Pengendali laman blog Uncle Seekers yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui laman blognya, ditahan reman empat hari bermula hari ini.
Perintah tahanan reman sehingga Ahad ini ke atas beliau, nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, 46, bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, dikeluarkan oleh Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, hari ini.
Kedua-dua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya di Tol Senawang, Seremban Negeri Sembilan kira-kira jam 9.45 malam tadi.
Syed Abdullah bersama Siti Nadhirah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru kira-kira jam 3 petang tadi.
Dia yang berpakaian lokap berwarna ungu sempat melambaikan tangan ke arah wartawan dan jurugambar yang menunggu di pekarangan mahkamah sejak jam 2 petang sebaik turun daripada trak polis.
"Pendedahan akan dibuat, lebih banyak lagi selepas ini. Saya ditahan ketika dalam perjalanan nak hantar dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata beliau sebelum dibawa ke kamar. -SH
Thursday, July 5, 2012
Gambar Uncle Seekers Ditangkap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berani kerana benar, takut kerana salah....
ReplyDeleteapa juga yang bangga sangat tu
ReplyDeleteTu perempuan kenapa ditangkap juga
ReplyDeleteMasih bangga lagi Uncle Seeker padahal memburuk-burukkan nama sultan.
ReplyDeleteTeman wanitanya juga turut ditangkap?
ReplyDeletesapa salah sebenarnya nih..sultan ke uncle tu ke atau umngok?
ReplyDeleteBanyak yang tersurat dan tersirat dalam apa yang didedahkan oleh Uncleseekers. Kita yang tak tahu sebelum ni, dapat banyak pengetahuan tentang apa yang sebenarnya berlaku didalam keluaraga diraja Johor. Bilamana ada pendedahan sesuatu berita salahlaku dan sebaliknya untuk disiasat polis, polis dengan menggunapakai undang2 sediaada akan terus menahan orang yang mendedahkan salahlaku itu dan bukannya untuk menyiasat salahlaku itu. Pendedahan Uncleseekers seperti RPK, bezanya Uncleseekers dan RPK ialah Uncleseekers duduk di Malaysia dan berani berdepan dengan apa jua akibat dari pendedahannya tetapi RPK pengecut lari keluar negara bilamana sesuatu berita dan didedahkan dan kini buat U-turn pulak. Apapun kepada Uncleseekers, harap anda dapat tahan bila berdepan dengan Ku Yem dan SiCicak Mengkarung (panggilan Uncleseekers dlm blognya). Semoga Allah melindungi anda.......
ReplyDeleteaku sebenarnya sokong Tun M yg hapuskan kekebalan raja2 sedikit masa dulu. Ikhlas cakap ..mereka tu tidak lagi menjadi tunggak bangsa melayu kerana Perundangan tertinggi negara adalah Suara Rakyat dan Parlimen (juga yg melantik pemimpin). Mereka tu hanya dapat peruntukkan kewangan negeri masing2 utk bayar segala perbelanjaan mereka shj. Bila duduk dimahligai kayangan ( shangri la dlm bahsa tibet) mereka tidak boleh brtindak utk rkyat jelata. Sebab apa,mereka tlh diugut oleh UMNO dan jika ada apa2 statement yg menyentuh kalbu pemimpin umno, raja2 itu akan dimalukan oleh umno melalui utusex atau berita hairan mereka atau apa2 media massa KERAjaan. Peruntukkan kewangan utk satu2 keluarga diraja bukan sedikit jumlah dimana hasilnya pula 'seciput' malah mungkin 'mengabih boreh je'. Itu fakta dan hakikatnya mengenai institusi raja2. TETAPI jika mereka itu boleh bertindak sebagai penghalang kezaliman sang menteri..aku sokong 300% institusi raja2 dan sanggup menjadi hulubalang melaka sekali lagi.
ReplyDeletedengar kata uncle seekers ni sangkut urine test pulak. Kan tahan dia under Akta Rahsia Rsmi ? alih2 sangkut urine test lak. Makin fening rakyta jelata negok drama bersiri umporno nih. Urine test katanya bukan leh dpt masa 2-3 hari sebab kena hantar kimia.
ReplyDeletejangan mengata2 baginda sultan!! sultan adalah payung negeri. mengata sultan johor bererti anda mencela seluruh rakyat negeri johor!!
ReplyDeletebenar, kekayaan kesultanan johor adalah lebih dari sebuah negerinya.. istana bukit serene hanya istana yg menyimpan harta2 kerabat sultan johor!
btw, ingatlah.. sultan & rakyat berpisah tiada. rakyat johor sentiasa senada dgn sultannya.. apatah lagi baginda sultan sentiasa memahami rakyat jelata! murka sultan... fahamlah rakyatnya.
syed abdullah, kami hormati anda.. tapi janganlah mengata/ mencela baginda sultan!! sesiapapun kena hormati perkara ini.
ampun tuanku
sebelum tangkap beliau..apa kes sebenarnya? Oo,dia mengata kpd sultan tapi mana repot polis yg sultan buat dan kenapa sultan cam tiada apa2 pun. Ini kes lebih sudu dari kuah.
ReplyDelete"sultan payung negeri". Payung apa tuh? Kita yg bangsat nih kata begitu tapi bg umno...dia akan kata, " KAMI NAK DERIH,NATANG"-brmaksud 'Kami mahukan (Dato Seri) Idris,binatang'. Jelas umno memanggil sultan mereka sendiri ( kes diT'Ganu) dgn prkataan binatang dan mahukan beliau kekal sebagai MB TGanu. Ada utusex atau tv3 suku panjangkan dan ada polis tangkap? Dengar kata dah ada tpi tak tau sapa cuma tv jer kata dah selesai. Aku masih ingat lagi walau Tun M kata Melayu mudah lupa.
ReplyDeletePernah juga Yang DPertuan Besar N9 masa menjawat sbg Timb YDP Agong sedikit msa lalu diugut oleh seorang Menteri kanan dr UMNO supaya brsetuju dgn Pindaan Perlembagaan (hapus kekebalan raja2 kot) yg bakal dibentangkan dParlimen dan jika tidak baginda akan dihumban kedalam longkang oleh rakyat(umno le tu). Maknanya 'payung' dah tak main sekarang nih.Zaman jaket kalis air paling canggih dah.
ReplyDeleteitulah akibat menghina sultan.
ReplyDeleteItulah kelebihan bila ada kedudukan dan keburukan menjadi rakyat biasa yang tiada kuasa.
ReplyDeleteKita mahu tahu juga cerita selanjutnya mengenai perkara ini.
ReplyDeleteSeolah2 masuk penjara ni perkara biasa bagi mereka. biarlah kebenaran atasi kejahatan akhirnya.
ReplyDeletetidak lama jadi trend la ni..
ReplyDeletekalaulah uncleseeker ini memfitnah Anwar, bertubi2 dia kena hina balik oleh penyokong2 Anwar.. tapi memandangkan dia memfitnah sultan, maka bertubi2 la pujian dia dapat..
ReplyDelete