Datuk Seri Anwar Ibrahim “mungkin” akan meninggalkan arena politik jika beliau gagal memperolehi kuasa dalam pilihan raya umum ke-13, kata Ketua Pembangkang itu kepada Financial Times (FT).
Dalam satu temuramah dengan akhbar perniagaan itu hari ini, ahli politik berusia 64 tahun itu menjelaskan beliau sudah letih dengan politik walaupun pilihan raya akan datang bakal menjadi ledakan terakhir buatnya menjadi perdana menteri Malaysia, selepas dipecat 13 tahun lalu dan dipenjara atas dua kesalahan seks luar tabii dan rasuah.
“Kami membentangkan manifesto, polisi, dan sudah tentu, jika diberi mandat, saya teruskan; jika tidak, saya akan balik mengajar semula,” kata Anwar kepada FT.
Akhbar berpengaruh itu menjelaskan Anwar dilihat semakin letih walaupun berhadapan dengan peluang terbaik beliau untuk untuk memimpin negara dengan 28 juta populasi berbilang kaum yang kian tawar hati dengan pemerintahan Barisan Nasional (BN).
“Berumur 65 sekarang, Anwar mengakui ini ‘mungkin’ langkah terakhir sebelum beliau menjadi perdana menteri,” kata akhbar itu lagi.
Ketua Pakatan Rakyat (PR) itu telah menjalankan kempen untuk mengambil alih Putrajaya daripada BN dan telah mempengaruhi rakyat dengan idea masyarakat yang tidak mementingkan mana-mana kaum dan sebaliknya berasaskan merit.
“Kami sedang merubah landskap politik negara. Saya merasakan jumlahnya sangat besar, terutamanaya golongan muda, mahu Malaysia berubah menjadi matang, lebih demokrasi,” katanya kepada FT.
Namun, ketua pembangkang itu masih diganggu oleh masalah kesihatan berterusan dan isu undang-undang yang boleh menjejaskan matlamat mereka ke Putrajaya.
Walaupun dibebaskan daripada tuduhan liwat kedua awal tahun ini, pihak pendakwaan masih mencari jalan untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi dan mempunyai 10 hari lagi untuk berbuat demikian.
Ini mungkin berakhir dengan Anwar di penjara, tamparan hebat yang bakal menghancurkan impian untuk seorang lelaki yang berhasrat menjadi perdana menteri dan mencacatkan peluang PR pada pilihan raya akan datang.
Musuh politik Anwar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah mengaitkan Bersih, sebagai satu perhimpunan untuk menjatuhkan kerajaannya.
Anwar dan dua pemimpin PKR dikenakan beberapa dakwaan berhubung keganasan dalam perhimpunan 28 April lalu menuntut pilihan raya adil dan bersih, dengan yang terbaru dikenakan semalam, memungkinkan mereka dipenjarakan sehingga dua tahun jika didapati bersalah, menggugurkan beliau daripada status pemimpin politik dan meletakkan beliau dalam ranjau politik yang telah beliau tinggalkan sejak kembali empat tahun lalu.
-TMI
Thursday, July 5, 2012
PRU 13 mungkin terakhir, kata Anwar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ini semua konpirasi umno bn.salah bn.
ReplyDeletesemuala salah BN..mama ko sakit pun salah BN..bapa ko p cari perempuan lain pun salah BN..ko gagal exam pun salah BN..yg betul jak ko bg sama P.R walaupun 1 habuk pun teda dorang buat apa2..tau buat bising dn janji manis jak..
ReplyDeleteKalau Anwar mahu tinggalkan dunia politik..Ada aku kisah.
ReplyDeletelagi cepat lagi bagus...
ReplyDeletebetul ke dia nak tinggalkan politik.. jgn lah masih ada jg muka dia nnti bising dalam politik.
ReplyDeleteLebih baik berundur secara terhormat daripada diundurkan.
ReplyDeleteKalau sudah ditakdirkan yang Anwar/PR tidak mampu kalahkan BN, apa boleh buat la.
ReplyDeletesenang hati la pecacai umno..
ReplyDeleteBN akan maharajalela kalau tiada Anwar. Oleh itu, jom UBAH, now or never.
ReplyDeletedear Anonymous 2,3,4
ReplyDeleteKalau nko tak sokong.. jangan pulak nak melarang jutaan rakyat yg menyokong.. nko? sokonglah UMNO... RAKYAT dIMISKINKAN, KRONI diUTAMAKAN...kesian.. isk..isk
Perdana Menteri bukanlah segalanya .. yg penting tumbangkan KERAjaan UMNO BN tu dulu .... bila dah menang barulah cakap ... mood rakyat hanya mahu menjatuhkan UMNO BN je ...bukan Anwar sbg PM .. kena faham tu ..
ReplyDeleteada aku kisah??
ReplyDeletereverse psiko aje anwar nih!! mcm ayah cik hadi! mcm nik aziz laa.. mcm lim kit siang..nak seru smgt pengundi dan penyokong2 lah tu!
tapi mesti jugak wujudkn kroni semasa pegang jetn! hik3. ayah cik hadi dgn anak dia! nik aziz dgn anak dia! lim kit siang dgn anaknya! karpal pun dgn anaknya! anwar dgn anak dia..bila seleweng, siap anak2 tu pertahankan secara emosi!!
aku tatap mengundi! wp aku x minat politik!!
actly..malaysia milik kita! pemimpin datang & pergi..
so, sekali lagi..., ada aku kisah??!!*&*(^%!! berenti terusla.. nak main2 tarik tali plak.
allah tu ada & maha adil! insya allah jika u betul, u mati nanti pun allah tetap akan beri pembalasan! tapi jika u merapu2 dan masih tak taubat2..allah membalasnya jg!
ReplyDeleteso, u berenti la.. pemimpin datang & pergi! i di sini simpati dgn u.. tp... percayalah dgn kekuasaan allah, ye? mengadulah pada allah setiap kali kita ditimpa musibah.bukan pada orang...orang-orang!!
tapi..mau ke u berenti?? hehe hehehe
jika betul DS Anwar akan bersara dr politik jika pencapaian kurang baik pd PRU 13 nanti,amatlah malang nasib masa depan melayu dibumi Malaysia ini. Mana ada pemimpin berani spt beliau demi kemakmuran rakyat. Kalau dia mahu kaya dan fulus..kenapa harus dibantah kemahuan Tun M dulu. Elok dibodek shj mantan Pm itu malah umno itu sendiri dan ganjaran amatlah besar menanti beliau. Sampai keanak cucu kaya,tapi beliau memilih perjuangan rakyat. Fitnah liwat ,sex,rasuah yg sebenarnya dilakukan oleh YB Umngok..trpikul atas bahu beliau dan beliau terima sepenuhnya. Walau ada 1000 pemimpin peganti kemudiannya..tidakkan sama dgn semangat ,karisma, wibawa dll yg tiada semua itu dlm PR atau BN.
ReplyDeleteiu9-jiuiiiummmmmmm...
ReplyDeletesetiap masnusia ada kelebihan & ada kekurangan, yb dato sri! allah itu maha adil. sabar... solat...puasa..& bawa2 mengucap! allah memang membalas sekiranya kita dianiaya..samada di dunia mahupun di akhirat.
ReplyDeletepercayalah dgn kuasa allah. allah mmg adil yb dato sri! x dapat sekarang, mungkin ketika seseorang itu menghadapi sakaratul maut! xpun pastinya di padang mahsyar robbul jalil nti!
pada saya cukup2 lah! pemimpin datang & pergi..memang semuanya ada kelebihan & kelemahan..ada saya kisah??
tapi.. sudah2 lah, ye? biar allah pula membalas!!....... yb dato sri patut berenti aje!! BERHENTI SKRG!!! bukan saya kecewa, saya faham! org mau+ bercita2 jd pm, alih2 x dpt jd pm?>!$%^ tapi yb dato sri terlalu bising sana sini, mengalahkan ayam! cuba buat mcm yb2 umno yg terdahulu! rahim bakar, muhd mat taib, isa samad, tajul rosli, aziz shamsuddin, ku li, zainudin maidin, sabaruddin..atau bapa yb dato sri sendiri!
yb dato sri mmg pernah berjasa pd negara, ada saham di akhirat kelak! ikhlaslah pada diri sendiri. itulah nilai kita! di syurga nti pun yb dato sri boleh jg jadi pm
**umno man..silent
setiap masnusia ada kelebihan & ada kekurangan, yb dato sri! allah itu maha adil. sabar... solat...puasa..& bawa2 mengucap! allah memang membalas sekiranya kita dianiaya..samada di dunia mahupun di akhirat.
ReplyDeletepercayalah dgn kuasa allah. allah mmg adil yb dato sri! x dapat sekarang, mungkin ketika seseorang itu menghadapi sakaratul maut! xpun pastinya di padang mahsyar robbul jalil nti!
pada saya cukup2 lah! pemimpin datang & pergi..memang semuanya ada kelebihan & kelemahan..ada saya kisah??
tapi.. sudah2 lah, ye? biar allah pula membalas!!....... yb dato sri patut berenti aje!! BERHENTI SKRG!!! bukan saya kecewa, saya faham! org mau+ bercita2 jd pm, alih2 x dpt jd pm?>!$%^ tapi yb dato sri terlalu bising sana sini, mengalahkan ayam! cuba buat mcm yb2 umno yg terdahulu! rahim bakar, muhd mat taib, isa samad, tajul rosli, aziz shamsuddin, ku li, zainudin maidin, sabaruddin..atau bapa yb dato sri sendiri!
yb dato sri mmg pernah berjasa pd negara, ada saham di akhirat kelak! ikhlaslah pada diri sendiri. itulah nilai kita! di syurga nti pun yb dato sri boleh jg jadi pm
**umno man..silent
Saya yakin bahawa DSAI tidak akan bersara dari politik sebab lebih daripada 20juta rakyat Malaysia mahukan perubahan lanskap politik Malaysia daripada ketidak adilan, penindasan pemborosan, menopoli kroni, membengkrapkan negara dan melekukan konspirasi penipuan oleh puak-puak UMNO-BN..Maka perjuangan DSAI adalah menyelamatkan Malaysia daripada kebengkrapan dan menyelamatkan Malaysia daripada perbuatan BN yg boleh menghancurkan masa depan negara dan rakyatnya..salah guna kuasa dsb.
ReplyDeleteMemang Anwar akan gagal memenangi dan menawan kerajaan pada akan datang. Jangan bermimpi dengan mudah untuk memperolehinya.
ReplyDeleteBaguslah Anwar bersara dari politik ini. Rasanya memang sudah sampai masanya untuk Anwar melakukan demikian. Tidak perlu lagi tunggu PRU13 ini.
ReplyDeleteHanya rakyat yang akan menentukan kedudukan Anwar lepas ni.
ReplyDeleteMungkin sudah tiba masanya Anwar menyerahkan jawatan Ketua pembangkang di Malaysia kepada pemimpin lain. agak2nya siapa yang lebih layak??
ReplyDeleteboleh percaya ka cakap Anwar ni?? selagi dia masih hidup, selagi itu dia akan terus berpolitik.. kalau dia tidak dapat jawatan PM pun, sekurang2nya dia akan pastikan anaknya Nurul Izzah akan naik sebagai PM..
ReplyDeletepemimpin yang tidak mampu menjawab soalan2 wartawan, malah menengking wartawan, sama sekali tidak layak menjadi perdana menteri..
ReplyDelete