Tuesday, March 13, 2012

Suami Shahrizat Tengking Wartawan

Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di atas dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat berhubung pinjaman kerajaan berjumlah RM49 juta kepada Pusat Fidlot Nasional ((NFCorp).

Tuduhan itu dibaca kepada pengerusi eksekutif NFCorp dan beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu termasuk dua tuduhan lain di bawah Akta Syarikat.

Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan anaknya Izmir diiringi ahli keluarga terdekat dan penyokongnya turut berada di mahkamah.

Kes itu akan dibicarakan paada 13 April ini bagi membolehkan pihak pendakwaraya kemukakan dokumen bukti tambahan bagi perbicaraan berkenaan.

Mohamed Salleh dibebaskan dengan ikat jamin RM500 ribu untuk kedua-dua pertuduhan berkenaan sementara menunggu perbicaraan.

Suasana di luar mahkamah menjadi tegang sedikit sebaik sahaja pertuduhan kes itu selesai apabila Mohamed Salleh menengking wartawan dan juruugambar yang meramkan gambar beliau.

"Mengapa ambil gambar?! Belum didapati bersalah lagi!" tengking beliau kepada sekumpulan jurugambar di luar pintu bilik mahkamah.

Shahrizat, semalam, mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh senatornya berakhir 8 April ini.

NFC yang dimiliki oleh suami beliau terpalit dengan tuduhan menyalah guna pinaman RM250 juta kerajaan untuk membeli kondominium di Malaysia dan Singapura selain membiayai perniagaan yang diluar terma pinjaman itu.

Shahrizat akan terus kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Pengerusi Wanita Barisan Nasional namun sudah hampir pasti beliau tidak akan dipilih menjadi calon untuk pilhanraya umum ke 13. -antarapos

10 comments:
Write comments
  1. Setelah melakukan kesilapan, inilah akibat yang perlu ditanggung. Harap pihak mahkamah akan menilai kes ini dengan adil.

    ReplyDelete
  2. Peruntukan daripada kerajaan perlulah digunakan untuk melancarkan operasi syarikat NFC, menyalahgunakan peruntukan tersebut untuk benda yang tidak berkaitan tidak sepatutnya dilakukan.

    ReplyDelete
  3. Hopefully the case will be handle without any elements of biasness

    ReplyDelete
  4. The person in question should have maintain composure in the mist of the proceedings. He should have never scolded the reporters who are doing their job.

    ReplyDelete
  5. tengking menenengking memaki hamun seperti menuduh wartawan bodoh memang budaya UMNO contoh adnan yakob tuduh wartawan bodoh!

    ReplyDelete
  6. Tunggu sajalah keputusan mahkamah.

    ReplyDelete
  7. Kita tunggu apa perkembangan seterusnya mengenai kes NFC ini.

    ReplyDelete
  8. What goes around, will comes around.

    ReplyDelete
  9. patut guna strategi macam Anwar.. minta penyokong ramai2 berkumpul depan mahkamah bagi mendesak mahkamah membebaskan keluarga beliau..

    ReplyDelete
  10. kalau rasa2nya diri tu tidak bersalah, tidak perlulah risau dengan kehadiran wartawan yang ambil gambar.. lagipun isu ni sudah heboh di seluruh negara, malah mungkin di luar negara..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.