Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menghentikan penerimaan borang penamaan melalui pos untuk pemprosesan berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengurus Besar Perhubungan Awamnya Nik Affendi Jaafar berkata borang penamaan yang dihantar oleh saudara-mara, rakan atau pihak ketiga akan dianggap tidak sah dan akan ditolak.
Pengurusan mengambil tindakan berkenaan untuk melindungi maklumat sulit dan kesahihan penamaan, kata beliau.
"Keputusan menamatkan penerimaan borang penamaan melalui pos diambil dengan mengambil kira kepentingan 13 juta pencarum KWSP berikutan maklumat sulit di dalam borang penamaan yang akan menentukan penerima simpanan pencarum sekiranya berlaku kematian," katanya.
Beliau berkata dengan membenarkan pencarum sahaja menghantar borang penamaan mereka ke cawangan KWSP, KWSP boleh mengesahkan kesahihan penamaan tersebut dan menghalang sebarang percubaan untuk menipu.
"Jika borang penamaan diisi dengan lengkap dengan butir-butir yang tepat mengenai pencarum dan penama, peratus simpanan yang diagihkan sekiranya terdapat lebih daripada seorang penama, cap ibu jari pencarum dan tandatangan saksi di atas borang tersebut, tiada keperluan untuk pencarum membawa bersama saksi ke cawangan KWSP," katanya.
Beliau mengingatkan pencarum yang belum membuat penamaan agar segera membuat penamaan, terutamanya ketika pencarum masih dalam keadaan sihat fizikal dan mental.
"Perkara ini untuk memastikan simpanan KWSP diberikan kepada penerima yang berhak dan menghalang percubaan menipu oleh sesetengah pihak yang cuba mempengaruhi keputusan pencarum ketika pencarum sedang menghidapi kesakitan fizikal atau mental" kata beliau.
-Bernama
Monday, July 9, 2012
KWSP henti borang penamaan melalui pos mulai 1 Ogos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hantar melalui pos: RM0.60 setem.
ReplyDeleteHantar sendiri ke cawangan: RM60.00 tambang.
KWSP ini patut tukar nama ke Kumpulan Wang Simpanan Orang Mati (KWSOM) sebab kebanyakan orang dah mati baru wang KWSP keluarganya keluarkan apa lagi kalau kerajaan ubah pengeluaran kepada 60 tahun. Saya sendiri sudah bersara awal melalui VRSS dan perlukan wang untuk mengembangkan perniagaan tapi tak boleh keluar KWSP kerana belum 'CUKUP UMUR' tapi kalau kroni UMNO tidak cukup modal senang saja UMNO bagi pinjaman. Kalau penyimpan tak boleh keluarkan tunggu kau mampus dulu kata UMNO!
ReplyDeleteKepentingan pencarum harus dijaga
ReplyDeleteSepatutnya pemilik akaun sendiri yang membuat penamaan, bukan saudara mara ataupun ahli keluarga.
ReplyDeleteBagi pencarum yang masih belum membuat penamaan, mereka perlulah membawa borang lengkap ke cawangan KWSP untuk membuat pemohonan.
ReplyDeletekenapa tak nak melalui pos.. kan baik jika ada pos..
ReplyDeleteLebih baik KWSP flexible dalam mengeluarkan wang pencarum pada umur bersara 50 umur
ReplyDeleteKalau melalui pos ada kebaikan juga, tidak perlu pergi jauh2 ke KWSP.
ReplyDeleteBukan 60 tahun ka baru boleh keluarkan wang KWSP?
ReplyDeleteMau tidak mau, terpaksa juga p cawangan KWSP.
ReplyDeleteKWSP perlu bijak menguruskan perkara sebegini.
ReplyDeletesendiri punya kwsp, sendiri hantar saja la.. nanti kalau berlaku penipuan, kwsp juga yang jadi mangsa..
ReplyDelete