Monday, July 9, 2012

Tiga Selebriti Wanita Murtad



Kontroversi terbaru yang terjadi di kalangan dunia hiburan Indonesia apabila berita tiga selebriti mereka dikatakan telah menukar agama dalam erti kata lain, murtad tersebar.

Menurut satu sumber, salah seorang daripada selebriti tersebut adalah Pinkan Mambo. Penyanyi yang popular dengan lagu "Kekasih Yang Tak Dianggap" itu sudah dua kali menukar agama, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje. Deetje yang kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh anaknya itu memberitahu bahawa dia belum pernah melihat Pinkan ke gereja, namun dia memberitahu bahawa anaknya itu sudah mula belajar agama lain.

Pinkan atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo dikatakan telah berubah dengan mendadak sejak kebelakangan ini. Menurut Deetje, dia merasa seperti kehilangan anak namun hanya berserah pada yang maha berkuasa.

"Anak merupakan kurniaan Tuhan dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,"ujar Deetje.

Yang kedua pula adalah selebriti yang terkenal dengan watak Aisha dalam filem "Ayat-Ayat Cinta", Rianthi Rhiannon Cartwright. Dia turut dikatakan telah menukar ke agama kristian apabila berkahwinan dengan Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan atau lebih dikenali dengan Cas. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Gereja Old St Patrick, New York Amerika Syarikat. Berita ini diketahui apabila risalah gereja tersebut tersebar dan memperlihatkan wajah bintang pengacara MTV itu.

Pengurus kepada Rianthi, Adi kemudian dihubungi bagi mengesahkan dakwaan tersebut, namun Adi enggan mengesahkan sebaliknya memberitahu bahawa dia tidak tahu mengenai perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia hanya berhubung dengan Rianthi hanya atas urusan kerja.

Adi mencadangkan agar mendapatkan pengesahan daripada paderi di gereja tersebut namun pihak mereka juga enggan memberi kerjasama.

Selebriti paling terbaru yang didakwa murtad adalah Happy Salmah atau nama sebenarnya Jero Happy Salma Wanasari. Dia dikatakan telah memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan teman lelakinya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja.

Happy yang merupakan seorang model dan pelakon filem dikatakan telah menjalani satu upacara pindah agama Hindu dimana dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani.

Upacara yang diadakan di Villa Ibah, Ubud Indonesia adalah sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara itu adalah antara syarat yang harus dituruti apabila seseorang mahu berkahwin mengikut adat Hindu. Mereka kemudiannya telah melangsungkan perkahwinan di Puri Saren Kauh, Ubud yang kemudiannya diikuti dengan majlis di Sukabumi.

Happy turut memberitahu bahawa dia tidak mahu bercakap secara terbuka mengenai status agamanya.

"Saya tidak akan bercakap mengenainya,"kata Happy.

Isu masyarakat Islam di Indonesia, baik lelaki mahupun wanita yang menukar agama lain untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana mendakwa ulama berkata ia dibolehkan. -yahoo.news

13 comments:
Write comments
  1. semoga Allah SWT membuka kembali pintu hati mereka unk terus menerima ISLAM sebagai agama hidup dan mati mereka.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah tuhan Yang membolak-balikkan hati manusia,kekalkanlah kami dalam agamamu iaitu Islam hingga akhir hayat kami,amin...

    ReplyDelete
  3. Di PJ,Selangor..wujud berpuloh2 gereja kecil guna utk memurtadkan penganut agama islam disitu ( dulu dan sekarang). Bukan kata JAIS,Jakim atau kerajaan PR, tapi bersatulah utk menentang kegiatan pemurtadan penganut islam. Saya pernah menyusuri jln2 kecil/lorong di situ dan terkejut ada beberapa gereja kecil setiap hujung jln. Lokasi memang sesuai utk pemurtadan kerana terlindung dr masyarakat luar.

    ReplyDelete
  4. Yang mana lagi bahaya? Orang yang munafik atau murtad?

    ReplyDelete
  5. murtad taubat tak dterima Tuhan manakala munafik berada dibawah kawah api neraka(dibawah drp org kafir). Bayang lah sendiri..

    MURTAD = Org Islam tapi caci hukum alqur'an.
    MUNAFIK= Org islam tapi beri alasan utk tidak menlaksanakan hukum
    Tuhan.

    ReplyDelete
  6. Indonesia lebih terbuka dengan isu pertukaran agama. Di Malaysia lebih tegas.

    ReplyDelete
  7. kt indon perkara ini sering brlaku.

    ReplyDelete
  8. Ni semua dari diri sendiri..

    ReplyDelete
  9. Itu pilihan mereka dan terserah..

    ReplyDelete
  10. Inilah bila tidak kuat pegangan agam sendiri.

    ReplyDelete
  11. Bertobatlah kamu sebelum kamu ditobatkan....

    ReplyDelete
  12. biarkan mereka dengan hal mereka.. jika di negara mereka tidak kecoh dengan hal ini, untuk apa kita pula yang kecoh2 dengan hal mereka..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.