Tuesday, July 10, 2012

Zamil tuduh Anwar 'burukkan' Pakatan

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah "memburukkan" rakan komponen Pakatan Rakyat - DAP dan PAS - di belakang mereka, dakwa bekas pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Zamil Ibrahim, sambil mencabar Anwar supaya menafikannya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Zamil menunjukkan CD yang didakwanya mengandungi klip video lima minit di mana Anwar menuntut pemimpin akar umbi PKR Kedah "merundingkan semula" agihan kerusi dengan PAS sebelum pilihan raya umum pada 8 Mac 2008, kerana tidak puas hati dengan kawasan pilihan raya yang diperuntukkan kepada PKR.

NONEZamil berkata, beliau mendedahkan perkara itu untuk menunjukkan kepada rakyat warna sebenar Anwar dan wayang yang dimainkannya di hadapan rakan gabungan tersebut.

Bercakap kepada pemberita di pejabat Rangkaian Melayu Malaysia (JMM) di Petaling Jaya hari ini, beliau berkata, ia menunjukkan watak sebenar ketua pembangkang "yang DAP mahu jadikan perdana menteri".

Menurut Zamil (kanan), klip video itu dirakamkan oleh seorang ketua cabang PKR semasa mesyuarat tertutup parti yang diadakan untuk cabang di wilayah utara Kedah pada 9 Januari 2008 bertempat di Yayasan Aman di Penanti, Bukit Mertajam.

Bagaimanapun, mesyuarat itu hanya dihadiri oleh Anwar, bekas senator PKR, Zamri Yusof dan bekas ketua cabang Gurun, B Kalaivanan.

Zamil enggan memberikan bukti video itu kepada media, tetapi membaca transkrip yang dikatakan perbualan antara tiga individu.

-MK

19 comments:
Write comments
  1. zamil pula nak ganti si ummi hafilda. Hang tu dr Parti KITA,brcakap lah apa manifesto hang punya parti tu. Ni mesti kes nak cari dana parti dan minta habuan dr BN lalu hang brlakon sikit spt ummi. Mcm mana rakyat nak sokong parti hang tu kalu tak jelaskan apa matlamat. Ketepikan urusan parti lain dulu , tambahan pulak masa masih tak sesuai utk hang dok mengata parti lain takut nanti org ramai kata parti hang tu takdak JATIDIRI. Ikhlas cakap ,kalu tolong bantai sama BN yg saban waktu naik kan harga barang, curi harta negara, caci/ benci pd ulama', kenapa dok beri pd kroni2 mereka berjuta2 ringgit dan write-off semua tu..saya parcaya Parti KITA boleh juga duduk sama rendah berdiri sama tinggi

    ReplyDelete
  2. dia nih dah kena 'tendang' dr Parti KITA..pasai apa kena tendang tu tak tau ler. Tpi dengor member dok kate dia nih buat apa2 hal, prti sendiri tak tau,sebab tu kena tendang.

    ReplyDelete
  3. Macam sudah kena rancang saja kan untuk dirakam??

    ReplyDelete
  4. wayang kulit untuk menunjukan diri sendiri lebih baik daripada yang lain.

    ReplyDelete
  5. Anwar memang lidah bercabang, hati-hati saja lah

    ReplyDelete
  6. apa jadi pun saya tetap bersama pakatam rakyat. kau katalah apa hendak aku kasih. siapa zamil?

    ReplyDelete
  7. anony 2.42pm

    Bapa mu memang lidah bercabang juga ka?

    ReplyDelete
  8. Dian ni memang BODOH, dah tak tahu bezakan yg mana buruk yg mana baik. Zamil ni memang Bahlul...Itu bukan burukkan rakan pakatan namanya cuma melahirkan rasa tidak puas hati. Lagipun ia dibuat secara tertutup tanpa pengetahuan media. Lainlah kalau Anwar buat sidang media...Nasib baik ko bukan ahli PKR atau PAS. Satu lagi yg ko ni sibuk dgn parti org lain apasal pulak wahai Zamil?...

    ReplyDelete
  9. nilah agent dan talibarut UMNO yg menjadi broker agar ADUN dan MP PKR keluar dan menjadi ahli bebas.. jadi jgn nak twist atau menwujudkan isu lain... SHAME ON YOU....!!!

    ReplyDelete
  10. Kesian UMNO, tubuh PERKASA - makandiri, tubuh JATI - makan diri, tubuh geng bebas ( Zul Nordin and the gang) - makan diri, ni satu lagi nampaknya kearah itu juga ....... depa ni tak dak kerja lain, dok takutkan orang melayu , kalau sokong PR, melayu akan hilang kuasa....lani marilah kita beramai-ramai tinggalkan UMNO dan menangkan PAS sebanyak-banyaknya..

    ReplyDelete
  11. kalau kamurang perasan, semua yang TV3 puaka interview, semuanya bekas-bekas. Bekas2 ketua, bekas2 adun, bekas2 tok penghulu, bekas2 ketua cabang, semuanya bekas-bekas. -- semua ni bekas2 sampah sarap yg mmg suka tikam dr belakang. Kalau jujur, selepas kluar parti pun dia akan simpan rahsia mesyuarat tertutup. Apa punya banghal. Unta padang pasir pun tak sebaghal makhluk2 ni...wakakaka

    ReplyDelete
  12. setuju dgn anon july 11; 5:40 pm tapi nak tambah 1 lagi, nengok muka Zamil diatas..bukan nak keji tapi hanya layak jual pasembor kat Chulia Street, Penang jer.,Camne parti KITA amik dia? Memang sesuai kena reject lak.

    ReplyDelete
  13. Zaid Ibrahim who used to be close to Anwar Ibrahim is also criticizing him.

    ReplyDelete
  14. Zaid patut memberikan bukti video itu kepada media supaya rakyat akan terdedah kepada perkara sebenar.

    ReplyDelete
  15. saling tuduh menuduhlah kamu.. bgs jg tu.. kamu jg yang susah.

    ReplyDelete
  16. Dalam komponen yang sama pun ramai juga yang tidak sehaluan.

    ReplyDelete
  17. CCTV/video rakaman ni lah yang nampak berkuasa dan banyak digunakan untuk jatuhkan pemimpin sekarang.

    ReplyDelete
  18. Betulkah apa yang dikatakan. Pasti Anwar ada agenda tersendiri pada suatu hari nanti bila menang pada PRU13. Perlu tahu yang mana Anwar ini raja berlakon.

    ReplyDelete
  19. kerja Anwar memang nafi, nafi dan nafi.. jangan harap dia mahu mengaku.. kalau wartawan tanya, dia tengking saja itu wartawan.. settle semua..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.