Kata-kata pelakun Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah binti Abdul Manan yang tidak takut lagi menyokong parti pembangkang kini menjadi hiasan Facebook anak-anak muda Malaysia.
Kata-katanya disebarkan merata-rata dan memberikan ispirasi kepada pelbagai pihak dalam menuntut hak mereka.
Kata-kata Abby bahawa dia tidak takut lagi sokong parti pembangkang setelah mendapat hidayah Allah dikongsi (share) oleh 467 pengguna facebook dan disukai (like) oleh 1,952 pengguna.
248 pengguna pula membuat komen sehingga kini selepas mula dibuat naik ke facebook semalam.
"Dulu saya takut kalau sokong parti pembangkang.
Tak dapat masuk television. Tapi bila dapat hidayah Allah, saya tak takut pada sesiapa.
"Saya tak tau dari mana dapat keberanian tu,
tak masuk television pun tak per. Dah lama sangat dah saya kat television tu.
Banyak dah dosa dalam tu," kata Abby Abadi pelakun yang popular dengan filem dan drama TV Gerak Khas.
Abby kini bergerak dari satu pentas ceramah ke satu pentas di seluruh negara.
Semasa ke Kelantan, beliau turut mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz.
Ucapan beliau yang mahu mencari seorang 'ustaz' untuk membimbingnya telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan positif.
Pendek kata, Abby telah banyak bergerak dari pentas ke pentas ceramah.
Sebahagian aktivis Pakatan tidak senang dengannya kerana orang semacam Abby tidak sepatutnya menghabiskan masa dengan ceramah sahaja.
Ini kerana, bakat sebenar mereka bukannya berceramah tetapi aktiviti seni yang sudah sebati dengan mereka sebelum ini.
Antara yang menyuarakan rasa tidak senang itu adalah kartunis Zunar.
Zunar sudah tentu faham dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini beliau yang sepatutnya aktif sebagai kartunis juga pernah terseleweng sekejap apabila beliau menjadi Ketua Pengarang Akhbar PKR, Suara Keadilan.
Kini Zunar memperkuatkan kembali bidangnya iaitu kartunis dan berjaya membuat pameran solo ke seluruh dunia termasuk London. -HD
Thursday, July 5, 2012
Abby Abadi Teruskan Iltizam Bersama PAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
masuk & undi PAS boleh masuk syurga
ReplyDeleteDah puas popular dalam TV, mahu rasa pula dunia politik
ReplyDeletemasuk & undi BN/UMNO nanti masuk neraka.
ReplyDeleteAdakah artis-artis ini berkelayakan untuk menjadi pemimpin, ataupun PAS cuma nak gunakan nama mereka untuk mendapatkan sokongan peminat?
ReplyDeleteSiapa yang tentukan siapa yang akan masuk syurga ataupun neraka? Hanya Allah saja yang boleh tentukan.
ReplyDeleteAllah dah kata..dlm Alqur'an.WA UD KHILAJANNAH FA QOD FAZZ. "Dan yang masuk syurga adalah FAZ." Tak perlu saya hurai cuma minta hang pi cari ustaz/alim ulama dan tanya dia apakah FAZ itu ? Adakah FAZ itu PAS atau UMNO. Lebih baik ekau diam drp berkata2 sebab keluar satu ayat dah nampak kebodohan.
ReplyDeleteitu pilihan mereka. tapi tk perlulah nak gunakan artis untuk dptkan sokongan.
ReplyDeleteAll the best sajalah Abby.
ReplyDeleteTerpulang dan setiap pihak ada pilihan tersebaik untuk diri mereka sebenarnya.
ReplyDeletekebebasan memilih ada pada setiap rakyat.terpulanglah mau pilih parti mana.
ReplyDelete"tak masuk television pun tak per. Dah lama sangat dah saya kat television tu. Banyak dah dosa dalam tu,"
ReplyDeleteapa motif dia untuk buat kenyataan ni?? sengaja mahu menyinggung artis2 lain yang mahu cari makan?? dia ni sudah kaya senang la cakap..
kalau betul pun dapat hidayah, buat la kenyataan yang profesional sikit.. begitukah caranya bila dapat hidayah?? berapa tahun dia cari makan di telivision? bila sudah tidak laku baru la pula dia cakap banyak dosa dalam telivision..
ReplyDelete