Monday, July 2, 2012

Pelajar USM ditahan polis palsukan sijil akademik

GEORGE TOWN - Polis menahan tiga pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) di sebuah rumah di Kampar, Perak selepas dipercayai terlibat dengan sindiket pemalsuan sijil akademik menerusi talian internet semalam.

Mereka yang terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki ditahan sepasukan polis khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan dibawa ke Balai Polis Jalan Patani kira-kira pukul 12 tengah malam.

Pelajar yang berasal dari Perak itu berusia antara 24 hingga 26 tahun dan mereka dipercayai tinggal serumah di rumah tersebut.

Difahamkan, mereka terlibat dalam sindiket pemalsuan sijil diploma, sijil ijazah sarjana dan sijil ijazah sarjana muda di universiti berkenaan dengan mempromosikannya kepada rakan-rakan melalui laman sosial Facebook.

-Kosmo

2 comments:
Write comments
  1. Sijil akademik Menteri besar perlis apa cerita?

    ReplyDelete
  2. sijil MB Perlis itu memang sah kerana kena pd tempatnya ( dlm BN la) Kalau guna ditempat lain, kantoi tuu..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.