Luluh hati seorang suami apabila niatnya untuk pulang semula ke rumah di Rawang, dekat sini, kerana bimbangkan keselamatan isteri selepas dihalau sebelum itu bertukar episod hitam apabila melihat isterinya itu bersekedudukan dengan lelaki lain, Selasa lalu.
Lebih menyedihkan, lelaki yang ditangkap berasmara dengan isterinya adalah majikan wanita itu menyebabkan mangsa, 30, gagal mengawal diri sehingga menitis air mata dan tidak mampu berkata apa-apa.
Walaupun majikan isterinya berulang kali meminta maaf dan mendakwa tidak melakukan hubungan asmara dengan wanita itu, namun mangsa yang enggan mempercayainya mendesak dia menceritakan perkara sebenar menyebabkan lelaki itu panik dan melarikan diri.
Bagaimanapun, dia ditahan penduduk yang menyedari kejadian terbabit sebelum lelaki itu mengaku melakukan hubungan asmara dengan pasangannya sebelum mereka dibawa ke Balai Polis Rawang untuk tindakan lanjut.
Sumber berkata, sebelum kejadian, suami berkenaan yang rindukan isteri pulang semula ke rumah jam 7.30 malam bersama adik lelakinya kerana bimbangkan keselamatan isterinya itu namun berasa pelik sebaik melihat sepasang kasut lelaki berada di luar rumah. -hm
Sunday, July 8, 2012
Isteri Berzina Dengan Bos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Isteri yg tak ada meruah dan hanya melayan nafsu syaitan majikan nya sahaja. Tak guna nak menyimpan seorang isteri seperti sedemikian.
ReplyDeleteIsteri macam ini pun ada, kasi cerai lagi bagus.
ReplyDeleteMemalukan kaum wanita dan isteri saja.
ReplyDeleteBagus cerai sajalah wanita macam ini.
ReplyDeleteLelaki ini begitu cinta dengan isterinya dan merisaui keselamatan bini, tapi isteri itu tidak pandai menghargainya.
ReplyDeletepasti hancur hati suami tersebut melihat isterinya sebegitu.. tk perlu simpan isteri mcm itu.
ReplyDeleteIsteri macam ni memang tidak bagus. sudahlah halau suami dia, ada hubungan sulit lagi pula dengan lelaki lain.
ReplyDeleteKesian si Suami dicurangi oleh si Isteri.
ReplyDeleteada masanya akan timbul 1001 penyesalan dalam diri si isteri curang ini..
ReplyDelete