Monday, July 2, 2012

Dr. Mursi: Rakyat Pemilik Kekuasaan Tertinggi

Peristiwa bersejarah kembali terjadi di Medan Tahrir, kali ini adalah kehadiran presiden baru Mesir pilihan rakyat, Dr. Muhammad Mursi, pada hari Jumaat lalu 29 Jun 2012.

Pesiden hadir menemui jutaan rakyat di Tahrir Square kerana dengan perjuangan merekalah dirinya terpilih menjadi presiden Mesir pasca revolusi 25 Januari 2011. Kerana itu beliau akan bekerja dengan bersungguh-sungguh sesuai dengan keinginan rakyat Mesir dan melaksanakan tuntutan-tuntutan mereka.

Beliau menyokong usaha untuk meneruskan revolusi di jalan-jalan di seluruh Mesir akan tetapi dengan jalan damai yang tidak mengganggu produktiviti dan kerja masyarakat. Beliau juga menegaskan bahawa semua institusi pemerintahan akan bekerja untuk mewujudkan tuntutan revolusi.

Di awal ucapannya beliau menyampaikan penghormatan kepada mereka yang tercedera dan keluarga para syuhada revolusi dan beliau kembali menegaskan komitmennya untuk mewujudkan hak-hak para syuhada dan mereka yang tercedera.

“Rakyat Mesir, askar, polis, pemerintah dan tokoh Mesir baik di dalam dan di luar Mesir mendengarkan seruan kamu semua; “Seruan, Tidak ada kekuasaan di atas kekuasaan rakyat ini”

Ketika beliau hendak meninggalkan panggung di Tahrir Square dan mendekati para aktivis revolusi beliau menyeru: “Kalian semua adalah pemilik kekuasaan. Kalian beri kekuasaan itu kepada siapa saja yang kalian kehendaki dan begitu juga kalian cabut kekuasaan itu dari siapa saja yang kalian kehendaki.”

Presiden baru Mesir ini juga berjanji akan membebaskan semua tahanan politik dan menyelesaikan keadilan untuk orang awam dengan pihak tentera yang selama ini sering terjadi. Beliau juga berjanji mulai hari esok beliau akan bekerja dengan sepenuh kekuatan untuk membebaskan tahanan politik, termasuk yang menjadi prioriti adalah, Syaikh Umar Abdur Rahman yang di penjara di AS semenjak tahun tujuh puluhan silam.

Beliau juga menyinggung bahwa dirinya tidak takut dengan siapapun kecuali hanya takut kepada Allah swt. “Saya datang ke sini tidak memakai baju anti peluru. Kerana saya yakin kepada Allah dan kepada kalian semua. Tidak ada yang berhak ditakuti kecuali hanya Allah swt.”

Gambar Presiden Baru Mesir yang secara tiba-tiba meleraikan pimpinan tangan anggota tentera yang menjadi "perisainya" bagi melindungi keselamatannya sambil mengatakan bahawa beliau tidak memerlukan pertolongan sesiapa kerana yakin dengan pertolongan Allah dan Perisainya adalah Allah SWT dan hidup matinya telah ditentukan oleh Allah swt... Allahu Akbar!!


2 comments:
Write comments
  1. Indahnya kalu Malaysia juga AKAN dapst PM atau Pemimpin yg macam nih. Ini ada Ketua Negara..tak tahu apa yg diketuainya. Ada PM..tak tau apa yg P nya dan apa yg M nya..

    ReplyDelete
  2. Rakyat Malaysia diharapkan bijak pilih pemimpin yg layak jd PM seleps PRU 13. Rakyat Malaysia juga Bodoh jk salah pilih pemimpin selps PRU 13. Knapa Najib Takut berdebat dg Anwar?.........Rakyat Malaysia mahu melihat untk menilai antara dua pemimpin siapa yg lbh layak jd PM Malaysia seleps PRU 13. Rakyat Malaysia sgt2 perlukan pemimpin yg boleh memimpin rakyt dn jadikan diri mnjd contoh pd rakyat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.