Anak kepada bekas pemimpin dan pejuang ternama Umno melihat parti terbesar Melayu itu kini hilang arah di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tamrin Ghafar, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Ghafar Baba turut menyuarakan rasa tidak senang dengan pentadbiran Najib yang menurutnya lebih banyak merampas daripada mempertahankan hak rakyat di negara ini.
"Umno sudah lari daripada matlamat perjuangan asal pemimpin terdahulu yang lebih mengutamakan rakyat.
"Di bawah pemerintahan Najib, Umno kini lebih banyak menekan dan merampas hak rakyat daripada mempertahankannya," kata Tamrin kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi malam tadi.
Tamrin turut menyuarakan rasa kecewa terhadap Najib (gambar) kerana sejak beliau menerajui negara ini pada 2009 apabila menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi, dasar parti utama dalam Barisan Nasional (BN) itu juga telah berubah sama sekali.
"Sejak dua, tiga tahun kebelakangan ini, dasar-dasar perjuangan Umno juga telah berubah," tambah bekas ahli Parlimen Batu Berendam ini lagi kepada The Malaysian Insider.
Bapa Tamrin, yang juga pernah menjadi pemangku perdana menteri sewaktu Dr Mahathir menjalani rawatan jantung pada 1989 adalah pejuang sejati Umno yang pernah berkhidmat di bawah pentadbiran empat perdana menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah, Tun Ghafar juga pada pernah menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka selama lapan tahun bermula 1959 sehingga 1967 walaupun pada mulanya menolak untuk dilantik menjawat jawatan tersebut oleh Tunku Abdul Rahman.
Tamrin yang dilihat aktif di pentas-pentas ceramah Pakatan Rakyat (PR) hari ini turut mengesahkan telah menerima surat tunjuk sebab daripada Jawatankuasa Disiplin Umno pada 26 Jun lalu apabila seringkali dilihat mengkritik kepimpinan perdana menteri tersebut.
"Memang saya telah menerima surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin parti. Surat itu telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.
Jelas Tamrin, surat itu antara lain menuntut agar beliau memberikan penjelasan berhubung tindakannya mengkritik kepimpinan parti yang mana Jawatankuasa Pengurusan Umno melihatnya sebagai "melanggar disiplin parti."
"Saya diberi tempoh 14 hari untuk memberikan jawapan. Namun saya enggan membalasnya dengan surat. Sebaliknya, saya menuntut untuk bersemuka dengan jawatankuasa disiplin Umno dan memberikan penjelasan terus kepada mereka," tegas Tamrin yang turut menghadapi kemungkinan dipecat sebagai ahli Umno.
Ditanya sama ada beliau akan menyertai parti politik lain sekiranya dipecat, Tamrin menjelaskan, beliau masih lagi belum membuat keputusan terhadap perkara itu.
"Kita tunggu tindakan jawatankuasa disiplin parti dahulu. Saya belum fikir lagi nak sertai mana-mana parti," tambahnya lagi.
Tamrin yang sebelum ini hanya memencilkan diri kini dilihat semakin agresif di pentas ceramah anjuran pembangkang termasuk kemunculan semula pertamanya pada perhimpunan pra Bersih 3.0 pada penghujung April lalu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini.
Selain itu, beliau juga pernah menulis "surat kuning" kepada Najib dan memberi teguran, saranan dan pandangan bagi memulihkan sokongan rakyat kepada Umno.
Bagaimanapun, usaha beliau itu tidak mendapat perhatian Najib walaupun perdana menteri itu kerap menyatakan parti itu "perlu berubah jika tidak mahu diubah" dalam pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
-TMI
Sunday, July 8, 2012
Anak Pejuang : Umno hilang arah di bawah Najib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tamrin..kami amat homat dgn tun ghafar. u dah kuar dari umno! ahli pas! u dah bersumpah dgn rukun2 keahlian pas!
ReplyDeleteu x berhak buat apa2 komen psl dlmn umno dah.. pd i.. u boleh blahh!!
**anak bekas pejuang umno jg..ikhlas bersatu, bersetia, berkhidmat
tahniah dato tamrin..anda adalah pejuang sebenar utk kemerdekaan Malaysia yg kedua drp penjajahan BN/UMNgok.
ReplyDeleteCM Datuk Musa Aman has emphasised the importance for all Umno and BN members to give total support to any candidate picked by the top leadership for the coming 13th General Election.
ReplyDeletethe struggle in BN is a party struggle and not an individual one, especially in ensuring the coalition wins all State and parliamentary seats, including wresting all seats that were lost to opposition candidates
ReplyDeleteWell, the people have to do something or else the situation will remain the same.
ReplyDeleteIts all in your hand whether still want BN or Not.
ReplyDeleteLain orang, lain pandangannya.
ReplyDeleteJika rakyat masih memberi mandat kepada kerajaan BN, jelas kehendak rakyat mahu Datuk Najib terus memegang jawatan sebagai PM.
ReplyDeleteKita tunggulah PRU-13.
ReplyDeletetu hnya pandangan dia.. tapi UNMO kini masih lagi kukuh.
ReplyDeletekalau ahli tidak sehaluan dan berpecah2, uruskanlah dengan sebaiknya.
ReplyDeleteNampaknya Datuk Najib harus membuktikan kepada rakyat yang mana BN mahu memberikan yang terbaik kepada mereka. Jika tidak maka tidak mustahil BN akan ditolak suatu hari nanti.
ReplyDeletebegitu la ba kalau sudah ada niat mahu lompat parti.. dia buat tuduhan itu ini tapi tidak mampu menjelaskan secara terperinci.. dalam kenyataan beliau ini, mana perenggan yang menjelaskan secara terperinci berkenaan dengan umno merampas hak rakyat?? ada contoh2 dia kemukakan?
ReplyDeletePM mana yang berani menggunakan dakwat kekal? PM mana yang berani tubuhkan PCS khas untuk pilihanraya? PM mana yang banyak memberikan bantuan kepada rakyat dalam masa 3 tahun? PM mana yang berani tubuhkan RCI untuk Sabah??
ReplyDeleteDatuk Seri Hishammuddin Hussein today rejected claims by critics that Datuk Seri Najib Razak is alone in his leadership, saying the prime minister’s transformation agenda has the unwavering support of all Umno members. Hishammuddin was cited saying that Umno has got its act together.
ReplyDeleteThe Umno vice-president pointed out that delegates had proven this today when they passed the motion on Najib’s presidential address during the annual general assembly earlier.
ReplyDelete“Those who say that Umno is not supporting Datuk Seri Najib’s transformation, those who say that Datuk Seri (Najib) is leading on his own, those who say that Umno is living in its own bubble ... what you saw today was the mandate (given) to all the transformation (plans)." asaid Hissammudin.
ReplyDelete“Whether it is for the government, economy or political ... that has never been done before in this country,” he said during a press conference after meeting Umno Overseas Club representatives.
ReplyDeleteHishammuddin added the mandate is significant as the delegates present during the assembly are leaders representing the party’s branches and divisions nationwide as well as its grassroots leaders.
ReplyDelete“Those delegates in the hall are no ordinary members. Therefore those who said that the transformation brought by Datuk Seri Najib does not get the mandate of Umno and that Umno cannot do changes and transformation, are unfounded arguments,” he said.
ReplyDeleteHishammuddin added that the passing of today’s motion was a clear indication that party members were now ready to unite under Najib’s leadership.
ReplyDeleteCritics have often claimed that Najib is alone in his transformation agenda as conservatives in the ruling party he leads are resistant to the changes he has mooted.
ReplyDeleteThey have particularly singled out Najib’s deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin as a leader of the conservative faction in Umno, constantly drawing to attention the latter’s famous declaration of being “Malay first and Malaysian next”.
ReplyDeleteSince the prime minister took over the reins of the country, he has embarked on numerous transformation initiatives, promising to implement reforms aimed at increasing individual freedom, weed out corruption, improve the public delivery system and create a more challenging and competitive business environment.
ReplyDeleteNajib had also introduced his “1 Malaysia: People first, performance now” slogan that is meant to be form the backdrop of his transformation agenda.
ReplyDeleteOver recent months, the prime minister announced a series of significant reforms, including the repeal of the Internal Security Act (ISA), the lifting of three Emergency declarations, the formation of a parliamentary select committee for electoral reforms, the lifting of the ban on student politics and the introduction of the Peaceful Assembly Act, a law to regulate public assemblies.
ReplyDelete