Tuesday, July 10, 2012

Abim: Jadikan hudud agenda bersama

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) merujuk kepada kenyataan ADUN Kemelah dari BN, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar kerajaan negeri Johor melaksanakan undang-undang Hudud ke atas orang Islam di negeri berkenaan. Abim amat mengalu-alukan kenyataan tersebut dan berpandangan bahawa ia sebagai satu petanda baik dalam arena politik semasa.

Kenyataan sedemikian secara tidak langsung telah membuka mata seluruh rakyat bahawa agenda untuk melaksanakan hukum Hudud ini bukan agenda yang dimiliki oleh sesuatu golongan sahaja tetapi ia merupakan kewajipan yang digalas oleh seluruh umat Islam.

Dalam pada itu, Abim juga menegaskan bahawa cadangan seperti ini harus disambut baik oleh seluruh pemimpin Islam supaya ia tidak hanya sekadar menjadi polemik dan alat gimik politik untuk keuntungan politik pihak tertentu semata-mata.

Pelaksanaan Hukum Hudud ini melibatkan sistem perundangan negara yang turut menyentuh beberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia memerlukan dokongan kuat dari institusi Parlimen.

Justeru ia memerlukan kehendak politik secara kolektif dan semestinya ia tidak akan berlaku hanya menerusi kenyataan seseorang individu.

Lantaran itu, Abim menyeru seluruh umat Islam tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama tampil mengetengahkan agenda penerangan dan pendidikan berkenaan hukum Hudud ini bersama-sama agar ia benar-benar difahami oleh masyarakat.

Abim yakin melalui pelaksanaan program pendidikan dan penerangan secara sistematik dan jelas berkenaan pelaksanaan hukum hudud, masyarakat akan menerima pandangan lebih jelas tentang aspek keadilan dan hak asasi manusia yang turut ditekankan dalam pelaksanaan Hudud.

Dalam perkembangan berkaitan, menerusi agenda ini Abim yakin kesepakatan sesama Umat Islam yang telah dipisahkan dengan pelbagai ideologi politik akan tercapai.MUHAMAD

*FAISAL ABDUL AZIZ adalah penolong setiausaha agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)

12 comments:
Write comments
  1. Tunggu dan lihat sajalah sama ada akan jadi kenyataan ataupun tidak.

    ReplyDelete
  2. Senang saja ba ni, siapa mahu hukum hudud sokong la parti tu, siapa yang tidak sokong, sokong la parti yang tidak setuju juga.

    ReplyDelete
  3. Tidak cukup ka undang2 yang ada di M'sia?? Jangan terpedaya kepada parti yang menggunakan agama sebagai umpan meraih sokongan

    ReplyDelete
  4. Rasanya bukan semua rakyat Malaysia yang menyokong hukum hudud sebagai undang-undang negara.

    ReplyDelete
  5. Baik berikan penjelasan lanjut secara sistematik dulu sebelum meminta rakyat menerima hukum hudud ini.

    ReplyDelete
  6. jika nak laksanakan hudud. kenalah serius.

    ReplyDelete
  7. Terpaksa tidur di dalam kereta : 12 Julai 2012 – Sepasang suami isteri terpaksa tidur di dalam kereta pada waktu malam ekoran trauma selepas rumah mereka di Flat 700, Pandan Perdana, Cheras di sini dipecah masuk sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu. Rumah di tingkat empat itu baru disewa pada awal bulan ini dan kejadian pertama berlaku hanya tiga hari selepas mereka mendiaminya.



    Mangsa, Hasrin Abdullah, 37, berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 3.50 pagi pada 4 Julai lalu dan menyebabkan anak perempuannya cedera di leher akibat dikelar oleh perompak yang turut melarikan satu set komputer dan beg tangan.


    “Kami hanya menyedari kejadian tersebut selepas mendengar jeritan anak saya yang ketika itu berada di dalam bilik tidurnya. “Saya dan isteri terkejut apabila melihat anak saya yang berumur 17 tahun berlumuran darah kerana dikelar menggunakan pisau yang diambil suspek dari dapur rumah kami,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

    ReplyDelete
  8. ramai yg kata M'sia dah cukop dgn perundangan,tak perlu lagi pada hudud.Kenapa kejadian diatas dan kejadian2 lain masih berleluasa di M'sia?

    ReplyDelete
  9. cetusan idea pembangkang juga nak laksanakan hudud ni. silap2 parti sekomponen PR pun akan berpecah kalau jadilah hukum ni salah satu undang2.

    ReplyDelete
  10. Rasanya hukum hudud ni hanya untuk mereka yang beragama Islam.

    ReplyDelete
  11. Hukum ini perlulah dikaji sebaiknya di Sabah. Kerana kita perlu ada satu hukum yang benar-benar mampu memberikan yang terbaik dan keadilan kepada semua.

    ReplyDelete
  12. mana2 negeri yang rakyatnya menerima baik hukum ini baik laksanakan saja di negeri berkenaan.. lihat dulu keberkesanan hukum ini sebelum diperluaskan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.