Tuanguru Nik Abdul Aziz berkesempatan memenuhi jemputan majlis kesyukuran perkahwinan Dr Wan Asma Wan Ismail bersama pasangannya Malek Nor di Hotel Renaissance, Kota Bharu semalam.
TG Nik Aziz berharap semoga kedua-dua pasangan ini dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan dan diberkati oleh Allah SWT, demikian kenyataannya di dalam facebook.
Bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor, 56, dengan sekali lafaz selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail, 52.
Dr Wan Asma mempunyai tujuh orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun hidup sebagai ibu tunggal manakala Malek memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun
Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Wan Ismail Wan Ahmad,87, di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi, Isnin.
Dr. Wan Asma bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu manakala Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamaed Noor kelihatan berseri-seri dengan pakaian sedondon berwarna putih gading.
Malek melahirkan rasa syukur di atas ikatan yang terbina dan berharap ia adalah perkahwinan pertama dan terakhir baginya.
“Ketika menunaikan umrah 12 Mac tahu lalu saya memohon kepada Allah agar mempertemukan jodoh dengan wanita yang solehah, dan alhamdulillah dimakbulkan.
“Hari ini dipilih bersempena dengan tarikh tersebut,” katanya selepas majlis akad nikah berkenaan yang diadakan kira-kira jam 11 pagi.
Pada perkahwinan tersebut pengantin lelaki hanya menghadiahkan senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran disertai lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan.
Tiada wang hantaran kerana Dr.Wan Asma kata, beliau tidak memerlukannya kerana dia sudah ada segalanya.
Alhamdulillah. Semoga perkahwinan tersebut berkekalan hingga ke akhir hayat.
Sumber foto: Pelbagai (google images) - terima kasih kepada pemiliknya.
Tuesday, March 13, 2012
TG Nik Aziz Hadiri Majlis Perkahwinan Malek Nor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tahniah kepada pasangan baru.
ReplyDeleteTahniah semoga bahagia sepanjang hayat.
ReplyDeleteCongratulation for their union!
ReplyDeletesemoga mereka akan hidup bahagia.
ReplyDeleteKalau sudah jodoh, takkan ke mana.
ReplyDeletesemoga kekal hingga ke akhir hayat..
ReplyDelete