Sunday, March 11, 2012

Sapa Kata BR1M Tu Haram?

Penulis agak terkejut membaca tulisan PakatanRakyat dalam TKO yang mempertikaikan permintaan PAS Kawasan Taiping Perak supaya ahli-ahli PAS yang dapat wang RM500 itu mendermakan 10% kepada Tabung pilihanraya.

Apakah PakatanRakyat tidak membaca penafian PAS Kelantan tentang banner yang dimaksudkan itu merupakan ciptaan UMNO Kelantan? Nik Aziz menafikan yang beliau pernah menyatakan bahawa wang itu haram dan PAS Kelantan juga menafikan bahawa banner itu dipasang oleh PAS. Itu adalah kerja golongan yang tidak bemoral dan tak berakhlak seperti UMNO.

Tuan Guru Nik Aziz sendiri secara terbuka meminta mana-mana ahli PAS yang layak memohon wang RM500 itu supaya mengambilnya sebab itu wang rakyat tetapi pangkah tetap Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti.

Samada wang tersebut dari sumber judi, arak atau sumbangan dari pihak Yahudi/Israel, kita tidak mempunyai bukti untuk menyatakanya. Kecuali pihak UMNO secara jelas memberitahu bahawa wang tersebut adalah sumbangan dari kilang arak atau kilang judi atau dari rumah-rumah persundalan, maka wajiblah ahli-ahli PAS menolak wang tersebut. Bagi puak UMNO mereka tidak peduli wang halal atau haram.

Isu rasuah juga tidak timbul kerana kita mengambil wang itu kerana itu adalah hak dan wang milik kita dan kita tidak terikat untuk mengundi UMNO/BN dalam PRU13 kelak. Kalau nak dikaji sumber wang itu mungkin dari cukai kilang arak atau tempat judi, bagaimana pula gaji kakitangan kerajaan yang diperolehi setiap bulan itu?

Kini sudah ada pihak yang menggelar PAS dengan bermacam-macam gelaran seperti Parti Ajaran Sesat lah, Parti Asyik Serabut lah manakala PKR pula digelar dengan nama Parti Kalut dan Ribut.

Manakala UMNO pula digelar ‘United Musyrikin National Organisation" dan ada yang mengatakan "United Munafiqin National Organisations". Terpulanglah nak gelar apa pun asalkan perjuangan tidak lari dari landasan Quran dan Hadis Nabi. Dasar perjuangan itulah sebenarnya yang menentukan apakah gelaran yang diberikan itu bersesuaian atau tidak.

Kita juga kesihan dengan kenyataan minta maaf PM kepada rakyat Kelantan dan Selangor baru-baru ini. Rakyat pun nak minta maaf kepada PM kerana tak dapat nak beri undi kepada UMNO/BN dalam PRU13 kelak. Minta maaf lah banyak-banyak ye. Rakyat dah tak percaya dengan lakunan UMNO dah. Harap-harap UMNO melututlah kepada warga asing yang dah diberi mykad itu untuk mengundi UMNO/BN nanti, jika nak sangat menang. Kalau nak harap rakyat Malaysia, minta maaflah wahai PM. Kami dah sedar dan dah insaf dah sekarang. Dah banyak sangat kamu tipu kami. Dah banyak dah harta dan wang kami kamu rompak dan curi. Tak mampu nak percaya lagi dah dengan talam dua muka kamu tu.

-TKO

15 comments:
Write comments
  1. Kenapa PAS ini mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan apa yang pernah diluahkan sebelum ini? Cepat betul menukar pendapat.

    ReplyDelete
  2. Wang rakyat tetap wang rakyat. tiada haram sekiranya wang adalah milik rakyat.

    ReplyDelete
  3. Kesian juga ahli-ahli PAS yang terpaksa menderma 10% kepada tabung pilihanraya. Mereka yang menerima bantuan BR1M adalah rakyat susah, tapi terpaksa lagi mengeluarkan sebahagian kecil untuk tujuan politik.

    ReplyDelete
  4. BR1M adalah sumbangan dari kerajaan kepada rakyat, jgnlah nak memanipulasikan perkara ini. mengatakan ia haram tak masuk akal.

    ReplyDelete
  5. Tidak perlulah menafikan perkara itu. Namun apa pun bantuan itu tidak haram kerana semua itu adalah hasil duit rakyat itu sendiri juga.

    ReplyDelete
  6. PAS tidak cukup wang untuk menghadapi PRU13 ?

    ReplyDelete
  7. sekurang2nya berterima kasih la dapat bantuan rm500 itu.. adakah pemimpin2 PAS dibenarkan oleh agama membuat tuduhan membuta tuli??

    ReplyDelete
  8. BR1M tu adalah untuk membantu rakyat yang tidak berkemampuan dan miskin. kenapa perlu dermakan sebahagiannya untuk tujuan politik?

    ReplyDelete
  9. Anonymous II ver 2.0April 10, 2012 at 12:58 PM

    The BR1M programme is part of the government’s efforts to diversify its many policies to help low income earning people especially during difficult economic times especially for the people of Sabah.

    ReplyDelete
  10. Anonymous II ver 2.0April 10, 2012 at 12:58 PM

    Penampang MP Tan Sri Bernard Dompok said that the BR1M, one of the many great ideas the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak came up with to show the government’s concern towards the people’s wellbeing.

    ReplyDelete
  11. Anonymous II ver 2.0April 10, 2012 at 12:59 PM

    He added there are many other forms of help that the government provides for the people such as subsidies for petrol and diesel but we know that not everyone can benefit from this.

    ReplyDelete
  12. Anonymous II ver 2.0April 10, 2012 at 12:59 PM

    “So we always try to diversify the aid we give out to the people so that every qualifying Malaysian can enjoy at least some sort of aid or programme the government comes up with,” he said.

    ReplyDelete
  13. Anonymous II ver 2.0April 10, 2012 at 12:59 PM

    Dompok said this to reporters after giving out the third phase of the BR1M in Moyog to 1,393 recipients of RM500 vouchers which can be cashed out at any Maybank, CIMB Bank and Bank Simpanan Nasional (BSN) branches.

    ReplyDelete
  14. Anonymous II ver 2.0April 10, 2012 at 1:00 PM

    At the same time, some 3,046 people from Kepayan also received their BR1M vouchers yesterday.

    ReplyDelete
  15. Anonymous II ver 2.0April 10, 2012 at 1:00 PM

    Since the first phase of the BR1M programme was conducted, over 10,000 people have collected their BR1M vouchers in Penampang alone.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.