Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melabelkan peletakkan jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sebagai keputusan 'separuh hati' bagi mengurangkan keributan umum sekarang tetapi pada masa yang sama merancang untuk kembali semula.
"Ia jelas, ini akan menjadi persepsi kepada masyarakat," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP apabila ditanya mengenai pengumuman Shahrizat untuk berundur daripada kabinet selepas jawatan senator yang disandangnya tamat bulan depan.
"Beliau berbuat demikian kerana beliau merasakan boleh kembali semula... tetapi kita kata beliau melakukannya dengan 'separuh hati'. Jika beliau mahu meletakkan jawatan, (jadi) letak semua jawatan.
"Sudah tentu, beliau tidak mahu mendengar desakan pembangkang, tetapi saya berpendapat beliau perlu mendengar nasihat rakannya, Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee yang menggunakan perkataan yang lebih keras berbanding saya," kata Lim.
Beliau yang juga ahli parlimen Bagan berkata sekiranya niat Shahrizat untuk melepaskan jawatannya adalah asli, beliau tidak perlu menunggu sehingga 8 April ini untuk berbuat demikian.
Semalam, Syed Ali mendakwa tindakan Shahrizat itu hanya sebagai satu 'drama'.
Katanya, sebagai seorang menteri, Shahrizat sepatutnya menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap parti dan negara dan bukan bermain tarik tali.
"Kalau berhenti, berhenti sahajalah. Tapi kenapa macam nak main tarik tali. Kenapa perlu kumpulkan wartawan hari ini sedangkan esok ramai wartawan akan buat liputan di Parlimen.
"Ini semua Bollywood punya cerita. Saya boleh katakan dia ini sebagai makcik Bollywood," katanya pemimpin Umno itu. -MK
Tuesday, March 13, 2012
Shahrizat letak jawatan 'sekadar drama'?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sharizat mengambil keputusan untuk meletak jawatan adalah tindakan yang betul, tiada penyelesaian yang lebih baik.
ReplyDeleteKesilapan yang dilakukan perlulah ditanggung. Harap mahkamah akan menilai kes ini dengan baik.
ReplyDeletemasuk penjara satu hal,, sila pulangkan balik wang 250 juta kpada rakyat! harapan aku anak beranak satu famili k ijat ni masuk penjara,, kalau imam menghina mahkamah pun kne penjara setaun,, ni kan plak famili kak ijat yg songlap duit rakyat bjuta2,, kalau kt negara china punya hukuman ni, sendiri mau ingt la.
ReplyDeleteWalau pun letak jawatan ini tidak bermakna hal2 peyelewengan tidak bolih di soal siasat ke mahkamah ( kalau tidak dapat bukti ini nama nya kerajaan pilih kasih dalam isu ini )
ReplyDeletesusah la orang besor besor ni nak masuk penjara,nk tau depa sekarang tengah cari skrip,da banyak berlaku dah..las2 tak cukup bukti,akhir nya bebas...tak caya hang pa semua tengok la nanti.
ReplyDeleteApa mau letak jawatan memang pun tamat tempoh senator Sarijat maka automatik jawatan menteri tamat dia ingat dia ahli parlimen boleh pegang jawatan sampai bubar parlimen! Adui budak tadika punya otak menteri ini!
ReplyDeleteTindakan yang terbaik, tapi siasatan juga masih diteruskan.
ReplyDeleteSharizat dah buat keputusan nak berundur, tak perlulah nak manipulasikan lagi hal ini.
ReplyDeleteBaguslah..Bukankah itu yang pembangkang mahukan?? Sudah Sharizat letak jawatan mula lagi ada pihak pembangkang yang mengatakan itu cuma drama. Mana satu yang betul pembangkang ini sebenarnya.
ReplyDeleteYang penting beliau letak jawatan dan jawatan tersebut pun akan tamat tempoh sahnya dalam masa terdekat.
ReplyDeleteApa yang penting, sistem penghakiman di negara ini perlulah adil. Tiada layanan kelas pertama atau kedua kepada tertuduh.
ReplyDelete8 April tu tinggal beberapa hari saja.. alang2 tunggu tamat penggal saja la.. yang penting beliau bersara..
ReplyDeletehasrat pemimpin2 pembangkang untuk melihat beliau bersara tetap akan tercapai.. jadi tidak perlulah LGE sibuk2 mahu mempertikaikan tarikh persaraan beliau..
ReplyDelete