tapi yg berlaku adalah, awk masih lagi SOMBONG/ANGKUH. AWK INGAT AWK SIAPA HASAN?? Awk x takut ke Allah turun BALA pd awk dlm sekelip mata?? (dek krn kesombongan awk) Cukup2lah bermain wayang, & jadi alat pd puak2 berkepentingan. Kpd keluarga hasan, sila nasihatkan elok2 hasan ini, dia dah byk menyeleweng sejak dua menjak ini. Klau anda kasihaninya, nasihatkan dia spaya JGN KERAS KPALE & JGN SOMBONG/TAKABBUR!...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.