Thursday, July 5, 2012

Intipan CCTV Di Pejabat MB Selangor Tersebar

Satu rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai dirakam dari dalam pejabat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tersebar di Internet semalam selepas dimuat naik di laman You Tube.

Video berdurasi selama 15 minit itu bagaimanapun tidak menunjukkan apa jua pendedahan, aksi panas atau motif penyebaran video tersebut kepada umum.

Video tersebut hanya menunjukkan aksi seorang lelaki berbaju kemeja bercorak didakwa Abdul Khalid yang masuk ke dalam pejabat, seterusnya duduk di kerusi dan meneliti beberapa helai dokumen di atas mejanya.

Gambar lelaki yang didakwa Abdul Khalid dalam video itu tidak begitu jelas kerana diambil dari arah belakang.

Penyebaran video tersebut menimbulkan tanda tanya sama ada ia sebahagian rakaman kamera tersembunyi di belakang langsir dalam pejabat Menteri Besar di Tingkat 21, Bangunan SUK itu seperti didedahkan Abdul Khalid pada Ogos 2010. -SH

MB S'gor cabar RPK dedah lagi rakaman video

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mencabar penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendedahkan lagi rakaman video tersembunyi sewaktu beliau berada di dalam pejabatnya.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco, Khalid dengan sinis "menggalakkan" penulis blog kontroversi itu "mempamerkannya supaya orang ramai dapat tengok".

"Ini adalah permainan yang lucu, jadi teruskanlah.

"Saya mendapatinya begitu menjengkelkan, begitu tidak bertanggungjawab. Tetapi sejak ia merupakan satu cara hidup, saya harus menerimanya," kata sambil ketawa.

-MK

20 comments:
Write comments
  1. siapa yang meletakan kamera?

    ReplyDelete
  2. Susulan kontroversi pembekuan sementara pinjaman PTPTN di Unisel itu, timbul banyak tanda tanya mengenai kemampuan sebenar kewangan universiti yang ditadbir oleh Kerajaan PKR ini.

    ReplyDelete
  3. makin byk video tersebar sekarang.

    ReplyDelete
  4. Senang snagatkah orang luar/dalam pasang kamera secara rahsia?

    ReplyDelete
  5. Apa motif sebarkan video ni? Bukan ada apa2 juga.

    ReplyDelete
  6. susulan pembekuan PTPTN di Unisel bukan menimbulkan banyak tandatanya.. tapi menambahkan kebencian rakyat pd BN dan brjaya membukti MB Selangor mampu mencari RM dn dlm masa sama mampu menggelabahkan umngok. Kan pembekuan ditarik balik...so tak perlu ungkit isu PTPTN dlm artikel ini. Lari tajuk.

    ReplyDelete
  7. ini semua konspirasi umno bn...jgn percaya

    ReplyDelete
  8. RPK otak dh biul.
    Video yg menunjukkan Khalid Ibrahim kerja keras utk rakyat.....
    Buang masa layan RPK...

    ReplyDelete
  9. kalau ada lagi rakaman dari RPK tu eloklh tu... cuba tgk MB Selangorku time kerja... bukan mcm MB BN tu yg suka lepak2 di club2 mewah di padang2 golf!!!

    ReplyDelete
  10. Honestly speaking, rpk sudah menjadi liabiliti pd kem umno/bn. Krn setiap pendedahan mengarutnya, hanya menampakkan betapa 'bos penaja' dah ketandusan idea, sehingga terpaksa upah rpk buat kerja x masuk akal. Betul lah kata tan sri khalid, 'ini adalah permainan yg lucu, jadi teruskanlah'. Kem Pakatan langsung x terkesan dgn kononnya pendedahan rpk, tapi yg lebih tertekan adalah kem bn, krn satu demi satu pendedahan rpk bertaraf sampah. Cuma satu jer lagi nak sentuh, knape agaknya khalid selalu kena? Krn dia bukan setakat mb biasa. Sbagai seorg bertarap pro dlm korporat, dlm masa 4 thn sj dia berjaya membawa selangor berjaya & cemerlang. Sehingga skrg bukan sj hutang dah lupus, bahkan negeri selangor telah ada 2 bilion rizab simpanan (x pernah berlaku diera bn). Sbb itu bn jeles giler & menyerangnya bertali arus. Krn dgn prestasi begini, mustahil bn dpt merampas kembali selangor dari Pakatan. tahniah tan sri khalid, go on dgn kecemerlangan prestasi!...

    ReplyDelete
  11. Kesian RPK sentiasa diperlembukan oleh pemimpin umno. RPK boleh joint Zul Nordin, Ezam sesumpahi, Ummi, dan ramai lagi pencacai tegar yg cari makan dgn berita palsu dan fitnah. RPK, Jangan lupa daftar sebagai ahli Jati....atau Perkasa...NGO racist. ABU!!!!

    ReplyDelete
  12. honestly speaking..kalu manusia brnama Ezam,Ruslan Kassim,Zahid M arip, even Zahid Hamidi pun, Nallakaruppan, Raja Petra, Ummi Hafilda dan haramjadah 3 ekor di Perak yg jd YB Katakpuru tu berada di Thailand..mereka tu 'mati tak bernesan.' Sejarah lampau negara Siam memang tiada siapa berani bermain api. Mereka senyap dgn negara luar bukan mcm Indonesia yg mana isu tarian pun sampai tunjuk perasaan (perasaan bodoh mereka tu la)tapi masih ditipu oleh golongan kapitalis. Disana jika ada peguam yg cuba bela nasib penjenayah negara..alamat akan hilang nyawa dari badanlah peguam malang itu. Sebab tu disana, walau penagih / pengedar dadah di letak atas padang bola dan dikelilingi dgn tali rafia shj,mereka tidak berani lari keluar. Keluar kalu..hilanglah nyawa dari badan.Tiada NGO yg berani (mungkin sana tak da NGok mcm kat Mesai kot). Kita sini kalu penjara bg makan tak sedap pd banduan pun NGok akan marah. Sebab tu..honestly speaking..kadar jenayah dlm negara tak habis malah brtambah kerana apa..HARAPKAN PAGAR PAGAR MAKAN PADI. Itu juga sebuah hakikat kehidupan diMalaysia tercinta.

    ReplyDelete
  13. Dulu masa MB Khalid dedahkan ada kamera tersembunyi dalam bilik pejabatnya, ramai yang kata MB Khalid sengaja mengada-adakan cerita.. sekarang terbukti.. menunjukkan UMNO Selangor kepanasan dari awal PR ambil Selangor tak henti2 'bekerja' sabotaj PR Selangor tapi gagal..

    ReplyDelete
  14. Selangor lubuk mas .. UMNO akan lakukan pelbagai cara nak kan Selangor semula .. TSKI adalah mangsanya .. tiap2 malam tv UMNO menyerang TSKI... hey pemimpin2 UMNO BN .. dah tak ada kerja ke ????? pemimpin2 UMNO BN buat tahi tak apa ye ....

    ReplyDelete
  15. UMNO cakap Tan sri khalid x layak pimpin selangor sebab dia ni org bisnes.. org korporat... tapi adakah mereka sedar yg mereka sendiri telah melantik doctor gigi menjadi MB selama 2 penggal?? kalau compare org korporat dengan doctor gigi nak jadi MB, aku pilih org korporat lg....

    ReplyDelete
  16. Mungkin juga orang sendiri yang membuat perkara ini. Kerana kita perlu tahu yang mana PR ada dua puak iaitu puak Khalid dan juga Puak Azmin.

    ReplyDelete
  17. Kita tunggu apa yang berlaku sebenarnya mengenai perkara ini. Mungkin ada pihak yang cuba untuk memburukkan Menteri Besar Selangor ini.

    ReplyDelete
  18. CCTV ni sebenarnya satu alat yang begitu berkuasa dalam politik sekarang ni. boleh dedahkan apa2 saja terutamanya isu panas.hati-hatilah..

    ReplyDelete
  19. Pelakunya mungkin juga musuh dalam selimut.

    ReplyDelete
  20. dulu Pakatan juga yang suka sangat bekerjasama dengan RPK.. nah, sekarang rasa la bila kena kepada diri sendiri..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.