Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini mengutuk keras kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kerana menggelar petugas media sebagai "bodoh" ekoran laporan tentang isu Lynas Advanced Materials Plant (Lamp).Presiden NUJ Chin Sung Chew berkata, pihaknya amat terkejut dengan reaksi Adnan itu kerana sebagai menteri besar dan ahli politik, beliau patut memahami bahawa wartawan hanya menjalankan tugas.
"Tindakan menteri besar Pahang itu menghina maruah wartawan.
"Kami tidak sekali-kali bersetuju kerana ia biadap dan turut mencampuri kebebasan media," katanya.
Adnan semalam naik angin terhadap wartawan akhbar Cina dengan berulang kali memanggil mereka "bodoh" kerana melaporkan kenyataan yang dikatakan dibuat olehnya bahawa sisa radioaktif Lynas boleh dibuang ke dalam Sungai Lembing.
Menurut laporan akhbar Cina, Adnan juga menolak kamera yang dipegang oleh seorang jurugambar dan mencabar aksi itu disiarkan. Tiga wartawan akhirnya meninggalkan sidang akhbar tersebut.
Sungai Lembing merupakan sebuah bandar lombong bijih timah yang terletak kira-kira 40km di barat laut Kuantan. Hari ini, kebanyakan lombong bawah tanah di situ tidak lagi beroperasi.
Dalam kenyataannyu hari ini, NUJ juga menuntut Adnan meminta maaf dalam masa 24 jam atau mereka tidak mempunyai pilihan kecuali membuat aduan rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
-MK
Sunday, March 11, 2012
Wartawan kecam 'kebiadaban' MB Pahang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Menteri Besar Pahang tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu yang boleh menyinggung perasaan orang.
ReplyDeleteWartawan cuma menjalankan tugas mereka, harap orang ramai dan juga pihak pemimpin akan memahami keadaan.
ReplyDeleteKalau dia boleh hina orang lain, rakyat patut menghinanya dengan menguburkan karier politiknya dalam PRU13. Inilah pemimpin UMNO yang sanggup menghina rakyat!
ReplyDeleteDua2 pihak rasa diri tidak salah, masuk court saja la.
ReplyDeletepihak media kena sahkan laporan sebelum siarkannya pada umum. dan sebagai MB ia harus ada sikap profesional.
ReplyDeleteIni juga disebabkan oleh laporan yang tidak tetap dilakukan oleh wartawan tersebut.
ReplyDeleteWahai Pengundi di DUN Pelangai Bentong.. Tak malu kah anda mempunyai ADUN yang sombong bodoh..dan suka menghamborkan perkataan lucah???????
ReplyDeleteRamai mb mb umno yang bersikap sombong dan angkuh.
ReplyDeleteMedia yang melaporkan benar adalah mengencam kedudukan mereka.
Sekarang umno main isu perkauman.
Umno sudah tajhu dan faham masyarakat cina sudah menolak mereka.
Dengan mencaci wartawan cina akan menakut nakutkan masyarakayt cina...
- OOOOOi..... masyarakat cina menilai politik dengan cara yang halus.
tidak bisng sana sini, tunggu hingga pru13, diam diam lenyapkan umno.
- Masyarakat cina lah bersatu hati runtuhkan umno dan mca.
Masyarakat cina faham umno adalah pemusnah malaysia.
Nampaknya masyarakat cina lebih menyayangi Malaysia dari melayu umno.
"Ada aku kesah??," kata MB Pahang.
ReplyDeletepresiden NUJ patut juga menasihatkan para wartawan di negara ini supaya tidak memutar belitkan kenyataan.. kebebasan media tidak merangkumi kebebasan memutar belitkan kenyataan..
ReplyDeleteRasanya kedua2 pihak perlu mengubah sikap dan perlakuan negatif mereka.
ReplyDelete