Thursday, March 15, 2012

Tabung Haji 'aniaya' syarikat orang Islam?

Seorang usahawan mempersoalkan tindakan Lembaga Tabung Haji yang didakwa telah menganiaya usahawan bumiputera dengan menganugerahkan satu projek kepada satu syarikat milik bukan Islam.

Pengarah urusan syarikat milik bumiputera itu, Abu Bakar Hasan mendakwa projek untuk membangunkan sistem giliran beratur untuk urusan kaunter itu pada asalnya telah dianugerahkan kepada salah satu anak syarikat Tabung Haji, Tetha Edge Berhad.

Namun, Tetha Edge sendiri tidak membangunkan projek itu tetapi telah menganugerahkannya pula satu syarikat bukan Islam, dakwanya.

NONEAbu Bakar mendakwa, tindakan berkenaan merupakan perbuatan yang menganaktirikan syarikat milik orang Islam, sedangkan syarikat beliau sendiri, Virtual Softnet Solutions Sdn Bhd mampu menjalankan projek tersebut.

"Mengapakah syarikat TH yang mengumpul dana dari pendeposit Islam, menganaktirikan syarikat Islam, sedangkan ini adalah keperluan fardhu kifayah?" kata Abu Bakar dalam sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia semalam.

Abu Bakar berkata, syarikatnya Virtual Softnet Solutions Sdn Bhd juga "teraniaya" dan mengalami kerugian "beratus ribu ringgi" apabila tender itu tidak diperolehinya.

Beliau menjelaskan, Virtual Softnet "secara logiknya" patut menerima kontrak tersebut memandangkan syarikat berkenaan telah ditawarkan oleh TH untuk menjalankan satu projek perintis yang berkaitan dengan projek yang dipertikaikan itu.

Beliau mendakwa pihaknya telah diberikan "harapan yang salah" dan syarikat itu juga telah menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menumpukan kepada projek perintis itu.

Syarikat itu juga mengalami kerugian beratus-ratus ribu ringgit kerana tidak dapat menumpukan kepada peluang di tempat lain dan hanya menumpukan projek perintis itu sahaja, dakwanya.

"Logiknya (tender) itu diberikan kepada kami... Tender mahukan (syarat) kepada syarikat yang mengeluar sistem bagi melayakkan (untuk peroleh tender).

"Kami rasa teraniaya sebab enam bulan kami disuruh buat segala-galanya terhadap projek itu. Akhirnya ia diberikan kepada orang lain," katanya.

Abu Bakar mendakwa pihaknya menawarkan harga "paling murah", sebanyak RM2.3 juta dan berada dalam senarai tiga teratas, berbanding Tetha Edge yang menawarkan sebanyak RM2.4 juta selepas tender tersebut dibuka pada Oktober tahun lalu.

Abu Bakar menjawab beliau pernah bertemu dan mengadu kepada Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismi Ismail berhubung perkara itu pada pertengahan bulan lalu.

Bagaimanapun, Abu Bakar berkata pegawai berkenaan berkata "tidak boleh nak tolong" syarikat berkenaan.

Sementara, dalam sidang medianya di ibu negara semalam, Abu Bakar berkata pihaknya membuat aduan kepada kepada PPIM berhubung pemberian tender projek sistem itu di 120 buah cawangan Tabung Haji di seluruh negara.

Manakala Pengurus Besar Komunikasi Korporat Tabung Haji, Anis Zuhani Ahmad, ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut secepat mungkin. -MK

9 comments:
Write comments
  1. Bukan Tabung Haji yang menganiya syariakt orang Islam, tetapi Syarikat Tetha Edge di bawah Tabung Haji yang alibabakan projek yand didapati itu kepada syarikat lain. Kira Syarikat Tetha yang salah dalam hal ini.

    ReplyDelete
  2. Kita tunggulah kenyataan daripada wakil Tabung Haji mengenai perkara ini. Sabarlah buat masa ni.

    ReplyDelete
  3. Ape masalahnye? Tabung Haji bertanggungjawab untuk menjaga duit-duit pendeposit. Kalau harga yang dikenakan oleh syarikat tersebut lebih murah dari harga yang dikenakan oleh syarikat Islam, bukankah sebagai pemegang amanah Tabung Haji perlu mengambil tender yang lebih murah? Perlu ingt yang Tabung Haji di tubuhkan untuk membantu Umat Islam mengerjakan Haji/Umrah. Bukan untuk mengkayakan orang Islam yang lain. Jangan gunakan agama untuk kepentingan peribadi!

    ReplyDelete
  4. hal ini tak seharusnya timbul, tapi sebaiknya berilah projek tersebut kepada Syarikat Islam.

    ReplyDelete
  5. buat report polis saja

    ReplyDelete
  6. sykt/kontraktor x muslim x layak utk mendapat projek drpd tabung haji? UMNgOk n pentadbir tabung haji [yg semestinya muslim] x henti2 utk songlap dana tabung haji...

    ReplyDelete
  7. Yang penting sekali adalah projek itu dapat dilaksanakan sepenuhnya. Itu yang kita mahukan. Bukan Islam atau Islam bukan persoalaan yang perlu dibangkitkan. Yang penting usaha syarikat itu melaksanakan tugas mereka.

    ReplyDelete
  8. Yang penting kerja dibuat dengan baik. Selesaikan hal ini dengan profesional.

    ReplyDelete
  9. jangan sampai wujud budaya "ini untuk kami, itu untuk kamu".. maksudnya jangan sampai setiap agama di negara ini bertindak mendiskriminasikan projek berdasarkan agama..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.