Thursday, July 5, 2012

Melaka Gantung Semua ADUN DAP

Semua Ahli Dewan Undangan Negeri dari DAP digantung 6 bulan oleh DUN Melaka hari ini. Selepas mereka digantung Speaker DUN Melaka, Othman Muhammad menangguhkan Sidang DUN tersebut.

Semua Adun terbabit ialah Adun Kesidang yang juga Ketua Pembangkang, Goh Leong San; Adun Kota Laksamana, Betty Chew; Adun Bachang, Lim Jak Wong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Semalam DAP tersebut bertindak keluar dewan kerana membantah keputusan Speaker DUN Melaka membenarkan media tertentu merakam ucapan wakil rakyat MCA yang didakwa memburuk-burukkan keluarga ADUN Kota Laksamana Betty Chew ketika persidangan semalam.

Mereka bertindak keluar dewan kerana tidak berpuas hati dengan penjelasan Speaker Datuk Othman Muhamad.

Dalam persidangan semalam, Othman menjelaskan bahawa beliau memberi kebenaran berkenaan kerana percaya dengan etika serta kredibiliti pihak media yang membuat liputan.

Wakil rakyat berkenaan bagaimanapun enggan menerima penjelasan tersebut dan menyifatkan Othman bersubahat dengan media berkenaan mencemarkan nama Chew dan suami wakil rakyat tersebut, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

“Kamera itu memfokuskan kepada Chew, terutama apabila ucapan Gan untuk memburuk-burukkan Chew, Lim dan kerajaan Pulau Pinang dalam siaran berita 8 malam tadi dan muka depan Utusan Malaysia hari ini," kata wakil rakyat berkenaan dalam satu kenyataan bersama semalam.

Dalam sidang medianya di Melaka semalam, Chew berkata, tindakan berkenaan adalah taktik yang menjijikkan oleh pihak BN untuk memburuk-burukkan keluarganya.

"Sejak saya menyertai sidang DUN di Melaka sudah tiga penggal, tidak pernah ada rakaman video di dalam dewan oleh pihak media, kecuali prosiding yang ada Tuan Yang Terutama atau pembentangan bajet.

"Kita lihat mereka memberikan satu rakaman penuh dan sudah terbukti apabila kita melihat berita tersiar di stesyen Media Prima pada jam 8 di TV3, sudah jelas ini adalah satu konspirasi untuk cuba membangkitkan suatu isu yang tidak pernah berlaku.

"Saya percaya ini adalah satu konspirasi oleh BN dengan MCA untuk membunuh imej saya dengan suami saya menggunakan fitnah dan saya rasa ini adalah satu perbuatan yang jahat dan tidak boleh dimaafkanlah," katanya.

Beliau sekali lagi mencabar Gan untuk mengulangi dakwaan tersebut di luar dewan.

"Saya rasa kalau pemimpin terbabit ada moral, beliau harus ulangi tuduhan itu di luar dewan dan jangan berselindung dalam dewan dan jangan jadi pengecut.

"Saya nak tanya kepada Gan Tian Loo, you adalah seorang bapa dan you ada anak, boleh buat fitnah ini semata-mata untuk kepentingan parti," katanya lagi.

17 comments:
Write comments
  1. PR telah mendustakan rakyat. Ini kerana sedang janji dan ikrar lama belum tertunai, mereka terus menerus menabur janji baru.

    ReplyDelete
  2. Mereka berharap dapat meledakkan emosi rakyat dan seterusnya melupai janji yang gagal ditunai. Itulah strategi mereka. Kalaupun tidak lupa, mereka berharap rakyat reda dengan ketentuan mereka gagal menepati janji-janji ini.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. tidak hormat dewan.. kena gantunglah.

    ReplyDelete
  5. Sandiwara politik..

    ReplyDelete
  6. Taktik kotor memang sering digunakan dalam politik.

    ReplyDelete
  7. 1 masa dulu, lubang pantat haji logiut najib pernah keluar angin yg berbunyi " malaysia adalah negara demokrasi terbaik di dunia"!!!

    ReplyDelete
  8. biasa lah..speaker tu adalah YB dr kalangan BN jugak. Tugas dia selamatkan maruah BN dlm mna2 DUN atau Parlimen. Diluar negara, speaker tu dr kalangan professional dan bebas. Kalau balaci umno yg dpt seringgit dua pun pndai menyalak takkan speaker yg elaun berbelas ribu ringgit trmasuk semua free tak mau jaga periuk nasi..bebb.

    ReplyDelete
  9. Apa salah ADUN tu sampai digantung 6 bulan? Perlu dingat mereka diamanahkan oleh rakyat dikawasan mereka utk membawa suara dan isu rakyat kedewan yg mulia.. rakyat telah membuat dan menunaikan proses demokrasi. tapi kerajaan negeri tidak memperdulikan kelangsungan demokrasi... jika ADUN DAP bersalah.. adakah kesalahannya serius ? wajarkan menghalalkan perbuatan semata kerana kita memiliki kuasa...sedangkan kuasa itu sebenarnya ihakmilik rakyat dan dipinjamkan saja

    ReplyDelete
  10. UMNO BN SENGAJA TIMBULKAN ISU. ISU SENSITIF DAN PERIBADI TIDAK SEHARUSNYA BERTANYA DEPAN ORANG RAMAI. NAK BUAT STATMEN TAKUT ... MAKA BUAT-BUAT TANYA... MEMANG PUAK NI JAHAT. TAK APA... TUNGGU PRU13.. TAHULAH DIA TINGGI RENDAHNYA LANGIT TU..

    ReplyDelete
  11. ini keputusan atas dasar politik bukan berdasarkan kepentingan awam... apa kena mengena isu yg dibangkitkan dalam sidang DUN tu dgn rakyat Melaka? puak2 meno ngong ni tak habis2 dok heret benda yg xdak kena mengena masuk ke dalam dewan sbb dah tak ada isu......kesian kt rakyat Melaka, selama 6 bulan wakil rakyat yg depa pilih tak dapat nk suarakan sebarang permasalahan dalam DUN melalui sidang yg rasmi.....umno be end jugak yg untung

    ReplyDelete
  12. Pelik betul ADUN BN. Tak ada isu lebih penting ke nak bincang dalam Dewan atau sudah ketandusan idea sehinggakan isu personal dibawa ke Dewan....itu isu kedai kopi..ke Dewan itu udah jadi kedai kopi bagi ADUN BN.....ABU!!!!

    ReplyDelete
  13. Mahathir kan dah kata golongan bijak pandai sudah tidak berminat jadi ahli UMNO. Jadi bila budak-budak tadika itu berada dalam UMNO mana pandai fikir masalah rakyat budak-budak tadikakan hanya tahu fikir soal-soal peribadi.

    ReplyDelete
  14. Maka perlulah bijak memilih parti yang memberikan janji.

    ReplyDelete
  15. Hati2 bila berkata2. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata mana boleh ditarik lagi. Jadi, sedialah terima akibatnya.

    ReplyDelete
  16. tau marah bila keluarga sendiri kena.. tapi kalau pemimpin2 pembangkang yang serang keluarga pemimpin2 BN, mereka buat tidak kisah pula..

    ReplyDelete
  17. kalau betul wujud undur2 fitnah, saman saja la.. apa perlu bising2??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.